Aku, Dia Dan Somtam - 3
BAB 3

FUH! Lega.. Anis segera mengambil tempat di tengah-tengah dewan kuliah. Dia toleh kiri kanan. Tidak ramai yang hadir.

Mungkin masing-masing sibuk menyiapkan tesis. Maklumlah pelajar tahun akhir selalunya banyak kertas kerja dan tesis yang perlu disiapkan sebelum tahun pengajian berakhir.

Melilau Anis mencari kelibat Izara kalau-kalau dia sudah sampai. Sampai nak terkehel leher semata-mata nak jenguk Izara di celah-celah pelajar lain.

Hoi!

Anis menoleh bila terasa bahunya ditepuk dengan kuat oleh seseorang. Atikah sudah tersengih di situ.

Kau ni! Nasib baik aku ni sihat! Kalau tak, dah tergolek kat bawah ni! Anis tepuk semula Atikah dengan nota kecil.

Mana Zara

Tu la tu..tadi aku keluar dengan dia. Lepas hantar aku, dia blah. Aku ingat dia nak masuk kelas lepas tu. Dah la aku sakit hati hari ni! Anis bercerita tanpa disuruh. Lantaklah! Tikah nak dengar ke tak nak. Janji aku boleh lepaskan rasa sakit hati aku ni!

Sakit hati Kat sapa Atikah tanya dengan loghat utaranya.

Entah mamat berlagak mana! Aku pun tak kenal!

Mamat berlagak Hang biar betui! Entah-entah dia tu nak pikat hang kutjadi marka dia.. Atikah sengih. Loghatnya semakin pekat.

Hish! Marka apa ke bendanya! Penyibuk adalah! Anis membentak.

Eh, handsome tak Atikah cuit bahu Anis.

Anis pandang Atikah dengan muka berkerut. Bukan Izara yang ditanya sebaliknya lelaki berlagak itu yang menarik minat Atikah.

Alah..tak payah tahulah! Tak penting! Anis jenguk lagi ke arah pintu dewan kuliah. Jam bulat di dinding dewan kuliah tinggal lima minit lagi ke angka sebelas. Mana Izara ni

Kelas tiba-tiba senyap. Profesor Hamdan dah melangkah masuk. Masing-masing diam.

Profesor Hamdan sudah tercegat di depan. Matanya tajam melihat pelajar tahun akhir yang kini hanya tinggal beberapa kerat saja berbanding masa tahun satu dulu.

Okey kelas! Sila tandatangan di borang kedatangan ni dan orang terakhir yang tandatangan sila kembalikan kepada saya semula.

Sehelai kertas dihulurkan kepada pelajar di bahagian hadapan. Profesor Hamdan memerhati pelajar-pelajar yang hadir dalam kelasnya. Dari pengamatannya, masih ada beberapa pelajar yang masih belum hadir. Dia memang kenal benar setiap pelajar yang hanya berjumlah dua puluh lima orang. Dari seramai hampir seratus orang, itu saja yang tinggal.

Anis turut melihat sekitar dewan kuliah. Memang tak ramai. Kalau dulu dewan kuliah padat sehingga ada yang terpaksa duduk di atas tangga. Sekarang ni sudah tinggal beberapa orang saja bila sistem 3R diperkenalkan lima tahun dulu. Refer, Repeat, Reject! Kalau tak lulus kertas, kena refer semula kertas itu, kalau tak lulus juga lagi, kena repeat tahun pengajian dan kalau tak lulus juga, sudah bengap sangat, kena reject! Itu yang dia selalu ingat. Siap tulis besar-besar di dalam biliknya sendiri. 3R! MY ENEMY.

Dia tak salahkan dia orang yang sudah tergelincir. Mungkin terkejut dengan budaya kampus.

Yalah, masa disekolah dulu, ada cikgu yang boleh pantau. Kat kampus ni, pandai-pandailah bawa diri. Kalau hanyut dengan dunia keseronokan, buku ke mana, exam ke mana. Rasalah akibatnya. Sebelum masuk universiti dulu, sepupunya pernah berpesan.

Alam kampus memang indah dan bebas. Bebas dari kongkongan. Pensyarah tidak sekat pelajar hendak buat apa pun tetapi kalau tergelincir, sendiri kena tanggung. Jadi dia pegang betul-betul pesanan itu.

Macam mana ni..Prof dah sampai! Zara masih belum nampak batang hidung lagi ni! Anis masih terjenguk-jenguk ke arah pintu masuk dewan kuliah. Matanya beralih pula pada Profesor Hamdan yang mula menulis sesuatu di papan hitam.

Manalah minah ni.. Anis jeling borang kedatangan yang hampir tiba di tempat duduknya.

Anis..mana Zara ni Atikah cuit bahu Anis yang masih terjenguk-jenguk dari tadi. Ada riak gelisah di wajahnya.

Anis hanya angkat bahu.

ANIS hempas tubuh di atas katil. Habis kelas Profesor Hamdan tadi, dia terus pulang. Jarum jam di atas meja belajar sudah menghampiri lima petang. Perutnya mula berbunyi minta diisi.

Solat dulu lepas tu baru makan. Anis menuju ke bilik air.

Seusai solat asar, dia segera ke dapur. Kebetulan ada pucuk paku dan tiga ekor ikan kembung.

Hmm.macam bau sambal belacan!

Anis menoleh ke arah pintu dapur. Sarah, teman serumah yang juga pelajar UM, bidang Sains sudah tercegat di situ. Tersenyum manis menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya.

Alah..aku tahu dah maksud senyuman kau tu.. Anis mula menceduk nasi ke dalam pinggan. Dah faham sangat dengan Sarah. Memang pantang nampak makanan.

Anis! Kau ni masak simple macam ni pun sedap! Oh ya! Aku ada beli betik muda ni. Kau buat somtam eh..boleh tak Sarah letak bungkusan plastik di atas meja. Sebiji buah betik dikeluarkan dari bungkusan itu.

Kau nitak jemu ke makan somtam Anis gelak. Sejak teman serumahnya tahu yang dia menjual somtam di kampung, hampir setiap minggu dia disuruh buat somtam sebagai menu ringan ketika petang atau malam.

Entahlah! Sejak aku rasa somtam kau pertama kali, aku terus jatuh cinta! Dah macam ketagih pulak! Sarah ketawa kecil. Ikan goreng dipatahkan dan diambil bahagian kepalanya saja.

Kau ni kan, suka sangat makan kepala ikan! Patutlah kau susah sangat nak menghafal! Anis jeling Sarah yang begitu berselera meratah kepala ikan goreng.

Macam mana kau tahu kepala ikan ni buat kita susah nak menghafal

Tak adalah, aku perasan kau sampai sepuluh kali ulang, baru kau boleh hafal. Sebut pasal makan kepala ikan ni, aku pun tak berapa arif sebenarnya. Ikan ni halal dimakan bahagian mana sekalipun. Dalam Quran pun ada sebut, binatang buruan laut dan makanan dari laut halal dimakan. Seingat aku dalam surah Al-Maaidah, ayat 96. Yang aku sebut tadi tu, itu pantang larang orang tua dulu. Yalah, tengok anak gadis meratah kepala ikan. Buruk lantak! Anis sengih.

Huih! Kau ni hafal Quran ke Nak jadi hafizah pulak ke Sarah ambil lagi bahagian ikan yang lebihan tadi lalu dikunyah lahap.

Tak adalah sampai macam tu. Malam tadi kebetulan aku baca surah tu dan terjemahannya sekali. Anis sengih. Alim ke aku ni Takkan dah hafal satu ayat pun dah dikira hafizah Karang tak pasal-pasal aku riak. Nauzubillah!

Oh Sarah anguk-angguk.

Sarah, kau cuci semua ni ya! Aku dah masak, jadi kau pula la yang basuh! Anis kenyit mata. Dia segera mengutip pinggan kotor dan letak di dalam singki. Sebelum beredar dari dapur, sempat dia bancuh segelas kopi panas.

Anis! Ingat tau! Nanti kau buat somtam sedap-sedap tau! Sarah melaung dari dapur.

Yalah! Lepas maghrib nanti, aku buat! Anis senyum dan terus melangkah menuju ke bilik. Pintu bilik ditutup rapat. Tidak mahu diganggu. Tugasan yang diberi oleh Profesor Hamdan perlu disiapkan segera.

ANIS ke dapur semula. Dia sudah berjanji dengan Sarah tadi. Kalau tidak, rajuk Sarah berhari-hari. Dia mula menyediakan somtam.

Hmm..sedapnya!

Kau ni kan! Selalu buat macam ni! Dah baca bismillah ke belum ni Main makan je! Patutlah tak pernah kenyang! Lapar macam mana pun kita, baca dulu kalimah Allah yang suci tu. Biar berkat apa yang kita makan. Anis sengih melihat Sarah tiba-tiba dah menyuap somtam ke mulut. Tiba-tiba muncul. Kuat sangat ke bau somtam aku ni..

Baiklah wahai ustazah Anis!Sarah sengih.

Bismillahirrahmanirrahim Sarah senyum sambil menadah tangan. Pantas saja dia menyambung mengunyah somtam.

Anis geleng.Dah sebiji macam anak buahnya.

Sarah sengih menampakkan sebaris giginya yang putih bersih. Dia senang dengan Anis yang suka memasak dan tidak lokek dengan senyuman..

Tapi kenapa kau ambil jurusan pengurusan pentadbiran ehSarah pandang Anis yang masih menongkat dagu.

Entahlah Sarahaku pun tak faham. Dulu aku ingat tak ada kursus masak-memasak ni. Rupanya ada diajar kat universiti. Nak buat macam mana..dah nak habis pun aku belajar jurusan ni. Kita kan dah masuk tahun akhir. Tapi insya-Allah, aku ingat aku nak sambung buat bidang kulinari la.. Anis mula pasang angan-angan.

Bagus! Aku sokong dua ratus peratus! Sarah senyum. Tangannya diangkat menunjukkan isyarat thumbs up.

Macam nilah kawan aku! Bagi semangat dan sokongan!Cayok! Anis turut beri semangat pada diri sendiri.

ErrIna tak balik lagi ke Anis jenguk ke arah ruang tamu. Selalunya waktu begini Zarina sudah terjongol di rumah. Zarina, seorang lagi teman serumah. Ambil jurusan TESL. Memang bergaya dan seksi.

Entahlah, tadi dia kata ada discussion sikit sampai malam. Sarah turut menjenguk ke arah ruang tamu.

Sampai malam Tak takut ke kalau apa-apa jadi

Anis mula tidak senang. Dia terus melangkah ke ruang tamu. Langsir diselak sedikit. Mengintai ke luar laman. Kereta MyVi merah milik Zarina masih tidak kelihatan. Zarina mudah terikut dengan sikap kawan-kawan sekelasnya di kampus. Bebas ke sana ke mari. Kalau ikutkan rentaknya begitu, sudah lama dia boleh dibuang universiti. Nasib baik otak Zarina itu bijak. Mudah mencerna apa yang pensyarah ajar. Jadi dia tidak ada masalah dalam pelajaran. Kalau orang lain, sudah lama kandas.

Alah..macam kau tak tahu! Kalau tak ada discussion pun dia tu selalu balik lambat! Maklumlah ramai balak yang sanggup temankan! Tak macam aku ni, masih sendiri walaupun dah nak habis belajar.. Sarah turut intai. Menjenguk ke luar tingkap.

Balak Anis berkerut kening.

Kau ni punbalak tu lelakilah! Sarah sengih.

Erk! Lelaki Eii..macam-macam! First thing yang aku terbayang tadikayu balak! Anis ketawa mengekek.

Tu la kau..tak pernah ambil tahu istilah orang muda sekarang ni. Kalau orang tipu kau pun, kau percaya! Sarah gelak kecil. Lurus bendul betul minah ni!

Suka hati kaulah! Pada aku, tak ada guna belajar istilah pelik tu. Tak ada faedah. Anis menjuihkan mulutnya.

Yalah ustazah oi! Setiap kali cakap dengan kau ni..aku surrender! Sarah angkat kedua tangannya.

Anis gelak.

Sarah..aku bukan apa. Pasal Ina tu..sekarang ni macam-macam boleh berlaku. Usahkan malam, siang hari pun boleh berlaku benda-benda tak baik ni tau! Anis mula resah. Sesekali dia jenguk ke laman rumah.

Entahlah....aku pun tak tahu nak cakap apa lagi. Kau sendiri tahukan, dia tu bukan boleh ditegur sangat. Malah dia kata kita ni nak menyibuk. Sarah turut mengeluh. Sejak tinggal di rumah tu, dia hanya rapat dengan Anis. Dia dan Anis sama-sama satu kepala. Banyak perkara boleh diredah bersama. Yang membezakan hanya Anis suka memasak dan dia pula suka makan!

Jomlah, isyak dah lama masuk ni. Kita jemaah ya! Anis ajak Sarah. Dia segera tutup tingkap dan mula melangkah ke bilik. Sarah hanya mengikut Anis melangkah ke tingkat atas.

DI BILIK, Anis mula menelaah dan menghabiskan tugasan untuk dihantar kepada Profesor Hamdan. Sesekali Anis mengurut tengkuk. Terasa penat dan lenguh. Dia menyambung semula menaip tugasan yang masih berbaki beberapa muka surat lagi. Buku kecil berkulit jingga itu dibuka perlahan. Halaman demi halaman nota itu dibelek. Semuanya diabadikan di situ. Dari kisahnya sehinggalah coretan usrah semasa menghadiri kuliah agama atau ceramah.

Pen di atas meja dicapai. Coretan diabadikan di atas kertas putih itu sekali lagi. Pertemuan dengan lelaki bermata biru, kisah hati dan kisah kehidupan di kampus. Lega bila dapat menghamburkan apa yang terbuku di hati. Puas hati! Tidak pernah dalam hidup, lelaki bertindak seperti itu padanya.

Tapi.kenapa aku rasa pelik semacam je ni. Kenapa hati aku berdebar je.. Tapak tangan kanan diletak di dada. Ada rasa getaran.

Sekali lagi pen dilarikan di atas kertas putih.