Kadangkala pula, mendengar sesetengah siaran radio FM itu menambahkan keruwatan fikiran. Perbualan bodoh dengan pendengar membuatkan pemandu yang terperangkap menjadi mual mendengamya. Darjah kemarahan pula berbeza-beza. Tidak kurang pula ada yang mengkritik kecekapan manusia perancang bandar apabila mereka menjadi mangsa yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Jiwa mana tidak tertekan apabila berhadapan dengan suasana demikian. Sudah menjadi fobia bagi sesetengah orang apabila memasuki kota raya pada waktu-waktu puncak.
Di kota raya ini waktu puncak mereda pada larut malam dan dini pagi. Warganya kerap berbangga sebagai kota metropolitan yang tidak pernah tidur. Menjadi pemandu di kota raya memang terseksa. Jiwa mereka terus dilambung amuk stress dengan akibat tekanan darah memeuncak naik. Tidak hairanlah kalau banyak oenghuni kota menghidap hipertensi dan penyakit jantung. Kalau saban pagi rasa amarah kerap menggelegak jiwa, pasti jantungnya akan lebih dulu pencen sebelum dia bersara. Anehnya,dialah yang kerap menguar-uarkan kaedah dan pendekatan kejiwaan, bagaimana meukar suasana negatif kepada suatu keadaan yang positif. Dengan membina utopia ketenangan, jiwanya tenteram dan damai. Sayangnya, selaku pendakwah kesihatan jiwa, dia gagal pada pagi itu, melaksanakan sesuatu yang selalu dikhutbahkan. Menjinakkan amarah adalah kemahiran ikhtisasnya, namun apabila dia sendiri terperangkap dalam kesesakan jalan raya, lebur semua ilmu kejiwaannya. Dia hanya menjadi binatang manusia yang hanya berbicara dalam kata-kata penyumpahan. Begitu juga pemandupemandu lain. Tampak melalui jendela-jendela kenderaan, dalam bas mahupun kenderaan persendirian, wajah-wajah marah, bengang, muram, gelisah dan tegang. Wajah-wajah kecewa itu, sepertinya juga, sedang memburu masa. Mereka ialah pemburu masa yang mengejar waktu. Rasa-rasanya macam mahu memetik suatu suis yang membolehkan keretanya terbang seperti dalam filem-filem fiksyen.
Biasanya untuk mengelakkan penyakit sebegini, dia bertolak dari rumahnya seawal pukul 6.30 pagi. Jika tidak kerana anak perempuannya, dia pasti menyesal lantaran terpaksa melanggar kebiasaannya itu. Pagi itu, dia pergi ke sekolah anaknya, menandatangani buku laporan kemajuan murid. Segala pujian guru kelas mengenai anak puterinya sedikit banyak mengurangkan bahana kesesakan jalan raya.
Untuk memasuki pintu belakang kawasan letak kereta institut, dia harus melalui Jalan Pahang. Dia terpaksa menempuh jalan masik HKL yang sempit itu.
Sejak tadi beberapa ambulans terus menyembunyikan semboyan yang sudah tidak dhiraukan pemandu-pemandu yang ikut terperangkap.
Mereka tidak punya ruang untuk meminggir. Entah berapa banyak kes DOA (Death On Arrival) dicatat di Jabatan Kemalangan dan Keecemasan. Pantaslah nama itu dipilih. Bertambah cemas dan malanglah mereka. Strukstur asas hospital itu dibina sebelum merdeka, dengan penambahan dan pengubahsuaian hospital itu sebenamya tidak pernah berhenti; jelas sekali peranncangan awal HKL tidak mampu menampung trafik KL pada abad ke-21. Melewati Institut Nefrologi dan Urologi Negara, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, Institut Pediatrik Negara kemudian Institut NeuroSurgeri Negara, Hospital Bersalin KL dan Institut Fertiliti Negara di belakang hospital itu, Dr. Shukri membelok kiri sebelum Institut Jantung Negara. Institut Mental Negara, tempat Dr. Shukri bertugas terletak di antara IJN dengan Institut Hematologi Negara, dulunya Bank Darah Negara yang bertentangan dengan Institut Penyakitpenyakit Respiratori Negara, yang mengganti nama Pusat TB Negara. Ke sebelah selatan, tersergam sama indah dengan bangunan IMN ialah bangunan ION. Dulunya dipangil Institut Barah Negara, kini diberi nama lebih canggih, Institut Onkologi Negara. Entah apa saja institut, ada di kompleks itu seolah-olah sebuah hypermarket perubatan yang sebahagian besamya melalui proses penjenamaan semula dan penswastaan. Dr. Shukri masih menunggu bila pula Jabatan Kemalangan dan Kecemasan menjalani penjenamaan baru dengan bertukar kepada Institut Traumatologi Negara. Tertanyatanya nama baru untuk Hospital Bersalin KL, apakah nama glamor yang bakal dipilihnya. Takkanlah Institut Bersalin Negara. Dia masih ingat, dialah antara orang yang terlibat dalam penjenamaan Jabatan Psikiatri HKL.
Dialah orangnya yang berjuang untuk nama Institut Mental Negara. Banyak cadangan agar institut itu memberikan namanama metafora seperti Hospital Bahagia, Hospital Permai, Hospital Sentosa dan Hospital Mesra. Dia lebih gemar realiti daripada sembunyi-sembunyi. Makna sebenamya disembunyikan disebalik nama-nama pelembut yang bertentangan dengan kenyataan yang berlaku di hospital-hospital itu. Bahagia, permai, sentosa dan mesra ialah kata-kata harapan yang tidak kunjung tiba. Banginya, IMN menggambarkan realiti sebenar. Tidak peru basa-basi dan sebarang metafora kata.
Kota raya dan penghuninya memerlukan khidmat institt itu. Lahimya IMN atas akiba pertumbuhan dan perkembangan kota raya itu sendiri.Pembangunan fizikal kota raya yang pesat menimbulkan bencana kejiwaan dan kerohanian kepada sebahagian besar penghuninya. IMN mempunyai lapan belas tingkat. Ketinggian sahaja dengan sendirinya berbicara tentang magnitud dan insiden penyakit-penyakit kejiwaan di kota raya itu khususnya dan si seluruh negara pada amnya. Pintu masuk IMN dulunya merupakan hostel doktor pelatih untuk HKL. Hostel itu telah dirobohkan untuk memberikan laluan kepada pembinaan bangunan Institut Mental Negara. Hostel housemen dibina di tapak baru di belakang Hospital Bersalin bersebelahan Institut Fertiliti Negara yang menempatkan Bank Sperma Negara.
Sebenamya kompleks perubatan di HKL sendiri menceritakan segala-galanya mengenai tahap kesiahatan warga KL dan rakyat Malaysia. Malah, kegamatan di Jabatan Pesakit Luar HKL menggambarkan kegagalan usaha-usaha pencegahan sebagai langkah awal menangani sebarang penyakit. Mencegah lebih baik daripada merawat ialah angan-angan penghuni kota dan pembuat polisi kesihatan. Slogan itu lebih mudah diucap, tidak semudah dibuat. Hanya setelah terlambat, denggi berdarah sudah membunuh, membalikkan takungan air hanya tinggal angan-angan. KL, kota juang menentang penyakit yang ikut menghidupkannya dengan bisnes perkhidmatan perubatan yang memewahkan para pengamalnya.
Hampir pukul 10.00 pagi, dia sampai ke waad lelaki SU di tingkat 11. Biasanya, dia ke pajabatnya dahulu di tingkat 19. Memang bangunan itu mempunyai 18 tingkat. Kerana entah apa sebabnya, kontraktor bangunan meniadakan tingkat 13. Tahayul, misteri atau rekaan minda merupakan subjek perbincangan yang sering tidak diperkatakan secara objektif. Baragkkali itulah penyakit rohaniah orang Malaysia. Orang Rusia malah menganggap nombor 13 sebagai nombor good luck. Bagaimana kuatnya pengaruh kepercayaan zaman pertengahan Barat mempengaruhi manusia-manusia yang berada di bawah cengkaman hegemoninya. Biarpun ia suatu ketahayulan. Bila lif samapai di tingkat 12 terus menjadi tingkat 14. Sebab itu bilik Dr. Shukri berada di tingkat 19 padahal bangunan itu mempunyai 18 tingkat sahaja. Dari aras itu, dia dapat melihat Menara Berkembar Petronas, Menara KL dan segala mercu tanda yang menjadi kebanggaan kota raya itu.
Selamat pagi, sapa Dr. Balakrishnan dalam bahasa Inggeris.
Selamat pagi. Bagaimana semalam balas Dr. Shukri dalam bahasa pertuturan yang lazim dengan registramya.
Assalamualaikum... terdengar suara sapaan dari belakang. Tidak sempat Dr. Bala menjawab kisah insiden tadi malam. Seorang pesakit cuba terjun dari tingkat 14. Sepatutnya 13. Dr. Shukri ada diberitahu melalui telefon.
Waalaikumussalam..., balas Dr. Shukri. Dia segera mengenal suara itu. Suara Dr. Lutfi, pegawai perubatan kanan psikiatri. Kedua-dua mereka di bawah seliannya.
Bagaimana semalam Saya menanti panggilan anda. Dr. Shukri mengulangi pertanyaannya. Saya tunggu sampai pukul 11.45 malam. Tiada panggilan, saya jangka anda dah selesaikan masalah
itu.
Pesakit akhimya berjaya dipujuk, jelas Dr. Bala.
Pesakit yang mana tanya Dr. Lutfi.
Perempuan Cina, 37 tahun, D14S, depresi pascanatal. Dia sekarang di mana tanya Dr. Shukri.
Dimasukkan ke kubikle D14U, masih dalam straight-jacket. Bukankah dia diberikan SSRIs tanya Dr. Shukri.
Dia tak makan, balas Dr. Bala.
Aneh! komen Dr Shukri pendek sambil memandang ke arah belakang.
Puan Salbiah, macam mana ni pesakit tak ambil ubat tanya Dr. Shukri dalam bahasa Melayu.
Budak-budak saya memastikan semua pesakit mengambil ubat, jawab Puan Salbiah yakin dan tegas.
Dengar tak, apa yang Dr. Bala kata tadi. Dr. Bala mesti ada bukti.
Mereka cek mulut pesakit. Kerja itu mereka buat bertahun-tahun dah.
Kalau pesakit ambil ubat, takkan dia nak terjun.
Itulah saya kata 14U, 14S, 14T, 14B semuanya keras, jelas Puan Salbiah, jururawat terlatih yang mengekori ketiga-tiga doktor sambil menolak troli fail pesakit.
Memanglah semuanya keras. Diperbuat daripada simen konkrit yang kukuh, perli Dr. Shukri pada ketahayulan yang cuba dilontarkan oleh Puan Salbiah.
Bukan itu maksud saya. Tingkat 14 itu berpuaka! jelas Puan Salbiah.
Siapa yang buat cerita-cerita begini tanya Dr. Shukri.
Bukan saya. Tu atendan-atendan yang di bawah tu. Mereka cerita, katanya masa pembinaan IMN, ada kes pembunuhan ngeri di tingkat 13. Sebab tu kontraktor menukarkan tingkat 13 kepada 14. Tetapi itu pada nombor saja. Walhal tingkat 14 itu ialah tingkat 13.
Puan Salbiah, saya dah cakap jangan sebarkan berita-berita misteri, kata Dr. Shukri.Dr. Shukri telah mengenali Puan Salbiah sejak housemen lagi. Kebanyakan kawan yang seangkatan dengannya sudah menjadi matron. Dipanggil temu duga, dia tidak hadir. Borang permohonan menjadi matron diisi kawan karibnya yang sudah dilantik matron kanan. Kalau sudah menjadi matron, kenalah dipindahkan. Kalau dipindahkan ke Hospital Selayang masih tidak mengapa. Hospital Putra Jaya masih boleh. Tetapi, kalau dipindahkan ke Hospital Kangar atau mana-mana hospital di Sabah dan Sarawak, habislah. Dia bukannya ada kabel dan suka mencari kabel. Biarlah dia tidak mejadi matron. Anak-anaknya masih belajar di KL. Kalau pindah banyak susahnya. Suaminya sudah berjaya dengan gerai makannanya. Pasti dia tidak mahu ikut. Tidak terfikir suaminya untuk menyewakan kepada orang lain. Itu gerai lombong emas. Ada hari, pendapatan kasar melebihi gaji doktor pelatih sebulan. Suaminya pernah mendesak dia memohon pencen opsyenal. Puan Salbiah tidak berkenan. Dia tidak mahu melayan pelanggan gerai. Sudah menjadi jururawat sejak muda. Biar pencen baru berhenti.
Sayalah yang susah. Nak atur jadual. Bukan sahaja jururawat, petugas SCS pun keberatan jika diberi tugas di tingkat 14, balas Puan Salbiah merujuk pada amah.
Sekarang tiada amah lagi. Semua yang boleh diswastakan akan diswastakan. Kalau polis dan tentera boleh diswastakan, sudah lama diswastakan. Apabila sudah diswastakan, tidak guna bahasa Melayu lagi. Syarikat-syarikat penswastaan kerajaan pun malu nak pakai nama Melayu. Dulu pakai Kedai Telekom sekarang TM Point. Kedai itu kampungan. Pada era globalisasi, apa sahaja yang berbau Melayu akan dihilangkan. RIMA, sebuah radio stesen kerajaan menjadi korban. FM Klasik lebih sesuai menyambut sahutan globalisasi. Penjenamaan semula merupakan agenda globalisasi dengan peningkatan perbelanjaan untuk pembayaran pakar perunding, pereka cipta logo baru dan ongkos pengubahsuaian. Meskipun, para oerunding itu ialah orang tempatan, tetapi mempunyai rakan kongsi dari Barat. Meskipun tiada saingan seperti di Barat, syarikat-syarikat penswastaan kerajaan berlagak macam kononnya ada sepuluh pesaing dengan mereka. Padahal merekalah sayarikat monopoli.
Syabas Cleaning Services mendapat kontrak lima tahun menguruskan kebersihan dalaman di IMN. Memang betul-betul bersih. Sampah tidak berada lama dalam bakulnya. Bahagian luar bangunan, lain pula kontraktomya. Di kawasan taman IMN pula yang luasnya sekangkang kera pun diswastakan. Mereka dapat kontrak pemuliharaan semua kawasan landskap di seluruh kompleks HKL termasuk IMN.
Lufti, petang ni, beri ECT pada pesakit D14U, arah Dr. Shukri.
O.K., jawab Dr. Lufti pendek.
Mereka menyambung ronda wad sambil berbincang mengenai perkembangan kemajuan pesakit-pesakit di wad tersebut. Pesakitpesakit di S11B semuanya dinilai tidak memiliki ciri-ciri ganas dan agresif. Jadi, mereka ditempatkan di wad Skizofrenia Tingkat 11 Sayap Barat, bebas bergerak, tetapi hanya terhad di aras itu dan di Sayap Barat saja. Pintu skaner ibu jari kiri mengawal pembukaannya. Sungguh canggih. Dengan tidak menyebut perkataan skizo, doktordoktor berkomunikasi dalam kod-kod diagnosis yang hanya difahami di IMN. Stigma menjadi pesakit psikiatri cukup menebal dalam kalangan masyarakat.Kes pesakit-pesakit yang ditempatkan di sini yang diamati secara ringan. Jika perlu pengamatan rapi, mereka akan ditempatkan di bilik kajian dan bilik akut yang mempunyai CCTV dan dinding kaca pandang sehala.
Di wad S11B, semuanya pesakit skizofrenia atau disyaki berpenyakit demikian. Ada lima puluh pesakit di Sayap Barat ini. Macam-macam jenis skizo ada di sini. Apabila menghampiri seorang pesakit, doktor-doktor itu akan mengerling pada carta dan berpura-pura seolah-olah dia kenal atau hafal nama pesakit itu. Biasanya mereka kerap dikenali dengan nombor katil mereka sahaja. Inilah yang berulang di katil S11B5.
Apa khabar Pak Omar tanya Dr. Shukri.
Beruang, seluang, keluang, sengkuang, rawang, sengkang, sembang, ruang, wang, gendang, belalang, jalang ... malang . rahang, peluang, padang, pulang . . sembahyang, sayang....Tiba-tiba Pak Omar menangis.
Dia tidak peduli kehadiran pengunjung-pengunjung tetapnya. Wajahnya benar-benar sedih. Setiap kali dia mengeluarkan suara, itulah ungkapan tanpa makna yang dinyatakan berulang kali dan mempunyai rima yang tidak dimengerti. Tetapi, bukan tiada makna dan tanpa erti. Rima kata-kata dikaji kedua-dua doktor Melayu itu untuk mendalami Iambang-lambang dan tanda-tanda beralamat yang mungkin tersirat di sebaliknya. Agak sukar bagi Dr. Bala untuk meneliti dalam konteks hermeneutika Melayu. Tetapi, apabila berbincang dengan Dr. Shukri dan Dr. Lufti, dia cepat memahaminya. Apabila pesakit etnik India mengungkapkan lambang-lambang ketuhanan Hindu yang disebut-sebut dalam penyakit kejiwaan yang berpautan dengan agama, maka Dr. Balalah yang menjadi pakar rujukan. Dia akan mengupas masalah pesakit India melalui hermeneutika Hindu. Makin kayalah mereka dengan perkongsian ilmu yang merentas batas-batas budaya dan agama.
Lihat bila dia sebut sayang sahaja dia menangis, kata Dr. Shukri.
Apa pula kaitan sembahyang dan sayang tambah Dr. Lufti.
Nanti adakan sesi intensif untuk mencari makna perkataanperkataan itu, sambung Dr. Shukri.
Mungkin ada peristiwa tragis di sebalik sembahyang dan sayang. Dr. Bala mencelah.
Perkataan-perkataan lain tidak menyebabkan dia menangis. Dua perkataan itu. Saya dah beberapa kali mendengamya, tambah Dr. Lufti.
Jalang . . . malang juga suatu kontradiksi dengan sembahyang sayang, jelas Dr. Shukri.
Dia masih membuat tembok lisan yang sukar kita tembusie Barangkali masih terperangkap dalam penjara kata, balas Dr. Bala.
Psikoterapi
Risperidone.
3 mg OD
Ya.
Tambah bd.
Pasti lama terbiar.
Enam bulan.
Tanpa psikoterapi.
Largactil 50 mg tds.
Siapa yang beri
Di mana
Rujukan dari Dr. Azman, Yan, Kedah, kata Dr. Lufti.
GP masih pakai Largactil
Mungkin kerana murah. Pakai Risperadone di luar boleh sampai dua ribu dua ratus ringgit sebulan. Doktor kampung, mencela Puan Salbiah.
Yan bukan lagi kampung, bela Dr. Lufti.
Mana tak kampungnya. Naik kereta tak habis tiga minit dah sampai ke hujung bandar, tambah Puan Salbiah.
Sekarang ini Yan dibangunkan sebagai bandar pertanian. Kalau kita mahu masuk Yan akan terpampang Bandar Pertanian Yan. Sebuah kampung sejenis buah, bela Dr. Lufti.
Zaman dulu balik kampung semua buah ada, sambung Puan Salbiah.
Bukan macam tu. Kampung-kampung masih ada buah-buah lain, tapi penanaman secara komersial satu-satu jenis buah dilaksanakan satu kampung atau beberapa kampung jika kampung-kampung itu
kecil.
Macam mana kau tahu sangat mengenai Yan tanya Dr. Bala.
Saya ni membesar di Yan.
Di kampung atau di bandar Yan
Mana orang Melayu duduk di bandar. Dia ada kedai di Bandar
Pertanian Yan pun, dia tetap balik ke rumahnya di kampung. Awak tak kenal pesakit ini tanya Dr. Shukri.
Tak kenal.Tapi alamatnya tak jauh dari kampung saya. Kira-kira lima kilometer dari rumah bapa saya.
Bagaimana dengan senario sosio politik di sana tanya Dr. Shukri. Penduduk Islamnya berpecah belah menurut dua fahaman politik. Amat menyedihkan jika disebut. Apa-apa upacara yang melibatkan anggota kelompok yang sama, tidaklah menimbulkan sebarang konflik. Tapi masalah timbul bila umpamanya, anak dan bapa menjadi penyokong kuat dua parti orang Melayu yang saling bertentangan. Bila terjadi apaapa pada anaknya maka akan terjadi konflik.
Konflik apa tu tanya Dr. Bala menunjukkan minat.
pernah terjadi anaknya seorang anggota parti Islam kiri, bapanya pula parti penyokong kerajaan. Bila dia meninggal, sembahyang mayatnya dua kali. Sekali dengan kawan-kawan parti bapanya dan kali kedua oleh pengikut-pengikut dan sahabat-sahabatnya dalam parti Islam kiri.
Salahkah sembahyang mayat dua kalitanya Dr. Bala.
Salah tu tidak.Tapi bila menuduh sembahyang mayat tak sah, itulah yang jadi gamat.
Orang-orang kampung tak bantah tanya Dr. Shukri.
Kalau bantah, tentu jadi insiden. Semua dah tahu, dibiarkan sajalah, jelas Dr. Lufti.
Di kampung saya pun ada dua parti orang Melayu.Tetapi tak bergaduh pun.
Kampung Dr. Shukri di mana tanya Dr. Lufti.
Kuala Pilah.
Memang tak ada. Parti kerajaan kuat di situ. Di kampung saya, di kubur pun kadang-kadang terjadi insiden.Orang-orang parti Islam kiri akan meletakkan lambang berwarna hijau di kepala jenazah. Orang-orang parti kerajaan akan angkat buang. Lebih teruk bila anak-anak dari masing-masing parti berkahwin. Akad nikah dua kali. Bila kenduri, orang-orang parti Islam kiri makan nasi dengan acar sahaja di rumah orang parti kerajaan. Ayam dan daging lembu dibuat apa sekalipun tidak dijamah kerana disembelih oleh orangorang Islam dari parti kerajaan, jelas Dr. Lufti.
Kira-kira pesakit ini daripada kalangan mana tanya Dr. Bala.
Saya agak dari parti berfahaman kanan, jawab Dr. Lufti.
Apakah ada tanda-tanda kemelut kejiwaan yang dialaminya berkaitan dengan konflik-konflik sosio politik di kampung tanya Dr. Shukri.
Beri sedikit masa nanti saya siasat, balas Dr. Lufti.
Tiba-tiba lelaki separuh umur yang duduk di sebelah kiri katil Haji Omar mencelah.
Aku mahu pulang!
Nanti dulu biar pulih betul-betul, nasihat Dr. Shukri.
Aku mahu pulang!ulangi pesakit itu.
Mahu pulang ke mana
Aku mahu pulang ke hutan.
Kan tuk batin sudah ada rumah banglo di KKB. Mengapa mahu pulang ke hutan tanya Dr. Shukri.
Aku tak mungkin kembali ke banglo itu.
Kenapa Kan itu juga rumah kamu. Kamu kan banyak kawankawan di sana
Aku mahu pulang ke hutan.
Tuk batin mahu meninggalkan segala kemewahan hidup di banglo besardan kembali ke hutan belantara tanya Puan Salbiah mencelah perbualan tuk batin dan Dr. Shukri. Puan Salbiah telah sekian lama mengidam hendak tinggal di rumah banglo.
Ah, rumah banglo itu bukan lagi milikku. Majlis mahu mengambil rumah itu.
Kalau tuk batin kembali ke hutan,tuk batin akan bersendirian. Anak-anak buah tuk batin semuanya tinggal di penempatan baru yang disediakan pemaju. Ada sekolah, lengkap kemudahan air, elektrik. Ada tadika, ada sekolah dan ada siaran TV.
Bebaskan aku.
Tuk batin tidak dikurung di sini. Nanti petang anak tuk batin datang. Kita boleh berbincang.
Dia mahu aku balik ke rumah banglo itu. Hutan itu rumahku.Tidak perlu bayar bil air, bayar bil elektrik, bayar cukai pintu. Mahu berak dan kencing di rumah sendiri pun kena bayar. Di hutan kencinglah sepuas-puas, beraklah sebanyak mana, tak kena bayar apa-apa. Di hutan, tak perlu beli makanan, tak perlu beli teh tarik, tak perlu beli roti canai. Semua yang kami tanam, kami makan. Apa yang kami bela kita boleh makan. Kami boleh berburu. Berpuluh tahun aku bela anjing, tak pakai lesen. Kenapa duduk di rumah banglo itu aku perlu ada lesen. Anjingku tahu rumahnya. Dia keluar sekejap sahaja. Dia keluar bersuka-suka. Tahulah dia balik ke rumahku. Mengapa mereka menembak anjing kesayanganku Hanya kerana dia tidak ada lesen. Dia anjing bebas. Dia anjing merdeka. Dia tidak perlu lesen. Doktor ada lesen Ya,jawab Dr. Bala tuntas.
Doktor juga seperti anjing-anjing di bandar. Harus ada lesen. Anjing hutan tidak ada lesen. Dia kawan setiaku. Dia merdeka. Dia bebas. Mereka kata anjingku gila. Sekarang mereka kata aku gila. Mereka hantar aku ke sini. Merekalah pasti yang gila. Gilakan tanah adat pusaka orang-orang Temuan. Mereka cemburu pada hutan kami. Pemaju-pemaju itu dengki dan iri hati dengan warisan alam yang kami miliki. Mereka merampas tanah kami dengan segala isinya. Selepas setahun pampasan yang pemaju beri, semuanya habis. Kami ditipu dengan pelbagai cara. Aku telah melanggar amanah nenek moyangku atas tanah adat. Aku mengkhianati semangat-semangat simpualang mereka. Aku yang mempengaruhi anak-anak buahku menjual hutan mereka untuk pembangunan. Tetapi, apa pembangunan balas atas jasaku Mereka bunuh anjing kesayanganku.
Pakai peguam, tuk batin lawan balik,cadang Dr. Bala.
Dengan apa mahu dibayar peguam itu. Hutan mana yang ada lagi. Dulu sepuluh ringgit boleh hidup sebulan. Dengan wang sebanyak itu, nak bayar bil berak dan kencing di rumah sendiri pun tak cukup!
Jangan bimbang tuk batin. Memang pemikiran tuk batin sudah O.K. Kita hanya perlu sedikit masa. Tunggu anak tuk batin bereskan urusan di pejabat.
Dia tak akan datang.
Kenapatanya Dr. Shukri.
Dia kata dia tak ada duit nak bayar bil ubat aku di sini.
Nanti Puan Salbiah tolong isi borang, kemudian boleh anak tuk batin jumpa Almoner untuk menguruskan pengecualian pembayaran.
Aku takut untuk sign apa-apa. Kalau ada sign apa-apa, aku tak mahu.
Tandatangan tak ada apa-apa. Tak ada kena bayar tuk batin. Kalau tuk batin tak mahu sign, tuk batin kena bayar bil perubatan.
Tak mahu!
Jangan bimbang tuk batin, tak ada apa-apa di sini, kata Dr. Shukri cuba meyakinkan.
Semua ini tipu helah pemaju. Aku ada di sini pun kerana muslihat pemaju. Mereka itu lintah darat, lintah laut, lintah sungai, lintah Temuan.
Melihat Tuk Batin Dayah bercakap penuh emosi, doktor-doktor pun menghentikan perbualan. Dr. Shukri menenang bahu tuk batin memujuknya untuk bertenang. Dia terus menjanjikan akan menguruskan segalanya. Di telinga tuk batin begitu jugalah manisnya mulut pemaju. Semuanya anggap selesai. Betapa tandatangannya berbentuk pangkahan itu telah membawa bencana padanya dan sukunya orang-orang Temuan. Berkurun-kurun lamanya mereka hidup di hutan sehingga akhimya pembangunan menelan hiduphidupan hutan mereka bersama-sama isinya.
Dr. Shukri melihat dari sudut yang berbeza. Pembangunan membuat manusia menjadi rakus. Overdevelopement itu sendiri merupakan alat dan agenda globalisasi. Tiada pembangunan tanpa kerosakan kolateral, fikimya. Tuk batin dimasukkan ke IMN kerana menderitai Hebephrenic Schizophrenia. Akibat kematian anjing kesayangan dan kemelut kejiwaan yang menimpanya berturut-turut, rasa bersalah yang menekan sanubarinya dan bahana penipuan oleh pemaju dan antek-anteknya, dia tiba-tiba bertukar perangai. Bercakap dan bermain-main seperti kanak-kanak. Kematian anjingnya itu hanyalah ibarat retak menanti pecah. Dengan rawatan di IMN, dia kini sudah mampu mengupas dan menyatakan masalah sebenar. Bukan Iagi berlindung di sebalik alam keanak-anakan yang untuk sementara waktu berjaya menopengi calaran dan cabaran terhadap superego seorang tuk batin. Regresi id sudah berlalu dengan segala gejala penjelmaannya. Betapa pahit sekali kenyataan di alam realiti yang akan dihadapi apabila keluar nanti, perlu ditempuhi dengan sokongan mereka yang berada di persekitarannya dan juga bekalan ubat psikoterapi jangka panjang. Kalau tidak dia akan kembali semula ke IMN.
Di suatu pojok tampak seorang lelaki bersendiri. Kelakuannya agak teaterikal. Dia seolah-olah mendramakan sebuah pantomim. Lelaki Melayu berusia tiga puluhan itu baru saja dimasukkan ke IMN tadi malam. Dia sangat sensitif sekali apabila ditemu bual. Dia dibawa oleh orang awam kerana tingkah dan perilakunya membuatkan dia layak menjadi penghuni di IMN. Di KLCC, dia menanggalkan pakaian lalu mandi telanjang bogel di pancutan air. Tiada sebarang dokumen pengenalan diri. Apabila ditanya terutama tentang bangsanya, dia cepat melatah marah. Apabila dicadangkan petugas pendaftar bahawa dia berbangsa Melayu kerana pertuturannya, dia melenting. Dia mati-mati menafikan dirinya orang Melayu.
Di sudut itu, dia kelihatan seperti orang memandang jauh ke infiniti. Tempo-tempo dia memandang ke siling seolah-olah dia mendongak ke langit. Tersengih lebar dengan wajah kebesaran,dia tampak seolah-olah mengagumi sesuatu yang dipandang di suatu kejauhan. Dengan mulut temganga kagum, matanya melirik ke atas, memandang sesuatu yang bergerak melayang. Tiba-tiba euforia mewarnai wajah lelaki itu. Kegembiraannya tanpa gelak dan ketawa. Gerakan-gerakan teaterikalnya menarik perhatian. Semuanya tanpa suara. Bagaikan seorang aktor di pentas bisu. Gerakan-gerakannya itu bercerita dalam lakonan. Tangan kanannya tampak ibarat menggenggam sesuatu. Matanya kini mengamati ke lantai. Seolaholah mengekori sesuatu di lantai wad. Perilakunya bagaikan seorang pemburu. Dia membaling genggamannya ke arah lantai. Mimik kecewa memenuhi mukanya. Tercetus kata penyumpahan melontar. Itulah satu-satu perkataan yang terlontar di halkum. Hilang kebisuannya seketika. Bergegar makian itu ke segenap penjuru wad. Terkejut semua yang waras mendengarinya. Dia kembali menggenggam tangannya bukan seperti peninju, tetapi seakan-akan membaling lembing. Matanya kembali mengamati, mengekori dan membuat gerakan membaling ke lantai. Dia memungut sesuatu di atas genggaman. Lalu, memasukkan sesuatu ke arah sisi pinggulnya. Semuanya hanya seolah-olah. Bukan kejadian sebenar yang nyata di mata.
Apakah yang kau sedang buat tanya Dr. Shukri.
Lelaki tanpa nama itu tidak menjawab. Nama di failnya, Mr. X. Dia tidak peduli pada sebarang pertanyaan dan tidak ambil kisah dengan persekitarannya. Seperti berada di dunia lain, dia sibuk dengan gerakan-gerakan kosong, membaling dan mengisi sesuatu. Berulang-ulang tanpa jemu.
Dr. Shukri terus bertanya pada Dr. Lufti tentang pesakit itu. Tidak banyak keterangan yang diperoleh tentang warisnya mahupun dokumen pengenalan diri. Terpaksalah mereka menghubungi polis. Biasanya tindakan tersebut akan menghabiskan sedikit masa. Kadang-kadang sampai pesakit keluar, baru mereka hantar daftar orang-orang yang hilang. Selagi pesakit itu tidak terlibat dalam jenayah berat yang melibatkan pembunuhan atau kecederaan serius, pesakit-pesakit sebegitu bukanlah suatu keutamaan. Jika penjenayah itu jelas seorang yang kurang waras, pihak polis cepatcepat pindahkan kes-kes demikian ke IMN, selain yang mendapat perintah mahkamah untuk pemeriksaan psikiatri, Ada penjenayah yang berpendidikan tinggi cuba berlindung di sebalik tabir penyakit kegilaan, tetapi kebanyakan kes terbongkar juga kerana mereka bukanlah pelakon yang konsisten. Akhimya terbongkar juga tembelang dan temberang mereka. Penjara dan lokap-lokap di Kuala Lumpur sesak dengan pencuri, penyeluk poket, penyamun, pembuli jalan, penagih, pelacur, dan remaja berkhalwat yang mengoyak notis kompaun. Apabila ada kes-kes yang berkaitan penyakit kejiwaan, cepat-cepat polis menghantar mereka ke IMN. Dengan itu, mereka berjaya mengurangkan kepadatan penghuni lokap.
Tiba-tiba pager Dr. Shukri berbunyi. Dia meminta Dr, Bala dan Dr. Lufti meneruskan rondaan wad lalu dia bergegas pergi. Dia bergegas pergi kerana ada panggilan daripada Pengarah IMN yang sudah bergelar Datuk. Sebagai timbalan, beliau pasti mengambil berat permintaan bosnya. Maklumlah bosnya akan bersara tahun depan. Tidak diberikan perhatian, takut-takut dia mencadangkan orang luar untuk jawatan Pengarah IMN.
Meskipun Dr. Shukri sudah tiada di wad itu, perhatian Dr. Lufti dan Dr. Bala masih tertumpu pada perilaku yang diperlihatkan oleh Mr. X. Wajahnya sekali lagi diulit kegembiraan yang tidak terkira. Euforia itu dikenal pasti oleh kedua-dua pengamat. Gejala itu sebagai petanda yang membingungkan mereka. Dia berjalan beberapa depa dan kembali ke katilnya. Ceria, riang, ria seolah-olah dia tidak sendirian walaupun tanpa peduli pada mata pengkaji yang memerhatikannya. Dia kemudiannya mengambil sesuatu daripada pinggangnya dan melutut. Tangannya menghulurkan sesuatu seraya tersenyum lebar. Selebar senyuman badut yang ketawa di pentas sarkas. Tampak gerakan-gerakan yang pelbagai. Ada yang menghiris. Ada yang memotong. Tempo-tempo dia menggosok matanya seolah-olah matanya terkena asap. Dia mengibas-ngibas. Dr. Bala tampak menulis sesuatu. Fikirannya terus menerka. Gerangan apa yang dihiris, dipotong Mr. X. Memang beberapa tahun yang lalu, ada kes pembunuhan bersiri yang mayatnya dihiris-hiris dan dicencang-cencang. Kes-kes itu membabitkan kanak-kanak dan pembunuh mengambil jari kelengkeng kiri sebagai piala kekejaman. Sementara itu, Dr. Bala tidak berfikir lebih daripada itu.
Dr. Lufti pula melihatkan keteraturan gerakan-gerakan yang logik urutannya. Tiada gerakan-gerakan kejam dan bengis, malah tenang dan harmoni sekali. Apalagi apabila dia duduk lalu membuka mulutnya luas dan mengacip sesuatu seperti orang sedang makan.
Perbuatan itu diulangnya banyak kali dalam dramatisasi yang berlebih-lebihan. Apabila Dr. Bala mengutarakan kekhuatirannya tentang kes-kes penyembelihan kanak-kanak beberapa tahun yang lalu, Dr. Lufti mengutarakan pandangan yang jauh berbeza. Mr.X tidak memperlihatkan ciri-ciri dan profil seorang pembunuh bersiri. Pembunuh bersiri tidak akan membenarkan dirinya dibawa masuk ke sebarang institusi, malah mereka begitu licik dengan perancangan teliti termasuk memudahkan sebarang penangkapan terhadap diri sendiri. Pembunuh bersiri hidup normal dalam kalangan masyarakat umum. Dr. Lufti percaya Mr.X tidak memiliki akal untuk melakukan kes-kes jenayah yang terancang.
Dalam sejenak waktu, wajah Mr. X bertukar rupa. Matanya kembali merenung. Merenung jauh ke arah saujana mata memandang. Seolah-olah menembus dinding dan tembok IMN. Dengan ibu jari kanan di pelipis dan jari-jari lain berbaris menutupi kedua-dua keningnya, dia berlakon seolah-olah meneropong. Seperti aktor teater, tubuhnya mengikuti gerakan memantau dan meninjau ke kiri dan ke kanan. Mimik yang tercengang berubah muram dan kecewa. Sedih mewarnai semula wajahnya. Dr. Bala melihat bipolarisme, sedangkan Dr. Lufti mentafsir sebagai kekecewaan pada suatu penantian. Urutannya mash logik dan tidak berantakan. Namun, kedua-dua doktor itu tidak menolak masing-masing pandangan. Komen mereka hanyalah suatu latihan minda yang tercetus spontan daripada benak masing-masing. Perkongsian perbezaan pendapat menjadi amalan kebebasan minda tanpa perlu ada siapakah yang menjuarai trofi kebenaran. Apabila seorang mengutarakan sesuatu pandangan, meskipun menyetujui, namun yang mendengar akan mengetengahkan pandangan yang sama sekali berbeza sehingga opsyen mempunyai tempat dalam pemikiran pelbagai hala.
Gerakannya mula bertukar pantas. Wajah sedih menjadi cemas.
Pesakit itu meluru ke tingkap. Petugas-petugas wad bertubuh sasa itu mahu mengamankan Mr.X, tetapi mereka membatalkan niat setelah menerima isyarat daripada Dr. Bala agar jangan mengganggu pengamatan mereka. Lagi pula jerjak besi itu cukup kukuh sebagai penjamin keselamatan. Tidak mungkin sesiapa pun mampu menembusi jerjak keluli di tingkap-tingkap itu.
Mr. X memegang erat jerjak-jerjak itu. Badannya terhuyunghayang ke kiri, ke kanan dan ke depan seolah-olah dia dilambung gelombang. Sambil bergayut di jerjak tingkap, matanya kelihatan kuyu seperti orang laji dibuai ayun. Sekonyong-konyong letusan belahak menggema keluar daripada perutnya diikuti gerakan meloya yang memuntahkan angin. Fikiran Dr. Lufti berputar. Apakah ubat-ubat psikoterapi yang diambil pagi tadi, menyebabkan pesakit berasa loya dan mual. Atau, suatu sandiwara teaterikal yang siratannya tenggelam dalam kekaburan yang dipertontonkan pesakit. Sedangkan Dr. Bala menganggap gerakan-gerakan itu tidak punya makna, tidak punya cerita di sebaliknya.
Wajah kesedihan datang semula. Muram kembali menatapi rupa. Sayu melakari setiap kedutan otot-otot mukanya seolah-olah seorang ibu yang kehilangan anak kesayangan. Dia termenung dan merenung kosong hampa dalam kehibaan. Di benak Dr. Bala tercetus petanda-petanda penantian, suatu penungguan yang lama lagi kecewa dan pendapat Dr. Lufti juga memperakui arca-arca kegundahan dan keresahan itu akibat suatu episod penantian. Tetapi, mereka menyetujui bahawa mereka gagal memperoleh gambaran besar, menyeluruh lagi menyuluh. Semuanya masih kabur dan dipersembahkan dalam kekabutan mindanya. Yang jelas Mr. X ada perutusan yang ingin disampaikan dalam kecelaruan mindanya. Sudah agak terlalu lama kedua-dua doktor itu memberikan perhatian kepada Mr. X. Mereka beredar untuk meneliti pesakitpesakit lain di wad tersebut. Namun, Mr. X tetap bercanda dengan dunia khayalnya. Halusinasi di mata pemerhati, tetapi ia nyata di mata pemiliknya. Mr.X berubah lagi. Tanpa penonton dia tetap melakoni teatemya. Kini dia tampak seperti wira yang kalah berjuang. Berundur dari medan serangan, melindungi mereka yang perlu dilindungi. Membawa mereka ke tempat selamat daripada penyerang-penyerang. Di tempat penyembunyian, dia kesejukan. Jari-jarinya terketar-ketar. Sesekali mengurut-ngurut kedua dua belah telapak tangannya. Kemudian memeluk suatu rangkulan yang besar gigilan bersama.
Gigilan kesejukan berakhir tanpa siapa yang tahu. Di pojok itu, dia bersendirian. Gerak laku baru peragaan mengutip sesuatu dari lantai wad. Diketuk atau dicangkul dengan sebelah tangan lalu terus mengutip. Tidak jemu-jemu dia mengutip, me mencangkul, mengutip dan memasukkan kutipannya ke sisi sakunya. Dia berlari-lari anak, riang semacam anak-anak remaja yang bersenda gurau. Dalam keriangan yang berlangsung tidak lama, tiba-tiba muncul wajah ketakutan mengukir di raut mukanya, Bagaikan lipas kudung dia berlari, gementar clalanj curiga penuh syak wasangka. Dia bersembunyi di bawah katil untuk beberapa ketika hingga kecurigaan itu hilang dimamah masa. Dia menjengah keluar dari persembunyiannya di bawah katil itu. Segala ketakutan tampaknya hilang. Syak wasangka berubah menjadi butir cahaya harapan. Bersinar-sinar wajahnya mematikan kecurigaan sebelumnya. Dia menerpa pada tuk batin sambil memeluk erat seakan-akan dia merangkul gemala hati, kesuma jantung yang tersayang. Tuk batin terpinga-pinga dipelok Mr. X.