DIARI CINTA ROMEO - 3
Baca tajuk pun dah nak tergelak. Nampak sangat macam terdesak. Sebenarnya aku pun tak tahu kenapa aku pilih tentang kahwin sebagai tajuk cerita ini. Mungkin dah sampai seru. Tapi calon pun takde lagi. Dan aku saja tulis pengenalan kerana aku sendiri tak pasti. Aku tak pasti sama ada cerita pengenalan ini ada sambungannya atau atau tidak. Sekiranya tiada calon, cerita ini akan tamat hanya pada pengenalan sahaja dan jika sebaliknya, maksudnya adalah sambungannya itu. Mungkin 1, mungkin 2, mungkin 3 atau mungkin entah sampai ke berapa.

Cerita yang aku ingin kongsikan kali ini mungkin pernah terjadi dalam hidup setiap insan di dunia ini. Cerita mengenai pengorbanan, cinta, dilema dan agama demi sebuah kebahagiaan hakiki yang sentiasa di cari manusia dalam dunia ini. Mesti ada yang berkata,

Takkan cerita cinta lagi

Pada aku cinta itu fitrah. Semua orang mengalaminya. Cinta tidak semestinya hanya pada wanita atau lelaki. Cinta itu universal. Cinta pada Allah, cinta pada agama, cinta pada ibu bapa, cinta pada haiwan, cinta pada tumbuhan. Ia juga dipanggil cinta. Jadi. Jangan ada yang berkata dia tidak pernah bercinta atau merasa apa itu cinta.

Dan kenapa kahwin Inilah ironinya. Aku anak bongsu dalam sebuah keluarga yang amat besar. Sebagai adik yang yang paling bongsu dan anak yang paling muda, jadi cerita cinta aku sentiasa menjadi topik hangat keluarga. Masing-masing dah berkeluarga, ada suami, ada isteri dan ada anak-anak. Tinggal aku seorang yang masih bujang. Jadi, apa lagi kalau bukan aku yang sentiasa menjadi usikan mereka. Lagi-lagi abah. Setiap kali aku balik bercuti, soalan wajib yang menjadi halwa telinga aku ialah,

Dah ada calon dan

Bila nak bawa balik kenalkan dengan keluarga

Paling aku tak tahan bila handset bunyi. Suasana dalam rumah akan terhenti ibarat ada malaikat lalu (kata orang-orang tua-tualah. Aku pun tak tahu sejauh mana kebenarannya) dan tumpuan mereka akan tertumpu kepada aku dengan soalan,

Siapa tu Awek k

Dan saat itu aku akan rasa seperti darah aku berhenti mengalir. Ya Allah, ampunkan dosaku. Aku tak bersedia lagi untuk membina masjid. Mereka ni pun tak sabar-sabar. Kalau dah jodoh tu, sampailah rumah nanti.