CINTA RIMAU - 3
Malam gelap di Bukit Damansara. Bertemankan Keris yang berlingkar kekenyangan di sofa, Hasya merenung kepekatan malam menerusi cermin koridor yang mengadap belantara. Punching bag bewarna merah dilihat tergantung di satu penjuru. Situ tempatnya dia melepaskan segala ketidakpuasan hati, amarah dan benci yang membuak terhadap setiap orang yang menyakitkan hati; menyebabkan hari-harinya menjadi sukar sekali dilalui. Sedar akan bahana mengakibatkan kecedaraan pada manusia yang boleh menyumbatnya ke penjara, menghentak punching bag meskipun mendasari tangan kanannya yang tercedera, tiada kaedah lain paling selamat dirasakan Hasya bagi meredakan kocak di jiwa. Atas meja kopi berhampiran, selain glove kick boxing, terdapat beberapa fail, nota catatan, foto-foto yang dibekalkan pelanggan bagi mengesan kecurangan pasangan masingmasing.

Diperiksanya satu-persatu fail-fail itu sebelum memasukkan kesemua data ke dalam satu kotak khas di mana perkataan COMPLETE jelas tertera. Hanya satu fail saja yang tinggal: Bahrain Nasution, kes terakhir Hasya sebelum melanjutkan pengajian dalam Master of Laws di Murdoch University. Ah! Mungkin itu sekadar alasan untuk bersara dari menjadi kaki sibuk rumahtangga orang, namun hakikatnya begitulah

Hakikatnya Hasya sudah letih bergelumang dengan pelbagai kes jenayah yang bukan saja melibatkan pecah amanah, penyelewengan syarikat korporat, dokumen pemeriksaan forensik, malah pernah juga ditugaskan menjadi bodyguard seorang Datin Seri tatkala suami beliau, salah seorang Menteri Kanan Kerajaan menerima ancaman daripada musuh politik.

Tempoh itu antara yang paling menyeksakan buat Hasya kerana terpaksa mengikut Datin Seri ke majlismajlis rasmi selain mengekorinya ke mana-mana saja; dari membeli-belah ke rawatan pelansingan badan, menghantar anak ke sekolah sehinggalah ke pintu tandas, Hasya yang akan menentukan selamat atau tidaknya sesuatu agenda itu sebelum ianya diteruskan!

Syukurlah ianya hanya untuk tempoh enam bulan saja kerana rutin dan protokol antara perkara yang paling melelahkan Hasya selain daripada lelaki yang mengekang kebebasannya, termasuk di dalam senarai itu! Namun, lambakan jenayah kolar putih dan tuntutan perlindungan keselamatan bagi pihak-pihak tertentu seperti inilah yang memberi purata pendapatan tinggi sebanyak 90% kepada agensi-agensi penyiasatan di ibu kota sekaligus menjadi sumber rezekinya.

Manakala peratusan selebihnya iaitu 10% jatuh kepada kes-kes kecurangan suami-isteri yang tidak pernah sekalipun gagal dibongkar Hasya sejak bergelar Lourdes P.I di Hands Up International sejak usianya 27 tahun lagi. Setelah lapan tahun menimba pengalaman; menempuh cabaran dan mengasah kepakaran dalam dunia penyiasatan di bawah naungan perisikan profesional itu, Hasya nekad bergerak sendirian sejak lima tahun lalu.

Kerjayanya ini, kalau tidak kena gaya boleh mengakibatkannya trauma untuk berkahwin! Masakan tidak Berdasarkan Durex Sexual Well-Being Global Survey 2011, rakyat Malaysia menduduki tempat ke-3 dari 36 negara yang tersenarai di seluruh dunia sebagai pelaku curang terhadap pasangan mereka!

Tapi bukan itu satu-satunya sebab Hasya masih sendiri direnungnya Keris yang tidur ternganga dengan keempat-empat kakinya terangkat ke atas. Senyuman bahagia terukir di bibir Hasya. Baginya, apabila seseorang itu gembira dalam lingkungan dirinya sendiri walau pun ketika berseorangan, kehadiran teman bukan lagi atas tiket keperluan dalam mengubati kesunyian diri sebagaimana mentaliti yang lazimnya terpahat dalam pemikiran masyarakat sejagat...

Akan tetapi, teman yang terpilih itu nanti, hanya akan menjadi ruang untuk berkongsi segala kegembiraan, suka-duka dan kesyukuran. Dan bukanlah menjadi tanggungjawabnya untuk menggembirakan kita atau membuat kita rasa sempurna kerana kegembiraan hakiki hanya dapat dinikmati dengan mencari gali diri sendiri, mengenal diri sehingga ke akar umbi...

Keris terlalu besar jasanya kepada Hasya. Harimau baka Bengal itu dihadiahkan oleh Oszwald, salah seorang daripada kenalannya. Keris ditemui Oszwald di Pretoria, Afrika Selatan ketika baru berusia sembilan minggu.

Siapa sangka, misinya ke Thailand dalam menyelesaikan satu kes membabitkan seorang Dato yang menikahi teman wanitanya di negara itu tanpa izin sang isteri yang mengupah Hasya untuk menyiasat, akhirnya menemukannya dengan harimau yang menjadi teman suka-dukanya sejak dua tahun yang lalu.

Dengan Keris, sedikit demi sedikit, Hasya berupaya melupakan kesedihan apabila mendiang neneknya, Miryam Jones yang tercinta, meninggal dunia. Bersama-sama

Keris, Hasya kenal erti cinta tanpa sempadan dengan Keris, sedikit sebanyak Hasya mampu membendung gejolak kerinduan yang tidak bertepi terhadap ibunya, Hasnah dan Keris jugalah yang mengajar Hasya tentang erti sebuah perkongsian... akan makna beralah.

Membesar sebagai satu-satunya cucu kesayangan, apa yang tidak dituruti seorang nenek yang teramat penyayang Dan tanpa Keris juga, Hasya tidak akan mampu melepasi jangka hayat dua tahun yang diberi doktor pakar sebaik diagnosis kanser payudara yang dideritainya, disahkan.

Tiba-tiba handphone Hasya yang terletak di penjuru sofa, berbunyi. Tertera Private Number di skrin. Maaflah dia memang tidak melayan sebarang nombor yang tidak direkodkan dalam telefon bimbitnya, jauh sekali nombor misteri! Kalau benar pemanggilnya serius, pasti Khidmat Pesanan Suara SMS akan menyusul; yang menyatakan siapa empunya diri serta tujuan mudah, kan Tak perlu pening kepala memikirkan siapa gerangan sipemanggil!

Hasya kembali merenung gambar Bahrain dan Regina. Nalurinya berkata, pasangan yang terpisah bukan saja bumbung tapi benua sejak tujuh tahun lalu itu, pasti samasama cantik dan kacak serta ligat juga sewaktu muda dahulu.

Beep! Bunyi Pesanan Khidmat Ringkas SMS masuk tidak semena-mena turut mengejutkan Keris dari tidurnya. Belum sempat Hasya membelek kembali telefon bimbitnya, Keris mengendeng manja; merebahkan badannya ke sisi Hasya. Aduh, terasa beratnya! Terasa licin dan rata sekali bulunya itu dan dengan suhu badan haiwan spesis karnivor yang agak tinggi, dapat Hasya rasakan kehangatan badan Keris.

Posisi favourite di mana mulutnya melentok di bahu Hasya menyukarkannya menggapai telefon bimbit yang akhirnya dikuis Keris ke arahnya dengan kaki. Sebagai balasan, diusap, dicium dan dibelai-belainya wajah Keris, sebelum berpeluang membaca SMS yang berbunyi: Hi Hasya. Let me know when you are available to have coffee with me. It would be nice to meet up with you. Bahrain

Bingo! Termenung sejenak Hasya sambil merangkul erat leher Keris yang persis seekor kucing besar yang manja bukan main itu. Apa nak jawab Hasya pandang Keris Keris pejam mata Ha! Dapat dah ide, sebelum menterjemahkannya dalam bentuk SMS yang berbunyi: Sounds terrific... but coffee is for amateurs and grandpa. Sure I would like to get together. Hasya