Tak apalah encik, saya boleh jalan sendiri. Maaf sebab buat kereta encik nyaris berlanggar tadi. Ujar Danira resah. Dia mahu meneruskan langkah, namun lelaki itu cepat-cepat menahannya.
Tunggu sekejap. Pinta lelaki itu. Cermin mata yang dipakainya ditanggalkan menyerlahkan seraut wajah kacak dengan rambut pendek yang kemas. Danira terpaku sejenak memerhatikan lelaki itu apabila mata mereka berlaga.
Melihat lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari dalam dompetnya, dia tercengang. Namun hatinya jadi lega sebaik menyedari lelaki itu memegang sekeping kad. Kad itu dihulurkan ke arahnya. Dengan hati separuh ragu-ragu, dia memaksa diri menerima jua pemberian lelaki itu.
Kalau ada kecederaan atau apa-apa masalah, awak contact saya ya. Nombor saya ada kat dalam kad tu. Ujar lelaki itu lagi.
Melihat Danira hanya berdiam diri, lelaki itu segera meminta diri. Sekejap sahaja lelaki itu menghilang ke dalam perut keretanya. Tidak lama kemudian, Audi Coupe berwarna hitam berkilat itu dipecut agak laju sebelum menghilang dari pandangan.
Danira segera melirik isi kad tersebut. Nama lelaki itu jelas terpapar di situ. Dia mengeluh kecil. Entah apa gunanya kad itu padanya Tak mungkin dia akan menghubungi lelaki itu lagi selepas ini. Lagipun dia bukannya cedera teruk atau patah riuk di sana-sini. Lelaki itu entah akan ditemuinya lagi atau mungkin tidak. Namun kad pemberian lelaki itu disimpan jua di dalam begnya. Sedikit pun dia tidak menyedari dirinya diekori sebuah kenderaan yang berhenti di seberang jalan.
SEBAIK bas yang dinaikinya berhenti di simpang jalan, Danira cepat-cepat turun dari perut bas yang agak sesak. Matanya terpaku sejenak pada sebuah kawasan perumahan yang cukup dikenalinya. Meski berat hatinya mahu menjejakkan kakinya ke perumahan itu lagi, namun kali ini dia terpaksa. Seperti yang sudah diduga, kedatangannya disambut dingin oleh sepasang suami isteri yang mendiami rumah tersebut.
Hah bila kamu keluar dari penjara Lelaki tua separuh umur itu menjelingnya dari atas ke bawah. Wanita di sisi lelaki itu juga begitu. Sekadar mencemik sinis ke arahnya bagaikan dia kucing kurap yang jijik mahu dipandang.
Danira tertunduk. Separuh hatinya malu kerana disergah sebegitu rupa di hadapan pintu rumah itu. Apatah lagi jarak di antara rumah-rumah di kawasan kejiranan itu dekat sahaja. Namun mengenangkan apa yang dihajatinya dari sepasang suami isteri itu, dia memaksa dirinya bersabar.
Pagi tadi Pak Long. Err..NiraNira sebenarnya.. tergagap-gagap dia mahu bersuara. Hendak memulakan apa yang dimahukannya itu yang payah.
Kamu nak apa sebenarnya Nak duit Kamal memintas.
Bukan Pak Long. Dia menggeleng, pantas.
Habis
Nira nak cari Naufal. Pak Long dan Mak Long tahu Naufal di mana Akhirnya terluah juga pertanyaan itu dari bibirnya.
Hai adik kamu, takkan kami nak menyimpan dia dalam rumah ni. Musliha mencebik. Pandangannya jelas sinis dan menghina. Benci sungguh dia pada gadis yang bertudung litup di hadapannya. Konon bertudung, nak tunjuk alim la tu, desis hati Musliha.
Tolonglah Mak Long, Pak Long. Nira nak sangat jumpa dengan Naufal. Pak Long tentu tahu di mana dia berada kan Nira minta sangat dengan Pak Long, tolong beritahu Nira mana Naufal. Rayu Danira. Kolam matanya sudah bertakung. Hanya menunggu masa untuk jatuh berderai.
Aku tak tahu kat mana adik kamu tu. Lepas kamu masuk penjara, dia hilang macam tu aje. Getus Kamal acuh tak acuh.
Entah-entah budak tu dah mampus agaknya. Tak pun dah jadi kaki ganja atau masuk kumpulan samseng, tuduh Musliha celupar.
Danira tersentak. Bulat biji matanya memandang ke arah Musliha. Entah kenapa dia tidak suka mendengar andaian yang melulu keluar dari mulut wanita itu.
Naufal bukan macam tu Mak Long. Suara Danira mulai meninggi.
Hai yang kamu tenung aku ni kenapa pulak Kamu dengan adik kamu tu sama saja Nira. Dua-dua menyusahkan orang aje! Herdik Musliha berang Marah benar dia kerana gadis itu berani melawannya.
Kami berdua tak pernah menyusahkan orang. Hanya Pak Long dengan Mak Long saja yang selalu menyusahkan kami selama ini! Balas Danira tiba-tiba. Hatinya tiba-tiba panas dek keceluparan mulut wanita itu bercakap sesedap rasa. Tanpa menghitung perasaan orang lain!
Apa kamu kata Biadap kamu ni Nira! Jerit Musliha baran. Kamal di sisinya tergaman. Bulat matanya menjegil gadis di hadapannya.
...bersambung
Bab akan datang:
Ke manakah Naufal menghilang Dapatkah Danira bertemu semula dengan adiknya