hadapanku ialah cermin. Aku toleh ke kiri dan masih cermin. Ternyata aku sekarang berada di dalam kereta dan hari masih gelap. Keadaan di dalam ini juga agak malap.
Aku menggeleng dan menoleh ke kanan. Mahu terpelanting jantungku saat melihat seorang lelaki berambut oren duduk mengiring ke arahku sambil berpeluk tubuh. Siap tersenyum atau lebih tepat ketawa.
Mama!!! Spontan aku menjerit dan tangan lelaki itu laju sahaja menekup mulutku.
Mak cik menjerit tak tentu fasal ni kenapa Nanti orang ingat saya culik mak cik. Niel merenungku dengan mata sebulat-bulatnya. Kemudian dia sibuk melilau ke sekeliling. Mujur tiada orang yang lalulalang di kawasan tempat letak kereta ini.
Aku menggeleng laju sambil menolak tubuhnya menjauh dariku. Sudahlah pakai singlet sahaja. Tak reti sejuk agaknya. Hmm, nampak seksi pula dengan otot-otot tangannya yang timbul tu.
Bila sampai sini Kenapa tak kejut saya Soalku dengan nada marah. Niel mengerling jam di pergelangan tangan kanannya.
Lebih kurang setengah jam yang lepas. Mak cik sedap sangat tidur sampai mengigau. Siap ketawa pula tu. Niel ketawa lagi.
Ya Allah malunya aku. Nasib baik budak kecil, tetapi tetap tidak boleh duduk dalam keadaan seperti sekarang yang berdua sahaja dengannya. Berdosa! Buatnya pula ada pencegah maksiat datang, haru kami.
Patutnya awak kejut saya. Dah pukul berapa ni Lepas tu pakai baju elok sikit boleh tak Aku mula membebel lagi.
Niel mengeluh dan membuang pandang ke bahagian bawah mukaku. Ish budak ni betul atau tidak Makin cuak aku dibuatnya.
Jaket saya, mak cik pakai... Suaranya senada.
Aku terus tunduk dan kelihatan jaketnya menutupi badanku. Perlahan-lahan aku tarik jaket dan kuhulurkan kepada Niel. Memang sejuk. Tahan pula dia dengan hanya memakai singlet. Patutnya ambil sahajalah jaket ini semasa aku tidur tadi.
Mak cik kan tak bagi saya pegang mak cik sebab tu saya biarkan mak cik terus tidur. Sekarang ni bolehlah keluar ya Dah sampai dekat stesen minyak dan rasanya tu kereta mak cik, kan Niel halakan tangannya ke hadapan dan baru aku perasan Proton Irizku yang bersendirian di hujung tempat letak kereta.
Macam mana dia boleh tahu tentang stesen minyak ini sedangkan aku tidak sempat memberitahunya apaapa Ah, lantaklah! Mungkin Tom and Jerry tu yang bagitahu agaknya.
Terima kasih hantar saya. Aku tersenyum sedikit.
Hmmmmm. Itu sahaja yang dibalasnya.
Aku terus keluar dari Ferrari dan baru sahaja pintu ditutup, Ferrari terus meluncur laju meninggalkanku sendirian. Memang tiada sifat gentleman langsung budak Niel ni. Patutnya tunggulah aku masuk dalam kereta dahulu baru pergi.
Kakiku terus laju melangkah ke Proton Iriz milikku. Bimbang juga berada di tempat sunyi ini. Agaknya sudah pukul berapa sekarang ya Sampai sahaja ke tepi pintu Iriz, aku terus meraba poket sweater tetapi kosong. Poket jeans juga kosong. Mana pula kunci keretaku
Ya Allah, pasti tercicir di mana-mana. Hendak menelefon orang, telefonku elok sahaja di dalam kereta ni. Kenapalah nasib aku malam ini sangat buruk Sudah jatuh, ditimpa tangga pula.
Stesen minyak masih dibuka, jadi mungkin aku boleh meminjam telefon pekerja di situ. Tapi, biasanya pekerja asing yang bertugas. Selamat atau tidak jika aku ke sana Tiada cara lain lagi.
Mustahil untuk aku terus menempel di tepi Proton Iriz ni sehingga pagi. Bahaya. Kuat, Aliya Shaqina!
Baru sahaja beberapa langkah, kedengaran bunyi motor dari arah belakang. Aku telan air liur. Semakin kecut perutku. Langkah dilajukan dan ternyata tidak berhasil. Tidak sampai tiga saat dua buah motor sudah terpacak di hadapanku. Dua orang lelaki tersenyum pelik. Aku cepat-cepat berpaling dan nafasku seakan tersekat saat melihat dua buah motor lain di belakangku pula. Tiada jalan lain jadi aku belok ke kanan, sebuah motor menghalang. Belok ke kiri pula, sebuah lagi menghalang. Dipendekkan cerita, aku kini terkepung dan dikelilingi motor.
Stesen minyak masih jauh dan aku kini berada di bahagian tepi bangunan, jadi tiada siapa yang akan nampak keadaanku sekarang. Inilah yang dikatakan orang, keluar dari mulut harimau masuk mulut buaya. Bezanya, aku tidak takut sangat dengan Niel dan aku tidak merasakan dia bahaya seperti harimau.
Saya tak cari masalah, jadi lebih baik awak semua ke tepi. Dengan berani aku meluahkan. Kalau Niel boleh sahaja mengikut setiap permintaanku, jadi mungkin lelaki-lelaki ini juga mampu.
Weh, dia suruh kita ke tepilah. Salah seorang dari mereka ketawa jahat.
Ya Allah, hindarkanlah malapetaka dariku sekarang ini. Aku harus buat-buat berani.
Kalau kami tak nak ke tepi Salah seorang dari mat motor tersebut mula mengacah.
Saya jerit. Polis datang tangkap awak semua. Amaran kuberi dengan suara yang terketar-ketar.
Makkk takutnya... Si baju hitam bercorak api membuat suara mengejek sebelum ketawa terbahakbahak.
Tepi! Aku menjerit sambil menggenggam penumbuk.
Walau apa cara sekali pun, aku tidak akan menyerah. Salah seorang dari mereka menongkat motor dan turun darinya dan mendekatiku sambil tersenyum jahat. Aku menelan air liur yang terasa semakin kelat. Perlahan-lahan aku berundur dan akhirnya terhalang oleh motor lelaki lain.
Muka kutunduk dan kakiku juga sudah dalam keadaan bersedia. Selangkah lagi dia menghampiriku, memang kakiku akan terus bertindak menendang tulang betis yang agak sensitif dan mampu membuatkan orang terduduk. Dia melangkah dan baru sahaja aku hendak angkat kaki.
Arghhhh!!! Bunyi mengaduh dan lelaki itu terus tunduk memegang kepalanya. Kelihatan satu tin Coke bergolek di atas jalan. Pasti itu yang terkena kepala lelaki jahat di hadapanku ini.
Aku mendongak dan terus dipanah oleh cahaya lampu kereta yang agak menyilaukan. Sebaik susuk tubuh tersebut keluar dari perut kereta, bibirku terus mengukir senyum melihat wajah budak rambut oren. Wajahnya kelihatan bersahaja. Langsung tidak takut dengan lelaki-lelaki jahat yang mengelilingiku.
Kakak, maaf Niel datang lambat sikit. Selamba sahaja Niel melewati motor yang ditongkat tadi.
Lelaki-lelaki bermotor tadi semuanya memandang bagaikan tidak percaya. Aku pun pelik juga dengan Niel ni. Entah bila pula aku jadi kakak dia.
Jom balik. Hujung sweaterku ditarik Niel.
Aku hanya menurut dengan mata yang tidak berkelip. Pintu Ferrari dibuka untukku. Macam layanan VVIP pula. Aku terus masuk dan Niel menutup pintu sebelum beredar ke tempat pemandu pula. Ferrari kemudiannya dipandu laju meninggalkan kawasan stesen minyak. Mujur habis begini sahaja dan tiada adegan tumbuk-menumbuk macam dalam drama. Aku masih belum berkelip kerana tidak mampu untuk mempercayai apa yang berlaku di hadapan mataku lagi. Mimpi atau realiti
Mak cik nak buat mata Puss In Boots tu sampai bila Soalan Niel membuatkanku berkelip beberapa kali. Kemudian aku menoleh kembali ke arahnya.
Macam mana awak tahu saya dalam bahaya Kenapa malam ni semua serba tak kena Banyak sangat persoalan. Boleh tak tolong jelaskan Aku merenung tepat ke arahnya.
Soalan-soalan tu maksudnya terima kasih ya Niel menyoal sinis.
Oh, aku lupa untuk mengucapkan terima kasih. Semua gara-gara kerana terlalu terkejut.
Terima kasih sebab dah tolong saya. Kalau awak
tak datang tepat pada masanya, saya tak tahu apa yang akan berlaku. Pandanganku dialihkan ke hadapan semula. Suasana sepi untuk beberapa saat.
Tom telefon saya tadi cakap kunci kereta mak cik tercicir dalam MPV. Jadi saya rasa agak bahaya untuk perempuan muda macam mak cik tinggal seorang diri dekat stesen minyak sebab tu saya patah balik. Niel menjawab.
Hmmm, baik juga Tom and Jerry tu rupa-rupanya. Niel pun baik sebab sanggup patah balik.
Habis tu macam mana saya nak ambil balik kunci kereta saya
Pasal kunci kereta tu mak cik jangan risau. Nanti saya uruskan. Sekarang ni bagitahu rumah mak cik dekat mana. Saya hantar mak cik balik. Suara Niel kedengaran lebih sopan.
Masalahnya, barang-barang saya dalam kereta tu. Esok nak pergi kerja macam mana Haaaa esok Chupp sekarang ni dah pukul berapa Suaraku terus berubah. Kali terakhir aku melihat jam ialah ketika 10.00 malam. Sudah berapa jam berlalu sejak peristiwa aku diculik oleh Bad dan Tom
Tiga pagi. Niel menjawab pendek dan aku ternganga.
Badan aku terasa teramat penat sekarang ini. Sudahlah diculik, kemudian diganggu dengan mat motor, esok nak kena kerja pula. Isy, mahu aku pengsan esok di pejabat.
Sekarang bagitahu saya alamat mak cik supaya saya boleh hantar mak cik balik. Sekurang-kurangnya mak cik sempat lagi tidur tiga empat jam sebelum masuk kerja. Suara Niel menjadi kasar semula.
Bukan awak ada kuasa sakti ke boleh tahu kereta saya kat mana tanpa saya bagitahu. Takkan awak tak boleh tengok mangkuk tilik atau cermin ajaib awak tu untuk tahu rumah saya Aku ketawa mengusik.
Pasal stesen minyak tu saya telefon Bad tanya. Nak harapkan mak cik bagitahu, tak sampai seminit masuk kereta terus berdengkur, giliran Niel pula ketawakan aku.
Bila masa saya tidur berdengkur Jangan pandaipandai buat cerita. Aku buat suara garang.
Niel sengih lebar. Langsung tak takut. Malah boleh pula dia menyambung, Alamatnya mak cik
Erm, boleh ke saya percayakan awak Entahentah awak ni sindiket tipu kereta orang. Awak nak jual kereta saya, kan Mataku membulat sambil sibuk meluahkan semua fikiran negatif.
Niel ketawa pendek. Simpan ni, dompetnya dicampak ke atas ribaku.
Apa ni Soalku sambil membelek dompetnya.
Takkanlah terkejut sampai dompet pun dah tak kenal Niel menggeleng namun tetap fokus dengan pemanduannya.
Memanglah dompet. Kenapa bagi saya Geram betul aku dengan budak rambut oren ni.
Peganglah sebagai cagaran. Mak cik kan tak percaya sangat dengan saya. Oh, tapi tolong keluarkan lesen memandu saya. Nanti tak pasal saya kena saman sebab mak cik. Suara Niel senada. Sesuka hati dia sahaja bagi dompet pada orang yang tak dikenali. Pelik sungguh aku. Agaknya Niel sebenarnya makhluk asing yang tersesat di bumi.
Dalam pelik-pelik aku tetap buka dompet itu dan mencari lesen memandunya. Lesen itu aku keluarkan dan sempat aku curi pandang nombor kad pengenalannya. Patutlah muka macam budak-budak. Baru sembilan belas umurnya. Beberapa bulan lagi baru cukup dua puluh tahun.
Saya tak suruh mak cik belek lesen saya. Niel terus mengambilnya dan dimasukkan ke dalam poket jaketnya.
Tanganku nakal mengeluarkan kad yang lain pula. Ada kad pengenalan dan beberapa kad kredit. Memang sah kaya teramat budak rambut oren ini. Kad pengenalannya kutilik lama sedikit. Comelnya dia dalam gambar ini.
Rambut hitam tersikat rapi dan kemas. Macam budak baik sungguh rupa dan gayanya. Berbeza seperti langit dan bumi dengan dirinya yang berada di sebelahku sekarang. Daripada gambar aku beralih pula pada namanya. Tadi aku tidak sempat melihat namanya di lesen memandu.
Daniel Izdihar. Sedap nama awak ni ya Aku tersenyum sedikit sambil menoleh ke arahnya.
Maksudnya pun sedap. Izdihar bermaksud perkembangan atau kemajuan. Tapi, maksud tak melambangkan diri saya yang sebenarnya. Ada nada kesal sedikit dalam tuturnya. Sambil itu tangannya sempat mencapai kad pengenalan dan turut dimasukkan ke dalam poket jaket.
Jalan hidup kita, kita yang pilih dan tentukan sendiri. Masih belum terlambat untuk berubah. Lagipun Niel muda lagi. Akak yakin Niel masih ada masa depan yang cerah. Suaraku benar-benar persis seorang kakak sekarang.
Berapa umur mak cik sampai tiba-tiba bahasakan diri sebagai kakak Niel menyoal dengan dahi yang berkerut.
Tak akanlah umur aku pun dia tidak boleh agak
Dua puluh empat nak masuk dua puluh lima. Spontan aku menjawab.
Haaaa. Wajah Niel terus berubah.
Kenapa terkejut sangat Aku kerutkan dahi.
Saya ingatkan sebaya atau lebih muda dari saya. Jawapan Niel mengundang gelakku. Aduhlah, memang senteng sedikit pemikiran budak rambut oren ini agaknya. Dari tadi sibuk panggil aku mak cik, tapi bila tahu umur terkejut pula.
Kalau nampak muda, kenapa asyik panggil saya mak cik Soalku sambil menggeleng.
Sebab mak cik suka membebel. Niel ketawa.
Amboi sedap aje cakap saya suka membebel. Bila orang buat salah, kita perlulah membebel atau lebih tepat nasihat. Lagi satu boleh tak jangan panggil mak cik Beza kita lima tahun aje, bukannya lima belas atau dua puluh tahun. Aku merengus kasar.
Suka hati sayalah nak panggil apa pun, mak cikkkkkkk! Balasnya dengan suara yang sangat menjengkelkan. Lagi lama aku layan perangai Niel, memang makin pening aku dibuatnya.
Akhirnya aku pilih untuk menghadap keluar tingkap sahaja. Setekad mungkin aku halang mataku dari tertutup. Bermacam cara aku buat termasuklah cubit pipi sendiri, tarik kelopak mata dan cubit tangan, namun semuanya tidak berhasil.
Niel hulurkan gula-gula berangin yang agak pedas dan barulah cara tersebut berhasil.
SENYUMANKU terukir saat melihat rumah sewaku. Kasihan Kak Zila dan Miza. Pasti mereka sangat risau kerana aku lambat sampai. Entah berapa banyaklah panggilan yang tidak berjawab dari mereka agaknya.
Pukul berapa mak cik nak pergi pejabat Niel menyoal ketika aku baru hendak membuka pintu.
Sibuk nak tahu kenapa Aku kecilkan mata.
Saya nak hantar kereta mak ciklah.
Jawapan Niel membuatku tersenyum malu.
Orang hendak tolong, aku pula buat sombong, Tujuh setengah. Aku menjawab pendek.
Okey, pagi nanti kereta mak cik ada dekat sini tepat pukul tujuh setengah. Keluarlah cepat. Niel mengibas tangannya seakan menghalauku.
Daripada tadi dah nak keluar, awak yang sibuk tanya, rengusku dengan muka yang kelat dan terus keluar. Pasti Ferrari akan terus meluncur laju namun sangkaanku meleset kerana tiada bunyi apa-apa. Pintu pagar kubuka dan aku terus berlari ke pintu rumah. Minta-mintalah Kak Zila atau Miza akan tersedar.
Hampir sepuluh minit kemudian barulah pintu dibuka setelah berkali-kali aku mengetuk pintu dan memberi salam. Kelihatan Kak Zila dengan muka mamai dan mata separa terbuka. Sebelum masuk ke dalam rumah, aku sempat menoleh ke belakang. Ferrari baru sahaja meluncur perlahan. Nampaknya Niel benar-benar menanti hingga aku selamat masuk ke dalam rumah.