Lukisan Asmara - 3
Kedua

SUASANA di mahligai indah yang dibina khas oleh Sulaiman untuk isteri dan anak gadis kesayangannya menjadi suram dari hari ke hari semenjak Sulaiman dilanda musibah. Mahligai yang pernah dihiasi tawa gembira mereka sekeluarga dahulu kini tinggal sepi tanpa seri kerana tidak mampu dijaga lagi oleh tuannya. Pemiliknya, Sulaiman Bakhtiar, sudah lebih setahun terlantar saja di kamar tidurnya. Di situlah dia tidur, makan dan di situ jugalah menjadi tandasnya kerana dia tidak mampu bergerak dengan sendirinya. Dan di situ jugalah, Alyssa membantu menjaga makan pakainya serta membersihkan najisnya. Kalau hendak diharapkan Mariana, alamat mati keringlah dia di situ. Bagi Sulaiman, ada atau tidak Mariana di rumah itu sedikit pun tidak memberi makna kepadanya sekarang.

Mariana tetap Mariana. Hadirnya di rumah itu kerana dia tidak punya tempat lain untuknya berteduh. Dia sendiri tidak punya saudara mara untuk menumpangkannya kerana dia adalah penghuni sebuah rumah kebajikan yang menjaganya sejak lahir, setelah ditinggalkan betul-betul di hadapan rumah kebajikan tersebut. Mungkin kerana dia tidak pernah dijaga dan diberi sentuhan kasih oleh ibu kandungnya, menyebabkan hatinya menjadi bebal bagi memahami fungsi kasih sayang dalam pembentukan jiwa anakanak. Itu dilakukannya pada Nurul Alyssa. Baginya fungsi seorang ibu itu hanya melahirkan satu nyawa ke dunia dan kemudian terserahlah kepada anak tersebut untuk menguruskan hidupnya sendiri. Mariana lupa, walaupun dia dibesarkan oleh penjaga-penjaga di rumah kebajikan, dia sebenarnya telah dicurahkan kasih sayang yang secukupnya oleh mereka. Tapi dek kerana dendam dan marahnya pada ibu kandung yang sengaja meninggalkannya, Alyssa pula yang kena hukumannya. Mariana telah lupa ketika Sulaiman menyelamatkannya dari terjerumus ke lembah maksiat sejurus dia meninggalkan rumah kebajikannya. Dia hampir-hampir terpedaya dengan pujukan seorang bapa ayam yang menjanjikan mimpi indah untuk menjadikan Mariana seorang model terkenal.

Sungguh mudah bagi gadis sementah Mariana untuk percaya pada janji manis lelaki itu. Sayang sekali pemikiran Mariana tidak secantik rupa parasnya. Maruahnya telah tergadai sejak hari pertama dia bertemu lelaki tersebut. Cuma, nasib Mariana baik kerana dia bertemu Sulaiman sebelum sempat terjun ke lembah hina tersebut. Sulaimanlah yang telah membawanya pulang, memberinya kehidupan dan memuliakannya sebagai seorang isteri. Jika tidak, pasti dia hidup dari saraan hasil keji itu. Jauh dari itu, Sulaiman telah memberikannya kehidupan yang cukup selesa kerana tinggi kasihnya pada Mariana. Tapi Mariana alpa akan kebaikan-kebaikan itu. Rumah itu diperlakukannya seperti hotel. Dia pulang hanya untuk melepaskan lelah setelah seharian berfoyafoya dengan pelanggan-pelanggannya di luar. Suami dan anak tidak dipedulikannya. Mujur Sulaiman punya simpanan untuk menampung kos rawatan, keperluan harian dan makan pakainya bersama Alyssa. Namun, simpanannya tidak mencukupi untuk menampung kos pelajaran Alyssa di universiti. Kerana itu jugalah Alyssa terpaksa melupakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni yang amat diminatinya.

Maafkan papa Alyssa, papa telah gagal untuk menyempurnakan cita-cita kamu. Maafkan papa,

bisik Sulaiman sambil menyeka air matanya yang terus berlinangan. Pekikan Mariana tadi memecah lamunan Sulaiman. Tidak lama selepas itu, wanita itu betulbetul muncul di muka pintu biliknya. Sambil menekup tangan pada hidung, Mariana terus membebel.

Ya Allah, busuknya bau bilik ni. Ni bilik ke, mangkuk tandas Macam bau bangkai. You boleh hidup macam ni, ye

lancang mulut Mariana menghina.

Ha, anak kesayangan you tu mana Dari tadi I panggil dia tak muncul-muncul,

sindir Mariana. Itulah tugas Alyssa setiap hari, selain menjaga keperluan papanya, dia turut menjadi bibik mamanya sendiri.

Mar,

itulah panggilan manja Sulaiman pada isterinya sejak dulu lagi.

Mengapa dengan you ni Perangai you dah jauh berubah sekarang. You langsung dah tak hormatkan I sebagai suami you. Kenapa Mar Sebab I dah terlantar macam ni, maka kasih you pun berubah

You sendiri dah ada jawapan itu. Sepatutnya you tanya pada diri you sendiri, apa yang you mampu bagi pada I lagi sekarang Makan pakai, I cari sendiri. Itu bab zahir, belum I ungkit hal batin lagi. Kalau I tuntut itu semua pada you, apakah you mampu bagi pada I Ya Allah, mengapakah Mariana menyatakan tuntutan-tuntutan itu sekarang sedangkan dia sendiri tahu setakat mana kemampuannya ketika itu.

Nasib baik I kerja, tau. Kalau tak, macam mana I nak sara hidup kita

tengking Mariana bersuara bengkeng, Sara hidup kita Apa yang dimaksudkan Mariana dengan sara hidup kita itu Setahu Sulaiman, sejak bekerja sebagai penyanyi dangdut, sekali pun Mariana tidak pernah menghulurkan wangnya untuk menampung keperluan keluarga. Kerana itulah, Alyssa tidak dapat menyambung pelajarannya. Kadangkala, makanan yang ditelan Mariana di rumah itu pun dibeli menggunakan wang hasil simpanannya. Itu Sulaiman tidak kisah. Dia tahu, walaupun sudah terlantar, tanggungjawab harus dilaksanakan semana mampu. Tapi apabila Mariana menyatakan mereka hidup hasil dari wang pencariannya, Sulaiman berasakan bahawa penyataan itu adalah melampau.

Mar, tolong jaga sikit kata-kata you tu. Bila masanya I dan Alyssa makan duit you Segala apa yang ada di rumah ni adalah dari duit simpanan I. Kalau you ada hulurkan wang, tentu pembelajaran Alyssa tak terbantut, tau tak,

bantah Sulaiman. Terkebil-kebil Mariana mendengar kenyataan Sulaiman itu.

Oh, jadi sekarang you nak ungkitlah duit yang you bagi I makan

serang Mariana pula. Dengan tenang Sulaiman menjawab,

Bukan mengungkit, Mar. Tapi sebagai seorang ibu, you sepatutnya fikirkan masa depan anak kita tu. Kalau you dah bekerja, kenapa you tak nak tanggung dia belajar

Dengar ya, Encik Sulaiman Bakhtiar. Nurul Alyssa tu anak you. You yang nak dia sangat dulu, kan So, sekarang mengapa you nak bebankan dia pada I Untuk pengetahuan you, duit I adalah duit I dan tak akan jadi duit you sampai bila-bila pun. Pada apa dan pada siapa I nak belanjakannya, bukan masalah you dan you tak ada hak langsung,

panjang lebar Mariana menjelaskan, sambil menghayun langkah meninggalkan bilik tersebut. Dari kejauhan, masih terdengar leteran Mariana walaupun tidak jelas biji butirnya. Memang betul, rasa hormat pada suaminya sudah tiada dalam diri Mariana. Perasaan kasih sayangnya telah mati sejak Sulaiman ditimpa bencana dulu. Tapi, takkanlah tiada sekelumit perasaan sayang dan kasihnya pada satu-satunya zuriat mereka itu. Sungguh Sulaiman tidak menyangka, wujud juga ibu di dunia ini yang tidak sayangkan anaknya sendiri. Wujud rasa bimbang di hati Sulaiman akan nasib Alyssa setelah dia tiada nanti. Di manakah Alyssa hendak menumpang kasih dan hidup nanti Dia bimbang jika Alyssa terjerumus ke lembah yang hampir dihuni oleh ibunya suatu ketika dulu. Dengan lemah, dia mengangkat tangan memohon pertolongan Ilahi.

Ya Allah ya Tuhanku, aku titipkan satu-satunya anakku ini di bawah jagaanMu, ya Allah. Lindungilah dia setelah aku tiada lagi. Tunjukkanlah kepadanya jalan kebenaran dan hindarilah dia dari laluan kejahatan. Hanya padaMu satu-satunya tempat aku memohon dan berserah segala-galanya, ya Allah,

bisiknya dengan penuh rasa rendah diri.