P-JUN - 3
PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA, Malaysia 2 Februari 2010

Robot ini dinamakan sebagai Robot Amah. Robot ini berkeupayaan untuk membuat pelbagai kerja rumah seperti menyapu sampah, membasuh baju, memotong sayur dan memasak. Robot ini dilengkapi dengan keupayaan untuk berfikir sendiri iaitu kecerdasan buatan atau dalam Bahasa Inggerisnya artifical intelligence, AI! Setiap kerja rumah yang bakal dilakukan oleh robot ini sudah pun diprogramkan. Ia akan bertindak melalui alat pengesan bunyi yang telah dikeluarkan oleh tuannya.

Dengan sepadat mungkin, Aflah memberikan penerangan kepada panel penilai yang membuat tinjauan ke gerai pameran pasukannya. Rafiq dan Ikin berada di sampingnya.

Saya ada soalan. AI adalah keupayaan sebuah mesin atau robot untuk melakukan tugas berdasarkan apa yang telah diprogramkan. Jadi, robot ini boleh memasak beratus-ratus menu untuk manusia. Tapi, apa yang akan berlaku jikalau robot itu tidak mampu untuk mengesan bahaya Maksud saya, apa tindakan kamu semua untuk mencegah robot itu daripada memotong benda yang tidak sepatutnya seperti tuannya sendiri ketika sedang memotong daging atau sayur Rafiq memunculkan diri ke hadapan.

Perkara itu telah kami kaji dan selidiki. Sebagai individu yang menyediakan dan membina pengaturcaraan dalam robot ini, saya telah membuat satu lagi program untuk robot. Program itu memberikan keupayaan kepada robot ini untuk mengesan dan membuat pertimbangan dalam melakukan kerjanya. Robot ini dapat mengesan haba dan peredaran darah. Jadi, ia tidak akan memotong ataupun menyerang manusia. Jika kita meletakkan jari kita pada papan pemotong, robot tidak akan memotong dan berhenti daripada memotong.

Para penilai bertanyakan beberapa soalan sebelum beredar ke gerai lain. Apabila melihat panel penilai itu pergi sedikit jauh, Aflah terus menarik kerusi dan duduk. Dia menghembuskan nafas panjang.

Fuh, lega rasanya. Selesai kerja kita! ujar Aflah.

Macam mana Okey tak penjelasan aku tanya Rafiq mendepani Aflah. Ikin duduk di sebelah Aflah.

Bagus sangat! Bila masa kau masukkan program baru tu dalam robot kita Setahu aku, kau tak pernah cakap pun Aflah mengembalikan soalan kepada Rafiq.

Hah, itulah! Lain kali jangan pandang rendah pada kebolehan pelajar-pelajar Kejuruteraan Komputer. Aku ada buat kajian sedikit. Baca mana-mana yang patut. Kebanyakan robot-robot yang mempunyai AI di dunia ini tak mempunyai program untuk robot mengesan bahaya yang boleh memudaratkan manusia. Mereka risau robot-robot ini buat kerja ikut suka hati mereka tanpa mempedulikan tuannya. Jadi, aku tanyalah pendapat profesor, tanya pendapat pelajar-pelajar universiti luar negara. Aku dapat idea dan bina kod baru untuk robot ni mengesan kehadiran bahaya yang boleh menyebabkan kecederaan pada manusia.

Ikin menambah, oh, sebab tu kau suruh aku tambah papan litar baru dalam litar sedia ada Kau nak hasilkan program baru rupanya!

Haah, itulah fasal! Rafiq mengeyakan. Aku nak hasilkan litar get logik dan kod yang baru. Kamu berdua mesti dah belajar fasal litar get logik, kan Pakai dua digit, 1 dan 0. Untuk robot ini, aku dah hasilkan dua sistem, satu untuk kerja-kerja biasa dan satu lagi untuk kes-kes kecemasan. Apabila pengesan optik yang kita pasang dalam robot ini mengesan kehadiran manusia, ini bererti digit nombor 1 akan berfungsi. Sekaligus, digit 1 itu akan bertukar menjadi digit 0 yang bermaksud berhenti. Robot itu akan berhenti serta-merta.

Wah, pandainya kau buat penerangan! Macamlah kami ni pengunjung ke gerai ni! ujar Aflah sambil ketawa kecil.

Sudahlah! Daripada aku melayan kau, baik aku pergi jalan-jalan. Tengok gerai-gerai lain pula. Tadi aku jumpa ada gerai yang membuat penyelidikan untuk kabel optik. Mungkin berguna untuk robot kita, Ikin mencelah.

Aku nak ikut juga! celah Rafiq.

Pergilah kamu berdua. Jangan terlupa jalan pulang ke sini sudahlah! seloroh Aflah pula. Dia pergi ke ruang hadapan untuk melayan pengunjung-pengunjung yang hadir ke gerainya.

Bilangan pengunjung yang datang semakin bertambah. Mereka begitu berminat dengan robot pembantu rumah yang direka oleh pasukan Aflah. Tak menang tangan Aflah melayan mereka. Dia melayan pengunjung-pengunjung yang hadir seramah yang boleh.

Bagus idea kamu ni!

Seorang lelaki berpakaian serba hitam menyapa Aflah. Dia memakai cermin mata hitam selain topi ala-ala mafia. Juga berwarna hitam. Pengunjung pada ketika itu sudah pun beralih ke gerai lain.

Idea lama tapi diperbaharui sedikit. Encik berminatkah tanya Aflah sambil tersenyum.

Saya berminat dengan kerja kamu ini. Tapi, ada orang yang akan lebih berminat dengan hasil kerja kamu ni! Nada serius kedengaran daripada percakapan lelaki itu. Aflah dapat mengesan kejanggalannya namun dia buat endah tak endah.

Siapa tanya Aflah lagi. Lelaki itu tidak terus menjawab. Dia membelek-belek prototaip robot itu.

Mereka adalah musuh kita. Musuh umat Islam. Kamu kena berhatihati dengan mereka! balas lelaki itu tiba-tiba. Berkerut dahi Aflah mendengar jawapan lelaki itu.

Mereka akan jadikan robot kamu pemenang ekspo tahun ini. Robot kamu akan dijadikan bahan eksperimen mereka. Jadi, berhati-hatilah. Tengok-tengokkan sekali dua rakan kamu tu. Terutamanya yang pandai komputer tu. Dia mungkin mudah dipengaruhi oleh mereka.

Lelaki itu beredar. Aflah membatu. Ada ketegangan yang terbit dalam jiwanya. Fikirannya mula berkecamuk. Kehadiran lelaki itu sangat mengganggu.

Siapa lelaki itu Siapa pula mereka yang dia cakapkan Bisik hatinya penuh kesangsian.

Ikin kembali ke gerai tidak lama kemudian. Rafiq tidak ikut sekali.

Banyak betul gerai yang dibuka. Aku jumpa dengan satu gerai tu. Betullah! Mereka sedang bangunkan satu kaedah untuk menggantikan gentian optik. Mereka menggunakan gentian kaca sebagai ganti. Masih dalam kajian tetapi aku rasa berguna untuk robot kita nanti. Gentian kaca lebih cepat menyampaikan maklumat berbanding gentian optik! ujar Ikin. Aflah tidak memberi respons. Dia tampak tidak berminat dengan penemuan Ikin. Otaknya lebih memikirkan pada kawannya yang satu lagi, Rafiq.

Mana Rafiq

Ikin berasa sedikit pelik dengan cara soalan diajukan padanya.

Dia ada dengan aku tadi. Lepas tu, ada dua orang lelaki sedang berbual-bual dengannya. Mereka pergi ke luar sebentar, jawab Ikin.

Siapa lelaki-lelaki itu Kau kenal ke tanya Aflah.

Manalah aku tahu! Mungkin ahli korporat sebab pakaian mereka penuh satu set. Dengan kot. Warna putih pula tu. Siap bertopi, ala-ala kumpulan mafia gaya mereka!

Berderau darah Aflah. Suara lelaki tadi terngiang-ngiang di telinganya.

Mereka musuh kita. Mereka musuh Islam. Mafia!

Kau tak apa-apa, Aflah Kau ada masalah ke tanya Ikin sambil menggoyang-goyangkan bahu rakannya. Aflah tersentak.

Tak ada apa-apa! Fikir banyak sangat! balas Aflah cuba berdalih.

Kau ni, banyak sangat buat kerja. Rehatlah sedikit. Habis ekspo ni, kita pergi bercuti. Nak tak Ikin cuba memujuk.

Aflah mengangguk-angguk sahaja. Dia tidak teruja mendengar tawaran Ikin. Bayang lelaki tadi bagai berputar-putar di hadapan matanya.

Rafiq, mana kau