KEKASIHNYA QASEH - 3
BERKALI-KALI dia bertanya pada matanya, kenapa susahnya dia hendak pejam malam ini. Kemudian Qaseh bertanya pada dirinya pula bagaimana untuk mengelakkan kerimasan yang sedang mengganggu fikirannya. Dia berpaling ke kiri dan ke kanan tetapi semuanya masih serba tak kena. Dia masih merasa rimas dan runsing. Bukan hanya Qaseh sahaja dilanda kerimasan, katil usangnya juga turut merasa lemas dengan gelagat Qaseh pada malam itu. Riuh rendah bunyi spring katil itu menjeritjerit menandakan dia tidak mampu lagi untuk memikul berat badan Qaseh yang sudah bertambah. Mana tidaknya, pinggul Qaseh sudah makin lebar. Payu daranya pun makin berisi dan membukit.

Pagi-pagi besuknya Qaseh terus mengadu pada ayahnya, dia perlukan sebuah katil baharu. Tup-tup pada petang itu juga sebuah katil baharu telah mengisi bilik tidurnya. Qaseh memang manja dan rapat dengan ayahnya. Setiap keinginan Qaseh jarang sekali tidak ditunaikan oleh Badri selagi dia mampu. Selama ini Qasehlah menjadi teman dia bergurau senda di rumah. Hendak diharapkan Mila anak keduanya itu masih kecil untuk diajak bermain tembak-tembak dan bergusti olok-olok. Lagipun Mila lebih gemar bermain talifon bimbit dan i-pad. Walaupun baru berusia 3 tahun, jari-jari kecil Mila ligat menyelak i-pad mencari laman Youtube yang ada game kegemarannya dengan sendiri.

Badri pernah berkeinginan untuk dapat anak lelaki tetapi dia terima hakikat takdir menentukan kedua-dua anaknya, perempuan. Lama kelamaan dia lupakan sahaja harapannya untuk dapat anak lelaki, kerana menyedari isterinya Sofia susah untuk hamil. Mana tidaknya, Qaseh sudah berusia 14 tahun dan Mila baru 3 tahun. Apapun, Badri dan Sofia sangat bersyukur dengan adanya kedua-dua anak perempuan itu. Kadang-kadang Badri terlupa bahawa Qaseh anak sulungnya itu seorang budak perempuan. Qaseh selalu dibelikan mainan, senapang dan kereta polis. Pokoknya segala mainan Qaseh sejak kecil adalah mainan yang lebih sesuai untuk budak lelaki. Maka itu Zed sangat suka bertandang ke rumah Qaseh.

Lagi pun Badri sememangnya mengalu-alukan kehadiran Zed di rumahnya. Zed telah dianggap seperti anaknya juga. Badri, Qaseh dan Zed sering bermain bersama. Kadangkadang sampai tonggang langgang perabut dalam rumah itu mereka bertiga kerjakan tiap kali mereka main tembak-tembak, sehingga Sofia mengamuk baru mereka berhenti. Kemudian mereka akan sambung bermain di luar di kawasan belakang rumah yang banyak ditumbuhi pokok-pokok pisang dan ubi kayu. Dari sinilah maka Qaseh telah terdidik menjadi seorang yang berani dan agrasif. Begitu juga Zed. Keakraban mereka berdua tidak boleh disangkalkan lagi. Bak kata pepatah, seperti aur dengan tebing.

Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, Zed dan Qaseh sudah jarang kelihatan berdua. Mungkin telah timbul rasa segan dalam diri Qaseh sejak dia bergelar gadis remaja, untuk terlalu rapat atau mesra dengan budak lelaki. Zed pula sejak kehadiran Jefri, abang sepupunya yang berusia 29 tinggal menetap bersamanya di rumah Nenek Som, banyak masa Zed diluangkan bersama Jefri dan Nenek Som yang sudah semakin uzur. Seperti arwah Zakaria, Jefri juga seorang pemuzik, tetapi pemain drum.

Semestinya Zed sangat menyenangi kehadiran Jefri di rumah itu.

CAPTION: 6 BULAN KEMUDIAN...

MONTAJ.

EXT. HALAMAN RUMAH ZED / SIANG.

LANGIT KELIHATAN SURAM. DARI JAUH SESEKALI KEDENGARAN BUNYI UNGGAS YANG SEDANG LEKA MENCARI MAKAN.

DARI DEKAT KEDENGARAN SUARA-SUARA BEBERAPA ORANG KAMPUNG; MEMUJI KEBESARAN ALLAH SAMBIL MENGUSUNG JENAZAH NENEK SOM TURUN DARI TANGGA RUMAH, UNTUK MENUJU KE TANAH PERKUBURAN.

CUT TO.

EXT. SERAMBI RUMAH NENEK SOM / SENJA.

ZED DUDUK TERMENUNG DI TANGGA DENGAN LINANGAN AIRMATA DERAS MEMBASAHI PIPINYA. SESEKALI KITA DENGAR ESAKKANNYA YANG SUNGGUH MENYUSUK KALBU.

QASEH PERLAHAN-LAHAN DATANG DUDUK DI SEBELAH ZED DAN HANYA MAMPU MELIHAT SAHAJA, SEHINGGA JEFRI DATANG DAN DIA MEMELUK ZED MENENANGKAN HATI SAYU ANAK MUDA ITU.

JEFRI

Menangis Zed, menangis puas-puas. Lepaskan, all out.

ZED PUN MENANGIS DAN MENANGIS.

KEMUDIANNYA DIA TENANG.

ZED

Betul kata abang Jef. Saya dah rasa ok sikit. Tapi sekarang nenek dah takda, sapa akan jaga saya

JEFRI Abanglah...

TIBA-TIBA DENGN SELAMBA QASEH MENCELAH.

QASEH

Omg! Menangis bagai nak rak tadi, sebab takut takda orang nak jaga kau!

ZED Wey! Apa barang tuduh-tuduh aku ni!!

ZED SANGAT TERASA DENGAN TUDUHAN QASEH ITU, LALU DITOLAKNYA QASEH HAMPIR TERSUNGKUR DI TANGGA.

QASEH TERKEJUT DAN GERAM. DIA NAK BALAS PERBUATAN ZED ITU, TAPI JEFRI MENYELAMATKAN KEADAAN.

JEFRI

Korang kenapa haa Ini bukan masanya nak bergaduh.

JEFRI MEMGANG KEDUA-DUA BAHU ZED SAMBIL MENATAP WAJAH ZED DENGAN PENUH RASA TANGGUNGJAWAB.

JEFRI

Dengar sini! Walaupun nenek tak sempat jumpa kau masa dia pergi,

dia sempat pesan suruh abang bagitau kau, yang dia sayang gila kat kau.

Lepas tu dia suruh abang janji yang abang akan jaga kau sampai kau besar.

QASEH So..abang kata apa

JEFRI DAN ZED TERUS BERBUAL TANPA HIRAUKAN KASEH YANG SIBUK MENCELAH DARI TADI.

ZED

Hmm...saya faham abang. Terima kasih abang.

ZED TERUS MEMELUK JEFRI DENGAN PENUH RASA SYUKUR DAPAT ABANG SEPUPU SEPERTI JEFRI.

QASEH TERSENGEH INGIN MEMELUK MEREKA JUGA, TAPI TAK JADI KERANA MENYEDARI KETERLANJURANNYA BERBICARA KASAR TERHADAP ZED YANG SEDANG BERSEDIH.

JEFRI MENGERTI PERASAAN QASEH KETIKA ITU, DITARIKNYA TANGAN KASEH DAN MEREKA

BERTIGA PUN BERDAKAPAN SAMBIL MASINGMASING MELAYAN PERASAAN SAYU MASING-

MASING.

AKHIRNYA Zed redha dan menerima hakikat pemergian nenek kesayangannya itu. Hari berganti minggu berganti bulan, Zed semakin serasi menjalani kehidupan hariannya bersama Jefri, tanpa Nenek Som. Kini tinggallah mereka berdua adik beradik sepupu menjadi penghuni rumah pusaka peninggalan Nenek Som. Sesekali ada juga saudara mara terdekat mereka yang tinggal hanya sekerat, datang melawat Zed dan Jefri di rumah itu. Namun hanya sekadar bertanya khabar, kerana masing-masing pun mempunyai kehidupan sendiri.

Jefrilah orang kepercayaan arwah Nenek Som untuk menjaga Zed. Ternyata arwah tidak tersalah pilih. Jefri sungguh amanah orangnya, Zed dijaga seperti menatang minyak penuh. Ada juga Amin dan isterinya Salma datang bertandang beberapa hari lepas untuk sekali lagi mencuba mengambil Zed sebagai anak angkat mereka, tetapi usaha sepasang suami isteri yang budiman itu terus gagal. Jefri menolak hajat mereka dengan baik. Jefri berpegang kuat kepada janji. Janjinya kepada arwah Nenek Som untuk menjaga Zed hingga dewasa.

Zed yang sudah lengkap berpakaian seragam sekolah, sedang menyediakan sarapan. Lengkap di atas meja kelihatan ada roti dan mentega. Tanpa Zed sedari Jefri yang baru bangun tidur sedang tercegat berdiri di balik pintu memerhatikan gelagatnya. Jefri tersengeh menampakkan giginya yang belum digosok, mermerhati kegigihan Zed sedang cuba menggoreng dua biji telur ayam. Jefri kurang yakin Zed boleh melakukannya kerana selama sejak ketiadaan Nenek Som, Jefrilah hari-hari menyediakan sarapan buat Zed sebelum Zed ke sekolah.

Salah tekaan Jefri, dua biji telur siap digoreng dengan sempurna oleh Zed. Terpancar kebagaan pada wajah Jefri melihat Zed adik sepupunya yang dianggap masih mentah dalam mengharungi kehidupan dan baru berputik dalam bentuk fisikalnya menjadi anak muda. Jefri masih berdiri di balik pintu, tersengeh-sengeh melihat Zed yang sedang cuba hendak membancuh kopi pula.

Di meja makan Zed kelihatan teragak-agak hendak meletakkan banyak mana gula dan serbuk kopi ke dalam teko. Jefri serba salah samada hendak membantu Zed atau biarkan sahaja anak muda itu sendiri. Tiba-tiba Qaseh, lengkap berpakaian sekolah muncul di muka pintu. Sememangnya kadang-kadang Qaseh singgah di rumah situ dahulu sebelum dia dan Zed ke sekolah. Kehadiran Qaseh memeranjatkan Zed yang sedang kekok memegang cerek berisi air panas untuk dituang ke dalam teko.

Malang tidak berbau, cerek air panas terlepas dari tangan Zed. Sepantas kilat Qaseh dan Jefri menerpa ke arah meja makan. Zed mengerang kesakitan. Tangannya yang terkena percikan air panas diletakkan di atas meja. Qaseh dengan cepatnya mendapat ilham cara mengelakkan kulit daripada melecur. Dikautnya sesudu mentega sedia ada di atas meja itu, disapukan ke tangan Zed yang cedera. Jefri tersenyum melihat Qaseh menjadi jururawat merawat tangan Zed lalu Jefri pun beredar dari situ. Zed merenung wajah Qaseh yang sedang merawatnya, dengan penuh rasa bangga. Rasa sakit di tangannya sudah semakin lega.

Timbul rasa lain pula, rasa seperti ada suatu naluri sedang terpancar dari lubuk hati Zed. Namun dia masih tidak mengerti apakah perasaan yang baru lahir itu sebenarnya. Kini dia sedang menikmati sebuah kelembutan dari sentuhan tangan Qaseh yang sedang merawat pergelangan tangannya yang melecur. Sentuhan-sentuhan itu telah membuat darah Zed berderau dan seluruh bulu roma di tubuhnya naik meremang-remang.

Bukan itu sahaja, Zed bingung kerana ada lagi yang mengelirukannya. Ketika Qaseh menggenggam tangannya tadi membalut bahagian melecur, tiba-tiba satu lagi rongga di bahagian tubuhnya naik meremang. Terkial-kial Zed menyembunyikan anunya yang sedang aktif bergerak-gerak mencari jalan hendak keluar dari seluarnya yang berwarna hijau buah zaiton itu, agar tidak disedari oleh Qaseh. Zed bergegas bangun setelah aaseh selesai membalut tangannya. Dia tidak mahu rahsianya terbongkar. Lekas-lekas dia mencapai beg sekolahnya dan mereka berdua terus keluar begitu sahaja. Jefri baharu lepas mandi terkejut apabila dilihatnya ruang dapur kosong. Seperti batu jatuh ke lubuk, Zed dan Qaseh hilang lenyap. Jefri menjenguk pula di luar rumah, satu bayang Zed atau Qaseh pun tidak kelihatan. Jefri bingung, mereka pergi tanpa memberitahunya lebih dahulu. Belum pernah budakbudak itu bersikap sebegini rupa sebelum ini.

Timbul juga rasa marah Jefri terhadap Zed tetapi dia terpaksa akur kerana dirinya telah berjanji di depan Nenek Som sewaktu hayatnya sebelum neneknya itu meninggal dunia. Saat-saat akhir ketika arwah sedang nazak kini mengimbas kembali di dalam kenangan Jefri. Di situlah, di dapur situlah arwah Nenek Som menghembuskan nafasnya yang terakhir.

INT. RUANG DAPUR RUMAH NENEK SOM / SIANG.

NENEK SOM SEDANG MENGGORENG JEMPUTJEMPUT SEMENTARA JEFRI DUDUK DI MEJA MAKAN SAMBIL MEMBELEK TALIFON BIMBIT.

NENEK SOM Jef! Pukul berapa dah. Zed tak balik lagi

JEFRI

Dia kat rumah Qaseh.

(kembali membelek talifon)

Nek...Zed tau ke nenek buat jemput pisang

NENEK SOM MENGANGGUK SAMBIL BERJALAN MENUJU KE MEJA MAKAN. DI TANGANNYA MEMEGANG MANGKUK PENUH BERISI JEMPUTJEMPUT PISANG. WAJAHNYA PUCAT, SEOLAH-OLAH SEDANG MENAHAN SAKIT TETAPI MEMAKSA DIRINYA BERJALAN.

JEFRI TERLALU ASYIK DENGAN TALIFONNYA, KEJAP TERSENGEH KEJAP TERSENYUM; DIA LANGSUNG TAK PERASAN NENEK SOM SEDANG TERHOYONGHAYANG BERJALAN MENUJU KE ARAHNYA.

TIBA-TIBA MANGKUK BERISI JEMPUT-JEMPUT PISANG KEGEMARAN ZED TERLEPAS DARI TANGAN NENEK SOM. MANGKUK BERKECAI, KUIH JEMPUTJEMPUT BERGOLEK KE LANTAI.

JEFRI HEMPAS TALIFONNYA DI MEJA, LANTAS MENERKAM NENEK SOM YANG SUDAH

TERLENTANG DI LANTAI.

JEFIR Ya Allah! Nenek!!!

JEFRI LETAKKAN KEPALA NENEK SOM DI ATAS RIBANYA. DIA BUNTU SEKETIKA. NAK DIKENDONG NENEKNYA KE HOSPITAL TAPI ORANG TUA ITU MELARANG, DAN BERKERAS AGAR JEFRI BERSAMANYA DI SITU SAHAJA. TERPUTUS-PUTUS SUARA NENEK SOM.

JEFRI Jom kita ke hospital..jom!

NENEK SOM Jangan! Di sini aja...eargh..

BERCELARU FIKIRAN JEFRI, HENDAK DICAPAI TALIFONNYA DI ATAS MEJA UNTUK PANGGIL AMBULAN, TETAPI TANGAN TAK SAMPAI.

JEFRI Saya pergi ambil fon saya kejap..

NENEK SOM Jangan, tak payah.

TIDAK TERGAMAK JEFRI NAK ALIHKAN KEPALA NENEKNYA DARI ATAS RIBANYA ITU. NENEK SOM MAKIN TENAT TETAPI MEMAKSA DIRINYA BERKATA-KATA SESUATU.

NENEK SOM

Jef...aku dah tak lama dah..

JEFRI

Nenek jangan cakap macam tu.

Bawa mengucap, nek. Lailahaillah..

NENEK SOM

Jef...Jef jaga Zed baik-baik...ye. Jaga sampai dia besar...jangan bagi dia pada orang. Janji ya...

JEFRI MENGANGGUK KEPALA TANDA BERJANJI KEPADA NENEKNYA YANG SEDANG NAZAK ITU. AIRMATA JEFRI MULA BERLENANG.

JEFRI

Mengucap nek. Lailahhaillah.

Muahammd darasulullah.

NENEK SOM Lailahhaillah Muhammd darasulullah...

MAKIN DERAS JEFRI MENGANGGUK-ANGGUK KEPALA, MAKIN DERAS BUNYI TANGISNYA. SUARA NENEK SOM TIDAK LAGI KEDENGARAN. DI SAAT ITU, DI ATAS RIBA JEFRI NAFAS NENEK SOM BERAKHIR.

TERESAK-ESAK JEFRI MENANGIS. JIWA DAN PERASAANNYA BUNTU TIDAK DAPAT BERFIKIR APA-APA BUAT SEKETIKA.

DALAM WAKTU YANG SAMA ZED PUN MUNCUL. ZED TERGAMAM MELIHAT KEADAAN NENEK SOM DAN JEFRI. DENGAN PANTAS ZED MENERKAM PADA MEREKA.

ZED Abang Jef!! Nenek kenapa!!

ZED MERANGKUL-RANGKUL TUBUH KAKU NENEK SOM, MEMAKSA ORANG TUA ITU BANGUN BERDIRI.

ZED

Bangun nek! Zed dah balik...bangunlah! JEFRI Nenek kita dah takda, Zed. Herk..herk..

ZED LANGSUNG TIDAK MENANGIS, BAGINYA NENEK SOM CUMA TERTIDUR DI SITU.

ZED MENOLEH, LIHAT JEMPUT-JEMPUT YANG BERTABURAN. DIA PUN BANGUN MENGUTIP

BEBERAPA BIJI JEMPUT-JEMPUT ITU.

KEMUDIAN ZED KEMBALI PADA MAYAT NENEK

SOM LALU MENYUAPKAN SEBIJI DARI JEMPUTJEMPUT ITU KE DALAM MULUT NENEK SOM YANG PASTINYA SUDAH KAKU.

ZED

Eh..kenapa nenek taknak

Nenek kan suka jemput pisang.

Saya pun. Kita makan sama-sama, ye. Tengok ni...saya makan.

ZED SUAP SEBIJI JEMPUT KE MULUTNYA. BERIYAIYA DIA KUNYAH JEMPUT ITU DAN SURUH MAYAT NENEK SOM YANG TERBUJUR ITU TENGOK DIA MAKAN.

JEFRI

Nenek dah meninggal...Zed.

ZED

(pandang Jefri)

Takkkk! Nenek selalu cakap... bila dia tengok Zed makan jemput

pisang yang dia buat, dia rasa sihat. Sakit dia terus baik...dia kata.

JEFRI TERESAK-ESAK MENAHAN SEBAK. TIBA-TIBA ZED MERAUNG.

ZED

Ini salah Qaseh! Kalau dia tak ajak Zed buat homework kat rumah dia, tentu nenek tak mati.

JEFRI

Astrafirrullah...bawa mengucap Zed.

Allah yang tentukan semua ni. Kau tak boleh salahkan sapa-sapa!

JEFRI TIDAK SANGGUP LAGI MELIHAT ZED BEGITU. DIA MESTI KUATKAN SEMANGATNYA. JENAZAH NENEK SOM HARUS DI SEMADIKAN CEPAT. JIRAN TERTANGGA DAN ORANG SURAU MESTI DIBERITAHU SEGERA.

BEGITULAH berakhirnya detik yang menyayat hati Jefri. Setiap patah perkataan terakhir Nenek Som mengamanatkan dia menjaga Zed masih terngiang-ngiang di cuping telinga, betapa orang tua itu mengharapkan supaya Jefrilah menggantikan tempatnya membesarkan Zed.

Masih merah kubur arwah Nenek Som, dan belum pun masuk 44 hari orang tua itu pergi buat selama-lamanya. Hari ini hari pertama Jefri diuji. Dia menjamah roti dan telur goreng yang disediakan oleh Zed tadi sambil tertanya-tanya di dalam hatinya, boleh ke aku membesarkan budak tu Ya Allah, bimbinglah aku memikul tanggungjawab ini Semuanya bermain di benaknya. Namun demi berpegang pada janji maka Jefri bertekad akan menyempurnakan wasiat arwah Nenek Som. Lagipun, menjaga anak yatim piatu ialah satu ibadah, besar pahalanya.