NURUL sampai di pejabat lebih awal. Tugas sebagai kerani membuatkan dia dihimpit dengan beban tugasan yang
banyak dan remeh.
Nurul meletakkan kopi yang siap dibancuh di sudut kiri meja. Dia mula menaip surat pelepasan kontrak jual beli hartanah yang baru diperolehi semalam. Nurul mahu menyiapkan kerja dengan lebih awal kerana tahu sikap bosnya yang mudah berubah angin. Pernah dulu dia leka menyiapkan surat untuk tender kontrak membaik pulih bangunan di Wangsa Maju. Nurul masih ingat yang bosnya mahukan dia meletakkan surat itu di atas mejanya pada minggu hadapan. Namun keesokan paginya, dia sudah memanggil Nurul dan bertanyakan perihal surat tersebut yang tiada di atas mejanya. Serik sungguh Nurul bila dimarahi.
Tepat pukul 9.00 pagi, kelihatan beberapa orang pekerja mula memenuhi ruang pejabat. Anita, teman baik Nurul masih belum kelihatan. Dia cukup arif dengan perangai Anita. Kalau datang ke pejabat dengan muka sembab, itu
tandanya bangun lewatlah dia. Kadang-kadang hairan juga Nurul dibuatnya, orang selalunya kurang tidur tapi dia mata sembab kerana terlebih tidur.
Nurul, masuk ke pejabat saya sekejap.
Tangannya yang ligat menekan papan kekunci terhenti. Nurul memalingkan muka memandang ke depan. Ternyata bosnya, Encik Kamal, sedang berdiri di depan mejanya.
Selamat pagi, Encik Kamal.
Pagi. Encik Kamal menjawab ringkas.
Nurul hanya memerhati langkah Encik Kamal memasuki biliknya. Dia mengambil surat yang sudah ditaip pagi tadi, dan beberapa fail dokumen untuk diserahkan kepada Encik Kamal.
Nurul duduk menghadap bosnya. Fail yang dibawa, disuakan ke atas meja.
Encik Kamal mengambil fail dan menyelak helaian demi helaian dokumen tersebut. Kelihatan di wajahnya garis kerutan menandakan dia tekun dan asyik melihat dokumen tersebut.
Nurul menunggu dengan tenang. Malangnya, ketenangan itu mula tercalar apabila dia melihat Encik Kamal mula meraup mukanya dengan tapak tangan. Tentu ada sesuatu yang mengganggu pemikiran lelaki itu.
Fail tersebut diletakkan semula di atas me ja.
Encik Kamal memeluk tubuhnya sambil memandang pekerjanya itu dengan tajam.
Nurul, awak pasti semua dokumen yang saya minta ada dalam fail ni
Wajah Nurul pucat pucat serta-merta. Dia cuba mengingati andai ada surat-surat yang tidak dilampirkan di dalam fail tersebut.
Saya pasti, Encik Kamal.
Habis, mana lampiran yang saya suruh awak masukkan sekali dulu Segala surat yang mengatakan kita berjaya mendapat tender untuk projek di Damansara! Lengkingan suara Encik Kamal bergema memecah suasana yang awalnya tenang.
Errr... saya dah lampirkan, Encik Kamal. Nurul cuba membela diri.
Encik Kamal mengambil fail tadi lalu membalingnya ke dinding. Nurul terpaku melihat tindakan Encik Kamal itu. Habis berterabur kertaskertas di atas lantai.
Nurul bangkit memungut helaian kertas terse but dengan hati yang benar-benar takut. Air matanya sudah hampir mengalir namun cuba di tahan.
Ini yang awak kata lengkap!
Suara jerkahan Encik Kamal membingit di telinga. Perutnya terasa kecut.
Hah, tunjuk pada saya mana surat tender tu, tunjuk!
Nurul sudah hampir hilang kawalan diri. Rasa mahu sahaja dia berlari keluar namun itu bukan satu tindakan yang wajar baginya.
Tangan Nurul ligat mencari surat tender tersebut. Sudahlah kertas-kertas itu semuanya dalam keadaan tidak tersusun. Dia berdoa dalam hati agar dapat menemui surat tersebut namun, hampa.
Ish, mana ni Tadi kan ada.... Nurul merungut dalam hati.
Dum!
Hentakan kuat di meja benar-benar memeranjatkan Nurul. Kali ini dia mengaku kalah. Air mata sudah mengalir perlahan membasahi pipi. Dia bukan sahaja takut malah, terasa gementar seluruh tubuhnya.
Apa yang awak buat ni, Nurul Saya nak awak cari surat tender tu sampai dapat. Esok, fail ni mesti ada atas meja saya. Ingat, esok!
Nurul menganggukkan kepala. Rasa terbang semua semangatnya. Dia keluar dari bilik Encik Kamal dengan tergesa-gesa. Keadaannya itu rupanya mengundang perhatian Anita.
Eh, Nurul! Kenapa dengan kau ni
Nurul hanya mendiamkan diri. Habis semua laci meja digeledahnya.
Nurul, aku cakap dengan kau ni, bukan dengan patung. Anita ternyata masih belum puas hati dengan sikap berdiam diri sahabatnya itu.
Nurul akhirnya tersandar di dinding. Dia kebingungan kerana dia benar-benar yakin surat itu ada dalam lampiran fail pagi tadi. Selepas siap menaip, dia sendiri yang menyusun dokumen tersebut. Mustahil boleh hilang.
Surat perjanjian yang mengatakan kita dapat tender tu dah hilang, Nurul bersuara perlahan.
What
Anita menghampiri Nurul. Dia memegang erat tangan sahabatnya itu. Mungkin ingin memberi semangat. Hilang
Nurul hanya berupaya menganggukkan kepala.
Macam mana boleh jadi macam ni Kau pasti semua dokumen dalam fail tu ada Anita melembutkan suaranya. Bersimpati melihat wajah Nurul yang murung dan mata sahabatnya yang merah kesan daripada menangis tadi.
Dah, tadi sebelum masuk bilik Encik Kamal aku dah periksa. Memang semuanya ada.
Peliklah. Tak pernah pulak kau buat silap sebelum ni. Kenapa tiba-tiba surat tu boleh hilang. Ish, tak habis fikir aku, gerutu Anita.
Nurul kembali duduk. Segala kertas yang tadi bersepah, disusunnya kembali.
Dahlah, Nurul. Sabar ya, kita doa moga surat itu dijumpai, pesan Anita sebelum berlalu ke mejanya.
USAI solat maghrib, Nurul mengajar Anis membaca al-Quran. Anis sudah hampir khatam untuk kali yang kedua. Kalaulah ibu bapa mereka masih ada, tentu mereka gembira melihat Anis membesar dengan didikan ilmu agama yang baik. Rasa rindu Nurul terhadap ibu bapanya semakin menebal.
Nurul sendiri sudah empat kali khatam alQuran. Cuma sekarang, masanya banyak dihabiskan dengan menyiapkan kerja pejabat yang dibawa pulang ke rumah. Terkilan juga hatinya kerana tidak mampu membaca al-Quran seperti selalu. Jika ada pun, hanya seminggu sekali. Arwah ayah Nurul selalu berpesan agar jangan meninggalkan bacaan al-Quran setiap kali selepas solat. Terasa malu pula terhadap Allah SWT kerana lebih mendahulukan urusan dunia.
Selesai mengaji, mereka dua beradik menghabiskan masa sebelum tidur dengan menonton televisyen. Nurul membelai rambut adik kesayanga n itu. Dia tergerak hati untuk bertanya, Anis, dah besar nanti Anis nak jadi apa
Hm... Anis nak jadi macam kat tv tu!
Apa ye
Anis berteka-teki. Dia tersenyum malu sambil berkata, Yang cantik tulah, kak. Yang pakai baju cantik saja tu.
Model ke
Bukan, yang cantik tu.
Iyalah, yang cantik macam mana maksud Anis Akak tak tahu.
Anis memasamkan muka. Nurul benar-benar tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Anis. Namun, dia masih ingin meneka, Pramugari Anis menggelengkan kepala.
Anis tunjuk kat akak, ya
Anis menundingkan jarinya ke arah televisyen sambil berkata, Hah, tulah! Macam tulah. Anis nak jadi macam tu, kak.
Terlopong mulut Nurul. Adiknya, Anis ruparupanya ingin menjadi seorang pelakon. Nurul berasa hairan dan bertanya, Ish, kenapa Anis nak jadi pelakon
Kata kawan-kawan Anis, jadi pelakon kaya tau akak. Boleh beli rumah besar, kereta besar, duit pun besar-besar. Nanti Anis nak boleh bantu akak. Boleh, kan kak
Nurul memeluk Anis dengan erat. Kemuliaan hati adiknya itu terasa sungguh menyentuh pe ra saannya.
Nak jadi pelakon kena belajar sungguhsungguh. Akak nak Anis jadi pelakon yang dihormati bukan sahaja kerana bakat tetapi kerana penuh ilmu di dada.
Pelakon kena ada ilmu juga ya, kak tanya Anis meminta kepastian.
Mestilah, dik. Walau kita kerja tukang sapu banggunan sekalipun, ilmu kena ada. Ilmu perlu dipelajari hingga ke liang lahad. Tak ada penghujungnya.
Anis tak fahamlah, kak
Begini, ilmu itu ada banyak. Bermacam-macam. Sebut saja, semua ada ilmu. Contohnya, akak belajar tentang undang-undang. Hah, ilmu undang-undang saja yang akak belajar. Tapi akak tak belajar geografi, ekonomi, sains dan banyak lagi. Sebab itu, kita kena berusaha untuk belajar ilmu yang sedia ada. Jangan setakat belajar yang kita mahu saja. Nak pandai dan tahu segalanya kena teroka secara mendalam setiap ilmu. Ilmu dunia dan ilmu akhirat itu sama penting, jelas Nurul dengan panjang lebar.
Jadi, kalau Anis nak jadi pelakon kenalah belajar juga macam orang lain, ya kak soalnya. Tapi mereka tak mahu jadi pelakon macam Anis.
Dik, walau jadi pelakon ilmu kena ada. Dengan ilmu, kita tahu yang baik dan buruk. Boleh menilai kebaikan dan sikap-sikap orang. Kalau kita tak ada ilmu, orang mudah pengaruhi kita, khianat dan sakitkan hati kita. Sekurangkurangnya jika ada ilmu, kita dapat hindarkan diri daripada perkara yang tak elok, tutur Nurul dengan bersungguh-sungguh.
Oh, cita-cita akak dulu apa
Hm, asyik berubah-ubah saja. Dulu masa sekolah rendah nak jadi cikgu, naik sekolah menengah tukar pula jururawat. Macam-macamlah. Sekarang, setiausaha pula. Tak pernahnya kekal. Nanti Anis pun macam akak juga.
Nurul sendiri hairan. Waktu zaman sekolah rendah dulu, bukan main lagi dia menghebahkan pada rakan-rakan keinginannya untuk menjadi cikgu. Nurul belajar bersungguh-sungguh demi mencapai harapannya yang satu itu. Namun, apabila masuk sekolah menengah, impiannya ber ubah. Semuanya berlaku sekelip mata bila me lihat arwah ayahnya yang menghidap kencing manis dan lemah jantung. Semasa itulah Nurul berazam ingin menjadi seorang jururawat dan dapat berbakti pada ayah.
Iyalah, kak. Agaknya nanti Anis macam akaklah, asyik berubah cita-cita saja. Sekarang, Anis nak belajar sungguh-sungguh, janji Anis sambil ketawa.
Macam tulah adik akak. Akak rasa gembira jika Anis mahu belajar. Anis saja adik akak. Walau kita susah, itu tak bererti kita tak boleh cari ilmu. Nurul terus menasihati Anis. Dia benar-benar berharap Anis mampu belajar seperti anak-anak yang lain.
Okey, Anis janji kat akak. Anis mengangkat tangan kanannya.