SAAT AKU BERPALING - 3
HOI budak, nama kau apa Soal Adelia. Adelia menjengulkan wajahnya di balik pintu. Dia sengaja berjalan jauh dari biliknya di tingkat dua hanya kerana mahu mendengar suara Nadhirah yang langsung tidak kedengaran sejak dari hari dia masuk ke dalam rumah ini.

Kenapa kau datang tinggal dekat rumah aku hah Soal Adelia lagi. Papa aku cakap, kau bukan orang sini kan Kenapa kau balik ke Malaysia pula Soalan demi soalan diaju namun jawapan tetap juga tidak kunjung tiba.

Nadhirah masih membisu. Dia tidak mahu memanaskan suasana.

Hairan betul aku. Kau ni bisu ke Semua soalan yang aku tanya kau tak pernah nak jawab kan. Adelia mengetap bibirnya sendiri. Panas hatinya apabila Nadhirah langsung tidak memberikan sebarang reaksi. Mulut kau mana Kau lupa nak bawa sekali mulut kau tu ke Aku tanya kau ni, jawab lah. Kepala Nadhirah ditunjal-tunjal sesuka hati.

Bongkak sekali tingkah lakunya namun Nadhirah tetap membatu, dia langsung tidak terkutik mahu menjawab. Walaupun sudah beberapa lama tinggal di rumah ini, Nadhirah masih lagi bersikap begitu. Enggan bercakap dengan sesiapa dan dia hanya mengurung diri di dalam bilik.

Kau pekak ke huh Kau tak dengar ke aku tengah tanya kau ni Adelia melenting apabila dirinya seolaholah langsung tidak dihiraukan oleh Nadhirah. Hei budak, kalau tak kerana Papa aku kutip kau datang ke sini, aku rasa kau dah lama mati tau tak. Sedar lah diri tu sikit. Lantang sahaja Adelia menuturkan kata-kata.

Dek kerana terlalu geram dengan kedinginan Nadhirah, bahu Nadhirah ditolaknya sesuka hati dengan sengaja oleh Adelia. Oleh kerana terlalu sakit, Nadhirah cuba mengelak dari terus ditolak Adelia sehingga menyebabkan Adelia terjatuh sendiri.

Ni kenapa kecoh-kecoh dekat sini

Satu suara garang kedengaran di telinga Nadhirah. Dia tahu, sejak berada di sini dan seperti selalu yang akan dimaki hamun dan dihambur dengan herdikan keji hanyalah dirinya.

Kakak cuma datang tegur dia. Kakak nak kawan dengan dia aja. Dia pukul kakak, Ma. Sakit... Adu Adelia pada Puan Sri Munirah. Dia sememangnya pandai berlakon bagi mendapatkan perhatian.

Budak ni memang nak kena dengan aku. Dah di bagi betis nak paha pula. Yang tangan kau jahat sangat nak memukul orang ni kenapa Puan Sri Munirah menyinga. Dia percaya dengan apa yang dikatakan Adelia tanpa usul periksa. Rambut Nadhirah ditarik tanpa belas dan wajahnya ditampar beberapa kali.

Ampun Ma, ampun. Nadhirah tak buat lagi Ma! Rayu Nadhirah yang sedang menanggung kesakitan.

Eh sejak bila pula aku jadi Mama engkau ni Kau ingat apa yang aku cakap pada kau sekarang ni. Sampai mati pun aku takkan terima kau jadi sebahagian daripada keluarga aku ni. Kau faham tak Pipi anak kecil itu ditampar beberapa kali tanpa belas.

Esakan halus Nadhirah langsung tidak meninggalkan kesan pada Puan Sri Munirah.

Lain kali jangan sebut nama aku, jangan panggil aku Mama kau! Kalau dah hidup menumpang, buat cara menumpang. Kau tu cuma anak pungut ja tau tak Kalau bukan kerana suami aku, dah lama aku buang kau dekat Lorong Haji Taib sana. Baru sesuai dengan keturunan kau. Tengking Puan Sri Munirah lagi.

Nadhirah tersentak. Namun dia membatukan sahaja dirinya.

Kau dengan mak kau sama je. Perempuan murah! Tambahnya lagi sebelum mengalihkan wajahnya ke muka pintu untuk beredar.

Jom keluar cepat dari sini Adelia. Lain kali kakak jangan masuk bilik ni lagi tau tak Tangan anaknya Adelia ditarik dan dibawa keluar.

Sakit tangan kakak Ma. Adelia masih lagi terus mengadu. Dia tersenyum memandang Nadhirah yang baru sahaja teruk dimarah.

Lain kali tak payah nak berkawan dengan budak macam ni, dia bukannya sama dengan taraf kita pun.

Nadhirah yang masih kesakitan ditinggalkan sahaja terbiar begitu oleh Puan Sri Munirah. Tak kuasa dia mahu membuang masa menguruskan anak tirinya itu kerana semakin lama dia mengadap Nadhirah semakin sakit hatinya nanti.

M

INGGU ini suaminya terpaksa ke Moscow atas urusan kerja kerana itulah dia boleh buat sesuka hati terhadap Nadhirah. Dimarahi sesuka hati, diherdik jika mahu, dipukul jika ada waktu. Segalanya dilakukan ikut hatinya.

Hati terasa puas setiap kali dia menyakiti anak kecil ini namun dia tetap berwaspada. Takut juga kalau dia membunuh budak itu jika amarahnya tidak dapat dikawal nanti. Begitulah kebencian yang ada pada dirinya untuk Nadhirah ketika ini.

Kartini! Laung Puan Sri Munirah memanggil pembantu rumahnya untuk datang ke ruangan atas.

Kartini! Datang sini lah. Jerit Puan Sri Munirah sekali lagi apabila dia langsung tidak mendengar sebarang tindak balas orang gajinya.

Ya Puan Sri! Laju sahaja Kartini memberi respon.

Tangannya yang masih basah kerana sibuk mengemas dapur hanya dilap pada hujung bajunya sendiri dengan kelam kabut. Bimbang juga dia untuk berdepan dengan Puan Sri Munirah saat wanita ini sedang menyinga.

Awak buat apa hah

Saya di dapur Puan Sri. Maaf Puan Sri.

Lembab sangat respon awak dua tiga hari ni. Sudah berkali-kali saya panggil tadi tahu tak Nak bagi respon pun lembab.

Maaf Puan Sri. Ada apa Puan Sri panggil saya

Bawa budak ni ke bilik atas. Letak dia di loteng.

Kenapa Puan Sri Satu soalan terpacul keluar dari mulut Kartini yang terkejut dengan arahan Puan Sri Munirah sebentar tadi.

Sejak bila pula saya nak kena jelaskan apa yang saya nak buat dekat orang gaji ni Kau dah tak nak kerja dekat sini lagi ke Kartini Puan Sri Munirah sebal mendengar soalan daripada pembantu rumahnya.

Maaf Puan Sri, maafkan saya.

Mulai hari ini dia akan tinggal di sana. Dan jangan nak pandai-pandai bagi dia makan atau minum tanpa izin saya. Awak faham tak Arah Puan Sri Munirah lagi.

Puas hatinya melihat Nadhirah meringkuk ketakutan.

Tapi, Puan Sri, bilik tu kan stor Kartini cuba mengingatkan Puan Sri Munirah sebelum kata-katanya dipotong.

Yang awak banyak sangat soalan ni kenapa Awak nak temankan dia dalam bilik tu ke Puan Sri Munirah menyinga.

Maafkan saya Puan Sri. Saya akan bawa dia ke sana sekarang. Maaf...

Tahu pun. Kalau saya nak letak dia dalam tandas pun, awak peduli apa Jangan sampai saya pecat awak sebab terlalu menyibuk bertanya pula! Puan Sri Munirah mengalihkan amarahnya pada pembantu rumah pula kini.

Maaf Puan Sri. Saya akan pindahkan dia ke sana secepat mungkin. Kartini sudah tiada pilihan lain.

Mulai hari ini, dia akan buat kerja-kerja rumah macam awak juga. Baju-baju kerja saya semua dia yang akan uruskan. Semua kena cuci dengan tangan dan pastikan dia seterika juga baju-baju saya tu. Awak pantau dia. Kalau saya tak puas hati dengan apa yang dia buat, saya pecat awak, Kartini. Apa sahaja kesalahan yang dia buat, awak yang tanggung akibatnya nanti.

Baik Puan Sri. Kartini sekadar bersetuju. Walaupun dia kasihan namun, siapalah dia mahu membantah arahan dari orang besar rumah ini.

Tingkat atas pun dia yang akan urus. Toilet semua kena cuci. Kalau saya jumpa habuk sekelumit pun, saya akan potong gaji awak. Make sure dia tak curi tulang. Awak tahu kan perangai saya macam mana. Jangan sampai saya hantar awak balik semula ke kampung halaman awak.

Baik Puan Sri. Saya faham Puan Sri.

Dia hanya mampu mengikut sahaja segala arahan yang diberikan kepadanya memandangkan selama ini memang tiada sesiapa yang mampu berkata tidak dengan arahan Puan Sri Munirah apabila majikannya ini tengah naik angin.

Timbul juga persoalan dibenaknya. Bolehkah Nadhirah tinggal di loteng yang langsung tidak pernah dihuni oleh sesiapa itu Walaupun ada sedikit belas buat Nadhirah namun dia terpaksa mengikut sahaja arahan yang diberikan.

Nadhirah hanya mendengar sahaja apa yang dituturkan Puan Sri Munirah. Dia sudah dapat membayangkan apa yang bakal dialaminya.

Di rumah inilah dia mengenal watak baru di dalam hidupnya. Puan Sri Munirah yang seringkali menyakitinya bila sahaja ada peluang, Tan Sri Malik yang langsung tidak mempedulikannya. Aidid si abang sulung yang selalu memberikan pandangan jijik kepadanya dan melayannya umpama sampah. Ammar yang hidupnya bergelumang dengan dadah dan Adelia yang berperangai hipokrit dan menjelikkan.

Walaupun baru berpindah ke dalam rumah baru ini, kehidupan Nadhirah tetap sama. Layanan yang diperoleh tetap sama, sepak terajang tetap juga singgah ditubuhnya dan caci maki tetap menjadi makanannya setiap hari.

Suasana yang sama juga terjadi ketika dia tinggal bersama Mamanya di Australia. Mendapat bapa tiri kaki pukul dan kaki botol. Perkataan anak haram, anak luar nikah, anak tak sah taraf, perempuan murah semuanya sudah lama singgah di telinga dan di hatinya.

Nadhirah sudah lali dengan perkataan-perkataan tersebut langsung tidak terkesan dihatinya. Bukan dia tidak berperasaan, namun hatinya sudah kebal untuk menghadam semua itu, otaknya pula sudah enggan lagi bertolak ansur.

Ruang sempit dan berabuk diperhatikan. Nadhirah terduduk memerhatikan ruang yang akan menjadi tempat persembunyiannya selama dia berada di rumah ini. Saban hari dia berdoa agar Tan Sri Malik cepat pulang dan membawanya keluar dari sini secepat mungkin. Namun, setelah hampir seminggu berlalu dan kelibat Tan Sri Malik telah pun kelihatan, malangnya tiada apa yang berubah. Tindakan Puan Sri Munirah menempatkannya di ruang sunyi ini seolaholah mendapat restu dari Tan Sri Malik.

Dia sedar mulai dari saat itu, dia perlu berusaha sendiri untuk keluar daripada tempat ini jika tidak mahu terus dibuli dan diperhambakan. Perlahanlahan dia bangun dan mengemaskan ruang sempit ini. Membersihkan habuk dan sawang bersama air mata berjujuran menuruni pipi. Saat begini, dia terbawabawa pada peristiwa hari-hari terakhir yang dilaluinya di Australia bersama Mamanya.

Where is your mom Soal Johan kepada Nadhirah.

Nadhirah yang diselubung ketakutan sekadar menggelengkan kepala. Dia enggan mendedahkan di mana Mamanya. Namun bunyi dentingan pinggan mangkuk yang sedang dicuci Mamanya menyebabkan Johan tersenyum. Tangan Nadhirah ditarik mengikutinya ke dapur.

Hello there!

What do you want, Johan Soal Natrah dengan tangan menggenggam tepi sinki.

Give me some money and I let her go! Tempik Johan lalu lengan kecil Nadhirah terus digenggam kasar. Sebilah pisau buah yang berada di atas meja makan diacukan ke leher anak tirinya Nadhirah.

Johan yang mabuk kelihatan terhuyung hayang sambil menarik tubuh Nadhirah untuk mengikutinya. Ini sahaja jalan yang difikirkan berkesan untuk memaksa Natrah memberikan wang kepadanya. Johan benar-benar ketagih dan dia sudah kehabisan wang.

Just let her go, I told you numerous time already that I have no more money to give to you! Natrah juga mula menengking.

Natrah tekad untuk tidak lagi menggunakan wangnya untuk menanggung biawak hidup seperti Johan. Terlalu banyak wangnya yang sudah dihabiskan Johan untuk membeli ganja dan minuman keras. Dalam diam dia mula menyesal membawa Johan, lelaki kacukan Australia-Lubnan ini ke dalam kehidupannya. Johan hanya menjadi beban buat dirinya kini. Mujurlah tanpa pengetahuan Johan, Natrah bijak menggunakan saki baki simpanannya untuk membuat beberapa pelaburan hartanah yang sudah mula memperlihatkan hasil.

Owh, dont you want to see her after this, Natrah Are you sure that you want to let her die today in my hand, huh Ugut Johan.

Kill her, Johan! Do you really think that I would care I dont give a damn at all if you slaughtered her today, infront of me! Sebiji pinggan yang sedang dicucinya dihempas ke lantai kerana terlalu geram. Pecah berderai.

Itulah sebenarnya yang difikirkan Natrah. Biarlah apa pun yang ingin dilakukan oleh Johan, Natrah tidak peduli lagi. Biarpun Nadhirah disembelih oleh Johan, anak ini sememangnya tidak mempunyai apa-apa makna dalam hidupnya.

Kehadiran Nadhirah baginya hanya menyusahkan dirinya. Malah dia merasakan bahawa memilih melahirkan Nadhirah merupakan kesilapan terbesar yang pernah dibuat dalam hidupnya. Dia tidak sepatutnya membiarkan anak malang itu dilahirkan sejak dari awal lagi.

Bagi Natrah, hidupnya hancur sebaik sahaja Nadhirah muncul. Dia berhenti kerja sebaik sahaja perutnya mula membesar. Nasib Natrah bertambah buruk apabila dia juga telah dihalau keluarga sebaik sahaja berita kehamilannya sampai di telinga orang tuanya. Dek kerana tidak mampu lagi menahan perasaan akibat caci maki yang tidak kunjung habis, Natrah terpaksa membawa diri jauh ke Australia.

Sejak itu dia mula mencari sesuatu untuk merawat luka di hati. Akhirnya dia bertemu Johan. dan mengahwini lelaki itu hanya untuk memastikan dia boleh terus menetap di Australia secara sah. Sejak dari itu Natrah tidak menoleh lagi ke belakang. Dia berusaha gigih untuk melupakan semua yang terjadi. Berbekalkan wang simpanan yang masih berbaki Natrah mula berjinak-jinak di dalam bidang perniagaan yang dikongsi bersama dengan seorang kenalan yang dikenali secara tidak sengaja ketika tiba di bumi Kangaroo ini.

With all of the properties you have, all of the investment you handled, I know you still have a lot of it. Dont lie to me bitch! Tubuh Nadhirah dihumban ke dinding. Mata Johan mencerlung pandang Natrah yang langsung tidak kelihatan terancam.

Yes, I do have the money, but I am not willing to spend any of it on you anymore. I am done with you, Johan! Now, all I am asking is that you just get lost from my life. Just get lost!! Jerit Natrah yang hilang sabar.

Johan meradang apabila taktiknya untuk menggunakan Nadhirah sudah tidak lagi berkesan. Tubuh Natrah yang sedang berdiri di tepi tingkap diterkam tanpa belas. Rambut Natrah dicengkam kuat dan tubuh itu ditolak sekuat hati.

What Dont you dare to raise your voice to me! Say it again if you dare, bitch. Tengking Johan. Dia sudah mula naik gila.

What would you do if I say it again I am not afraid of you, Johan. You are nothing! Natrah masih enggan mengalah.

Ill kill you. Ill kill you both and throw you in hell! Jerit Johan kerasukan. Dia sudah tidak dapat lagi mengawal emosinya. Kata-kata yang dilontarkan oleh Natrah kedengaran seperti satu cabaran yang mencabar kelelakiannya.

Natrah dipukul sepuas hatinya menggunakan tali pinggang dan kayu pemukul besbol sehingga terlentang jatuh, manakala Nadhirah hanya mampu memandang sahaja perbuatan gila bapa tirinya.

Sejak kecil dia sudah banyak kali menghadapi situasi ini. Tiada apa yang menakutkannya lagi kini. Kata-kata Mamanya juga sudah boleh diterima dengan tenang oleh Nadhirah kerana itulah juga yang sering didengarnya selama ini.

Cercaan daripada Mama dan bapa tirinya sudah tidak mampu lagi melukakan hati yang sememangnya sudah lama rabak ditoreh rasa. Dalam diam timbul satu rasa aneh dibenak Nadhirah. Dia mula membenci wanita yang melahirkannya ini dan kebencian yang terdetik di hatinya bukan sedikit. Semakin lama rasa itu mula menjadi sebahagian daripada diri Nadhirah.

Dont you dare to challenge me! A bitch like you deserve to be treated like this. Wajah Natrah dicengkam kuat oleh Johan supaya memandang dirinya.

I dont want to be your wife anymore, suara Natrah masih kedengaran jelas mencabar Johan walaupun wajahnya sudah berdarah dan cedera.

Then you dont even deserve to live anymore, bitch! Sebilah pisau lipat dikeluarkan daripada kocek bajunya. Pisau itu kemudiannya digunakan untuk menikam Natrah berkali-kali. Johan sudah hilang akal.

Setelah puas dengan perlakuannya, Johan mula menyelongkar segala ruang yang ada di dalam rumah. Dia melemparkan semua yang ada ke atas lantai tanpa memperdulikan keadaan Natrah yang separuh mati sebelum berlalu pergi membawa kotak berisi barang kemas milik isterinya.

Ma, wake up Ma. Please Ma wake up! Air mata yang bertamu mula menitis jatuh. Perlahan sahaja suara anak berusia empat belas tahun ini bersuara. Dia yang berada sedikit jauh di sudut rumah merangkak perlahan mendekati Mamanya.

Setelah beberapa lama Johan pergi meninggalkan mereka, Nadhirah bangun mendekati Mamanya. Natrah langsung tidak memberi respon. Tangan kecil Nadhirah masih lagi cuba menggoncang tubuh Mamanya.Tubuh kaku Mamanya langsung tidak bergerak. Hujung baju Mamanya dipegang kuat.

Wake up Ma. Please dont leave me, Ma! Nadhirah menjerit sekuat hatinya apabila tiada langsung respon yang ditunjukkan Mamanya.

Sudah puas dia memanggil namun tubuh Mamanya sudah lama kaku. Darah merah yang memenuhi ruang mula menakutkan Nadhirah. Terlalu banyak darah yang mengalir daripada mulut dan hidung Mamanya kesan kejadiannya yang berlaku di depan matanya tadi.

Itulah peristiwa yang terjadi disebalik kepulangannya ke bumi Malaysia. Tangannya yang menggigil ketakutan mengenangkan apa yang telah terjadi digenggam kemas. Bibirnya yang kering diketap dan air mata yang mula bertakung diseka perlahan.

Nadhirah nekad, apa pun yang terjadi dia perlu meneruskan kehidupan walaupun apa yang bakal ditempuhnya di sini lebih kurang sama jalan ceritanya dengan apa yang telah dilalui ketika dia di Australia.