TORA DATANG LAGI - 3
Antara masalah utama kebanyakan makanan berkhasiat adalah kurang menyelerakan dan tidak menarik langsung bila dipandang. Berbeza sama sekali dengan makanan ringan yang bukan sekadar sedap malahan sangat menarik walau dipandang dari mana-mana sudut. Antara makanan ringan yang menjadi kegemaran adalah:

Keropok sate ikan

Sejenis makanan berasaskan isi ikan yang diperap dengan bahan perasa dan dikeringkan.

Terdapat dalam pelbagai bentuk dan pelbagai perisa asli, manis atau pedas.

Dijual pada harga 20 sen sebungkus untuk 2 atau 3 ekor

ikan di dalamnya. Juga terdapat dalam versi sotong dan ampai-ampai yang lebih lembut teksturnya. Sate sotong ditabur gula halus dan dijual dengan lebih mahal manakala sate ampai-ampai dicucuk pada sebatang lidi.

Keropok sate ikan bungkusan besar menjadi barang wajib beli jika keluarga pergi bercuti di pulau atau pun kawasan pesisiran pantai.

Sate ikan

Sejenis makanan berasaskan isi ikan dicampur tepung yang dipotong kecil-kecil menyerupai keropok losong dan dicucuk bersama pada sebatang lidi.

Setiap cucuk mempunyai sehingga 5 atau 6 ketul isi. Sate diletakkan di atas pemanggang api dan dimasak antara 2-3 minit sebelum dimasukkan ke dalam plastik dan disirami sos berwarna kemerahan. Sos boleh dipilih sama ada pedas atau pun manis.

Dijual di atas sebuah basikal yang telah diubahsuai lengkap dengan pemanggang, tempat menyimpan sate ikan mentah dan juga payung besar. Dijual pada harga 10 sen secucuk.

Sagun

Sejenis makanan yang berasaskan dari tepung beras, tepung pulut, gula pasir, garam dan kelapa parut. Ianya dicampurkan dan dimasak di dalam kuali (tanpa minyak) sehingga kesemua adunan sebati.

Selalunya boleh dijumpai dijual di dalam plastik aiskrim Malaysia pada harga 10 sen.

Ais kepal

Sekali pandang serupa dadah juga.

Mempunyai rasa yang manis dan berlemak.

Selain diguna untuk dimakan, sagun boleh disembur ke muka rakan bagi menyakitkan hati.

Sejenis ais yang dikisar menyerupai ais kacang atau air batu campur. Ais akan dikepal menjadi bulat dan diletakkan di dalam bungkusan kertas surat khabar.

Gula Melaka dan sirap akan disiramkan ke atas ais kepal sebagai perasa.

Campuran warna hitam gula Melaka, merah sirap dan putih ais sangat fetish dipandang terutamanya ketika cuaca panas.

Biskut kapal terbang

Sejenis biskut berbentuk kapal terbang yang berwarna merah.

Mempunyai rasa manis yang sedikit pedas dan rangup. Tiada pembungkusan khas dan dijual secara timbang terus dari tin biskut aluminium.

Sebelum makan mesti kena main terbang-terbang dulu.

Kek lapis Apollo

Sejenis kek lembut 2 lapisan yang berbentuk segi empat. Dibuat dalam 3 perasa iaitu coklat (kuning), strawberi (merah) dan pandan (hijau).

Antara makanan wajib ada untuk setiap perayaan atau sambutan terutamanya majlis hari jadi.

Dijual pada harga 20 sen sebungkus.

Kotak kek lapis Apollo diakui antara kotak pilihan terbaik untuk dibuat permainan bola tepuk.

Terdapat satu lagi makanan yang hampir serupa dengan kek lapis Apollo iaitu kek Hiro. Berbentuk bulat tetapi sedihnya cuma terdapat di dalam perasa coklat.

Tombong/Kantos kelapa

Sejenis makanan alam yang boleh dijumpai di dalam buah kelapa terutamanya kelapa tua.

Berbentuk bulat, lembut dan melekat pada permukaan atas tempurung.

Tombong kelapa muda lebih kecil dari tombong kelapa tua. Tombong yang kecil lebih menjadi kegemaran kerana rasanya yang lebih berlemak berkrim. Manakala

tombong kelapa tua yang besar selalunya

tidak dimakan mempunyai menghampiri kertas.

Tombong yang tidak mahu dinikmati akan dibaling ke halaman rumah untuk dinikmati ayam-ayam.

Asam katok/Tahi musang

Sejenis asam yang menyerupai seperti dodol tetapi kurang liat. Ianya dijual dengan dibungkus ke dalam plastik mengikut timbangan.

Selain likat dan berwarna hitam kemerahan, di dalam asam katok terdapat biji-biji kecil di dalamnya yang tidak boleh dimakan dan perlu diludah keluar.

Sangat popular dan lebih mudah ditemui di utara tanah air.

Mempunyai rasa masam manis dan isi kandungan asam katok masih menjadi rahsia dan tidak didedahkan sehingga kini.

Snek

Sejenis biskut lapis yang disalut dengan coklat cair. Dibungkus di dalam bungkusan berwarna hitam dan oren. Terdapat versi yang dibungkus di dalam bungkusan berwarna merah jambu.

Antara makanan wajib ada untuk setiap perayaan atau sambutan. Majlis hari jadi tanpa snek merupakan majlis hari jadi yang gagal.

Dijual pada harga 10 sen sekeping dan turut dijual di dalam pek besar.

Asam Keping Hawkes

Sejenis asam keping nipis yang berwarna merah tua, berbentuk bulat leper dan disusun meninggi. Dibungkus di dalam kertas bungkusan berwarna merah.

Mempunyai rasa masam-masam manis dan lebih sedap dimakan sejuk. Boleh dipilih untuk dimakan sekepingsekeping atau 8 keping sekali suap.

Turut dijadikan bahan hiasan di dalam pembuatan kek terutamanya kek lapis.

Dijual pada harga 10 sen sebiji.

Sumi

Sejenis jeli atau agar-agar di dalam bekas berbentuk kon dan didatangkan dengan perisa seperti anggur (ungu), strawberi (merah), oren (jingga), buahan (hijau), lemon (kuning).

Boleh dimakan terus atau dibiarkan keras terlebih dahulu di dalam peti ais.

Walaupun tersedia tempat untuk menarik bukaan penutup, kadangkadang ianya agak sukar untuk ditanggalkan. Cara mudah dan cepat adalah dengan gigit pakai gigi.

Antara makanan wajib ada

untuk setiap perayaan atau sambutan. Seperti mana kek lapis Apollo dan snek, tuan rumah majlis yang tidak menyediakan Sumi adalah tuan rumah yang entah hapa-hapa. Dijual pada harga 10 sen sebiji dan turut dijual dalam pek besar dengan campuran perisa.

Sugus

Sejenis gula-gula liat berbentuk segi empat sama dan didatangkan dengan perisa seperti anggur (ungu), strawberi (merah), oren (jingga), buahan (hijau), lemon (kuning).

Boleh dikunyah sehingga kecil ataupun ditelan bulat-bulat.

Dibungkus di dalam plastik yang mudah ditanggalkan. Dijual sebiji-sebiji dan juga dipek dalam bungkusan panjang.

Sugus pernah melalui zaman gelap apabila dikatakan mempunyai lemak babi.

Dijual pada harga 10 sen untuk 2 biji dan RM1 untuk pek panjang.

Mini burger

Sejenis jeli kenyal yang berbentuk seperti sebiji burger mini.

Setiap lapisan roti, keju, sayur, daging boleh dipisah dan dimakan secara berasingan.

Juga terdapat di dalam bentuk aiskrim dan hotdog.

Dijual pada harga 30-50 sen sebiji.

Buah Mo Fa Kor

Sejenis produk tradisional orang Cina yang dihasilkan daripada tumbuhan herba dan kamcu. Natang apa itu kamcu, pergi tanya orang Cina.

Selain dimakan untuk menghilangkan pening ketika memandu, ia juga dapat mengurangkan sakit kerongkong dan nafas berbau.

Lebih mesra dipanggil Taik Hidung.