Minggu kedua, Abriel mula terbiasa dengan rentak hidup di sana. Memang dia masih teragak-agak terutama bendabenda yang melibatkan teknologi dan pengangkutan di sana, yang jauh berbeza dengan apa yang biasa dilaluinya. Mujur ada teman-teman di kedutaan yang bersedia hampir 24 jam menjaga dan melayani pertanyaannya. Dia dibawa ke pasar raya paling murah di kota itu, duduk di warung di pinggir jalan sambil minum soju1 yang rasanya terlalu kuat untuknya, keluar masuk pusat membeli belah dan menikmati rumah mandian Korea yang sebelum ini cuma ditontonnya dalam drama-drama Korea.
1. Arak Korea
Masuk minggu ketiga, kelas Abriel bermula. Kampusnya sangat besar dengan peralatan-peralatan canggih termasuk alat pendaftar kehadiran elektronik yang telah membuatnya menjadi bahan tontonan pada hari pertama kerana dia tersilap menekan nombor PIN. Dia suka perpustakaannya yang besar dan serba lengkap. Pensyarahpensyarahnya ramah dan selalu bertanya itu ini tentang Malaysia yang membuat pelajar-pelajar lain agak jengkel. Tetapi rakan-rakan sekelasnya kebanyakannya ramah dan menyenangkan dan mereka boleh memahami bahasa Korea yang dituturkannya walaupun mungkin kadangkadang dia terkeliru tentang sesuatu.
Masuk minggu keempat, Abriel menemui sebuah kedai buku kecil sekali gus kedai menjual makanan milik seorang perempuan tua bernama Nenek Kim yang baik hati. Nenek itu telah meminjamkannya payung saat dia terperangkap dalam hujan lebat beberapa minggu yang lalu. Mereka telah menawarkannya pekerjaan yang diterimanya dengan senang hati walaupun gajinya kecil. Dia membayar sewa rumah, bil elektrik, air dan gas buat pertama kali. Menolak tawaran melanggan akhbar dan penghantaran susu dengan cara yang paling sopan. Dan yang paling dia suka adalah jiran-jirannya yang tidak peduli walau kadang-kadang dia memainkan lagu-lagu kegemarannya menerusi pemain cakera padat dengan bunyi maksimum.
Dengan memakai apron yang mempunyai logo kedai, dia duduk di kaunter pembayaran sambil membaca nota-nota kuliahnya. Sesekali dia mengambil kamus elektroniknya untuk mencari maksud perkataan yang tidak difahaminya.
Sudah tiga bulan dia di sini. Dia selesa sekali dengan hidupnya, malah gembira kerana majikannya begitu baik sekali. Setiap hari, perempuan tua itu akan menelefonnya sebaik dia sampai di rumah untuk memastikan Abriel sampai di rumah dalam keadaan selamat.
Nenek Kim juga tidak pernah lupa memasakkan makanan yang sedap untuknya. Namun tidak ada sehari pun dalam tempoh tiga bulan itu dia tidak memikirkan dan bermimpi tentang Ruben. Hatinya remuk lagi, berulang-ulang kali.
jjj
Hari ini kedai itu sepi. Tiba-tiba loceng yang digantung di pintu masuk berbunyi, tanda ada pelanggan datang. Abriel meletakkan buku yang dibacanya dan menyapa pelanggan. Selamat datang! laungnya sambil menundukkan badan.
Perkara pertama yang terlintas di kepala Abriel adalah betapa sesuainya lelaki itu berambut perang. Lelaki itu jelas orang Korea. Wajahnya kelihatan seperti orang asing tetapi matanya adalah mata orang Korea. Dia sangat kacak orangnya. Dan saat pelanggan itu menjawab selamat tengah hari, Abriel memutuskan lelaki itu berbahaya orangnya. Wajah yang tampan, tubuh yang tinggi lampai dan suara seksi. Perempuan mana pun pasti akan jatuh cinta padanya.
Kecuali aku, bisik Abriel dalam hati.
Lelaki itu mengambil minuman sejuk dan sandwich ayam.
Sandwich itu dihulurkan kepada Abriel. Boleh tolong panaskan
Okay, sahut Abriel acuh tidak acuh. Ada nada sombong sedikit dalam suara lelaki itu saat meminta tolong hingga membuat Abriel merasa tidak suka padanya. Dia paling tidak suka orang yang sombong.
Bunyi denting ketuhar gelombang mikro membuat lelaki itu menoleh ke arah Abriel semula. Tumpuannya pada rak coklat di hadapannya beralih pada gadis berwajah serius itu. Bukan orang Korea getusnya. Kulit gadis itu yang berwarna perang sempurna adalah semula jadi. Itu bukan kerana pergi ke salun memerangkan kulit. Cantik, tapi nampak sombong. Ini kali pertama dia bertemu seorang gadis yang tidak peduli padanya. Tidak peduli, atau purapura tak peduli Kalau dia berpura-pura, memang dia pelakon paling hebat sekali.
Saya nak rokok satu kotak, ujarnya sambil meletakkan barang-barang lain yang dibelinya di atas kaunter. Dia mengeluarkan dompet dari saku seluarnya.
Yang mana
Lelaki itu berfikir sejenak. Marlboro Light.
Abriel mengambilkan rokok yang diminta. Ada yang lain soal Abriel lagi. Contact lens warna biru! Obviously!
Awak kenal saya soal lelaki itu tiba-tiba.
Saya patut kenal awak ke soal Abriel kembali.
Awak tak pernah baca majalah Atau tengok TV
Sama je macam orang lain. Kenapa Awak popular sangat ke Selalu keluar TV
Saya memang terkenal, sahut lelaki itu dengan senyuman lebar.
Sombong! Kutuk Abriel dalam hati. Perasan! Well, I dont care, ujarnya dengan wajah serius. Ini je ke
Lelaki itu cuma mengangguk. Abriel mengimbas kod beberapa barang di hadapannya. Kemudian menyebutkan harga yang perlu dibayar.
Awak nak saya sign apa-apa untuk kedai ni, ke Ruparupanya lelaki itu masih tidak berputus asa.
Abriel menjeling jengkel. Tak payah. Awak dah buang masa saya kat sini. Awak datang sini pun tak bagi apa-apa keuntungan pada kedai kami.
Kalau awak tau saya siapa, mesti awak terkejut. Dah, bagi kertas. Nanti saya sign.
Awak memang selalu macam ni ke
Lelaki itu merenung Abriel yang sedang memasukkan barang-barang yang dibelinya ke dalam plastik. Maksud awak
Pergi sana sini offer tandatangan awak, sahut Abriel.
Lelaki itu tertawa besar. Tak, biasanya orang mintak tandatangan saya. Dengan sopan. Nada suaranya kedengaran nakal. Kening Abriel terangkat, hatinya tibatiba rasa senang, entah kenapa. Tapi untuk awak, saya buat pengecualian.
Dengan malas, Abriel menghulurkan sebatang pen dan sehelai kertas pada lelaki itu. Lelaki itu mengambilnya dan bersedia untuk menandatanganinya. Siapa nama awak
Maksud awak, apa nama kedai ni Awak kan tandatangan untuk kedai ni kan Nama kedai ni Kims Store, sahut Abriel selamba.
Saya tau. Tadi saya nampak kat depan. Tapi saya nak tau nama awak, desak lelaki itu lembut.
Gabrielle.
Lelaki itu mengangguk. Susahnya nak sebut. Tak ada nama Korea
Abriel menggeleng. Nama panggilan
Abriel.
Lelaki itu mengangguk sambil menyebut nama Abriel beberapa kali. Caranya menyebut membuat nama itu kedengaran lebih seksi dari yang sepatutnya. Mungkin kerana suaranya, detak hati Abriel.
Nama saya Park Jaejoong. Boleh panggil apa-apa je.
Kalau panggil Si Bodoh, boleh tanya Abriel, berpurapura polos.
Jaejoong tertawa besar. Kalau saya memang layak dipanggil bodoh, boleh. Dia meletakkan pen dan mengambil beg plastik berisi barang-barang yang dibelinya tadi. Jumpa lagi nanti, Abriel.
Terima kasih sebab sudi datang ke kedai kami, sahut Abriel sesopan mungkin. Matanya memerhati langkah Jaejoong yang semakin jauh meninggalkan kedai itu. Kertas yang ditandatangani oleh Jaejoong tadi diambil. Untuk Abriel, cashier Kims Store. Tertulis dalam huruf Hangul dan ada disertakan sekali nombor telefonnya. Dasar lelaki gila!