CINTAI AKU DENGAN RESTU-NYA - 3
IDLAN mengerling jam di tangan. Hampir waktu tengahari. Telefon bimbit atas meja dicapai perlahan. Hajat mahu menghubungi Irdiana yang mungkin masih lena dibuai mimpi. Atau Irdiana sudah keluar untuk beli pakaian seperti apa yang diberitahu padanya pagi tadi

Dia jongket bahu. Berteka-teki sendiri tak akan memberi jawapan tepat. Segera dia menghubungi Irdiana. Laju jari jemarinya menyentuh skrin. Dia berdecit. Panggilan dibuat tak dijawab. Kemudian, satu pertanyaan dikirim melalui aplikasi WhatsApp.

Idlan:

Sayang, belum bangun lagi ke

Beberapa minit menunggu, mesej dikirim tak dibalas. Dia mengeluh hampa. Irdiana benar-benar lupa dengan apa yang dipesannya. Kalau macam inilah hari-hari, tak ada isteri pun tak apa!

Sampai bila you nak jadi macam ni, sayang Sampai bila I dah penat. Penat sangat, keluhnya dalam hati. Wajah diraup penuh rasa kesal. Nak diundur semula waktu berlalu, ia tak mungkin terjadi.

Irdiana kini isterinya, sudah menjadi tangunggjawabnya untuk menjaga dan memberi

nafkah. Dia tak boleh menyesali keadaan ini. Pahit getir sekalipun, dia harus terima dengan berlapang dada.

Tak mahu fikir soal Irdiana lagi, dia sambung membuat kerja. Tak sampai sepuluh minit dia menghadap kerjanya, Irdiana tiba-tiba muncul. Nafas dihela panjang dengan kehadiran Irdiana. Nampak muka juga akhirnya. Ingatkan dah ke langit hijau perginya.

Maaf, Encik Idlan. Saya tak sempat beritahu isteri encik datang, muncul Amni berdiri di belakang Irdiana.

Kesian Amni. Takut betul dia kena marah. Isteri Encik Idlan ni pun satu, main terjah aje. Mentangmentanglah pejabat suami sendiri. Langsung tak ada adab sopan. Sesuka hati dia aje nak meluru masuk. Ini pejabat, ikutlah sikit peraturan. Huh..

Tak apalah, Amni. Awak boleh keluar.

Idlan berdiri dan mendekati Irdiana. Wajah sugul Irdiana diperhati dengan segaris senyum. Pipi isterinya diusap perlahan.

Kenapa ni Masam aje

Irdiana bergerak ke sofa. Sentuhan Idlan, tak diendahkan. Dia tak puas hati kerana duit diberikan Idlan, tak mencukupi. Lalu, dia mengambil keputusan datang ke pejabat untuk mengadu. Takkanlah tak faham-faham Tak perlulah nak tanya macam-macam. Pura-pura atau betul-betul tak mengerti sungguh suaminya ini Kalau dia muncul di sini, nak apa lagi Nak duitlah. Tak tahu lagi

Idlan mengambil tempat di sisi Irdiana. Tangan Irdiana disentuh, lalu diraih sebelum diletak atas peha. Cakaplah dengan I. Ada apa-apa masalah Saja buat-buat tanya. Tengok muka dah tahu. Tak ada masalah lain. Mesti masalah duit. Aduhai sayang... takkanlah seribu dah habis

Irdiana membetul duduk. Genggaman tangan Idlan hanya dibiarkan tak berbalas. Dia pandang Idlan dengan wajah dimaniskan.

You.. lunak suaranya memanggil.

Ya, ada apa ni Cakaplah.

Kalau I cakap, you jangan marah tau... rengek Irdiana. Konon-konon kalau merengek macam tu, Idlan akan ikut kehendak dia.

Takkanlah I nak marah. I pun dah penat nak bergaduh dengan you, ujar Idlan. Cuba bermanis muka walau di hati lain pula cerita. Dia tahu apa tujuan Irdiana. Kalau bukan kerana wang, jangan harap Irdiana nak tunjuk muka di pejabat.

Duit yang you bagi, tak cukuplah. Tengok ni, cuma tiga helai blouse aje I dapat beli, Irdiana menunjuk beg kertas berisi pakaian.

Idlan melerai tangan. Aduan Irdiana, buat hatinya tak senang. Serta-merta air mukanya berubah. Kalau tadi dia nak berlembut saja dengan Irdiana. Tapi, selepas Irdiana mengadu, hatinya tak betah lagi nak bertahan. Cukup-cukuplah sayang. Jangan sampai I makan hati berulam jantung dengan perangai you yang boros ni.

Cukuplah 3 helai. Berapa lagi you nak Soalnya dengan wajah sedikit tegang. Tergugat kesabarannya ketika ini. Mana nak hadap kerja lagi, nak hadap karenah Irdiana lagi. Kalau begini hari-hari, sebelum usianya 40 tahun, dia dah terkena serangan jantung.

Irdiana merengus. Kata-kata Idlan buat dia geram. Tiga helai you kata cukup Cukup apanya Sebelum ini, dia mampu beli pakaian melebihi sepuluh helai! Okeylah tu. Bulan depan belilah lagi, kata Idlan tanpa perasaan. Kalau boleh, dia nak mengajar sedikit.

Mana tahu kalau Irdiana boleh terima.

Irdiana kecilkan mata. Sisi tubuh Idlan, berkalikali ditolak perlahan. You ni kan, langsung tak boleh nak senangkan hati I lah!

Idlan membatukan diri. Malas nak bertegang urat dengan Irdiana di pejabat ini. Malu pada pekerjapekerja kalau mereka dapat tahu. Dan, perkara yang paling dia tak mahu berlaku, janganlah hal ini sampai ke telinga Dato Arshad.

Bukan bermaksud dia nak bela diri, tapi membela bagi pihak Irdiana, itu lebih penting. Dia tak mahu maruah Irdiana diperlekeh orang walaupun Dato Arshad sendiri.

Lan, I nak duit lagi, tegas Irdiana bersuara. Tangan dihulur dengan lagak meminta.

Idlan tarik nafas dalam-dalam. Mengumpul kesabaran yang makin tipis. I tak ada duit, dia berbohong.

You jangan nak tipulah! Bentak Irdiana dengan wajah menyinga. Tak mungkin Idlan tak ada duit tunai untuk diberi padanya Sajalah tu Idlan nak tipu dia.

Betul. I tak ada cash banyak nak bagi pada you. Kalau lima puluh ringgit ke, seratus ringgit ke, bolehlah dia bagi. Tapi, cukup ke untuk diberi pada Irdiana Bagi betis nak peha pula nanti.

Kalau macam tu, bagi ajelah kad kredit you. Ish, Irdiana ni makin lama makin melampau.

Tak boleh. Kad kredit I hanya untuk kegunaan penting saja. I takkan bagi pada you untuk berbelanja. No! putus Idlan sebelum bingkas dari sofa.

Tak boleh jadi ni. Kalau seribu tak cukup, apatah lagi kalau dia berikan kad kredit kepunyaannya pada Irdiana. Lagilah seronok isterinya berbelanja. Sakanlah jawabnya.

Irdiana turut berdiri. Beg tangan dan beg kertas atas sofa, dicapai dengan kasar. Okay, fine. Kalau you tak nak bagi, you jangan nak ungkit kalau I tak layan you lagi lepas ni!

Ada ubi ada batas, Lan. You tengok sajalah nanti. Marah Irdiana dalam hati. Irdiana terus menapak keluar.

Idlan tak berganjak. Masih berdiri di tempat sama. Kata-kata ugutan itu dah terlalu biasa baginya.

IRDIANA berjalan tanpa arah di ruang tamu. Wajahnya tegang dan mulut seakan membebel dalam senyap. Sekembalinya dari pejabat Idlan,

dia benar-benar tak senang duduk.

Geram sungguh dengan tindakan Idlan yang suka mencatu perbelanjaannya. Kalau sebelum ini, katakan saja dia nak apa, tentu Idlan berikan duit yang cukup untuknya malah, kadang-kadang berlebih pula. Tapi, sekarang semuanya berubah. Kad kreditnya tak boleh digunakan lagi. Idlan balik nanti, dia nak tuntut penjelasan!

Irdiana tak berlama di situ. Dia terus menuju ke tingkat atas. Usai membersih diri, sengaja dia mengenakan pakaian tidur seksi bertujuan menarik perhatian Idlan. Niatnya cuma satu. Nak lembutkan hati Idlan supaya turutkan saja kemahuannya. Dia tahu di mana kelemahan Idlan.

Irdiana menyisir rambut panjangnya yang basah. Sengaja rambut tak dikeringkan untuk kelihatan menarik. Pernah satu ketika Idlan memuji dia nampak lebih seksi dan cantik kalau rambutnya basah. Sekarang, inilah masa menjerat Idlan. Senyum sinis mula terukir di bibir ketika agenda itu terlayar di kepala. Terdengar deruman enjin kereta, Irdiana melompat atas katil. Selimut ditarik. Dia pura-pura tidur.

Idlan melangkah ke bilik. Beg laptop dan beg sandang diletak atas meja. Butang lengan kemeja dibuka lalu disinsing hingga paras siku. Dia menapak menuju ke katil. Duduk dilabuh dengan selesa sambil melonggar tali leher sebelum ditanggalkan.

Pandangan menangkap sekujur tubuh Irdiana yang membelakanginya. Dia tahu Irdiana buat-buat tidur. Dah masak dengan sikap Irdiana. Tak perlulah nak berlakon. I tahu you nak I pujuk you. Desis hatinya.

Bukan tak ada rasa nak memujuk, tapi penat menangani sikap Irdiana selama ini, membunuh keinginan itu.

Perlahan dia berdiri, tapi terpaksa duduk semula apabila tangannya disentuh lembut. Dia menoleh dan melihat Irdiana duduk bersila dengan senyum manis terhias di bibir. Rambut basah Irdiana dipandang tak berkelip. Alahai... sekali lagi ke Bukankah siang tadi Irdiana kata dia period Kalau period, takkan sekarang ini Irdiana cuba menggoda Nampak sangat Irdiana menipu. Tak period rupanya.

Jantung berdetak laju. Malam ini, Irdiana nampak lebih cantik. Hati lelakinya goyah serta-merta, tapi tak dihiraukan perasaan itu. Dia tak mahu kalah dengan permainan Irdiana lagi.

Setiap kali mereka bertengkar atau berselisih faham, pasti Irdiana akan memujuknya dengan cara serupa. Melayannya baik-baik dan disudahi perhubungan intim. Akhirnya, dia juga akan mengalah dan berlembut dengan Irdiana. Cukup-cukuplah. Dia tak mahu tewas lagi dengan cara Irdiana.

Menyedari Idlan tak peduli, Irdiana sengaja bersuara manja, Lan... you marah I ke Tangan Idlan ditarik supaya Idlan berada lebih dekat. Malam ini dia mahu memenangi hati Idlan semata-mata nak hidup senang dan bermewah-mewah. Walau sebenarnya tak ikhlas. Isteri jenis apalah dia ni, kan

Ah, peduli apa dia Janji Idlan penuhi segala apa yang dia minta, cukuplah. Hal yang lain-lain, dia tak mahu ambil kisah. Lantaklah.

Idlan mengeluh panjang. Tak tahu macam mana nak beriak. Soalan Irdiana, tak tahu bagaimana nak dijawab. Marahkah dia

Ya, memang dia marah, tapi tak mampu diluah dengan kata-kata. Cukup sekadar mempamer wajah tegang agar Irdiana mengerti. Tapi, fahamkah Irdiana Mengertikah Irdiana Sekarang Irdiana lebih suka pentingkan diri. Hati dan perasaannya sebagai suami, langsung tak diendahkan lagi.

Lan, I tanya ni. You marah I ke Ish... senyaplah pula dia ni. Marah sangatlah tu.

Entah. I tak tahu nak cakap macam mana dengan you, akhirnya Idlan bersuara. Lenguh kalau asyik berdiam diri. Mengunci mulut dari berkata-kata, bukan dapat selesaikan masalah. Menambahkan lagi adalah.

Irdiana leraikan pegangan. Tali baju tidur sengaja dilondehkan. Dia nak tengok setakat mana Idlan mampu bertahan. Tapi, dia hampa apabila Idlan betulkan semula tali baju tidurnya. Irdiana mengeluh. Nampaknya dia tak berjaya memujuk Idlan.

Dahlah tu. Sampai bila you nak pujuk I dengan cara macam ni You jangan fikir senang-senang dapat beli perasaan I dengan cara you ni. I takkan termakan.. ujar Idlan dan terus bingkas dari katil. Dibiarkan Irdiana terkebil-kebil seorang diri. Beginilah cara dia nak mengajar Irdiana. Tak boleh diberi muka sangat. Walau hati lelakinya goyah sebentar tadi, tapi dia cuba mengusir keinginan batinnya itu pergi.

Irdiana tak puas hati dengan kata-kata Idlan. Dia bergerak turun dari katil. Ketika Idlan berjalan menuju almari, Irdiana bertindak kurang ajar dengan membaling beg kertas berisi blouse ke arah suaminya itu. Bibir digigit-gigit menahan rasa geram dan marah apabila misinya memujuk Idlan tak berjaya.

Idlan berpaling. Dia bercekak pinggang dengan tindakan Irdiana. I tak suka you main baling barang macam ni, dia membongkok lalu mengutip 3 helai blouse yang berselerak. Kemudian, disimpan dalam almari.

Macam budak-budak. Marah sikit, baling barang. Itu sajalah Irdiana tahu buat apabila kalah bergaduh dan bertekak. Memang begitulah dari dulu. Perangai tak ubah-ubah.

Kenapa you layan I macam ni, hah! Jerit Irdiana. Bergema suaranya memecah sunyi malam. Tak sangka penerimaan Idlan begini. Dia dah tak menarik ke sehingga dia menggoda pun Idlan buat tak peduli Sebelum ini, elok saja Idlan tewas dengan permainan liciknya. Tapi, sekarang apa dah jadi Hati Idlan dah mula berubah Irdiana mula membuat spekulasi sembarangan.

Idlan memegang dahi. Siap sedia nak berperang mulut. I layan you macam mana Soalnya, buat-buat tak tahu. Sedangkan semuanya jelas depan mata akan penolakan darinya yang terpaksa Irdiana terima.

Irdiana mendekatinya dengan wajah mencuka, tapi dia masih mampu mengawal emosi. Dahlah tu. Janganlah marah-marah. I baru balik kerja. Penat tak hilang lagi. Jangankan you nak tanya I dah makan ke tak, tapi you nak ajak I bergaduh pula, luah Idlan sambil memegang bahu Irdiana.

Mungkin dengan kata-kata ini, mampu membuat Irdiana sejuk hati. Tak kesian ke Irdiana pada dia

Dengan laparnya, dengan tak mandinya, solat pun belum. Takkan Irdiana langsung tak boleh nak tolak ansur Kalau tak banyak, sikit pun jadilah.

Irdiana menepis tangan Idlan. Peduli apa I dengan you Sekarang ni I nak tahu dari mulut you sendiri. Kenapa kad kredit yang you bagi pada I dulu, dah tak boleh dipakai lagi! Lantaklah. Kau penat ke, kau lapar ke, ada aku nak kisah

Idlan terpaksa membuka mulut. Sekarang ni I perhatikan you boros sangat berbelanja. Apa yang I bagi tak pernah cukup. Jadi I buat keputusan, untuk batalkan saja kad kredit tu. Idlan memberi jawapan tanpa mengira apa penerimaan Irdiana. Apa nak jadi pun, jadilah. Isterinya nak memekik ke, nak baling barang lagi ke, dia dah tak kisah. Biar jiran dengar sekali pun dia tak mahu ambil peduli.

Apa You cakap apa Irdiana terbeliak. Tak percaya dengan penjelasan Idlan. Takkan begitu sekali keputusan suaminya. Siap batalkan kad kredit dia Sungguh dia tak percaya. Idlan dah hilang akal ke Sanggup menganiaya dia sampai macam ni sekali

You dah dengar, kan I dah batalkan kad kredit tu, ulang Idlan dengan penjelasan serupa. Sengaja menjegil mata pada Irdiana, tapi terkesankah Irdiana dengan caranya itu Rasanya tak.

Hati Irdiana keras macam batu. Takkan terusik walau sedikit kalau dia memukul sekali pun. Namun, dia tak pernah memukul Irdiana kalau mereka bergaduh. Untuk naik tangan ke muka Irdiana pun dia tak pernah lakukan. Inikan pula nak buat tubuh Irdiana lebam-lebam. Tak mungkin dia sanggup bertindak sejauh itu. Lagipun dari kecil ibu ayahnya mengajar supaya menghormati perempuan.

Jangan sesekali merosakkan perempuan. Jangan pandang rendah pada perempuan. Jangan menyakiti perempuan. Jaga perasaan dan hati perempuan sebaik mungkin. Itu apa yang dia pegang sehingga ke hari ini. Mungkin ajaran itu disalahgunakan sehingga Irdiana langsung tak menghormatinya sebagai suami. Sepatutnya dia berpada-pada dalam mencurahkan kasih sayang pada Irdiana. Tak boleh berlebih-lebih.

Tanpa mempedulikan isterinya, Idlan bergerak semula ke arah almari untuk mengambil tuala. Dia nak mandi, nak solat isyak dan lepas tu, dia nak berehat. Tak kuasa dia nak melayan karenah Irdiana.

Irdiana memerhati Idlan dengan wajah tak puas hati. Bengang dengan sikap acuh tak acuh suaminya. Okey, kalau macam inilah cara kau layan aku sekarang, aku nak blah. Aku nak tengok, kau cari aku ke tak.

Apabila Idlan melangkah ke bilik mandi, Irdiana mengambil keputusan keluar dari rumah. Sehelai cardigan panjang disarung ke tubuh bagi menutup pakaian tidur.

Idlan yang berada di bilik mandi, lekas-lekas keluar semula apabila mendengar bunyi deruman enjin kereta. Ir nak ke mana pula malam-malam ni

Ir... Panggilnya. Di serata bilik dia melilau mencari kelibat Irdiana. Eh, mana pula dia pergi Baru sekejap tadi dia ada kat sini. Idlan garu kepala. Berteka-teki sendiri takkan memberi jawapan.

Dia melangkah laju menuju balkoni. Sempat mata menangkap bayangan kereta Irdiana menyusur keluar. Ir nak ke mana Nak lari Tak boleh jadi ni. Aku mesti kejar dia. Hati berkata-kata sebelum diri bertindak.

Dengan hanya berseluar slack hitam dan tak berbaju, dia berlari turun ke bawah. Kunci kereta dicapai dan terus keluar dari rumah. Ir! Panggilnya. Tapi, tak mungkin Irdiana mendengar.

Idlan masuk kereta. Pedal minyak ditekan sebelum enjin mengaum membelah sunyi malam. Sampai di satu selekoh, sempat matanya menangkap bayang kereta Irdiana. Dia bertindak membunyikan hon namun, langsung tak diendahkan.

Tiba di traffic light, kebetulan lampu merah. Irdiana tiada pilihan. Dia terpaksa berhentikan kereta.

Ir, you nak ke mana! Soal Idlan sebaik saja tingkap cermin kereta diturunkan apabila keretanya berhenti di sebelah kereta Irdiana.

Irdiana menoleh dengan wajah masam. Suka hati I lah nak pergi mana pun. You peduli apa! Balasnya. Kebetulan ketika itu tingkap cermin keretanya tak ditutup. Jadi, mudah saja telinganya menangkap laungan Idlan.

Baliklah, Ir. Dah malam ni!

I tak mahu!

I kata, balik!

No! Pedal minyak ditekan sejurus lampu hijau menyala.

Idlan tiada pilihan. Malam-malam buta dia terpaksa drift dengan isteri Memang kerja gila! Mahu tak mahu, dia terpaksa mengejar kereta Irdiana.

Dia berharap ada roadblock di hadapan. Bolehlah Irdiana berhentikan kereta. Namun, ada perkara lain dirisaukan Idlan apabila memikir keadaan dirinya tak berbaju. Irdiana pula masih mengenakan pakaian tidur.

Kalau polis melakukan roadblock, bukankah nanti dia disyaki sebagai perogol Mahu merogol isteri sendiri Memang tak masuk akallah kalau polis berfikir begitu.

Idlan hentak stereng kereta dalam keadaan marah. Kesal dengan tindakan kurang matang Irdiana. Namun, perasaan kesal itu hilang sedikit apabila melihat kereta Irdiana membelok ke kawasan banglo mentuanya. Dia menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya Irdiana tak melencong ke tempat lain.