Bang Umar, takkan asyik sms je. Petang esok kita jumpa kat PWTC nak
Bolehlah bangplizzzzzz.luv u!!! Fika saaaaaayang abang. Ummmwahhh!
Banna terkejut membaca mesej itu. Dikelip-kelipkan matanya bagaikan tidak percaya.
(Umar sedang bercinta) hatinya sukar menerima.
Selang seketika, pintu bilik itu dikuak orang. Fathil masuk tergesa-gesa tanpa membuka kasut. Dia mengambil sekeping kad bersampul biru muda.
(Tertinggal agaknya)Banna memandang Fathil dengan senyuman.
Dia tak bangun lagi ke Fathil sempat menjenguk Banna di dalam compartment Umar.
Emm..tak lagi! balas Banna masih tersenyum. Fathil mendengus lalu menggoyang-goyangkan bahu Umar.
Woii, bangunlah.kawan kau datang ni! tengking Fathil. Umar menggosokgosokkan mata. Dia menatap paparan mesej di skrin handset seketika, kemudian pantas menutupnya.
Macam tu lah dia. Hari-hari main sms sampai tertidur. Aku nak ajak keluar pun susah sekarang ni, leter Fathil . Hati Banna makin curiga dengan Umar.
Err, nak ke mana tu Banna sempat bertanya.
Nak ke stall. Sekarang ni kan Mujahidah Week, bolehlah membeli sambil ngorat mujahidah Fathil ketawa berdekah-dekah dengan lawaknya. Banna turut tersenyum.
Chow dulu Fathil melemparkan senyuman ramah.
(Bagus dia, mudah masuk ngan orang) hati Banna memuji Fathil.
Banna menerangkan kepada Umar bahawa dia datang untuk mengajak Umar menghadiri perjumpaan mingguan smart group bagi pelajar-pelajar lepasan Sekolah Taman Islam, sebuah sekolah swasta yang tidak asing lagi di negeri Utara. Namun, tak semua orang yang menyertainya berasal daripada sekolah itu, majoriti mereka daripada situ. Smart group ditubuhkan bertujuan untuk mengumpulkan mereka, berbincang soal akademik, akhlak, isu semasa, tarbiyyah dan dawah. Smart group juga dapat mengikat hati-hati mereka agar tetap bersama sahabat-sahabat yang soleh dan suasana yang mendidik. Kewujudan smart group adalah cetusan dari kesedaran bahawa fatamorgana dunia hari ini terlalu menipu daya. Maka, setiap jiwa yang hajat kepada Islam perlu dikumpulkan bersama biarpun dalam smart group kecil agar mereka boleh lengkap- melengkapi dan kuat- menguatkan menghadapi cabaran jahiliyyah.
(Ahh, boleh blahlah smart group! Pergi jahanam dengan Asiah Yusro Aku dah besar, aku tak perlukan smart group. Aku bukan pelajar Sekolah Taman Islam lagi. Aku mahasiswa universiti. Smart group, namanya pun sudah jelek aku mendengarnya!)
Banna, ana ada hal lah esok, Umar masih mengekalkan ganti nama ana yang cukup sebati dituturkan di Sekolah Taman Islam.
Hal apa yang lebih penting dari smart group
Errnak buat assignment, banyak lagi tak siap. Hari Isnin ni dah kena hantar, Umar beralasan. Dia sudah pandai berbohong.
Kalau macam tu, kita buat smart group di bilik nta. Sambil-sambil tu, kami semua boleh tolong nta siapkan assignment.. Banna menawarkan pertolongan. Eh, tak yah lahana boleh buat sendiri,Umar menolak.
Datang smart group kejap je, Umar. Tak sampai pun sejam. Insyallah, kalau nta datang, Allah akan permudahkan urusan nta untuk buat asignment . Kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita. Smart group bukan benda mainmain, ianya tanda sensitiviti kita pada agama. Sahabat-sahabat kita semuanya dah cukup rindu kat nta,. Masuk ni, dah tiga kali nta tak datang. Bayangkan tiga minggu nta menghilang, macam mana sahabat-sahabat kita tak risau!
(Mereka semua ni sama cam dulu. Ambil berat sungguh! Tapi, aku dah bosan dengan smart group)
Malam kami ziarah bilik nta ramai-ramai tu, nta ke mana Bukan ke kita dah janji! Banna melontarkan persoalan.
Ana minta maaf. Ana terlupa. Malam tu, Fathil ada urusan. Ana temankan dia.
Tak sempat nak hantar mesej kat nta,
Umar, ana bukan nak marah, ana masih sangka baik kat nta. Nta tetap sahabat kami sampai bila-bila. Datanglah esok
Esok memang ana tak bolehlah. Kirim salam je lah kat semua. Kalau ditanya, katakan ana banyak assignment,
Insyallah. Oh ya! Dr. Azmin kirim salam . Dia kata puas dia contact nta tapi tak dapat-dapat,. Wajah kebapaan bekas guru di Sekolah Taman Islam yang kini sudah bergelar pensyarah itu, bertandang di fikiran Umar. Baru semalam dia bertembung dengan Dr. Azmin namun dia cepat-cepat mengelak.
(Aku tak nak jumpa Dr. Azmin lagi. Aku dah bosan dengan bicaranya tentang tarbiyyah dan dawah. Tarbiyyah, dawah Pergi jahanamlahaku dah meluat.
Pergi jahanam bersama Asiah Yusro)
Ana dah tukar sim cardjawab Umar bersahaja.
Kenapa tak inform
Ana nak rahsiakan nombor ana, Umar tak berselindung.
Kenapa ni Umarhairan Banna dibuatnya.
Ntah!Bosangetus Umar. Wajahnya berkeriut kebencian.
Bosan Bosan dengan apa
Bosan dengan semua yang ada di Taman Islam. Ana rasa terkongkong. Betulbetul bosan! Rasa muak bila diajak ke program-program tarbiyyah terutamanya smart group. Tolonglahana tak nak dengar perkataan tu lagi, bosan! Ana tak nak semua ni. Ana nak rasa enjoy macam orang lain. Ana tak tahan dan memberontak bila kat sini pun korang semua masih nak kongkong ana macam kat Taman Islam dulu. Ziarah, usrah, ukhuwwah, dawah, tarbiyyahahh, meluat!terpancul kata-kata yang sarat luahan.
(Kenapa aku luahkan semua ni Ahhbiarkanbiarkandah lama benar ia terpendam) Umar puas dengan luahannya. Peluh dingin memercik di dahi.
Banna terpaku.
(Benarkah apa yang aku dengar ini Alam nyata ke ni)
Umar, nta bosan dengan hidayah Allah Banna mengungkap.
(Gurlp! Bisa sungguh pertanyaan ni!)
Umar, kat Taman Islam dulu, nta Ketua Pengawas yang sangat ana kagumi. Ana masih ingat lagi kata-kata nta dulu.. diri kita ibarat cawan. Kalau kita tak tuang di dalam cawan dengan air, molekul-molekul angin akan masuk. Begitulah juga diri kita, kalau kita tak tuang dengan ilmu dan iman, anasiranasir lain akan masuk. Kita hajat kepada tarbiyyah untuk mengisi diri kita dengan bekalan iman agar hidayah Allah kekal dan tak hilang dalam hati. Kita terlalu hajat pada hidayah Allah, Banna menyambung lagi,
Umar, ke mana pun kita lari dan pergi, kita akan kembali kepada Allah. Kita tak boleh sombong dengan Allah. Allah boleh menapis diri kita daripada mendapat hidayah-Nya bila-bila masa saja, sebab tu lah kita perlu bersyukur dengan hidayah Allah dan perlu berusaha mengekalkannya. Allah dah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita, kenapa kita nak sia-siakannya
Ahh, jangan ulang ucapan tu lagi. Ana bosan mendengarnya, jiwa Umar gersang. Sudah lama tak disirami hujan iman.
(Itu dulu. Apa yang aku dapat dari semua tu Kerana semua tu lah, aku mengenali Asiah Yusro, lantas sejak itulah perasaanku terseksa. Aku juga tahu, kerana semua tu lah Asiah Yusro tak membalas cintaku. Semua tulah yang merampas Asiah Yusro dariku. Aku benci!!!)
Umar, jangan cuba lari dari hidayah Allah. Fikirkanlah, sampai bila nta nak berkrisis dengan Allah macam ni Hidup ini takkan selamanya begini. Kita akan mati berjumpa Allah. Nta nak termasuk di kalangan orang-orang yang rugi Banna tidak jemu melembutkan hati Umar. Banna terdiam.
(Ahhhhhhhhh.bosannya!!! Tapi, betul juga cakap Banna)
Ana tak sekuat nta, Banna. Ana futur, tak larat nak bangun balik. Nantilah,esok kalau ada masa ana datang smart group, jiwa Umar terusik. Banna tersenyum. Air liurnya tak terbuang sia-sia.
Ana akan tunggu nta.Bukan ana je, tapi kami semua akan tunggu nta. Ingat, sahabat-sahabat kita rindukan nta, terutamanya masul kita, Dr Azmin,
Irama handset Umar berbunyi. Umar nampak gugup.
Hello, err, nanti abang telefon kemudian. Abang ada tetamu ni Umar menjawab panggilan dengan ringkas. Banna faham lalu meminta diri.
Tak per lah Umar, ana pergi dulu. Nak jumpa adik kembar ana kat stall jap, Assalamualaikum. Jumpa lagi, Banna bangun beredar. Umar membalas salam. Selang seketika,handsetnya berbunyi lagi. Umar menjawab panggilan itu dengan suara lembut. Banna menjeling.
(Adik dia kot)hati Banna cuba berbaik sangka. Namun, otaknya ligat berfikir sesuatu. Basah di ingatannya mesej yang sempat dicuri-curi baca sebentar tadi, lalu dia membuat satu sms.
Assalamualaikum. Smart Group bertukar venue di PWTC, kul 5.30 ptg esok.
Banna melangkah ke gerai yang berderet-deret tersusun berhampiran dewan besar universiti sempena Mujahidah Week. Dia mencari gerai kepunyaan Kelab Penulisan. Adik kembarnya berniaga di situ. Dari jauh, Banna melihat adiknya Maziah bersama Asiah Yusro, teman baik adiknya sedang sibuk menyusun buku-buku di gerai mereka.
(Ish, Asiah Yusro pun ada! Seganlah.)hati Banna berbisik. Dia mengakui hatinya resah tiapkali terpandang Asiah Yusro, mawar mujahidah acuan Sekolah Taman Islam yang sangat dihormati kerana ketokohannya dalam tarbiyyah dan dawah. Lantaran itu, hatinya akan segera beristighfar. Dia tidak mahu jiwanya dibiarkan parah dibaham mazmumah.
Banna memberanikan jua kakinya melangkah mendekati gerai Kelab Penulisan.
Assalamualaikum. Maziah, abang nak jumpa, jap, Banna mengajak adiknya beredar sedikit daripada gerai itu. Maziah meminta izin daripada Asiah Yusro. Asiah Yusro mengangguk lembut sambil mengukir senyuman. Sebelum beredar bersama abangnya, Maziah sempat mengambil cebisan-cebisan kertas berwarna biru yang baru dikoyak dari dalam lipatan sebuah buku.
Kertas apa tu Banna menjeling.
Tadi, ada sorang classmate Maziah bagi. Geli Maziah membaca ayat-ayat yang ditulis lalu dengan spontan tangan Maziah mengoyaknya. Maaf, tak sempat nak tunjuk kat abang.. Maziah meyerahkan cebisan-cebisan kertas itu ke tangan abangnya. Banna menyambut lalu membelek-belek.
Lelaki ke
Kalau perempuan, Maziah tak kan buat macam ni, bang
Hidup remaja memang terlalu mencabar. Dugaan cinta macam ni akan datang silih berganti. Sebab tu lah kita hajat sangat pada tarbiyyah agar kita tak hanyut nanti.,nasihat seorang abang.
Abang doakanlah selalu untuk Maziah ye. Hidayah tu milik AllahMaziah takut hidayah tu hilang dari diri Maziah jika tergoda dengan ujian ni. Allah tak perlukan Maziah tapi Maziah memang terlalu memerlukan hidayah-Nya untuk selamat di dunia dan akhirat. Kalau kita tak jaga hidayah Allah, ia boleh pergi meninggalkan kita, kan bang!
(Syukurlah Allah masih memberi kesedaran ini kepada adikku. Wanita yang ditarbiyyah adalah sebaik-baik nikmat di dunia ini)