KARKUMA - 3
ENAM bulan sudah berlalu dengan aman dan tenang. Selama itu jugalah berlalunya peristiwa pokok mawar mati diracun. Kini Karkuma bahagia melihat berbagai jenis pokok bunga peliharaannya tumbuh segar dengan kuntumannya cantik berkembang. Permandangan sekitar Taman Bangkir Ghadabi makin berseri-seri.

Semakin ramai penganut setia ajaran Huku datang bersembahyang di bangkir. Untuk mendapat ketenangan jiwa sambil melihat keindahan pokok-pokok bunga yang seperti berada di syurga, kata mereka. Pujian diberi dari berbagai pihak, termasuk sultan yang datang bersembahyang.

Mika yang jaga taman bunga inen Tanya baginda sultan.

Ampun yang agung sembah kula harap diampun, Karkuma melutut dan kedua telapak tangan letak di atas dahi sambil berkata lagi, Taman bunga inen kula pelihara bersama tukang kebun Balungga dengan tukang kebun Teggal. Harus tersusun perkataan yang bakal dituturkan kepada baginda sultan, jika tidak buruk padahnya. Tambahan pula Maharaja Sutan Lembayung baharu dilantik sebagai raja pemerintah Kerajaan Nabui yang baharu setelah ayahandanya mangkat sebulan lalu.

Maharaja Sutan Lembayung sangat ditakuti oleh rakyat jelata, baginda terkenal dengan sikap ranggi yang diwarisi dari moyangnya, Sutan Ghadabijinga yang terkenal dengan pemerintahan kuku besi. Sutan Ghadabijinga mangkat di sekitar tahun 450M, dalam usia 81 tahun, setelah 36 tahun memerintah Kerajaan Pulau Nabui.

Semasa pemerintahannya, rakyat Nabui hidup dalam ketakutan sehinggalah cicit beliau iaitu Sutan Ghazid selaku pemerintah Pulau Nabui yang ke-IV mengambil alih Kerajaan Nabui awal tahun 800M. Sutan Ghazid mengamalkan pemerintahan bercorak sosialisme. Di bawah pemerintahannya, rakyat hidup lebih tenteram dan aman. Kerajaan sosialis Sutan Ghazid kekal hingga tiga keturunan.

Bagaimanapun, apabila cicitnyanya, Sutan Lembayung ambil alih takhta Kerajaan Pulau Nabui pada tahun 979M dan mengamalkan corak pemerintahan moyangnya iaitu Sutan Ghadabijinga, maka seluruh rakyat Pulau Nabui kembali berdepan dengan pemerintahan kuku besi.

Hari Chandi ialah hari perayaan terbesar bagi penganut Huku di mana setahun sekali mereka menerima kehadiran roh Dewata Garuda Chandi, roh Tuhan yang dipercayai turun ke bumi untuk memberi rahmat kepada penganutnya. Pada hari perayaan itu, Duli Yang Maha Mulia Sultan serta Datuan Tinggi dan semua pemimpin kerajaan hadir bersama rakyat Pulau Nabui menyambut kedatangan roh Tuhan Dewata Garuda Chandi di Bangkir Ghadabi.

Pada hari perayaan Hari Chandi, Sutan Lembayung hadir buat pertama kali sejak bergelar sultan. Oleh kerana sangat kagum keindahan taman di bangkir itu, Sutan Lembayung ingin terus mengenali Karkuma, Mika apa nama

Kula bernama Karkuma.

Udah lama mika gawai di bangkir inen Tanyanya lagi.

Ampun yang agungdekat sama si umur sorang anak muda lamanya, jelas dan lancar nampaknya Karkuma menjawab. Tetapi sebenarnya, terseksa rasanya Karkuma mengawal nafas menyusun kata-kata agar tidak tersalah atau berbunyi kasar yang bakal menyinggung baginda sultan. Karkuma sedar padahnya kalau tersalah kata. Seksaan di depan khalayak ramai di tengah pekan Kemubing, masuk penjara atau dibunuh, adalah hukumannya.

Teruskan pelihara pepokok di taman inen, supaya girang hati kita menengoknya, seraya aman sentosa di sini hendaknya, kata Sutan Lembayung sambil memandang keindahan taman yang dijaga rapi oleh Karkuma.

Lega jantung Karkuma mendengarnya, dan menjawab; Perintah dijunjung di atas batu jemala, Maknanya sebagai rakyat biasa, apa sahaja perintah dari sultan mesti dilaksanakan, jangan tidak.

Rasa ketakutannya ketika itu tidak dapat dibayangkan oleh sesiapa, dan terfikir di dalam hatinya, bukankah lebih baik jika dia tidak ditegur oleh Maharaja Sutan Lembayung. Tambahan pula ia berlaku di depan orang ramai yang hadir menyaksikan upacara Johong Pujasakti iaitu upacara penyembahan berhala raksasa bagi penganut-penganut ajaran Huku.

Upacara besar-besaran itu adalah acara wajib di hari perayaan Hari Chandi. Tujuh ekor lembu betina yang masih dara iaitu masih belum ada susu, dibunuh di depan berhala sebagai korban. Lembu diikat dan lehernya dirodok dengan pisau mata bercabang oleh tujuh orang Warak Huku. Darah yang mengalir dari leher lembu korban itu ditadah untuk diminum. Dipercayai sesiapa yang meminumnya, segala permohonan mereka akan dimakbulkan Dewata. Dan mereka harus membayar, untuk memiliki darah itu. Oleh itu, hanya golongan berada sahaja yang dapat minum darah lembu ketika memohon hajat di hadapan dewata.

Sesiapa yang ingin panjang umur atau kesihatan tubuh, haruslah meminum secawan darah lembu itu, dicampur sedikit dengan darah sendiri secara menghiris lengan.

Banyak acara diadakan pada Hari Chandi, upacara Johong Pujasakti adalah salah satu darinya. Selainnya ialah upacara Sambatan Dabat di mana setiap banduan yang dijatuhkan hukuman sebat, akan disebat dengan rotan di atas pentas khas, di depan khalayak ramai.

Seterusnya upacara Melawar Leher iaitu persembahan hukum pancung terhadap pesalah yang menjalani hukuman mati. Selainnya persembahan tari menari dan bersyair gurindam yang dikenali sebagai Dompak Siul. Dan yang paling utama ialah Caplok Gayuk iaitu majlis makan percuma kepada semua rakyat sepanjang hari, dari pagi hingga ke petang.

Buruk baiknya keadaan perayaan di Bangkir Ghadabi pada hari itu, ia tetap sesak dan meriah. Dalam pada itu, ada pula orang tertentu yang sedang membuak-buak rasa dengkinya terhadap Karkuma.

Cis, dan-dan naik lagaknya si polan utu udah dipuji oleh yang agung maharaja, kata Jameng bernada jengkel dan dengki terhadap Karkuma. Jasa warak-warak di bangkir inen idak langsung dipuji, kata Langkus pula mengapi-apikan kemarahan Jameng. Darjat sorang warak patutnya lebih tinggi, tapi maruah si tukang kebun bangsat utu yang diangkat! Dengus Jameng yang terus menerus menyimpan bukan sahaja rasa hasad dengki terhadap Karkuma tetapi rasa dendam pun ada nampaknya. Jikalau dibiarkan perasaan dengki dan dendam merajai fikiran, sudah tentu jiwa si pendengki itu sendiri yang tertekan.

Setelah selesai upacara Johong Pujasakti, Warak Jameng menarik kedua konconya ke tepi dan berbisik pada mereka, Malam inen kami jumpa, di warung senonggeng. Bisik Jameng pada Warak Langkus dan Warak Dongga. Mereka mengangguk setuju.

Pada lewat malam itu, mereka tiga sekawan berjumpa di tempat yang dijanjikan, di warung menjual tuak di pinggir Kampung Cempaka, bersempadan dengan Kampung Cendana. Melihat Jameng dan dua orang konconya menghampiri warung itu, semua pelanggan yang sedang riuh rendah mabuk tuak, terus terdiam. Kuda nen biar di sini, Jameng memberi arahan. Kemudian mengajak Langkus dan Dongga mengikutnya.

Mereka tinggalkan kuda masing-masing di tepi warung itu, dan berjalan kaki menghala ke arah kawasan hutan. Langkus dan Dongga akur mengekori Jameng, tidak berani bertanya kerana sudah arif dengan perangai Jameng yang tidak gemar ditanya-tanya. Malah semua orang-orang kampung sudah arif dengan perangai Jameng. Apabila Jameng, Langkus dan Dongga beredar jauh dari situ baharulah orang-orang di dalam warung senonggeng kembali riuh rendah bersuka ria.

Setelah hampir setengah jam berjalan kaki, mereka berhenti di tepi sebuah tasik.

Sorong kolek utu dekat-dekat, mengkema sama-sama dayung untuk sampai di tengah danau sana, Jameng memberi arahan pada dua konconya menolak sebuah sampan kecil ke arahnya yang sedang berdiri di tebing tasik. Sampan itu telah awal-awal Jameng uruskan untuk berada di situ. Tanpa buang waktu mereka bertiga menaiki sampan dan mendayungnya ke tengah tasik.

Suasana di seluruh kawasan tasik amat sunyi pada mulanya sebelum kedengaran suara cengkerik melalak-lalak. Tidak lama kemudian terdengar kehadiran bunyi burung belatuk sayup-sayup dari jauh, tetapi makin lama makin dekat, bunyi belatuk itu menyeramkan telinga yang mendengar.

Selepas itu kedengaran pula bunyi seperti jeritan kanak-kanak menangis, disambut bunyi seperti kain panjang dicarik-carik. Langkus dan Dongga ketakutan tetapi Jameng tetap tenang. Ishh, aneh rasanya tubuh hamba nen, bisik Langkus. Jameng tersenyum selamba dan belum sempat Dongga menjawab, mereka diterperanjatkan dengan salakan beberapa ekor wakwak. Bersahut-sahut dan sambung-menyambung bunyinya.

Sesekali kedengaran dari jauh dan sesekali dari dekat. Meremang bulu tengkok dibuatnya. Bunyi apa tu agaknya, dikara Dongga bertanya pada Jameng sambil tubuhnya terketar-ketar memeluk Langkus. Wakwak melalak sebab dema takut nampak manusia, tapi mengkema pula manusia beguk takut akan wakwak! Jameng selamba menunjal kepala Dongga dan Langkus.

Mereka berdua makin kuat mendayung ke tengah tasik walaupun ketakutan. Mereka akur dengan arahan Jameng.

Apa kenanya kami berunding di sini, idak di rumah ahlul Tanya Dongga. Di sini Ketua Labot dak dapat intip, kata Jameng, kuatir Ketua Warak Labot yang memiliki ilmu ghaib mengekori mereka dan mendengar segala perbualan mereka.

Sekonyong kemudian, terdengar berbagai bunyi binatang yang mendiami di kawasan hutan di sekeliling tasik itu. Haiwan di situ seolah-olah menegur mereka bertiga. Dongga dan Langkus yang mula berasa lega, kini terketar-ketar ketakutan. Sesekali angin melaung-laung, bertiup kencang mendodoikan lagunya di ruang udara persekitaran tasik.

Pohon-pohon tinggi di sekeliling tasik bergoyanggoyang umpama memanggil dan mengusir mereka dari situ. Dongga dan Langkus ditikam rasa ketakutan yang amat sangat, mereka berpelukan sambil berkata, Mari hendaknya kami mulih saja.

Jameng tersengih melihat gelagat konco-konconya. Dia keluarkan satu buntil kain dari saku. Di dalam buntil itu berisi penuh dengan bertih. Diambilnya segenggam bertih diramas-ramas sambil membaca jampi, kemudian dihembusnya ke arah tasik. Serbuk-serbuk bertih berterbangan seketika sebelum bertebaran di permukaan tasik. Tidak lama lepas itu, tidak semena-mena suasana bertukar menjadi senyap sunyi. Satu bunyi unggas pun tidak kedengaran.

Aaa...kini damai hati ku untuk berunding, kata Jameng sambil menarik nafas lega. Dongga dan Langkus terpinga-pinga memandang sekeliling dengan penuh hairan. Belum sempat mereka bertanya, Jameng terus memberi penjelasan.

Atas permukaan air sebegini, ilmu hilang kikis Ketua Labot akan jadi tongong. Maka idak mentak si kawak utu mau curi dengar segala percakapan daku di sini. Jameng memberi penjelasan.

Ooobaru hamba mengerti.Angguk Dongga. Dan Jameng dengan seriusnya meluahkan perasaan pada mereka.

Kebencian daku terhadap si Karkuma udah domol lagaknya. Mau nengar daku agar si polan utu dibuang gawai! Tapi dengan pujian dari agung maharaja untuknya, Ketua Labot tentu tambah suka akan si bangsat utu! Kata Langkus.

Akan daku jadikan pisang berbuah dua kali. Tingkah Jameng, Caranya ada, daku pernah buat! Jameng meyakinkan mereka.

Bagaknya berdiri darjat dikara, tentu boleh! Puji Dongga penuh semangat.

Mengkema ingat pokok mawar yang mati Daku upah Balungga bubuh racun pada pokok utu, selamba sahaja Jameng bercerita.

Ooo, mati diracun. Langkus tersenyum. Jameng terus bercerita dengan bangga.

Daku mau uji kala mana kekuatan bisa dalam racun utu. Sahih hasilnya bagaikan tunu, jelas Jameng dengan riak angkuh.

Tapi sebab apa Tanya Dongga.

Setelah kabeh pepokok dalam taman utu tamat riwayatnya, maka tamat akanlah juga pegawaian Karkuma, jelas Jameng tersengih. Langkus dan Dongga turut tersengih tanda mengerti.

Karkuma tau sapa dalangnya Tanya Langkus.

Padah akanlah nasib Balungga kalu dia bocorkan rahsia, jawab Jameng yang agak keras nadanya.

Padanlah dikara tamatkan gawai Balungga. Terjawab udah jongak hamba. Kata Dongga.

Kendatipun dak ada Balungga, tambah cantik pula taman di bangkir utu kini dijaga akan Karkuma dengan dua orang tukang kebun saja, nampaknya Kata Jameng.

Ya Bangkir Ghadabi kini bertambah cantik...padanlah beliau dipuji oleh yang agung maharaja, Dongga selamba bersuara. Tiba-tiba, Dongga!!! Jameng berteriak. Marahnya dia mendengar kata-kata Dongga itu.

Maaf akan hamba dikara. Hamba berbiang borak kosong saja! Cepat-cepat Dongga memberi alasan.

Tiga sekawan terus berbual sambil ketawa. Malam semakin lewat tanpa mereka sedari. Malam itu, buat pertama kalinya mereka bertiga berlepak lama di tengah tasik. Selalunya mereka berlepak di kelab-kelab bangsawan, sambil menikmati makanan orang Ulu Nabui dan menyaksikan persembahan tarian budaya Nabui.

Yang nyata malam itu, Jameng sudah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada dua konconya itu. Perkara yang menjadi rahsianya selama ini diceritakan kepada mereka.

Rahsia paling besar yang selama ini tidak diketahui Langkus dan Dongga, terbongkar apabila Jameng tanpa sedar mengakui suatu ketika dahulu dia sangat menggilai Sirehpani.

Dengan kemuliaan dan kedudukan yang ada pada dirinya, Jameng mengatakan dia sebenarnya lebih berhak memiliki Sirehpani, bukan Karkuma pemuda yang tidak memiliki apa-apa, baik harta atau darjat itu. Dendam kesumatnya terhadap Karkuma tidak pernah padam apabila Karkuma berjaya merebut Sirehpani, gadis yang diidam-idamkannya.

Kalu hamba, tentu hamba juga berdendam, Dongga mengapi-apikan Jameng.

Sejak utu, kabeh kehidupan kaum kerabat Karkuma daku ekori sampai harinen, dema tau dak, kata Jameng.

Hebat dendam dikara, tapi apa kena baru segini kejan membalasnya Tanya Langkus.

Daku Jameng-lah! Dendam yang bertitar di dalam hati ku inen, udah sebati berdarah daging dengan badan! Tinggi suara Jameng, membuatkan Dongga dan Langkus tergamam.

Mereka percaya Jameng yang berpengaruh besar dari segi rohani dan jasmani, mahu pun harta benda, memang mampu berbuat apa sahaja pada sesiapa yang dia mahu.

Ada apakah yang udah dikara perlaku akan padanya, selama inen Tanya Langkus, tergagap-gagap bunyi nadanya.

Bukan Karkuma saja, kabeh suku sakatnya juga lantang menjadi habuan kasumat dendam ku. Mengkema akan tengok! Jawab Jameng.

Biar pecah di perut jangan pecah di mulut, mengkema erti! Kata Jameng memberi amaran pula pada Langkus dan Dongga. Sepantas kilat mereka mengangguk, tanda setia pada Jameng.

Banyak soalan yang ingin mereka tanyakan tetapi mereka tidak berani kerana Jameng membuka topik baharu untuk dibincangkan. Topik itu mengheret mereka menjadi pendengar berjam-jam lamanya. Hanya bulan dan bintang di langit menjadi saksi.

Sesekali kedengaran bunyi halus serangga berterbangan di persekitaran tasik. Bunyi-bunyi yang menakutkan tadi telah hilang dari pendengaran mereka. Namun, apakah mereka sedar bahawa ada pula mata-mata yang tersembunyi sedang mengintai-intai ke arah mereka. Sesekali suasana akan membuat bulu roma meremang, tetapi mereka biarkan sahaja keadaan itu berlaku. Mereka tahu ada makhluk halus sedang memerhatikan mereka, tetapi asal makhluk itu tidak mengganggu mereka sudahlah, katanya.

Sampan kecil mereka terapung, menari-nari bersama sinaran bulan dan bintang-bintang yang berkerlipan membayangi permukaan tasik, yang luas dan indah pemandangannya.

Kuda mereka bertiga yang terikat di pohon berhampiran warung tadi sudah terlelap, setia menunggu tuan masing-masing. Orang ramai kenal kuda-kuda itu milik warak-warak dari Bangkir Ghadabi, tidak ada seorang makhluk pun berani bertegur sapa menanyakan mengapa kuda-kuda tiga ekor itu berada di situ dan mana perginya warak-warak itu. Begitulah istimewanya seseorang warak penganut Huku, mereka seolah-olah sempurna, segala apa perbuatan mereka hanya baginda sultan sahaja boleh menegur.

Satu persatu perancangan menyusun strategi yang bukan sahaja akan memusnahkan Karkuma tetapi juga mengubah beberapa sistem dan peraturan di Bangkir Ghadabi yang dianggap tidak memenuhi kehendak mereka, semuanya dibincangkan dengan teliti oleh mereka bertiga di dalam sampan di tengah tasik itu.

Tindakan pertama yang mereka lakukan ialah berbuat sesuatu supaya Karkuma diberhentikan kerja dari Bangkir Ghadabi. Dan rupa-rupanya Jameng sudah mengarahkan Hakap, pembantu Karkuma yang seorang lagi, meletakkan racun pada semua pokok-pokok bunga di Taman Bangkir Ghadabi.

Eh...andai kabeh pepokok bunga di taman mati, tentunya Ketua Labot akan banyak beri tanya kepada kami, padah nanti, kata Dongga.

Liur racun utu akan membunuh dengan selewa-lewanya, tanpa diduga tau-tau taman bunga yang kononnya syurga, kelak akan tukar jadi neraka, Jameng menegaskan kata-katanya dengan nada geram sambil tangannya digenggam.

Liciknya dikara inen bagaikan belut, dan bijaknya bagaikan ular, Kata Langkus membodek.

Lebih dari utu. Bodek Dongga pula. Namun Jameng tidak hairan dengan kata-kata membodek itu. Sebaliknya Jameng menyergah mereka berdua, Dengar sini! Kalu ada di antara mengkema yang belotakhirat padahnya, reti!!

Pucat muka Langkus dan Dongga mendengarnya, tetapi apabila Jameng ketawa kemudiannya, mereka pun turut ketawa terbahak-bahak mengakhiri mesyuarat di tengah tasik, tepat pukul tiga pagi.

Selang beberapa hari, Jameng, Langkus dan Dongga memulakan misi mereka. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, dalam masa tiga bulan sahaja keindahan Taman Bangkir Ghadabi yang dikatakan seperti syurga oleh masyarakat Nabui, berubah menjadi seperti taman kemarau. Jika selama ini bunga-bunga segar yang diperlukan untuk tujuan pemujaan dan perhiasan patung berhala dipetik dari taman sekeliling bangunan bangkir, kini bunga-bunga tersebut terpaksa dibeli dari pasar.

Hibuk-hibuk...Ketua Labot, Karkuma menegur bertanya khabar Ketua Warak Labot yang bermenung sambil minum petang seorang diri di ruang dapur bangunan bangkir. Tadinya ada beberapa warak menemaninya tetapi sekarang dia bersendirian, kesempatan itu Karkuma ambil untuk berbincang dengannya.

Mmm...hibuk-hibuk, Kuma. Bersilalah dengan daku. Ketu Labot menyuruh Karkuma duduk di kerusi sebelahnya. Dengan penuh sopan Karkuma menghampiri orang tua itu, duduk di lantai.

Usah dekat situ, dekat sini, Ketua Warak Labot mempelawa Karkuma duduk di kerusi di sebelahnya.

Mangaseh, sopan Karkuma menjawab terima kasih, dan dia tetap duduk di lantai sahaja, begitulah resam orang bangsa Nabui yang berpegang kuat dengan budi bahasa. Orang yang darjatnya lebih rendah tidak dibenarkan duduk sama tinggi dengan orang berdarjat tinggi.

Kejan nengar tingkah dikau nen daku tengok...ada apa, kata Ketua Labot mesra.

Dengan limpah maaf hamba dulu akannya, ada yang mau diberitau kepada Ketua Labot, Karkuma mahu berterus-terang sahaja mengenai niatnya menemui Ketua Warak Labot pada petang itu.

Ya, cakaplah. Lembut pertuturan Ketua Warak Labot.

Dapatlah kalu kekosongan tempat Balungga diisi ganti, untuk menolong hamba pulih akan semula keadaan taman bangkir yang sedang dilanda petaka inen, wahai Ketua Labot, Karkuma berhenti seketika, wajahnya sedih.

Cakaplah kepada ku apa lagi agaknya. Ketua Warak Labot seperti dapat menangkap apa yang bersarang di hati Karkuma, namun dia mahu mendengar penjelasan Karkuma.

Idak agan hamba mau biadab, Karkuma tarik nafas dalam-dalam dan sambung, kabeh pepokok di taman penaka mati, kendatipun disiram air saban hari. Dengan penuh sopan dan jelas aduan itu Karkuma sampaikan pada Ketua Warak Labot.

Daku sedar kekusutan yang dikau hadapi...kekusutan juga di depan ku untuk penuhi hajat dikau utu. Ketua Labot berhenti meneguk air teh, Dikau dewek menengoknya, dalam bangkir harinen udah banyak dihuni dengan berhala-berhala yang baru, Ketua Labot mengeluh, kemudian sambung kata-katanya, maka utu banyak pula tempat tukang mandi berhala yang patut diisi ganti. Tempat tukang kebun, dak mentak. Ketua Labot pula mengadu hal pada Karkuma.

Mereka berdiam buat seketika, melayan fikiran masing-masing. Karkuma tinggalkan ruang dapur, dengan rasa hampa tanpa jawapan dari Ketua Warak Labot.

Dalam pada itu, Jameng dan pengikutnya terus agresif memainkan peranan, masing-masing menyusun strategi untuk melaksanakan niat jahat mereka.

Karkuma pula menggandakan usaha untuk selamatkan pokok-pokok bunga di taman bangkir. Setiap hari awal-awal pagi yang masih gelap, dia sudah berada di bangkir membelai semua pokok-pokok bunga di situ. Dan setiap hari juga, dia pulang ke rumah hanya apabila hari sudah gelap.

Dia memujuk kedua-dua pembantunya, Hakap dan Teggal sama-sama menggandakan kerja menyelamatkan pokok-pokok bunga di bangkir, tetapi hanya Teggal yang sudi menunaikan permintaan Karkuma.

Teggal sememangnya pekerja yang baik. Banyak kelebihan ada pada dirinya dapat dilihat oleh Karkuma. Malah Karkuma pernah berkata padanya, suatu hari nanti dia akan turunkan ilmu memelihara tumbuh-tumbuhan pada Teggal.

Teggal ialah jiran Karkuma yang dikenali sejak Teggal masih kecil. Kerana Karkuma, Teggal dapat kerja di bangkir itu. Hakap bukan sahaja tidak mahu bekerja lebih masa, malah dialah selama dua bulan ini meracuni pokok-pokok bunga di taman Bangkir Ghadabi, atas arahan Jameng. Upah yang diterima dari Jameng terlalu lumayan untuk ditolak oleh Hakap walaupun harus mengkhianati Karkuma. Malah Hakap sedikit pun tidak berasa bersalah atas perbuatannya.

Masa berlalu begitu pantas, Karkuma bertungkus-lumus mengejar masa, sedaya upaya berusaha menyelamatkan pokok-pokok yang diracun. Karkuma tidak berputus asa selagi ia berkaitan dengan pokok bunga. Walaupun sedar harapannya semakin tipis untuk menyelamatkan pokok-pokok bunga yang masih hidup di bangkir itu, dia tetap cuba sedaya upaya. Setiap hari diberikan air, baja dan berbual-bual dengan pokok-pokok itu satu persatu.

Apalah daya daku dak boleh lagi untuk hidup bersama dikau, wahai manusia budiman yang bernama Karkuma. Terujanya Karkuma mendengar tiba-tiba pokok bunga lastari berkata-kata, kerana sudah berbulan-bulan Karkuma tidak mendengar mana-mana pokok di taman itu berkata-kata, kerana keadaan yang melanda mereka akibat diracun. Karkuma jawab kata-kata pokok lastari itu dengan perasaan gembira bercampur sedih.

Usah dikau putus asa, wahai pokok lestari. Dikau masih daya untuk hidu udara bumi, upaya akanlah sedayanya.

Daku udah idak daya untuk terus hidup, mentak ada si gusut yang sedang mau bunuh daku. Karkuma bingung dan bertanya, Apakah makna cakap dikau nen, wahai pokok lestari

Kelak dikau akan tau. Pokok bunga lastari itu pun terus mati. Karkuma menjerit memanggil pokok bunga lastari. Batinnya seperti dirobek-robek melihat pokok bunga lastari mati di depan matanya dan dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Tiba-tiba angin meniup kencang ke arah pokok bunga lastari itu. Hairan, dari mana datangnya angin sebegitu yang hanya bertiup setempat dan hanya di tempat pokok bunga lastari itu sahaja. Semasa angin berhenti bertiup, Karkuma berasa seperti ada orang menghampirinya, apabila dia melihat sekeliling, tidak pula ada sesiapa. Tahu-tahu dia terdengar suatu suara ketawakannya; Kah! Kah! kah!

Dia tahu suara itu bukan dari mana-mana pokok bunga yang berdekatan. Kemudian suara itu mendekatinya. Padah untuk dikau! Padah untuknya! Karkuma kebingungan memikir dari mana suara itu datang. Dia memandang arah matahari yang menghilang di sebalik bukit bukau di sekeliling kawasan bangkir. Baharu dia sedar hari sudah senja dan dia harus pulang.

Sedang Karkuma berjalan meninggalkan taman bangkir itu, sekali lagi dia berasakan seperti ada orang mengekorinya. Apabila dia berpaling, tidak ada pula orang yang dia nampak.

Rupa-rupanya ada seekor jin peliharaan Jameng mengekorinya. Jin itu merangkak-rangkak sambil mengejek dan ketawakan Karkuma. Jin itu berbadan besar seperti biawak komodo, berkepala manusia, kaki juga hampir seperti kaki manusia cuma jari-jarinya ada empat bukan lima.

Jin itu benar-benar di belakang Karkuma dan siap melompat hendak menerkam apabila tiba-tiba kedengaran bunyi; Krough! Krough! Krou! Nan di bigak dengan di bigau, disarojo puncak merapi, mari deh nan di sanggang. Diamat-amati Karkuma, bunyi itu adalah suara Jameng membaca jampi serapah, memanggil jin pulang kerana sudah tiba waktu makannya di kala hari senja.

Jin tidak jadi menerkam Karkuma, sebaliknya dengan pantas dia membuat lompatan pusing dan bergesas menemui Jemeng yang menunggu di kaki tangga bangunan Bangkir Ghadabi.

Begitu gelagat seekor jin peliharaan Jameng. Selaku Penolong Ketua Warak Huku, sebahagian tanggungjawab Jameng ialah mengawasi beribu-ribu ekor jin peliharaan Maharaja Sutan Lembayung yang ditempatkan di sebuah gua di Pulau Nabui. Jameng seorang pengamal sihir yang hebat dan tinggi ilmunya.

Sejak kebelakangan itu Jameng telah mula mengerah keringat berapa ekor jin milik Sutan Lembayung untuk bertugas di Bangkir Ghadabi, tujuannya untuk menggagalkan usaha Karkuma memulihkan Taman Bangkir Ghadabi.