ARISSA terpaksa mengikut Nelissa bercuti ke Cameron Highlands. Nelissa beria mengajaknya bercuti ke sana. Nak tak nak, dia terpaksa mengalah. Rumah rehat yang terletak di Tanah Rata yang dibeli Tan Sri Johari memang cukup luas. Rumah banglo dua tingkat itu sering menjadi tempat famili Nelissa berehat di hujung bulan. Balik dari London semalam, belum sempat lagi dia berehat panjang. Cuti dua minggu yang diberi khas oleh Tan Sri Johari masih lagi berbaki tiga hari. Seminggu dia menjelajah Europe dan seminggu lagi di Malaysia. Ingin saja dia mengisi cuti itu dengan kekasih hati tetapi Tuah pula jauh nun di Jerman.
Arissa!
Arissa berpaling. Nelissa sudah melambai ke arahnya. Di tangan Nelissa ada sejambak bunga ros merah segar.
Kau ni, bunga kat dalam rumah tu elok lagi. Buat apa nak ganti lagi Arissa geleng.
Nelissa senyum. Dia mencium bunga ros merah itu berkali-kali. Memang setiap kali berkunjung ke situ, semua bunga dalam pasu bunga diganti dengan bunga baharu yang lebih segar.
I feel so fresh with all these beautiful flowers! Soothing...calming... Nelissa tukar bunga ros putih dalam pasu dengan bunga ros merah di tangannya.
Nely..kau nak tinggal sini berapa lama Arissa hanya memerhati gelagat Nelissa menyusun bunga. Dia tergelak kecil. Nampak sangat Nelissa tidak pandai menggubah bunga. Pakai letak je!
Aku ingat nak tinggal dua tiga hari. Cuti kau masih ada lagi kan Why so rushing Nelissa senyum. Tangannya masih membelek bunga ros merah.
Arissa bangun dan menapak ke arah Nelissa.
Alah..relaks la beb. Buat apa nak cepat sangat. Masa macam nilah kita kena enjoy our life!
Arissa geleng. Dari dulu, Nelissa hanya tahu berseronok.
Beb..lepas ni kita jalan-jalan nak.Terperap je dalam rumah. Kita datang sini nak enjoy kan Nelissa mula tarik tangan Arissa.
Kau nak ke mana
Kea Farm!
Mercedes V5 hitam milik Nelissa mula menuju ke Brinchang.
DI SEKITAR KEA FARM. Teruja Nelissa melihat pelbagai barangan dan cenderahati dijual di
situ.Gerai-gerai yang berderet sepanjang jalan di situ memang sungguh menarik minatnya.
Arissa..kau pilihlah nak apa. Aku bayar. Tu! Strawberri coklat! Take as many as you want! Nelissa senyum. Dia menapak ke gerai cenderahati meninggalkan Arissa memilih buah strawberi.
Arissa melihat-lihat sekitar gerai.Memang banyak strawberi coklat yang sudah siap dibungkus. Buah strawberri segar dari ladang itu penuh dalam bakul.
Hmm...macam sedap je.. Sebiji strawberri coklat disumbat ke mulutnya setelah dihulur oleh penjual tadi untuk dirasa. Ada rasa masam dan manis coklat.
Amoi! Beli la! Kasi sama itu boyfriend! Sapa penjual di situ.
Arissa senyum kelat. Boyfriend Selama ini dia tidak pernah serius dengan lelaki. Bukan tidak ada lelaki yang ingin mendekatinya tapi semuanya dianggap kawan. Tidak lebih dari itu. Cuma akhir-akhir ini saja, dia mula melayan Tuah yang ternyata tidak pernah putus asa mengharap cintanya.
Beri saya dua bungkus ya. Arissa senyum.
Matanya menala pula pada buah jambu dan limau besar. Semuanya masih segar. Sayur-sayuran juga turut dijual di situ.
Buah apa pulak ni Arissa membelek sebiji buah seakan buah mangga.
Itu epal Cameron amoi! Jawab penjual itu. Ramah.
Epal Langsung tak ada rupa epal! Arissa perhatikan lagi. Buah itu diletak semula di tempatnya. Dia kemudian membayar strawberri coklat tadi.
Ish! Mana pulak Nely ni pergi Lehernya dipanjangkan ke arah gerai cenderahati. Tiada kelibat Nelissa di situ.
Arissa mula menapak ke kereta.
Aduh!Arissa berpaling. Seorang lelaki melanggar bahunya. Dia mendongak. Gulp! Dia ni lagi
Sorry!Lelaki itu terus berlalu pergi tanpa menoleh sedikit pun ke arah Arissa.
Huh! Sorry je Dulu kau langgar aku jugak masa di KLIA. Poyo je lebih! Gumam Arissa sambil menggosok bahunya yang terasa sedikit kebas.
Kuat juga mamat tu melanggar bahunya tadi. Nampak tergesa-gesa.
Come again What did you say
Arissa menelan liur. Alamak! Lelaki tadi sudah berpatah balik ke arahnya.
Err..nothing..Senyuman Arissa sudah kelam kabut. Eii!Telinga lintah ke apa dia ni!
Watch your mouth!
Arissa terdiam. Slanga British yang terkeluar dari mulut lelaki tadi begitu jelas di telinganya. Dia mengundur sedikit. Lelaki itu tadi sudah rapat dengannya. Mata mereka bertembung seketika.
Arissa tergamam. Panahan mata lelaki itu sudah menusuk tembus ke anak matanya. Wuih!Sebiji pelakon Korea, Lee Dong Wook! Terpana melihat kekacakan milik lelaki itu. Lelaki itu dilihat hanya mengukir senyum. Lelaki itu kembali beredar. Lama lelaki itu ditenung. Hmm...siapa kah dia Mat saleh Cina Korea Pelik, rambut hitam berkilat dan mata hazel milik lelaki tadi tidak menggambarkan ciri-ciri lelaki asing. Arissa, kau jangan. Tuah lebih layak untuk kau, mana kau campak Tuah tu Suara halus berbisik ke telinganya. Arissa kembali ke alam nyata.
Beb!
Arissa berpaling.
Kau tengok apa Macam dah ternganga mulut kau tu Nelissa turut jenguk ke arah pandangan mata Arissa tadi.
Tu! Nampak tak mamat yang pakai baju sejuk biru tu Aku pernah jumpa dia di KLIA hari tu. Arissa tuding ke arah lelaki tadi yang sudah menuju ke arah kereta.
Hmm.. Nelissa masih memerhati. Tak nampak rupa paras. Lelaki tadi membelakanginya.
Jom! Im starving! Letss have some food. Nelissa pegang perutnya sendiri.
Nak makan kat mana
Tu! Nelissa tuding ke arah Hotel Equitorial yang hanya terletak bersebelahan dengan Kea Farm.
Hotel Mahal tu beb! Arissa menelan liur.
Alah..kau ni! Aku kan ada! Come! Sekali lagi tangan Arissa ditarik.
MEREKA berdua mula menapak ke kafe hotel. Nelissa mengambil beberapa jenis makanan yang terhidang di meja bufet.
Kau tak lapar ke Nelissa jeling Arissa yang hanya mengambil sekeping roti croissant dengan butter milk.
Cukup la ni..
Nelissa geleng. Dia menapak ke arah meja bufet dan mengambil beberapa kek dan sepinggan spagetti. Sepinggan lasagna turut diambil.
Siapa nak makan semua ni Arissa menelan liur. Banyaknya mak ai! Ni...nak makan ke nak melantak
Makan jelah. Kalau kau tak habis,biar aku yang habiskan nanti. Laju Nelissa menyuap lasagna ke dalam mulutnya.
Arissa senyum. Dari dulu Nelissa kuat makan tapi badan masih langsing. Nelissa direnung seketika. Cantik dengan rambut ikal paras bahu, kulit putih macam papanya, bibir kecil comel...tak ada yang kurang. Memang cukup pakej. Anak orang kaya, bergaya, cantik dan seksi!
Kau tenung aku macam nak tembus tu kenapa Nelissa hirup jus fruity yang dikisar bersama buah markisa.
Kau bertuah Nely. Cantik, kaya, baik,pandai..semua ada. Arissa jujur memuji Nelissa.
Kau ni perli aku ke Kau tu lagi cantik. Bila kita berjalan bersama, aku perasan mata lelaki akan menjeling kat kau. Aku jealous tau! Ilmu apa yang kau pakai Nelissa senyum.
Ya ke Lelaki malang mana tu Usik Arissa.
Nelissa ketawa. Sempat dia memerhati Arissa yang turut ketawa. Kau lagi cantik Arissa. Rambut hitam lebat, sopan,kulit putih bak kapas, pipi macam pakai blusher..bibir mungil..jauh lebih cantik dari aku. Dan yang membuatnya cukup hormat pada Arissa, gadis itu sentiasa berpakaian sopan.
Apasal ni tiba-tiba pandang aku macam tu Arissa menahan sisa ketawa.
Tak ada apa...aku ni..dah rasa terlebih seksi pulak. Nelissa pandang pada pakaian yang melekat di tubuhnya. Seluar jeans biru ketat ala legging, baju tube yang hanya ditutup dengan Kardigan merah hati. Memang jauh beza dengan Arissa yang mengenakan blaus longgar dan seluar jeans lembut yang agak longgar.
Seksi ke seksa Arissa mengusik lagi.
Sekali lagi pecah ketawa mereka berdua.
Beb..tu la lelaki yang rempuh aku tak ingat tu! Arissa terpandang lelaki tadi yang berada di hujung meja di kafe itu. Serius berbincang dengan seseorang.
Mana
Tu! Yang pakai baju biru tu! Arissa muncungkan mulutnya ke arah lelaki tadi.
Wow! Hes drop dead gorgeous! Mat saleh ke apa Nelissa turut menjenguk.
Arissa jongket bahu.
Kau tengok betul-betul....ada tak macam pelakon drama Korea tu, Lee Dong Wook Arissa masih perhatikan lelaki tadi.
Lee Dong Wook Nelissa berkerut kening.
Alah..hero drama Korea My Girl tu la! Arissa mengetap bibir. Cepat sangat lupa minah ni padahal dulu dia juga yang beria tengok sampai menangis atas bahu aku!
Nelissa sengih. Dia panjangkan lehernya ke arah lelaki tadi. Dahinya berkerut.
Ya la beb...handsome tu beb! Kalau aku dapat dia..best kan Nelissa kenyit mata.
Gatal minah ni! Boyfriend dah keliling pinggang! Ada hati nak tambah koleksi!
Aku cabar kau! Arissa turut kenyit mata.
Really
Arissa angguk.
Ok! One fine day, he will be one of my collections! Nelissa senyum penuh makna.
Are you sure You know what Arissa teguk sekejap jus epal hijau.
What Nelissa sengih.
I think...he is not just an ordinary guy..like your collections species. Hes different. Arissa senyum.
What do you mean
Dua kali dia rempuh aku dan dua kali juga dia tak pandang langsung kat aku. So,...dia tidak termasuk lelaki yang suka pandang perempuan. So, teori kau tadi mengatakan lelaki suka pandang aku tu adalah salah sama sekali! And that is mean..he is not like other guys out there yang kau selalu jumpa. Arissa mengalih matanya pada lelaki tadi. Lelaki itu masih serius berbincang. Bincang bisnes agaknya. Melihat pada gaya, lelaki itu kelihatan maskulin dan penuh elegan. Tentu dia seorang ahli perniagaan berjaya.
Aku sahut cabaran kau tu. Dia mesti tunduk dengan aku! Nelissa jeling lelaki tadi. Hmm..Lee Dong Wook Malaysia ni cepat je lentuk dengan perempuan melayu.
Arissa geleng. Tak serik minah ni. Esok-esok maruah kau tergadai.
Nely..aku tanya sikit boleh
Apa dia
Kau tak bosan ke hidup macam ni Tak ada hala tuju. Aku tahu kau kaya raya tapi kau macam tak ada matlamat. Pernah ke kau terfikir untuk ubah cara hidup kau Arissa mula serius.
Maksud kau
Ya la..like..one day kau akan kahwin and have kids..kau tak terfikir ke soal tu Arissa sandar di kerusi.
Nelissa diam seketika. Kahwin Anak Dia senyum sinis. Baginya semua itu sudah tidak ada makna lagi. Hidupnya sudah punah. Punah sejak di universiti lagi. Biarlah Arissa tidak tahu. Rahsia itu tetap tersimpan kukuh.
Kenapa kau diam
Can we talk something else Nelissa berpeluk tubuh.
Sorry beb..aku tak bermaksud nak buat kau masam mencuka macam ni. Sorry ya. Kalau kau tak suka..ok fine. Off topic! Kita cakap hal lain. Arissa mula tidak sedap hati dengan tingkah Nelissa yang sudah berubah.
Nelissa tunduk. Memang selama ini hidupnya tidak terarah. Selepas kejadian itu, dia seperti putus asa. Cinta yang diberi sepenuh hati dikhianati!
Oh ya, semalam papa aku cakap, dia nak kau jadi ketua kat makmal tu, jadi gaji kau akan bertambah! Nelissa mula ubah topik.
Ya ke Betul ni Arissa sudah bulat matanya. Itulah yang ditunggu selama ini.
Betul..aku tak tipu! Sumpah!Nelissa angkat tangan kanannya lagak bersumpah. Senyum menampakkan sebaris gigi putih.
Tak baik sumpah ni. Beb..thanks! Famili kau dah banyak berjasa pada aku. Aku...aku..malu.. Air mata Arissa mengalir perlahan.
Weh!Kau dah buat dah! Stop it ok! Habiskan spagetti kau tu. Lepas ni banyak lagi tempat yang kita nak pergi.Nelissa sengih.
TIGA hari Nelissa dan Arissa menghabiskan masa bersama di Cameron Highlands, mereka berdua mula bertolak balik ke Kuala Lumpur semula.