CARTA HATI - 3
LAMUNAN Zainura terhenti apabila terdengar suara Irsyad Hakimi.

Cik Kenapa tercegat kat situ ya

Zainura terus menoleh ke arah suara itu. Baru dia sedar, adegan menumbuk wajah lelaki itu hanya lamunan dia saja.

Kenapa, Ir Terdengar suara Zairis pula bergema.

Machonya dia, Zainura menggigit lembut jari jemarinya. Dikemam bibirnya, mata dikenyit ke arah

Zairis.

Macam mana minah yang tersesat ni boleh ada kat sini soal Zairis. Dia menghalakan pandangan pada wajah Irsyad Hakimi.

Seorang wartawan mula mendekati Zainura. Cik ni peminat fanatik Zairis ke

I minat sangat-sangat! I rasa teruja dapat berjumpa dengan Zairis. Memang I peminat fanatik dia! Berkeyakinan sahaja cara Zainura menjawab.

Okey, harap bertenang. Zairis pun sudah ada di sini, jadi sila kawal diri cik ya Sempat wartawan itu menyindir. Zainura segera melemparkan pandangan pada wajah Zairis.

Kau uruskan minah ni, suruh Zairis sebelum melangkah. Irsyad Hakimi hanya mengangguk.

Ada apa datang ke sini

Nak minta tandatangan! Sambil dia menghadiahkan flying kiss kepada Zairis. Nasib tubuh lelaki itu membelakanginya dan tidak melihat perbuatan Zainura itu.

Zairis tengah sibuk. Lain kali boleh Lagipun, dia ada event dengan para peminat dia saja. Beritahu Irsyad Hakimi.

Alah, sekejap ajelah.

Tak boleh. Mana tahu kami berada di sini

Saya tengok dekat fanpage Zairis. Betulkan ada sesi perjumpaan kat sini

Ada masuk kelab peminat dia tak Zainura menggeleng.

Tak ada, tak bolehlah nak masuk. Lain hari ya, cik

Tak kira saya nak jugak!

Irsyad Hakimi sudah menepuk dahi. Degil!

Saya minta maaf. Harap cik faham dengan situasi sekarang ni.

Tiba-tiba Zainura mencekak kolar baju lelaki itu, Wehh, aku nak jumpa Zairis. Bukan nak jumpa kau. Takkan sekejap pun tak boleh Aku tumbuk muka kau karang, baru otak tu nak berfungsi lebih sikit!

Irsyad Hakimi terpinga-pinga. Terkejut dengan tindakan gadis itu. Kali ini, memang berlaku tindakan tersebut sehingga ia mencuri tumpuan Zairis yang sedang beramah mesra bersama peminat-peminatnya.

Satu keluhan berat mula keluar dari bibir Zairis. Kemudian, langkahnya dihala ke arah Zainura. Sempat bibirnya berdesis perlahan. Kau ni Ir, aku suruh uruskan benda senang pun tak boleh!

Ada apa ya nak jumpa saya Senyuman nipis cuba diukir di bibir. Biarpun kelihatan canggung sekali.

Wajah Zainura serupa manusia yang tak pernah jumpa artis. Dia menghela nafas dalam-dalam. Debaran di dada usah dikata. Gedebak gedebuk bunyinya. Dek kerana terlampau teruja, dia jadi kaku dengan pertanyaan yang keluar dari mulut Zairis.

Cikkk Zairis melayangkan tangannya di hadapan gadis itu. Tadi bukan main, bila dia dah berdiri di depan ni boleh pula jadi patung. Tegak macam tu aje!

Saya nak minta tandatangan awak boleh

Hah

Ermmm bolehlah Zainura renung wajah Zairis. Sengaja merenung lama wajah lelaki itu.

Manakala Zairis pula tayang wajah blur. Mata dilirikkan ke arah Irsyad Hakimi, pembantunya itu kelam kabut memberikan respon.

Cik, tolong faham. Bukannya mati pun kalau tak dapat tandatangan, sampuk Irsyad Hakimi.

Lebih baik kau tutup mulut kau. Tak pasal-pasal kau yang mati hari ni! Zainura memarahi Irsyad Hakimi. Terdiam terus lelaki itu.

Betul ke apa yang saya dengar Awak, gay ke

Terkejut Zairis dengan soalan gadis itu. Apa punya soalan ni!

Saya harap cik boleh beredar dari tempat ni. Insya-Allah, lain kalilah pasal minta tandatangan tu, arah Zairis lalu berlalu. Cermin mata hitam dipakai semula.

Irsyad Hakimi mengikuti Zairis dari belakang. Segerombolan peminat lelaki itu pun turut membuntuti langkah mereka berdua bersama beberapa orang wartawan. Cekap saja wartawan-wartawan itu menangkap apa yang terjadi. Sudah tentunya, laman sesawang yang akan dijadikan medan untuk mencipta gosip terbaru yang panas.

SYAKILA cuba untuk menghubungi Zainura. Namun, kawannya itu langsung tidak menjawab panggilannya. Terletus keluhan kecil dari mulut lelaki itu.

Kau pergi mana ni, Nura Asal tak jawab-jawab ni Omel Syakila sendiri. Beberapa minit berlalu, panggilannya mula berjawab.

Ha, Nura. Kau pergi mana pagi tadi

Aku pergi jalan-jalan kejap.

Jalan-jalan

Yalah

Kau ni kan, suka buat hal tanpa beritahu. Pergi mana sebenarnya Baik cakap kat aku!

Aku pergi lepak kat taman Setia Alam. Kenapa

Kau jangan Nura. Semalam perangai kau pelik, hari ni pun pelik. Apa yang tak kena dengan kau ni

Tak ada apa-apalah

Weh, nanti ambil aku kat pejabat. Malas nak panggil teksi. Hah, alang-alang kau ambil aku, kita pergi makan malam sekali. Ada satu restoran ni, makanannya sedap!

Hmm, yalah.

SELESAI mengambil Syakila di tempat kerja, surau berdekatan menjadi lokasi persinggahan pertama terlebih dahulu. Solat sekejap untuk waktu maghrib, sebelum melencong ke sebuah restoran.

Sampai saja, mereka berdua memilih untuk duduk di meja hujung restoran. Usai memesan makanan dan minuman, pandangan Syakila mengelilingi kawasan restoran tersebut.

Sedap ke makanan kat sini tanya Zainura.

Sedap. Aku dah pernah makan hari tu. Rasa teringin nak makan lagi, balas Syakila. Dia duduk menopang dagu. Menunggu pesanan tiba.

Mata Zainura melingas ke arah sekeliling. Sehingga pandangannya terhala ke suatu arah. Kelihatan dua orang lelaki yang sangat dikenali iaitu

Zairis dan Irsyad Hakimi Hmm, berjumpa lagi Ada jodoh kut! Hehe.

Zainura mula buat perangai seperti semalam dan pagi tadi. Dahi Syakila berkerut melihat kawannya itu.

Kau kenapa

Err, tak ada apa-apa. Tersengih-sengih Zainura.

Kau boleh tak duduk macam perempuan sikit

Dah macam pondan aku tengok! Tak, aku rasakan jodoh aku dah dekat Tersentak Syakila dengan kata-kata gadis itu.

Hah Apa kau merapu ni

Sekejap eh Zainura bangkit dari duduk lalu menuju ke meja yang menempatkan Zairis dan Irsyad Hakimi.

Hai, sapa Zainura. Senyuman mula terlakar di bibirnya.

Zairis dan Irsyad Hakimi berpandangan sesama sendiri. Terkejut!

Nak tandatangan boleh Tak pun kita selfie Please!!

Kedua-duanya, macam nak pitam apabila melihat gadis itu. Gadis yang sama yang hadir dalam Majlis Tertutup Bersama Ahli Kelab Peminat Zairis. Obses dan fanatik sangat!