Complete Me - 3
Bab 3

"KENAPA kau buat macam tu! marah Afiqa.

Im sorry, Fiqa. Aku tak tahan bila tengok muka perempuan plastik tu!

Afiqa cuba menenangkan perasaan dengan menarik nafas. Nafasnya dihembus lembut. Selembut angin laut yang menyapa mereka tika ini. Topi yang diperbuat daripada jerami di kepalanya dibetulkan.

Nasib baik kita naik flight. Kalau naik bas sah-sah kena halau. Tak merasalah sampai ke Bali ni, tau!

Tapi kau patut berterima kasih pada aku. Sebab aku, kau dapat duduk atas riba selebriti terkenal tanah air tau!

Afiqa mengangkat keningnya ala-ala Ziana Zain dalam filem Maria Mariana.

Airish! Katrina menyebut nama itu dengan mata bersinar.

Excuse me Airish who

Katrina hanya mampu menepuk dahi. Kau ni duduk dalam gua ke, Nora Afiqa

Aku tak pedulilah dengan manusia yang hidup dalam dunia glamor ni! Kau buat aku malu tau tak marah Afiqa terus.

Perkataan selebriti yang meluncur kemas daripada bibir Katrina itu menggores pilu di hatinya. Sekilas masa silamnya terkenang. Wajah lelaki yang pernah bertakhta dalam hatinya itu hadir dalam ingatan. Afiqa segera menggeleng, enggan terbuai dalam kenangan.

Aku minta maaf. Aku tahu kau malu dengan apa yang jadi. My bad. Can we just forget it. tangan Afiqa diraih Katrina.

Kakinya terus berlari ke arah gigi air di situ. Seronok mereka bermain-main bersama. Kedengaran gelak tawa mereka menghiasi setiap detik perbualan mereka. Angin laut begitu lembut dan segar menyapa tubuh mereka. Gembiranya bukan main.

Huh!

Kenapa soal Afiqa pelik dengan tingkah Katrina yang secara tiba-tiba itu.

Woi, Maria! tempik Katrina.

Afiqa terkejut.

Rina! Aduh, takkanlah sekali lagi!

Afiqa pantas mengejar Katrina dari belakang. Maria yang sedang elok melentokkan kepalanya pada bahu lelaki muda yang kacak bergaya itu mengangkat wajahnya menentang pandang pada Katrina.

You ni kan! Memang betina tembaga tahu! lurus telunjuk Katrina menghala tepat pada wajah Maria.

Maria tergelak halus.

So Apa salahnya soal Maria sinis.

You tahu Riezal cintakan you, kan Kenapa you berkepit dengan lelaki ni You tak patut buat macam ni pada boyfriend I! marah Katrina.

Dah nama pun boyfriend you. I tak naklah rampas, senyuman sinis terukir di bibir Maria.

Katrina mengepalkan penumbuknya. Nak kena perempuan ni. Aku bagi nanti! Setahun kau koma.

Tak nak rampas I dah putus dengan dia disebabkan you, tahu! You masih kata TAK NAK rampas Tak guna! bicara Katrina jelas bersama ketapan gigi yang kuat.

Oh, ya Congrates then, Maria bergerak ingin melangkah pergi dari situ. Lengan lelaki tadi kembali dipaut manja.

Katrina pantas menyauk segumpal pasir yang basah.

Pirch!

Terbahak-bahak Katrina mentertawakan Maria. Habis belakang badan wanita itu terkena pasir yang basah yang dilemparkannya.

Oh my Ah! What youre doing tengking Maria sekuat hati.

Belakang bajunya diraba. Penuh dengan pasir. Matanya terarah pada Katrina dan Afiqa yang sedang enak ketawakan dirinya.

Apa you nak buat ni soal pemuda di samping Maria.

Maria menyauk pasir laut yang basah dengan keduadua tangannya. Lagi banyak dari yang disauk Katrina. Terus pasir itu dilemparkan pada Katrina tanpa ragu-ragu. Pirch!

Habis basah baju Afiqa. Afiqa merenung seketika tubuhnya. Ternganga dia saat terperasankan bahawa bajunya basah itu di bahagian dada. Terserlah sedikit baju dalamnya kerana bajunya yang berwarna putih tika itu. Nafas Afiqa sudah tidak teratur. Wajah Maria direnung tajam.

Ops! Silap sudah. Tapi, its okey. Just take it as a gift!

Maria menapak ke belakang sedikit demi sedikit. Melihat wajah bengang Afiqa membuatkannya sedikit takut sebenarnya.

Apa Laju tangan Afiqa menyauk sama pasir.

Katrina juga membuat perkara yang sama.

Jom! Kita ajar perempuan gedik tahap petala langit nak mati ni!

Afiqa mengangguk setuju. Terus, mereka berdua mengejar laju Maria yang sudah berlari jauh itu.

Ah!

Maria menempik kuat sambil berlari. Tangannya mengangkat tinggi skirt yang dipakainya. Mukanya dipusingkan ke belakang. Membuntang matanya apabila jarak yang memisahkan antara mereka semakin dekat. Lantas, lariannya semakin dilajukan.

Cepat, Fiqa! Cepat! laung Katrina yang sedikit di hadapannya.

Afiqa sudah letih. Lariannya sudah tidak kencang seperti awal-awal tadi. Namun, digagahkan jua. Katrina agak jauh daripadanya. Afiqa memberhentikan langkahnya seketika. Mahu menghilangkan penat. Nafasnya tercungapcungap. Mahu menyerap oksigen sebanyak mungkin.

Afiqa menarik nafas dalam-dalam. Lariannya disambung kembali. Pasir laut yang basah tadi digantikan pula dengan pasir kering. Lariannya bersambung sambil matanya difokuskan ke hadapan, mencari lokasi di mana keberadaan Maria. Sedang ralit matanya mencari jejak Maria, dia tidak terperasankan seseorang yang melintasinya tiba-tiba.

Dum!

Afiqa terasa matanya pedih sekali dan sukar untuk dibuka. Pasir di tangannya tadi tercampak ke matanya sendiri. Eh, kat mana aku ni Ligat, tangannya merabaraba sana sini. Tak rupa macam pasir pun. Bukan ke aku jatuh ke tadi

Woi! Apa ni

Terkejut Afiqa dengan jerkahan itu. Dia bingkas bangun tetapi terduduk semula kerana hilang keseimbangan. Matanya yang diselaputi pasir itu menghalangnya daripada melihat.

Buta ke! marah suara itu. Suara lelaki.

Aah, jawab Afiqa selamba.

Separa buta. Mata saya masuk pasir, terang Afiqa jujur. Membetulkan jawapannya tadi.

Kenapa kau tak buta terus Lagi bagus!

Afiqa mengetap bibirnya. Siapa mamat ni Kenal pun tak, tiba-tiba nak doakan orang buta pulak. Aku doakan dia cacat nanti baru tahu! Tak ada insuran betul mulut. Niat Afiqa yang ingin meminta pertolongan daripada lelaki itu seperti sia-sia sahaja setelah suasana antara mereka sudah bertukar sepi.

Lelaki itu sudah pergikah

Tangannya meraba-raba sana sini. Gelap pandangannya. Tak nampak apa-apa. Ya, Tuhan. Beginikah perasaan orang buta Aduhai. Seksanya. Aku tak nak buta! Suasana makin sunyi. Hanya kedengaran deruan angin sahaja menyapa halwa telinganya. Afiqa semakin berdebar-debar.

Ada sesiapa tak Tolong!

Entah kenapa Afiqa terasa mahu menangis pun ada. Rasanya saat dia lari ke sini, orang semakin kurang. Entah kat sini, ada orang ke tidak Seram sejuk Afiqa jadinya.

Kau ni memang dah tak nampak ke

Rupanya lelaki yang dilanggar Afiqa masih ada di situ. Gadis itu menarik nafas lega. Tangannya merabaraba lelaki itu.

Woi! Kau ni memang peraba ke

Tak adalah. Saja nak raba sikit. Takut suara tadi, suara hantu, Afiqa tersenyum malu.

What bengang lelaki itu dengan sikap selamba Afiqa.

Tak kisahlah hantu ke apa ke, tolonglah keluarkan pasir kat mata saya ni. Tangan saya pun penuh dengan pasir.

Lelaki tersebut akhirnya membantu Afiqa membuang pasir di matanya. Lembut mata Afiqa ditiupnya. Lalu wajah itu diusap-usap lembut, berniat ingin menghilangkan pasir di sekitar wajah gadis itu. Namun, dia bagaikan leka seketika melihat wajah menarik Afiqa dari jarak yang dekat.

Lelaki tersebut tersenyum herot. Bukan senang nak sentuh perempuan bertudung litup ni. Lalu, wajah Afiqa diusap-usap lagi.

Ternyata usapan di wajahnya menyentakkan Afiqa. Ni apa pasal lain macam ni Perlahan-lahan matanya dibuka.

Apa awak buat ni

Tubuh lelaki di hadapannya ditolak sekuat hati.

Lelaki tersebut jatuh tertiarap di atas tanah. Mata Afiqa dibuka seluas-luasnya.

Airish

Huluran tangan Afiqa disambut dengan sebal oleh Airish. Matanya tajam merenung wajah Afiqa yang langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi bersalah dengan apa yang terjadi.

Awak tau tak saya ni siapa

Entah.

Bahu Afiqa dijungkitkan sedikit.

Kakak saya cakap awak ni selebriti. But, it seems too impossible. Quite unlogical, ucap Afiqa selamba.

What kuat suara itu bertanya sehinggakan mengejutkan Afiqa yang ligat memerhatikan sekeliling mencari Katrina.

Kenapa Salah ke apa yang saya cakap

Memang sahlah salah! Aku ni artis tahu. Pelakon popular! Im star! ucap Airish sambil tersenyum sombong.

Lagaknya diserlahkan lagi dengan menggayakan dirinya seperti sedang shooting untuk mengambil gambar bagi cover majalah sahaja. Tubuhnya dipeluk kemas.

Ternyata gelagatnya hanya mengundang tawa besar sahaja oleh Afiqa.

Artis Sorry, artis tu orang yang buat art. Kalau jenis macam awak ni, selebriti kot. Tapi tak nampak macam rupa selebriti pun. Dengan rambut serabai macam tu, omel Afiqa.

Sempat lagi matanya menilik Airish seketika.

Rambut aku jadi macam ni disebabkan kau, tahu tak! Habis rambut Korea aku!

Terkejut Afiqa mendengarnya. Tawanya pecah sekali lagi. Omo! Omo! Omo! Korea Korea sesat kat bali

Airish bercekak pinggang. Kau tak percaya ke

Afiqa menggeleng. Dia terus meninggalkan Airish bersendirian di sana. Huh! Artis Dalam mimpilah! Airish turut meninggalkan tempat itu sekali dengan hati mendongkol.

Tidak jauh dari situ, ada seseorang dengan kamera di tangan sedang memerhatikan segala yang berlaku.

Boom! Meletop! bibirnya mengukirkan senyuman.

Bersiap sedialah Tengku Airish Shah!

AH! Leganya. Afiqa menepuk-nepuk halus pipinya. Segar bugar rasa badannya usai sahaja dia mandi sebentar tadi. Rambutnya dibungkus dengan tuala sebelum menghampiri Katrina yang tertiarap malas di atas katil. Kau buat apa ni soal Afiqa.

Matanya sempat menjeling majalah yang dibaca Katrina. Afiqa cuba melirik seketika kepada artikel yang dibaca Katrina. Terpapar beberapa keping foto seorang lelaki di situ. Siapa lelaki tu Mata Afiqa tanpa ragu-ragu terus menjelajah ruangan artikel itu. Dadanya tiba-tiba berdebar kencang. Peristiwa petang tadi bermain lagi di mindanya. Maksudnya.

Airish

Katrina mendongak memandang Afiqa. Yelah. Kan aku dah bagitahu kau yang dia ni selebriti.

Aku ingatkan kau tipu.

Bicara Afiqa cukup perlahan persis bagaikan dia berbicara sendiri. Katrina bangun terduduk menghadap gadis itu.

Tipu Dia ni popular tau!

Afiqa mencebik dengan kata-kata Katrina itu.

Popular apa bendanya. Aku tak pernah pun nampak dia kat drama ke, filem ke dekat Malaysia ni

Memanglah, sayang oi! Dia ni popular dekat Indonesia. Dia baru berhijrah ke Malaysia. Berjinakjinak dengan industri kita.

Buat apa nak beralih ke Malaysia pulak Menyibuk. Berlakon ajelah dalam sinetron dia tu, omel Afiqa bersahaja.

Hello! Hes Malaysian.

What

Katrina mengangguk. Pelik pula melihat reaksi Afiqa yang over itu.

Afiqa terdiam. Jadinya betullah aku terserempak dengan so-called selebriti tadi Macam tak percaya! iPhone 5 Airish di atas meja dipandang.