UNTUK HUJAN DAN ANGIN YANG MEMELUK TIAP MALAM YANG PANJANG - 2
Sudah 30 minit aku berdiri dipeluk suhu bawah darjah 4 Celcius, mengenang pertemuan kita yang tak sampai 5 minit dari stesen Notting Hill Gate. Mungkin saja kita bertentang mata hanya 3 kali. Di dalam tren. Disebalik tangga. Atau di sini. Tapi jelingan kau sejurus keluar tren dan mendakap tangga, cukup membuat aku separuh mati digoncang kekecewaan, tidak menyapa-mu sebelum kau diambil bas 70. 1 minit saja jaraknya sebelum kau diangkut bas, mungkin antara yang paling ku kesali sungguh-sungguh dalam hidupku. Di manakah agaknya hentian seterusmu, Portobello, Ladbroke atau Hammersmith Aku tak tahu, dan aku akan terua menunggu. Aku pernah menunggu 2 tahun, 4 tahun, dan aku tak lelah menunggumu sekali lagi.

Kita semua kan, pernah mengalami Cinta pandang pertama yang seperti itu

Kadang di dalam tren, tika kau duduk dan dia tiba-tiba masuk ke gerabak, atau ketika selisih di tangga, saat kau melangkah turun dan dia melangkah naik dengan buku penuh ditangannya; atau selalunya tika dia duduk minum kopi di kafe sambil berbual rapat dengan temannya manakala kau, terdiam sendirian terpegun menonton tawanya

Yang membuat kita gila kadangnya separuh hari memikirkan si dia - yang tak pernah pula kita temui lagi selepas itu

Pagi itu kau bangun dengan sisa tugasan malam tadi yang belum tersiapkan, dateline kerja-kerja dahulu yang menghimpit serta sukarnya hidup memburu wang dan mimpi; rambutmu tak tersisir, bajumu tak berbasuh, kasutmu tak berstokin dan tiba-tiba;

Si dia memalingkan muka lantas - tersenyum merah kepadamu.

Begitulah, walau betapa teruk atau zalim manapun kita diperlakukan - tidak sesekali dapat menandingi senyuman - si dia, kan

Kita semua pernah kan, jatuh tersungkur ditimpa dunia dihempap beratnya ujian dan merasa; pedihnya rasa sakit seperti itu

Tapi tanpa parut, luka dan rasa sakitnya mengenang memori dan kenangan, kita takkan jadi manusia yang hati-hatinya hidup.

Tidak ada dalam sejarah, pahlawan hebat yang kulitnya licin flawless kan

Orang kata, Cinta ialah memahami. Tak perlu diterangkan. Cinta, ialah bagian dari kita yang hidup sendiri. Cinta, tak perlu dijelaskan. Tapi aku fikir, jika Cinta ialah memahami, mengapa wujud penderitaan Perpisahan

Jadi mungkin, Cinta bukan memahami. Tetapi ialah bagian buruk dari diri kita. Cinta mungkin, pengkhianatan diri kita untuk memusnahkan diri kita sendiri.

Ah ya, tak perlu dijelaskan jika sudah mengkhianati, kan

Untuk setiap jatuh, bangun kadang-kadang bukan pilihan.

Tetapi adalah rutin.

Untuk setiap pendakian, turun bukanlah satu-satunya pilihan.

Di hadapan - terbentang luas lagi 100 gunung.

Dan untuk setiap kezaliman, perlawanan bukanlah pilihan.

Tetapi adalah satu-satunya jalan.

Jatuh, bangun semula.

Daki, dan terus mendaki lagi.

Lawan dan tak berhenti melawan, ialah punca mengapa kita hidup.

Orang kata, hidup ini sekejap. Berbuatlah sebaiknya.

Tapi untuk hati-hati yang dijenguk kenangan tiap malam, hidup ialah sebuah rindu yang diperpanjangkan.

Dan menyimpan rindu di sudut hati mungkin sejenis kekejaman terhadap; diri sendiri.

Kenapa kita perlukan seseorang untuk mengenali kita

Kenapa kita perlukan seseorang untuk jatuh hati

Kenapa kita perlukan seseorang untuk memanggil kita

Kenapa kita perlukan tangan seseorang untuk dakapannya

Kenapa kita perlukan Cinta seseorang, hanya untuk jatuh hati terhadapnya