MY DARLING ANGEL - 3
SETIBANYA mereka di hospital, Haziq terus dikejarkan ke wad kecemasan. Elzaara sibuk menguruskan pendaftaran Haziq, manakala Lyn pula cuba untuk menghubungi Encik Yusuf dan Puan Rahayu bagi memaklumkan tentang keberadaan mereka di hospital.

Setelah urusan pendaftaran selesai, Elzaara menghenyakkan punggungnya di salah sebuah kerusi yang disediakan. Perasaan cemas yang dialaminya sejak dari tadi membuatkan air matanya mengalir tanpa dapat ditahan. Lyn memujuk dan mengajak sepupunya itu ke Kafe untuk menenangkan diri sementara menunggu Haziq ditangani oleh doktor. Namun Elzaara tidak mahu ke mana-mana.

Aku lalai Lyn... aku tak nak kehilangan Haziq. Aku takut! Elzaara menangis di bahu Lyn mengenangkan kecuaian yang berlaku disebabkannya.

Lyn menghulurkan tisu kepada Elzaara untuk mengesat air matanya.

Hey, relakslah El. Kau janganlah risau sangat macam ni. Haziq okey, cuma luka dekat lutut je, yang lain-lain cuma lebam dan bengKak je. Nanti doktor dah rawat, okeylah tu. Insya-Allah, sikit aje tu... Lyn memberi semangat kepada Elzaara. Tangannya mengenggam erat tangan Elzaara untuk meminjamkan semangatnya.

Tapi aku takut sangat Lyn. Kalau terjadi sesuatu dengan Haziq, sumpah aku tak boleh nak maafkan diri aku sendiri! Aku sendiri dah khianati amanah arwah Kak Fira. Aku dah berdosa sangat pada arwah Kak Fira. Aku... Air jernih terus mengalir di pipi sederas air terjun tanpa diseka. Dia sudah tiada daya untuk mengesat air matanya. Tisu yang diberikan oleh Lyn sebentar tadi hanya tergenggam kemas di jari kanannya dan masih kering.

El! Apa yang...

Belum sempat Lyn menegur, dari jauh kelihatan kelibat ibu bapa Elzaara yang sedang bergegas ke arah mereka. Elzaara terus memeluk ibunya dalam keadaan yang tersedu-sedan. Puan Rahayu menenangkan anak bongsunya, manakala Encik Yusuf sedang menyoal Lyn tentang kejadian yang berlaku.

El minta maaf ibu, ayah... El lalai...

Shhh... dah, dah... pujuk Puan Rahayu sambil menepuk belakang Elzaara.

Tidak lama kemudian, doktor lelaki muda yang merawat Haziq keluar dari bilik rawatan. Penutup mulutnya dibuka dan steteskop di sangkutkan pada bahunya. Segera Elzaara merapati doktor tersebut.

Macam mana dengan Haziq, Doktor

Koyakan di lututnya agak besar. Tisu lututnya koyak dan ligamen di bahagian buku lali cedera, mungkin sebab dia ada terjatuh terlebih dahulu sebelum lututnya terkoyak. Tapi, tak perlu risau sebab saya sudah menjahit lututnya sebentar tadi. Saya juga telah mencuci luka bagi mengelakkan jangkitan kuman. Bahagian buku lali dia yang cedera juga saya dah balut. Manakala untuk rawatan bengKak tu saya dah bagi ubat untuk surutkannya.

Ya Allah, syukur... Boleh kami lawat dia

Boleh. Tapi, jangan ramai sangat ya sebab kami tempatkan pesakit di wad sementara sehingga laporan saya siap. Lagipun pesakit akan dibenarkan pulang sebaik dia sedar. Nanti saya bagi laporan lengkap dan senarai ubat untuk diambil di kaunter.

Macam teruk sangat aje, sampai kena tahan di wad sementara... gumam Elzaara tanpa sedar.

Maaf puan, pesakit sedang terlena kerana keletihan. Lagipun kami juga sedang memasukkan air garam dalam badannya akibat kekurangan cecair dalam badan. Tapi, tak apa. Itu hanya proses biasa sahaja. Habis sahaja air tu, pesakit dah boleh pulang ke rumah, teguran dari doktor itu membuatkan Elzaara hanya mampu menundukkan kepala.

Silap dia sebab dia lalai. Silap dia hingga Haziq cedera. Semuanya silap dia... Namun dalam dia panjatkan juga rasa syukur yang tak terhingga kerana Haziq hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.

Alhamdulillah! Terima kasih ya doktor... serentak ucapan terima kasih diungkap oleh Encik Yusuf dan Puan Rahayu.

Pintu bilik dikuak perlahan dan kelihatan Haziq yang sedang lena tidur sambil tangan kanannya dilingkari dengan tiub air. Elzaara merapati dan mengusap lutut dan buku lali Haziq yang berbalut lalu mencium dahinya.

Haziq, Acu minta maaf ya sayang Ini semua salah Acu sebab tak jaga Haziq dengan baik tadi. Acu lupa dengan janji Acu tadi nak belikan Haziq aiskrim coklat. Acu minta maaf ya Haziq... bisik Elzaara di telinga Haziq bersama tangisan.

Dahlah El, benda dah berlaku pun. Tak guna kita nak meratap bagai. Bukannya Haziq ni cedera teruk pun... tukas Lyn sambil memujuk.

Kesian Haziq...

Janganlah macam ni, El... Haziq tak ada apa-apa pun. Ibu yakin Haziq akan cepat sembuh. Doktor pun dah cakap tadi yang Haziq ni cuma cedera ringan je, pujuk Puan Rahayu dengan penuh kelembutan.

Ayah, ibu, El cuai jaga Haziq petang tadi. El tak perasan yang Haziq dah main jauh. Haziq panggil El, tapi El tak dengar. El betul-betul minta maaf ayah, ibu.

Tak ada apa-apalah sayang. Yang penting sekarang Haziq selamat. Cuma lain kali jangan cuai lagi. Terkejut ibu dengan ayah dengar tadi. Ingatkan Haziq kena culik ke apa ke rupanya cedera aje. Mujurlah kecederaannya tidak serius, Puan Rahayu menggengam jari Elzaara yang kelihatan masih lagi trauma dengan insiden yang baru sahaja berlaku.

Elzaara, ayah rasa baik El balik dulu. El mesti dah letih. El balik, mandi, solat, makan lepas tu El rehat. Ayah tengok muka El pun dah sembab dan pucat. Asyik nangis je... giliran Encik Yusuf pula memujuk.

Elzaara menggelengkan kepalanya, El nak tunggu hingga Haziq sedar.

Tak perlu! Haziq ni biar ibu dengan ayah je yang jaga. Lagipun kejap lagi Haziq dah boleh keluar. Cuma nak tunggu laporan doktor dengan ambil ubat je. Esok pun El kerja. Lyn, tolong bawa El balik, arahan Encik Yusuf tegas. Perwatakan pengetua sekolah sudah keluar sebaik sahaja arahan diberikan.

Jom El, kita pergi makan dulu dekat Kafe bawah sebelum balik. Kita tunggu Haziq dekat rumah je. Aku pun dah lapar sangat ni, Lyn memujuk Elzaara untuk pulang, tetapi Elzaara tetap tidak mahu berganjak dari situ.

Tubuhnya sengaja dikeraskan apabila ditarik oleh Lyn. Dia mahu menemani Haziq dan dia ingin memastikan bahawa Haziq sesungguhnya baik-baik sahaja. Baginya dengan menemankan Haziq dia dapat menebus kembali rasa bersalah akibat kecuaiannya sebentar tadi. Dia ingin membuktikan kepada ibu dan ayahnya bahawa dia akan lebih berhati-hati dalam menjaga Haziq di masa hadapan.

El tak nak ayah. El nak...

El, cuba dengar cakap ayah. Sekarang, pergi balik buat apa yang ayah suruh. Kalau tak, El taulah apa yang ayah akan buat. Balik rumah. SE.KA.RANG! pintas Encik Yusuf. Arahan mandatori sudah dikeluarkan. Dia terpaksa berkeras dengan anak bongsunya kerana Elzaara adalah seorang yang degil!

Elzaara mendengus perlahan. Encik Yusuf sudah bertindak seperti diktator. Iyalah, El balik dulu. Apaapa ayah inform pada El cepat-cepat ya

Encik Yusuf menganggukkan kepalanya.

Elzaara pantas mencium tangan kedua ibu bapanya sebelum pulang dengan rasa berat hati untuk pulang ke rumah, tapi apakan daya... arahan Encik Yusuf tidak boleh disanggah lagi. Jelingan tajam ayahnya membuatkan dia berasa amat gerun. Demi tidak mahu lagi menambah kekeruhan, dia ikutkan sahaja. Silap-silap hari bulan mau ayahnya membebel di telinganya dekat situ juga berjam-jam lamanya.

SEJAK pulang dari hospital, lagak Elzaara sudah seperti anak kecil yang tak henti-henti merengek dan merajuk. Lyn dapat merasakan kesedihan dan kemurungan yang sedang dirasakan oleh Elzaara gara-gara kejadian petang tadi. Dia mengerti kenapa Elzaara begitu mengambil berat dan prihatin soal Haziq walaupun sebenarnya Haziq bukanlah anak kandungnya.

Tidurlah El... pujuk Lyn dengan mengusap rambut Elzaara.

Melihat Elzaara yang terlena, Lyn memandang wajah tenang sepupunya itu. Kasihan Elzaara... Kasih dan sayang yang tertumpah buat Haziq adalah kasih sayang sebenarnya. Haziq merupakan satu-satunya harta yang ditinggalkan oleh arwah Elfira kepada keluarga Elzaara. Sebut sahaja soal Haziq tiba-tiba dia teringat akan kepada lelaki tinggi lampai yang menemui Haziq petang tadi di taman permainan.

Brian William. Erm... fikirannya terus kembali terkenangkan peristiwa yang berlaku lewat petang tadi. Hatinya terus berdebar-debar memikirkan pertemuan singkat bersama lelaki tinggi lampai yang berwajah tampan bernama Brian William itu. Siapa sangka lelaki Mat Saleh itu boleh berbahasa Melayu dengan fasih sekali.

Habis tas tangannya diselongkar untuk mencari sekeping kad yang dia perolehi dari lelaki itu petang tadi. Semua isi tas tangannya terlambak di atas tilam. Termasuklah lipatan-lipatan kertas, resit dari celahcelah tas tangannya itu di keluarkan namun malangnya kad tersebut tidak dijumpai.

Hm, manalah pula aku letak kad tu tadi Aish! Macam mana nak call mamat tu lepas ni Kalau hilang ni... memang tak ada peluanglah aku nak menatap wajah idaman hati tu. Itulah tadi kelam kabut sangat sampai langsung tak ingat mana aku letak kad nama tu. Eh, perasanlah kau Lyn. Entah-entah dia dah berpunya ke, dah kahwin ke. Kau ni alahai... Lyn bermonolog sendirian sambil membayangkan wajah tampan Brian petang tadi. Perwatakan ceria lelaki itu turut mengundang senyum lebar di wajah Lyn.

Dia diam seketika. Wajah keruh Elzaara yang sedang tidur di tatapnya. Tanpa membuang masa Lyn mengambil telefonnya dan mencari nombor rumahnya lalu mendial.

Assalamualaikum nak bercakap dengan siapa ya Panggilan mula bersambut.

Waalaikumussalam Mak. Ni adik cakap. Adik nak bagi tahu Mak yang malam ni adik tak balik rumah tau. Adik tidur dekat rumah Pak Long. Adik temankan El, balas Lyn memberitahu emaknya.

Temankan El El kenapa dik Pak Long dengan Mak Long pergi mana Tanya Puan Rahimah cemas.

Haziq... dia masuk hospital petang tadi Mak sebab terjatuh masa main dekat taman permainan. Itu yang Pak Long dengan Mak Long ada kat hospital sekarang ni tengah tunggu Haziq.

Allahu... Macam mana boleh jadi macam tu, Adik Soal Puan Rahimah cemas.

Adik dengan El ada dekat taman masa tu, tapi kita orang langsung tak sedar yang sebenarnya Haziq dah main jauh. Sedar-sedar je Haziq dah hilang. Cari punya cari, tengok-tengok lutut, tangan dan mulut dia dah berdarah tu yang kita orang bawa dia pergi hospital.

Macam teruk aje tu... Habis tu nak Mak dengan ayah pergi sana tak

Eh, tak payah susah-susah. Haziq kena lima jahitan, dah boleh balik pun sebenarnya tadi. Kena tunggu ubat sekejap. Ini adik bawa El balik dulu sebab Pak Long suruh El berehat dekat rumah. Nanti Mak bagitahu ayah ya yang adik tak balik malam ni. Takut ayah bising pula kalau adik tak balik nanti, Lyn meringkaskan cerita kejadian yang berlaku kepada Puan Rahimah.

Ha yalah nanti Mak sampaikan pada ayah. Adik hati-hatilah. Kirim salam Mak pada Pak Long dan Mak Long. Nanti apa-apa perkembangan adik bagi tahu Mak. Assalamualaikum. Pesanan di berikan oleh Puan Rahimah dijawab dengan anggukan bagaikan Puan Rahimah berada dihadapannya sekarang ni.

Yalah Mak. Mak jangan lupa bagi tahu ayah tau. Waalaikumusalam. Lyn menekan punat merah di telefonnya.

Talian dimatikan. Pandangannya terhala pada Elzaara yang tidur dalam keadaan gelisah.

EL, AKAK kecewa sangat dengan El. El tak jaga Haziq betul-betul. El tak sayang Haziq macam mana El sayang Akak. Akak nak ambil Haziq pergi dengan Akak. Akak nak jaga Haziq sendirian. El jagalah diri El baik-baik.

Kak Fira! Maafkan adik, Kak! Maafkan adik! Adik tau adik dah bersalah. Adik tak jaga Haziq baik-baik macam yang Akak suruh. Maafkan adik Kak. Akak janganlah marah adik. Akak, janganlah bawa Haziq pergi. Kesian adik tak ada sesiapa nak lepaskan rindu dekat Akak. Akak, jangan! Elzaara terjerit-jerit memanggil nama Elfira supaya tidak membawa Haziq pergi bersamanya. Tangannya terawang-awang seperti cuba mencapai sesuatu.

Lyn yang terlena terpisat-pisat memandang tingkah Elzaara yang tiba-tiba meracau.

El.. Lyn bingkas bangun dan mengoncangkan bahu Elzaara.

Namun Elzaara tetap juga begitu.

El! Bangun El! Kau mengigau ni.. Bangun-bangun. Lyn berusaha mengejutkan Elzaara dari lenanya. Dia pasti yang Elzaara sedang mengalami mimpi yang bukan-bukan sehingga mengigau. Perasaan sedihnya turut dibawa-bawa sehingga ke dalam tidurnya. Hah! Lyn, tolong aku Lyn. Kak Fira tak nak maafkan aku. Kak Fira marah dekat aku sebab aku tak jaga Haziq dengan baik. Dia nak bawa Haziq pergi dengan dia. Dia tak nak aku jaga Haziq lagi. Dia kata aku tak sayang Haziq sebab tu aku biarkan dia cedera tadi. Tolonglah aku Lyn. Aku sayang dekat Haziq, sayang sangat, betul! Aku tak sengaja cuai tadi. Elzaara teresak-esak sambil memeluk Lyn. Mukanya sudah kemerahan dan kelihatan sembab akibat banyak menangis.

El, sudah-sudahlah. Kau janganlah macam ni. Kak Fira tak marahkan kaulah. Dia tau kau sayangkan Haziq macam kau sayangkan dia. Dia takkan bawa Haziq pergi mana-mana. Kak Fira takkan rampas Haziq daripada kau... dipujuk Elzaara yang masih tersedu.

Lyn menggosok bahu Elzaara yang masih lagi tidak kurang tangisannya.

Kan Haziq dah selamat. Kejap lagi Haziq baliklah. Kau janganlah macam ni. Sudah ya, kau tidur balik... Pujuk Lyn sambil mententeramkan hati Elzaara yang sedang gundah.

Betul Betul Kak Fira takkan bawa Haziq pergi daripada aku Kak Fira tak marah aku, kan Elzaara meminta kepastian. Lagaknya seperti orang yang sudah kurang siuman.

Lyn mengangguk lagi untuk sekian kalinya.

Lyn... Kalau Kak Fira bawa Haziq pergi, aku dah tak ada siapa lagi dah. Aku betul-betul sayangkan Haziq sama macam aku sayangkan Kak Fira. Kau pasti ya yang Kak Fira tak bawa lari Haziq.

Ya betul, Kak Fira takkan bawa Haziq lari daripada kau. Kau mimpi je tu. Mimpi kan mainan tidur. Dah-dah kau tidur balik ya Esok kau boleh main dengan Haziq. Sekarang kau tidur dulu nanti dah subuh aku kejutkan kau. Pujuk Lyn.

Elzaara menganggukkan kepalanya dan kembali menarik selimut lalu melelapkan matanya. Dek kerana keletihan akibat banyak menangis petang tadi, Elzaara mudah untuk terlelap semula.

Lyn sebak melihatkan keadaan Elzaara yang meracau-racau kerana kejadian itu. Entah sampai bilalah Elzaara akan jadi seperti ini. Elzaara yang kini sudah bukan Elzaara yang dulu. Dia sudah berubah daripada perwatakan Elzaara yang dahulu. Paranoidnya masih lagi melekat dalam jiwanya dengan kuat. Tiap masa, tiap saat, paranoidnya makin menjadijadi dan semakin teruk. Sudah enam tahun berlalu tetapi dirinya bagaikan masih lagi berada pada waktu kejadian itu.

Moga El dan Haziq sentiasa dilindungi Allah, aamiin... doa Lyn dalam hati.

Lyn meletakkan kembali handphonenya di dalam tas tangannya dan dia ternampak sekeping kad yang terselit di dalam pursenya. Dia menarik kad tersebut dan tersenyum lebar.

Brian William

Pengurus Kafe

Hm... boleh tahan hebat mamat cute ni. Pengurus Kafe lagi tu. Nanti bolehlah aku pergi tengok Kafe dia. Mesti hebat macam tuannya juga. Patutlah dia pandai berbahasa Melayu dengan fasih, rupanya ada buka Kafe dekat sini. Tapi, macam manalah aku boleh tak perasan masa aku keluarkan purse ni semata-mata nak cari kad ni tadi. Lyn mencium kad tersebut lalu menyimpannya baik-baik dalam pursenya semula. Good night my prince, ucap Lyn tersenyum girang sebelum dia juga turut terlena kembali di sisi Elzaara.