MY PRETTY BOY - 3
RESTORAN PAPARICH pada petang ini agak lengang sedikit dari biasa. Tak seperti selalu yang sesak dengan pelanggan di waktu makan tengahari. Mujurlah di waktu begini, taklah mereka perlu beratur panjang untuk duduk menjamu di meja kosong.

Qamra Ain tertib menyuap hidangan yang dipesan tadi ke dalam mulut. Dikunyah perlahan-lahan tanpa disedari dirinya sedang diperhatikan oleh Tunku Hardie. Anak mata berwarna hazel milik jejaka itu, tiada siapa yang mampu menepis redup pandangan yang mengoda termasuk juga dirinya. Disulami pula dengan lagu 1,2,3,4 nyanyian Plain White-T menyemarakkan lagi suasana romantis buat mereka berdua.

Sedap ke hidangan tu sampai I renung you pun tak perasan tegur Tunku Hardie. Qamra Ain mendongak lalu memandang tepat ke arah Tunku Hardie dan mereka saling bertatapan.

Iyalah, dah lama kita tak macam ni. Kiranya bila you ada, I rasakan nilah hidangan paling lazat yang pernah I makan dengan you tau, honey!

Tunku Hardie tersenyum, terukir lekuk kecil di kedua-dua belah pipi. Lesung pipit! Itulah faktor utama mengapa dia layu dalam cinta jejaka harum mewangi seperti Tunku Hardie. Yang juga tak pernah lekang dengan haruman minyak wangi jenama Calvin Klein hadiah pemberiannya. Mendengar suara yang manja setiap kali namanya meniti di bibir ceri jejaka ini, dirasakan bagai berada di atas Star Cruise Virgo di tengah lautan samudera!

Macam mana study Okay

Ermm setahun lagi I final year, lepas tu bolehlah I mohon sebagai doktor intern di hospital sama dengan you. Wish me luck, okay beritahu Qamra Ain sambil mengelip-ngelipkan mata beberapa kali. Manja sungguh kelihatan tingkah laku gadis itu acapkali mereka berjumpa. Tunku Hardie menarik kedua-dua tangan Qamra Ain lalu dikucup dengan penuh rasa kasih dan cinta.

I know you can do it, bisik Tunku Hardie memberi kata semangat.

Ai, boleh I tanya sikit soal Qamra Ain di kala genggaman tangan dileraikan.

What is it soal Tunku Hardie sambil mengepit bebola ikan dengan penyepit lalu disumbat ke dalam mulut.

Qamra Ain memerhatikan penuh asyik tenggelam timbul lekuk di pipi Tunku Hardie mengikut rentak kunyahan.

Since youve graduated, sampai sekarang I tak menahu langsung hospital mana you bertugas. Why youre being so secretive with me

Tunku Hardie terhenti kunyahannya. Memang sengaja dirahsiakan. Qamra Ain hanya mengenalinya sekadar seorang jejaka bernama Tunku Hardie, tak lebih dari itu. Malah tentang keluarganya juga, sekelumit cerita pun tak pernah diceritakan pada Qamra Ain.

I cadang nak bagitau lepas you graduated nanti, jawabnya lambat-lambat. Dia menarik semula kedua-dua tangan Qamra Ain. Digenggam erat hinggakan terasa sayang untuk dilepaskan.

Qamra Ain mengangguk perlahan walhal hati kecilnya terdetik rasa terkilan. Sudah menjangkau 4 tahun hubungan cinta antara mereka terjalin namun banyak rahsia kehidupan Tunku Hardie yang dia tak pernah tahu. Apatah lagi, sang kekasih hati nan satu ini tak pernah membuka mulut bercerita tentang latar belakang keluarganya.

Sampai bila you nak rahsiakan tentang you pada I Bertahun kita kenal, tapi I masih rasa yang I ni bukan insan penting dalam hidup you. keluh Qamra Ain. Perlahan-lahan dia menarik tangan dalam genggaman Tunku Hardie namun jejaka itu tak mahu melepaskan.

Okey, okey I bagitau masa celebrate birthday you nanti, kita buat kat hospital tempat I kerja. Tunku Hardie kembali memujuk. Bukan susah hendak memujuk rajuk gadis kesayangannya. Qamra Ain kembali tersenyum.

Janji Tunku Hardie mengangguk. Takut benar jika tak tertunai pula permintaan gadis itu.

Oh ya, sebelum I terlupa I have something for you. Qamra Ain tunduk sedikit ke bawah untuk mencapai sesuatu yang dibawa bersama tadi.

Something for me

Hadiah sempena 3 tahun hubungan kita. Happy anniversary to us, Ai.

Thank you so much, my love Qamra. Tunku Hardie sekali lagi mengucup tangan Qamra Ain. Kemudian menjenguk ke dalam sebuah beg woven IKEA berwarna biru. Dikeluarkan sesuatu yang berupa sangkar lalu diletakkan ke atas meja.

Rab rabbit

Hanya ni aje yang mampu I hadiahkan pada you,

Ai.

Dari you, racun pun I sanggup terima asalkan you tak lari tinggalkan I, seloroh Tunku Hardie sambil mengusap lembut bulu arnab yang gebu itu.

Namanya, Turbo. I tumpang bela kat kondo

kawan I. I hope you like it.

Nanti I hantar ke Villa Papa sebab kat sana ada kandang. Lagipun, kat sana Papa I ada bela arnab juga.

Ooo Turbo ada ka

Tiba-tiba deringan telefon milik Tunku Hardie kedengaran dari dalam poket mencelah perbualan mereka. Pantas dia menyeluk ke dalam poket dan melihat ke arah skrin sesentuh. Dahinya berkerut dan sekilas dia menoleh ke arah Qamra Ain.

Kejap ye, I nak jawab call, pinta Tunku Hardie seraya bingkas dari kerusi dan berganjak jauh sedikit dari Qamra Ain.

You tak boleh tunggu kejap ke I masih dengan Qamra, jawabnya keras sambil menekup mulut takut didengari oleh gadis itu.

Ya, aku tau tunggu tempat biasa! terus dimatikan talian. Dia menyimpan telefon ke dalam poket sambil berjalan dan duduk semula mengadap Qamra Ain.

Tak habis-habis menyusahkan aku!

Siapa yang call you, Ai

Biasalah, hospital. Ada emergency case (EC).

Bukan you kata you off day ke tadi Qamra Ain memandang Tunku Hardie dengan wajah cemberut. Seleranya yang melonjak tadi terus jatuh merundum.

EC, cayunk. Mana kira you cuti atau tak. Bayangkan

bila you baru nak masuk tidur, tiba-tiba you dapat call terpaksa you datang tau. Kalau I cerita pun you takkan faham. Tunggulah bila you dah kerja nanti, baru you tau.

Alaaa kita baru aje jumpa. Tak sampai 2 jam you dah nak pergi tinggalkan I pujuk Qamra Ain manja sambil memaut lengan Tunku Hardie, tak mahu melepaskan jejaka dengan haruman Calvin Klein itu pergi.

Im a doctor now, Qamra. I promise I will call you later. Okay I have to go, pujuk Tunku Hardie dan sempat mencubit manja di pipi Qamra Ain. Dia terpaksa meleraikan pegangan di lengan jejaka itu. Tunku Hardie sekilas mencapai beg woven IKEA dan bergegas pergi meninggalkan Qamra Ain bersendirian.

EC atau ada perempuan lain di hati you, Hardie