GALLIMARD: (senyum) nampak tak macamana aku ni diraikan Macamana aku ni dijadikan idola untuk golongan yang sumbang Bodoh! Lelaki-lelaki macam diaorang tu sepatutnya datang melutut merayu depan aku ni, macamana nak belajar rahsia menjadi lelaki dahsyat macam aku. Sebab aku, Rene Gallimard, telah dan sangat di cintai oleh perempuan yang paling sempurna di atas dunia ni.
Tiap-tiap malam aku membayangkan penamat cerita yang macam-macam. Dan mesti lah penamat paling hebat untuk cerita cinta aku ni, penamat yang mengembalikan maruah aku sebagai seorang manusia, kan Aku membayangkan dia datang balik pada aku di depan korang semua. Dan korang semua akan merasa cemburu dengan aku. (Gallimard memasang pita rakaman. Babak pembukaan opera madame Butterfly berkumandang) Tapi sebelum tu korang kena faham kenapa aku buat semua ni. Sebelum menilai sesuatu,kita kena lah mahir dengan sejarahnya, baru lah penilaian kita tu tak bodoh dan berat sebelah, kan. Jadi aku perkenalkan pada korang Madame Butterfly, opera kegemaran aku. Ditulis oleh giacomo Puccini. Persembahan pertama di La Scala, Milan 1904 dan terkenal sampai sekarang. Mesti lah. Heroinnya, Cio-CioSan atau pun Butterfly sempurna sangat keperempuanannya tu. Cantik, lemah lembut, berani. Dan hero yang digila-gilakannya tu sampai dia sanggup membuang semua dalam hidupnya tu (Gallimard mengeluarkan topi tentera laut dari bawah meja dan memakainya) dah lah tak lawa, tak pandai, penakut. Tu, Benjamin Franklin Pinkerton, tentera laut Amerika Syarikat, si bacul tu. Awal-awal cerita lagi dia dah dapat 2 benda, satu rumah, satu lagi perempuan. Dahsyat mamat tu kan
Si Butterfly tu dibelinya dengan harga seratus yen saja. Kalau tukar dengan duit sini, lebih kurang 66 sen. Tu yang dia berlagak sangat tu lebih-lebih lagi bila kawan dia si Sharpless datang. (Marc masuk memainkan watak Sharpless) SHARPLESS/MARC: Pinkerton!
PINKERTON/GALLIMARD: Sharpless! Aku tak tau macamana aku nak bagitau kau betapa baiknya nasib aku ini hari! Dah lah aku dapat rumah, dapat bini. Pagi tadi aku dapat diskaun naik beca lagi. Diskaun 19 sen!
SHARPLESS: Baguslah tu. Nanti kau mati esok kau tulislah kat batu nesan kau, tanam disini,jimat seringgit!. (memandang sekeliling rumah) cantik!
PINKERTON: Ini la namanya seni. Macam dalam filem Jepun, bukak je pintu ni terus nampak bar dan kolam mandi. Bayangkan nanti bila aku pasang lampu
disko.. mesti ramailah awek yang teruja.
SHARPLESS: Awek Oi Pinkerton! Kau tu dah nak kahwin!
PINKERTON: Alah.. kahwin je kut..
SHARPLESS: Apa maksud kau ni
PINKERTON: Sharpless, kau ni baik sangat la. Ini tempat bukan macam tempat kita. Ini tempat pembiakan geisha, faham..
SHARPLESS: Aku tau lah. Aku pun duduk sini.
PINKERTON: Ha! Makna katanya kau tau lah undangundang kahwin kat sini, kan Kau kawin dulu. Kemudian kau tinggalkan dia sebulan, otomatik perkawinan tu batal dengan sendirinya.
SHARPLESS: Suka hati kau lah. Siapa perempuan yang bertuah sangat tu
PINKERTON: Cio-Cio-San. Kawan-kawan dia panggil dia Butterfly. Sharpless, dia makan dari tapak tangan
aku ni, aku cakap dengan kau SHARPLESS: Kebulurnya dia.
PINKERTON: Tu lah kau tak tau. Takkan kau tak pernah dengar orang kata minah-minah timur ni memang suka dibuat macam tu. Bukan macam minah-minah kita yang kononnya berfikiran moden kat sana.
SHARPLESS: Tolonglah.
PINKERTON: Aku cakap betul lah.
SHARPLESS: Kau serius ke nak kahwin dengan minah ni
PINKERTON: Heh! Seriuslah.
SHARPLESS: Ye lah tu. Entah apa la perjanjian kau dengan dia.
PINKERTON: Mana ada apa-apa. Yang penting, bila aku balik sana nanti, dia akan tau apa sebenarnya yang di katakan lelaki tulen! Aku beli la dia apa-apa. Perempuan kan suka baju..
SHARPLESS: Kau tak nak bawak dia sekali
PINKERTON: Ke mana
SHARPLESS: Balik lah.
PINKERTON: Amerika Kau gila ke Meroyan dia nanti cari nasi kat sana!
SHARPLESS: Hmm.. aku dah agak dah. Macam ni lah kau, kan
PINKERTON/GALLIMARD: (sebagai Pinkerton) Cik
Sharpless, aku ni kelasi. (sebagai Gallimard) Kemudian diaorang pun berduet The Whole World Over. (Lagu The Whole World over berkumandang. Gallimard sebagai Pinkerton ikut menyanyi secara lip-syncs) Maksud lagu ni, ke seluruh dunia si Yankee mengembara, berlabuh di mana-mana yang dia suka. Tapi hidup ini hanya bererti apabila dia berjaya menawan hati si jelita, yang kemudian ditinggalkannya begitu saja. Lebih kurang macam tu lah maksudnya. (gallimard berpaling kearah Marc) Dalam babak yang anda tonton tadi, aku memainkan watak si kasanova Pinkerton dan Marc, kawan sekolah aku ni.. (Marc tunduk hormat pada audiens) memainkan watak Sharpless, mamat pijak semut pun tak sampai hati, kan Kat luar, terbalik!