Badrul hanya menggeleng. Tidak disangka, gadis cantik dan bertubuh kecil itu sanggup berbuat demikian. Sungguh berani! Dia yang lelaki pun takut untuk meminjam dengan Along.
Kenapalah cetek sangat fikiran awak sanggup buat kerja bodoh tu. Skim-skim pelaburan tu semuanya menipu je. Hakimi pula menggelengkan kepalanya.
Arissa senyap. Tunduk memandang jarinya yang bertaut. Dia tahu, dia tersilap langkah dan dia berjanji pada dirinya yang dia tidak akan melakukan perkara yang sama lagi.
Saya pun tak sangka orang tu sanggup tipu saya, Encik Hakimi, keluh Arissa perlahan.
Awak pinjam dari Along lepas tu kena tipu lagi. Hakimi pula mengeluh. Tangan sudah memicit kepalanya seolah-olah masalah itu adalah masalahnya.
Arissa senyap. Memandang Badrul yang sudah pun ke dapur selepas menghantar jus oren untuknya dan Hakimi.
Macam mana ni Mana awak nak cari sepuluh ribu tu soal Hakimi. Risau dia memikirkan kisah Arissa.
Arissa menggeleng-gelengkan kepalanya. Nak jual kereta, kereta barunya sudah pun ditarik oleh Bank dua minggu lalu selepas tiga bulan dia tidak menjelaskan ansuran bulanan. Eee... macam-macam masalah selepas dia memasuki skim pelaburan yang telah diharamkan oleh Kerajaan beberapa minggu yang lalu. Kalau masa boleh diputarkan semula, mati hidup balik dia tidak akan menyusahkan dirinya sehingga jadi begini.
Awak dah elok kerja di Sweet Arena. Berhenti semata-mata nak kejar duit dari pelaburan tu. Cepat awak dapat, cepat juga duit tu pergi. Itu namanya duit tak berkat. Tak ada yang mudah dalam dunia ni Arissa. Apa pun kita kena bekerja dan berusaha. Hakimi mula membebel. Dia menyandar tubuh tegapnya di sofa. Matanya masih melekat ke wajah Arissa yang kelihatan kucam.
Arissa senyap mendengar leteran lelaki itu. Nak marah, lelaki itu sudah pun menyelamatnya dari konco-konco Along. Jadi tadah sahajalah telinganya mendengar setiap bebelan Hakimi.
Kalau saya kerja balik dengan Sweet Arena, boleh ke soal Arissa ingin tahu.
Hakimi senyum.
Saya tak pasti. Awak kena tanya Julien sendiri.
Arissa menarik nafasnya dalam-dalam sebaik mendengar jawapan Hakimi.
Macam nilah... malam ni awak bermalam di sini. Esok kita bincang balik masalah awak tu. Tangannya meraba poket seluar sebaik mendengar bunyi dari telefon bimbitnya. Ligat tangannya menyentuh skrin gajetnya yang berwarna hitam. Assalammualaikum, Uncle. Hakimi bangun dan melangkah keluar melalui pintu gelangsar yang terbuka.
Arissa menoleh pada Badrul yang berada di dapur. Perlahan-lahan dia bangun dan menghampiri lelaki itu.
Kau nak buat apa soal Arissa sebaik melihat Badrul menjengah ke dalam peti sejuk.
Aku tak tahu nak masak apa untuk bekas Bos kau tu, keluh Badrul lalu menutup peti sejuk.
Dia suka apa soal Arissa ingin tahu. Matanya melingas memandang sekitar dapur yang agak luas. Kakinya melangkah ke sebuah ruang di sebelah sana. Hmm... ada dry and wet kitchen, bisiknya.
Nasi goreng. Itu yang paling senang tapi susah nak masak, sebab cerewet sangat. Perlahan suara Badrul.
Arissa menoleh dengan senyuman.
Kau kutuk Bos ya. Dia menggoyang-goyangkan jarinya.
Kau jangan bagi tau dia pula, tau! keras suara Badrul.
Masaklah, sini kedai jauh, suruh Arissa. Memang kedai agak jauh dari kawasan itu. Yalah kawasan perumahan orang-orang kayalah katakan.
Aku bukan reti masak. Tukang masak pula cuti. Sekali lagi Badrul mengeluh. Pening kepalanya memikirkan perkara yang satu ini sejak tadi.
Kali ini dia memandang kepada periuk elektrik. Nasi dah masak, namun dia tidak pasti bagaimana hendak memasak. Nak keluar terasa malas pula.
Arissa ketawa kecil.
Kau boleh tolong masak Badrul memandang Arissa. Harap-harap gadis itu mahu menolongnya.
Dia malas hendak keluar ke kedai makan di luar sana.
Arissa memandang Badrul.
Nanti Encik Hakimi tak mahu makan masakan aku pula. Lepas tu kena marah lagi, tak naklah! Tak sanggup dia asyik kena marah dengan Hakimi sejak tadi.
Cubalah dulu! keras suara Badrul.
Arissa masih memandang Badrul dengan tangan di pinggang. Terherot-herot mulutnya memikirkan cadangan Badrul.
Cili hijau ada soal Arissa ingin tahu.
Ada.
Dia makan pedas tak soal Arissa lagi.
Makan, memang dia suka yang pedas-pedas, jawab Badrul.
Ikan bilis Arissa memandang Badrul sekali lagi.
Kemudian memandang sekitar dapur itu. Memang seronok memasak dalam suasana dapur yang cantik. Memang cantik dan bersih dapur Hakimi. Kalau tak ada bilik, di situ pun boleh jadi tempat melelapkan mata.
Mestilah ada! tekan Badrul bengang dengan soalan Arissa. Tanya sekali tak boleh ke, ini satu, satu benda yang ditanya.
Janganlah marah, aku tak nak masak nanti! jeling Arissa lalu melangkah ke peti sejuk untuk melihat apa yang ada di dalamnya. Pantas tangannya mencapai cili hijau, bungkusan ikan bilis, dua biji telur dan seikat sayur sawi.
Nak masak nasi goreng apa ni soal Badrul.
Jangan tanya! balas Arissa mula ligat mengambil itu dan ini untuk memasak.
Dia pun rasa lapar. Dari tadi asyik berlari ke sana ke mari dikejar oleh konco-konco Along mahu tidak lapar. Dia terlupa hendak mengucap terima kasih kepada Hakimi. Tak apa, kejap lagi dia akan mengucap terima kasih kerana menyelamatkannya dan memberinya perlindungan di situ.
Badrul mencebik dan membiarkan Arissa dengan periuk belanga di dapur.
TERSENYUM dia melihat Badrul yang sedang mengulang makan nasi goreng kampung yang dimasak oleh Arissa sebentar tadi. Kerusi meja makan di tarik lalu duduk di situ. Tidak dinafikan yang nasi goreng kampung gadis itu benar-benar sedap dan pedas. Lebih pedas dari masakan Mak Cik Ruhaya. Memang dia suka.
Ulang lagi, usik Hakimi. Menurut Arissa, ini adalah nasi goreng paling pedas di dunia.
Badrul sengih.
Sedap Bos, tetapi berapi mulut.
Berpeluh-peluh dia menjamah setiap butir nasi goreng kampung yang masih berbaki di dalam pinggannya. Betullah Arissa ni, nak suruh orang terbakar mulut agaknya! Kutuknya sendiri. Begitu pun terasa tidak boleh berhenti makan. Apalah yang budak ni letak keluh Badrul sendiri.
Hakimi ketawa.
Arissa dah tidur agaknya. Hakimi mengagak.
Selepas dia menunjukkan bilik gadis itu dan memberinya baju dan kain pelekatnya Arissa tidak keluar dari bilik lagi. Mungkin penat kerana melarikan diri dari konco-konco Along. Lagipun jam sudah menunjuk ke angka 10.30 malam.
Macam mana ni Bos Soal Badrul. Berat masalah si Arissa ni. Dia menggeleng-geleng sebagai tidak percaya apa yang telah dilakukan oleh gadis itu.
Saya pun tak pasti Bad, keluh Hakimi.
Kesian pula saya dengan dia, Bos. Memang dia rasa simpati dengan nasib yang menimpa Arissa. Budak tu memang cari bala sungguhlah! Sekali lagi dia mengeluh.
Hakimi senyap. Telefon bimbit di tangan dipandangnya. Tiba-tiba ia berbunyi dan tertera perkataan Umi di situ.
Apa hal pula ni Hatinya bersoal sendiri bercampur dengan rasa cemas dan bimbang. Hakimi bangun dari duduknya.
Assalammualaikum, Umi! Dadanya sudah berdebar-debar. Tentu ada sesuatu yang membuat Uminya menelefon lewat begitu. Kakinya melangkah anak-anak tangga menuju ke tingkat atas. Biliknya terletak di tingkat dua.
Waalaikumussalam, jawab Puan Hanim.
Ada apa Umi telefon malam-malam ni Walid okey ke Ada rasa bimbang di hatinya dengan panggilan daripada Puan Hanim diwaktu begitu. Walhal petang tadi mereka sudah bersembang lama sehingga hampir bergaduh.
Walid sihat, tapi hati Umi yang tak sihat!
Hakimi senyap. Faham dengan maksud Puan Hanim.
Serius Kimi nak putus dengan Wafa Kedengaran suara bimbang Puan Hanim di sebelah sana.
Ya, Umi! sekali lagi Hakimi tegas dan yakin dengan keputusan yang dibuatnya.
Kenapa
Kan Kimi dah bagi tahu Umi siang tadi sebabnya! Ya Allah, perlukah dia mengulangi pengakuan bohongnya. Berapa banyak dosanya berbohong hari itu Tidak sanggup untuknya mengulangi pembohongan siang tadi.
Apa kurangnya Wafa Kita dah kenal dia sepanjang hidup kita. Budak baik!
Semakin pening kepalanya dengan soalan ulangan Puan Hanim. Nafas ditarik dalam-dalam.
Umi...
Kimi tak sayang Umi lagi ke
Ya Allah, mengapa dengan Umi ni Dia mula rasa tidak sedap hati. Perkara itu tidak akan berhenti di situ sahaja. Pasti ia berpanjangan kelak. Bukan dia tidak faham dengan sikap Puan Hanim. Dia anak wanita itu, sudah masak dengan sikap mendesak wanita itu.
Kenapa Umi cakap macam tu Kimi ada hak untuk menentukan sendiri hidup Kimi, Umi. Kimi yang akan hidup dengan sesiapa yang menjadi isteri Kimi nanti! tegas Hakimi dengan apa yang telah diputuskannya.
Tapi Umi ni, Umi Kimi! tekan Puan Hanim di sebelah sana.
Ya, perkara itu tidak akan berubah Umi. Tolonglah faham perasaan Kimi. Kalau Umi sayangkan Kimi... terimalah siapa pun pilihan Kimi nanti sebagai menantu Umi nanti. Ya Allah, apa yang dia cakap ni orangnya pun tak ada nak dijadikan menantu, macam mana
Tiada suara dari Puan Hanim di sebelah sana.
Umi
Umi nak balik hujung bulan ni. Umi nak tengok orangnya dan Umi nak bawa Wafa sekali! Kedengaran begitu keras sekali suara Puan Hanim seperti orang marah.
Hakimi terduduk di sofa dua tempat duduk. Terasa panas kerongkongnya. Air liur yang ditelan terasa kesat seperti berpasir.
Umi nak balik hujung bulan ni Hatinya mengulangi kata-kata Puan Hanim sebentar tadi. Jantungnya berdegup seperti berlari berpuluh-puluh kilometer.
Kalau Umi rasa, dia okey, teruskan... kalau tidak, Kimi kena kahwin juga dengan Wafa!
Terasa dunianya berpusing 360 darjah. Kenapa Umi buat Kimi macam ni rintihnya sendiri. Dia tidak mendengar suara Puan Hanim selepas menyambut salam Uminya.
Macam mana ni tanyanya sendiri. KRumah Bos aku.
AU kat mana soal Shima di sebelah sana.
Perempuan Lelaki
Perempuanlah! Hampir sahaja Arissa bertempik walaupun ia satu pembohongan. Bohong lagi. Minggu ni memang dia sentiasa berbohong termasuklah dengan teman baiknya. Matilah dia kalau Shima tahu rumah Bos yang dimaksudkan adalah Bos lelaki.
Konco-konco Along tu datang tadi, ya
Yalah... dia kejar aku sampai ke hotel tempat aku kerja dulu. Tak tahu macam mana dia orang tahu, keluhnya. Matanya melingas memandang sekitar bilik mewah. Memang selesa sangat-sangat. Lenalah malam ni dia tidur di atas tilam yang entah berapa inci tebalnya.
Kau tinggal bau kut. Shima ketawa di sebelah sana.
Kau ingat aku harimau bintang ada bau-bau, selar Arissa bengang.
Bukan harimau bintang, tapi harimau belang. Sekali lagi Shima ketawa dan kali ini kuat dari tadi.
Shima, macam mana ni Aku tak lalu nak tinggal dekat rumah orang lama-lama, keluhnya. Direbahkan tubuhnya di atas tilam empuk. Penat melarikan diri dari konco-konco Along tadi masih terasa. Degupan jantungnya masih tidak teratur walaupun kejadian itu sudah berlalu hampir beberapa jam yang lalu.
Aku pun tak tahulah, Ris. Kes kau ni memang rUmit. Dengan Along tak boleh buat main-main. Kalau dengan Bank kita boleh minta tangguh atau bayar ikut kemampuan kita. Kenapa kau tak pinjam dengan Bank dulu Kau kena black list ya leter Shima.
Eh, aku mana ada pinjam dengan Bank ya. Kereta tu je. Kereta yang ditarik itu lah hasil titik peluhnya mengumpul bonus dan elaun-elaun yang disediakan oleh Hotel Sweet Arena. Tiba-tiba dia rasa rindu dengan tempat kerja lamanya.
Nak kata kau bodoh... kau lebih pandai dari aku. Tapi memang kau ni terlebih pandai sangat sampai meminjam dengan Along. Masa tu kau tak fikir ke
Habis! Dah kau asyik desak aku je... nak cash money secepat mungkin. Si Ija bongok tu pun memanjang call aku. Pujuk itu ini, janji bulan, bintang, planet Marikh, planet Plutolah! bentak Arissa. Dadanya terasa panas membahang tiba-tiba.
Shima senyap.
Mana aku nak cari duit ni rintihnya yang sudah menelangkup pula.
Aku pun tak tahulah.
Kalau aku jual rumput tepi jalan tu ada tak orang nak beli juta-juta soalnya. Rasa dah tak boleh nak berfikir dengan tekanan sebegitu.
Shima ketawa. Kalau boleh dapat juta-juta, dah lama aku buat Ris.
Ada tak pokok duit ke, pokok wang ke sekali lagi dia merintih. Terasa kata-katanya semakin tidak menentu dan merapu. Beginilah kalau fikirannya sudah tidak stabil.
Shima terus ketawa.
Dapat bayar duit Along ni... aku nak kerja balik. Tak kiralah kerja apa pun. Itulah nekadnya sekarang. Apa yang penting sekarang di mana dia hendak mendapatkan duit untuk membayar duit Along yang dipinjamnya.
Eloklah tu... jangan terus berhenti kerja pada perkara yang tak pasti, nasihat Shima.
Arissa senyap. Tiada guna dia pulang paku buat keras. Dia pun tak fikir panjang ketika itu. Dia sendiri yang membuat keputusan yang silap. Tiada siapa yang perlu dipersalahkan melainkan dirinya sendiri.
Kan best kalau Mak dan Ayah ada. Time-time macam ni boleh juga mengadu, keluhnya. Tiba-tiba air matanya bergenangan.
Aku kan ada.
Lainlah, Shima. Dikesat matanya dengan belakang tangan. Terasa sedih sangat sebaik bibirnya menyebut kedua orang tuanya yang telah lama tiada.
Dah... aku tahu kau kuat. Selama ni kau boleh hidup sendiri, boleh berjaya... Insya-Allah, ini semua pelajaran dan pengalaman bagi kau, pujuk Shima.
Entahlah, keluh Arissa tidak pasti.
Jangan macam tu Ris... aku tahu kau kuat dalam menempuh hidup ni. Ini baru sedikit dugaan yang Allah turunkan untuk kau.
Aku sendiri yang cari penyakit tau! bentak Arissa lalu bangun menuju ke pintu gelangsar yang ditutupi dengan tirai berwarna putih.
Shima senyap.
Okeylah, Shima sorry ganggu kau. Apa-apa... aku call kau, katanya sebagai menamatkan perbualan mereka.
Yalah... bye.
Bye.
Arissa kembali ke katil kemudian menutup lampu dan memasang lampu tidur yang terletak bersebelah suis lampu tadi. Perlahan-lahan dia melangkah ke katil. Harap-harap malam ni tidurnya lena dan tidak seperti malam-malam sebelumnya. Lena dalam pemburuan.