Macam mana boleh jadi macam ni Kenapa wakil dari Firez nak batalkan persetujuan Hey! Baru tadi mereka setuju, kan Apa masalahnya sekarang!
Ryan naik angin. Wajah putih milik Shauki terbayang di ruang mata. Baru tadi dia terpaksa berpura-pura tersenyum demi mendapatkan kontrak bernilai hampir sepuluh juta ringgit dan sekarang semuanya hancur berkecai.
Kenapa awak diam Saya tanya awak ni Leez! Nafas Ryan naik turun. Bukan senang dia nak dapatkan kontrak tu!
Leez, setiausahanya nampak terpinga-pinga. Mulut terkumat-kamit seperti ingin memberitahu sesuatu, namun suara gadis itu tetap juga tidak keluar.
Leez! Dalam nada suara lembut, tetapi seperti tertekan Ryan memanggil nama setiausahanya.
Kalau Ryan dah bersuara begitu, janganlah buat main-main. Tu tandanya api dah mula marak.
Sebenarnya tuan, ada masalah sikit yang berlaku masa Encik Shauki dekat lobi tadi.
Masalah Masalah apa Sedaya upaya Ryan cuba mengawal suaranya.
Sebenarnya, ada salah faham antara Encik
Shauki dengan salah seorang pekerja kita dan...
Dan...
Dia halau Encik Shauki dari syarikat ni.
Apa!!!
Leez pejam mata. Habislah kau Hani.
Dia halau Shauki Dari syarikat saya Rasanya sikit masa lagi anak mata Ryan nak tercabut keluar dari soket matanya.
Bam!!!
Bahu Leez terhinjut dek tepukkan kuat di atas meja.
Siapa pekerja tu Kenapa dia halau client kita Dia siapa Dia ingat syarikat ni bapak dia punya! jerit Ryan kasar.
Kepalanya rasa berpinar-pinar tiba-tiba. Tak sangka dia ada pekerja seberani tu. Tangan mula menyentuh kepala yang terasa sakit. Ryan memang ada satu tabiat. Dia tak boleh terkejut, kalau tidak dia akan migrain. Memang apa yang dia dengar ni satu kejutan. Rasa macam darah menyerbu naik ke otak.
Tuan... tak apa-apa ke Leez mara setapak ke arah Ryan.
Ryan angkat tangan tanda jangan menghampirinya. Nafasnya cuba dikawal.
Sekarang saya nak awak panggil pekerja tu mengadap saya. Nowww!!! Jari telunjuk Ryan naik tanda arahan mandatori.
Leez tersentak.
Tercegat apa lagi Cepatlah panggil! Jerkah Ryan kasar bila Leez masih memandang wajahnya.
Ba... baik tuan! Tergesa-gesa Leez mengangguk sebelum berlari keluar dari bilik Ryan.
Sampai di belakang pintu, Leez tarik nafas tenang. Ryan memang bukan bos yang suka marah-marah, tapi sekali pekerja buat silap mahu tahu sendiri la. Hani kau memang dah cari pasal dengan mamat dalam bilik tu. Aku rasa kau tak kan selamat hari ni, desis hati Leez simpati.
Di dalam bilik, Ryan tak habis fikir. Perkataan H-A-L-A-U buat dia rasa sesak nafas. Client paling penting syarikat kena halau dengan pekerja. Siapalah pekerja yang berani sangat tu! Bukan senang dia nak yakinkan Shauki yang cerewat tahap gaban tu!
Dia terpaksa berlakon baik depan Shauki, tapi dia terpaksa kipas Shauki. Malah dia terpaksa ikut kemahuan lelaki tu semata-mata tak nak kontrak tu jatuh ke tangan orang lain. Sekarang semua usahanya sia-sia.
Arghh!!!
PINTU diketuk dan sebaik arahan keluar dari empunya dalam bilik, Hani menolak pintu. Dia tak tahu apa yang patut dia rasa sekarang ni. Patutkah dia takut atau dia buat selamba rock je
Ryan membetulkan kedudukan bajunya. Matanya mengecil memandang pintu yang terbuka perlahan-lahan. Huh, jom kita tengok siapa sangat yang berani jahanamkan kontrak sepuluh juta tu!
Bos panggil saya Soal Hani saat pintu bilik mula tertutup.
Walaupun dia bertekad nak buat selamba rock, tapi jantung memang tak reti nak bekerjasama. Asyik nak dup dap dup dap. Siapa tak kenal Ryan Bos besar syarikat dia bekerja. Cuma itulah, Ryan je tak kenal dia. Tak kanlah bos nak cam wajah pekerja pula, kan
Hesy! Ramai orang cakap, bos tu jangan ditenung lama-lama sangat. Bukan sebab muka bos kacak, tapi sebab bos tu ada penyakit hati. Ye ke penyakit hati Ke sakit otak Ramai pekerja di syarikat ini kata bos tu pelik sikit. Perangai bos memang tak boleh diramal sebab kalau dia nak baik, dia akan baik. Tapi, kalau dia nak marah, orang tak salah pun dia marah.
Dengar kawan-kawan sekerja bercerita tentang bos, buat Hani terfikir. Lelaki ini pernah jadi bekas pesakit mental ke Ada juga dia dengar, bos besar ni sanggup kejar client semata-mata demi keuntungan syarikat. Sanggup buat apa saja demi duit!
Hesy! Topeng!
Come... Ryan liarkan jari telunjuknya memanggil Hani.
Matanya bersahaja memandang gadis bertudung biru itu. Jadi inilah orang yang berani sangat tu Perempuan rupanya. Sakit pula hati dia. Wajah beralis tebal itu terus direnung tajam.
Ada apa tuan panggil saya Kakinya dibawa juga mendekati meja Ryan.
Selalunya dia nampak secara tak sengaja je rupa bos ni, tapi sekarang ni dia berpeluang untuk berhadapan dengan bos pula. Pertama kali dia masuk ke dalam bilik bos besar. Boleh tahan luas juga.
Dia dengan Ryan memang selalu tak berjumpa. Kerja pun di tingkat berlainan. Bukan calangcalang orang dapat masuk bilik Big Bos. Patutkah dia rasa bangga sekarang
Ada apa Bagus soalan tu. Ryan mula berdiri.
Alamak! Dia berdiri pula. Mata Hani tertunak pada Ryan yang tiba-tiba saja berjalan ke arahnya. Siap mengelilingi dia lagi. Hani cuba mencari riak disebalik wajah Ryan. Tapi, lelaki tu berlagak biasa je. Tak nampak macam marah pun. Betul ke bos besar panggil dia sebab nak marahkan hal yang jadi tadi seperti yang dimomokkan oleh pekerja lain.
Apa yang awak dah buat pagi tadi dekat lobi syarikat
Terdiri bulu roma Hani dibuatnya. Sah! Pasal pagi tadi. Tapi, kenapa bos besar ni tak nampak marah Ke dia pun bangga dengan aku sebab aku dah sekolahkan mamat tak beradab tu Mana tahu bos akan cakap macam ni...
Awak pekerja pertama berani bersuara pada orang yang buat tindakan yang tak betul. Saya bangga ada pekerja macam awak. Macam ni baru la pekerja yang berkualiti. Saya suka awak jadi saya akan naikkan gaji awak dua kali ganda.
Tersengih-sengih Hani dengan angan yang menjelma dalam mindanya.
Kenapa awak tersengih Awak tak dengar ke apa yang saya tanya tadi
Dengar tuan, err... sebenarnya pagi tadi... Hani berjeda sebentar dengan suara sedikit tersekat.
Mata Ryan melekat pada wajah itu sambil menunggu penjelasan dari mulut itu. Sekarang belum masanya untuk menjerkah perempuan tu lagi. Huh! Disebabkan kau, kontrak sepuluh juta aku melayang! Ryan kembali ke tepi mejanya. Elok saja dia menahan tubuh dengan tangannya sambil kaki disilang menghadap Hani.
Pagi tadi masa saya nak masuk kerja saya tertembung dengan seorang lelaki pendek ni. Saya dengar dia bentak-bentak mak cik cleaner
jadi saya pun...
Halau dia sampuk Ryan.
Hani mengangguk mengiakan.
Kepala Ryan terasa berdenyut. Perempuan ni cakap macam tak ada perasaan. Dia tak sedar ke yang syarikat dah rugi besar sebab dia. Tak dapat menahan perasaan, laju tangannya menghentak meja.
Terkejut Hani dibuatnya.
Kau!!! Ryan tahan rasa.
Kau tahu tak apa kau dah buat, perempuan Kau dah halau client penting syarikat ni. Kau dah halau satu-satunya keuntungan syarikat. Sebab kau... Syarikat rugi sepuluh juta ringgit!!! jerit Ryan penuh perasaan. Rasa nak terkoyak mulut dek jeritan kuat. Tapi, saat ni hatinya yang koyak fikirkan projek yang dah terlepas.
Terbutang biji mata Hani dibuatnya. Ini barulah reaksi marah. Hani telan air liur.
Sepuluh juta hilang sebab kau!!!
Sepuluh juta Bibir Hani mula terketar-ketar.
Orang yang kau halau tadi tu, client syarikat ni. Siapa bagi kau hak untuk halau dia Siapa bagi kau hak nak malukan dia hah! Sekali lagi Ryan tepuk meja sebelum melangkah laju ke arah Hani.
Matanya tajam menikam anak mata Hani hinggakan Hani rasa tak mampu nak berkelip walaupun sesaat. Inikah raksasa belaan yang pekerja lain selalu cakap tu Raksasa belaan yang tidur dalam badan bos besar. Mata Ryan macam nak lapah-lapah dagingnya dengan rakus. Kus semangat!
Saya.. Saya...
Saya apa! Kenapa kau halau dia Siapa kau nak halau dia!
Hani mengeluh perlahan. Soalan Ryan buat dia teringatkan sikap lelaki kurang ajar tadi. Setiap pelusuk wajah Ryan dipandang.
Saya halau dia sebab dia dah kurang ajar. Dia malukan mak cik cleaner. Kutuk sesuka hati dia.
Bentak-bentak. Tak ada adab dengan orang tua. Hani mendengus geram.
Biarlah dia nak kurang ajar sekali pun! Kau siapa nak marah-marah dia Orang yang dia marah tu, mak kau ke Kau tahu tak sebab kau sepuluh juta aku dah hilang! Kau ingat sikit ke Dia batalkan kontrak sebab kau. Tahu tak! Emak kau Soalan Ryan buat hatinya panas. Kenapa Kalau mak cik tu bukan emak dia, dia tak patut belalah, macam tu
Hesy! Dari tadi tak habis-habis dengan sepuluh juta dia tu. Dah tu asyik cakap kau tahu tak Kau tahu tak Mestilah aku tahu! Aku faham la apa yang kau cakap bos besar!
Memanglah mak cik tu bukan mak saya, tapi patutkah saya tengok je perbuatan biadab client tuan tanpa tegur kesilapan dia Orang macam tu memang patut diajar! Lawan Hani geram.
Sebab dia biadab, kau malukan dia di khalayak ramai. Perbuatan kau ni dah buat...
Tuan jangan mention pasal duit sepuluh juta tu boleh tak Amaran terluah dari bibir yang tercalit nipis di bibir gadis itu.
Terjegil biji mata Ryan dibuatnya. Dia pula yang kena Macam mana perempuan ni tahu dia nak cakap hal sepuluh juta tu Jahanam sepuluh juta aku tu pun disebabkan perempuan ni juga.
Saya cuma buat apa yang saya rasa betul je tuan. Dia malukan mak cik tu, jadi saya malukan dia balik. Adillah!
Macam tu kau kata adil Memang adil pada kau, tapi tak adil pada aku. Aku rugi sebab kau! Tak habis-habis lagi dengan rugi dia. Syarikat bapak besar macam ni pun masih tamak lagi. Setakat kontrak sepuluh juta tu tak kan lingkupkan syarikat besar macam ni lah!
Habis tuan nak suruh saya buat apa sekarang
Bagus soalan kau. Aku nak kau pergi syarikat Firez, minta maaf dengan dia.
Minta maaf Pada lelaki biadab tu Tak mungkin!
Hah, kau bawa hadiah sekali. Jangan risau, aku akan sediakan hadiah. Kau cuma pergi minta maaf pada dia. Pastikan dia nampak keikhlasan kau tu. Tambah Ryan seakan mendapat jalan penyelesaian.
Tak nak! Bantah Hani kuat tiba-tiba.
Ryan tersentak. Mulut dan wajah yang membantah, dipandangnya tajam.
Saya tak kan minta maaf dengan dia.
What
Saya tak nak minta maaf pada dia kecuali dia minta maaf dengan mak cik yang dia dah herdik tadi. Hani bagi kata dua.
Tersejat hati Ryan dibuatnya. Nak suruh Shauki minta maaf pada mak cik cleaner Perempuan ni dah hilang akal ke
No... no... Kau pergi minta maaf sekarang juga! Arah Ryan tekad.
Tak nak! Hani menggeleng. Ketegaq tak sudah-sudah.
Ryan hampir merjerkah geram. Mulalah dia keluarkan dengusan raksasanya.
Baik! Kau tak nak, mulai sekarang kau dipecat!
Pecat Bagus juga tu. Saya pun tak ingin kerja dengan orang yang hanya pentingkan keuntungan semata-mata. Tuan dengan lelaki gempal tu dua kali lima! Hambur Hani.
Mulutnya terjongket kiri kanan sebelum berpusing ingin berlalu. Dah kena pecat buat apa nak berlakon baik lagi kan
Terketar-ketar tubuh Ryan dibuatnya. Pertama kali dia kena marah dengan pekerja bawahan. Migrain mula hadir. Laju tangannya mencengkam belakang kepala.
Kau... berambus!!! Herdik Ryan lantang. Mulalah dia mundar-mandir tak tentu arah. Pertama kali dalam sejarah, dia gagal buat orang tunduk padanya.
Hani buat muka meluat. Herdiklah banyakbanyak. Macam aku takut! Saat tangannya ingin berlabuh di tombol pintu, namun pintu itu terlebih dahulu ditolak seseorang. Terdorong dia ke belakang.
Dua mata saling berpandangan antara satu sama lain. Hani tergamam dan Didi terpanar. Namun hanya sesaat mereka terdiam sebelum Didi tayang muka sinis.
Wow, tengok siapa yang ada depan kita. Hani Abdullah. Didi bersuara seakan terkejut melihat Hani.
Hani tarik muka malas. Macam manalah minah tak cukup suplemen ni boleh muncul dekat sini Ryan yang gelisah dek sepuluh juta yang terbang juga mula memberi perhatian pada Hani dan Didi.
Apa kau buat dekat sini Tak sangka jumpa lagi kita ye, anak tak sah taraf!
Anak tak sah taraf Hani genggam penumbuk. Ikutkan hati mahu saja dia bagi satu das tumbukan pada Didi. Biar hodoh muka model tu.
Baik kau tutup mulut kau sebelum aku sumbat dengan kasut hitam aku ni! mencerlung pandangan mata Hani.
Dahlah bengang dengan bos besar yang gila duit tu, sekarang jumpa pula model sengal merangkap kawan sekolahnya dulu. Dengan satu jelingan maut, dia berlalu. Sempat lagi dia tolak bahu minah kering tu dengan bahunya. Biar bergegar badan minah yang konon cantik sangat tu.
Hei!!! Terjerit Didi dibuatnya. Dia ingin menjerit namun Hani yang mula melangkah pergi buat dia tak jadi melantunkan kata-katanya. Apa yang kau buat dekat sini!
Didi menoleh ke arah depan kembali. Tersenyum dia saat melihat wajah kacak Ryan.
Buat apa lagi Melawat abang sepupu kesayanganlah. Dengan langkah cantik, Didi menghampiri Ryan.
Sakit pula mata Ryan tengok wanita terkedekkedek itu melangkah ke arahnya. Siapa suruh kau pakai ketat-ketat, kan jalan serupa itik dah.
Well, Didi cuma nak melawat abang je lah. Lama sangat tak jumpa abang Ryan.
Geli telinga Ryan mendengar suara lunak milik sepupunya sebelah ibu.
Tak payahlah nak bermanis mulut sangat. Ingat aku tak tahu kau datang sebab pencarian model syarikat ni, kan Kau tak payah nak membodeklah. Kau akan jadi model syarikat ni nanti!
Betul ke abang Ryan I love you so much... terkinja-kinja Didi menerima berita itu.
Dia jadi model sebuah syarikat yang besar Macam tak percaya. Lepas ni banyaklah muka dia terpampang dekat papan-papan tanda seluruh Malaysia. Lagi melonjak naiklah nilai portfolio dia.
Anyway, kau kenal ke perempuan tadi tu Ryan mula menyusun ayat.
Rasanya tadi dia dengar Didi cakap anak tak sah taraf. Satu ayat yang buat dia ingin tahu.
Perempuan tadi tu My ex-classmate dulu. Tapi, apa yang dia buat dekat sini Abang ada skandal dengan dia ke
Skandal Dengan perempuan jenis tu No way! Dia cuma pekerja, tapi sekarang dia dah dipecat! Senang hati Ryan memberitahu. Macam satu kebanggaan pula bila dia pecat perempuan mulut tak bertapis tu.
Baguslah bukan skandal. Kalau abang ada skandal dengan dia, lingkup status abang. Anak luar nikah macam dia memang patut dipecat pun. sokong Didi bangga.
Namun perkataan yang baru meluncur dari bibir Didi, buat Ryan tersentak.
Apa kau cakap tadi Anak luar nikah Mata Ryan membulat.
Ye. Perempuan tu anak luar nikah. Sekali tengok nampak baik padahal anak tak sah taraf! kutuk Didi penuh bersahaja.
Ryan terdiam. Ligat kepalanya memikirkan sesuatu. Perempuan yang merugikan dia tu anak luar nikah Atas bibirnya menjongket naik.
Kau dah tak ada apa-apa urusan dekat sini kan Kau pergi baliklah, suruh Ryan tiba-tiba. Siap tolak bahu sepupunya lagi.
Hei, abang Ryan! Apa ni Terkejut Didi dibuatnya. Baru sampai dah kena halau. Tapi, apa nak dihairankan. Siapa tak kenal Ryan. Topeng Raksasa!
Keluar je lah. Ryan terus menolak Didi keluar dari pejabatnya. Bila Didi terdorong keluar dek tolakkannya, laju dia menutup pintu pejabatnya. Lega! Keluar juga perempuan itik tu.
Hmm... Anak luar nikah... Ryan senyum tiba-tiba sebelum berlari ke mejanya. Ganggang telefon pejabat diangkat.
Leez, bawa fail perempuan yang buat hal tadi. Sekarang juga.