REKOD PERIBADI MAHASISWA
Nama: Osman bin Tan Sri Saleem.
No Mhs: 011075
No KPN: 1807748
Tarikh Lahir: 24.11.1968
Nama Bapa/Penjaga/Waris: Tan Sri Saleem Hj. Sidek
Pekerjaan Bapa/Penjaga/Waris: Hakim Mahkamah Tinggi Alamat: 52, Jalan Permai, Damansara Heights, K.L. Penaja: Biasiswa JPA.
Keputusan Peperiksaan Matrikulasi Perubatan/Biologi Sesi 87 88.
Universiti Nasional.
Pencapaian
Kajihayat Perubatan A2
Kimia Organik/Kimia Inorganik A1
Fizik Gunaan A2 Statistik C3
Zoologi A1
Botani Perubatan A2
Sains Komputer A1 Temuduga Kemasukan:
Minat: Tinggi.
Perwatakan: Baik.
Pencapaian akademik: Cemerlang.
Kecenderungan/Cita-cita: Pakar Bedah Tulang.
Ujian Psikologi: Lulus. Ujian IQ: 120.
Hobi: Bowling
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 1986:
Bahasa Malaysia A1
Fizik A1
Biologi A1
Kimia A1
Matematik A1
Bahasa Inggeris A1
Agama C3
Matematik Tambahan A1
Mata Dr Rusdani terpukau dengan rekod pencapaian Osman. Sungguh menakjubkan. Dia sendiri tidak pernah mencapai lebih dari dua A2. Tetapi kepintaran sahaja tidak cukup untuk satu profesion yang memerlukan keperibadian terpuji, fikirnya. Sekali doktor tetap doktor. Biarpun sudah jadi menteri, doktor juga disebut orang. Tahun pertamalah rebung itu perlu dibentuk.
Tetapi agak menghairankan, kenapa keputusan yang begitu cemerlang tidak dihantar ke seberang laut. Bapaknya, Yang Arif. Sudah pasti mampu membiayai pendidikan ternama di USA atau di UK. Barangkali anak emak nenek yang berkepit di bawah ketiak. Tidak dapat berpisah dengan ayah dan ibu. Fikirnya mereka-reka.
Jarum jam dinding di biliknya membuat 30 darjah. Yang pendek tepat di angka 1. Dia sudah menunggu kedatangan Osman sejak pukul 12:45 tengahari. Di benaknya sedang merangka bentuk hukuman yang sesuai untuk Osman. Agar kecemerlangan akademik Osman diimbangi dengan nilai-nilai manusiawi yang kelak akan membentuknya menjadi cendekiawan yang mulia peribadinya. Dia membuka halaman-halaman lain dari lembaran kertas bercetak yang mengisi fail. Tiba-tiba dia tersenyum sendiri. Agakya seperti Archimedes yang menjerit eureka ketika berendam di dalam kolam mandinya.
Jarum panjang jam itu menunjuk tepat ke angka 3. Osman belum muncul lagi. Dr Rusdani memikirkan sekiranya Osman tidak datang, dia akan membawa kes ini ke mesyuarat jabatan. Sedang benaknya berfikir tentang tindakan susulan terhadap Osman, tiba-tiba terdengar ketukan lembut pada pintu biliknya. Dia menarik laci dengan tangan kiri dan memasukkan fail ke dalamnya. Osman menunggu sejenak. Ketukan yang lebih keras dibuat oleh Osman, takut kalau-kalau ketukan pertama tidak terdengar.
Masuk! terdengar oleh Osman agak jauh bunyinya.
Osman masuk dan berdiri di sisi sepasang kerusi yang menghadap meja Dr Rusdani. Dia mengucapkan selamat tengahari sebaik-baik sahaja dia memasuki bilik itu. Dr Rusdani tidak segera membalas hanya memandang tepat ke muka Osman dengan wajah yang sedikit menahan geram. Osman tetap berdiri, tidak berani meletakkan punggungnya di kerusi.
Awak, sama sekali tak tahu menghargai waktu orang, sambil membuat anggukan-anggukan kecil. Perkataan yang dilafazkan begitu keras dan lantang. Dia selalu menggunakan perkataan awak pada mahasiswa yang tidak disukainya. Pada suasana lain di mana keadaan menyenangkan hatinya, dia akan menggunakan kata anda kepada mahasiswa kecuali kepada dua mahasiswa Brunei. Dia akan memanggil mereka awda. Kedua-dua mahasiswa Brunei itu pertama kali hairan Dr Rusdani mengucapkan kata-kata itu. Orang Semenanjung tidak pernah dengar perkataan awda. Tetapi Dr Rusdani,yang kerap menonton TV Brunei sewaktu bertugas di Lawas, Bahagian Ke Lima, Sarawak, akhirnya mengetahui bahawa kata awda itu adalah singkatan awang-awang dan dayang-dayang seperti encikencik dan puan-puan di Semenanjung.
Melihat Osman yang berdiri, Dr Rusdani mengarahkannya untuk duduk.
Saya telah menunggu awak sejak pukul 12:45 tengah hari.
Tapi doktor kata jumpa doktor pada masa makan tengahari, jadi saya pergi makan dulu baru datang ke mari, jawab Osman mempertahankan dirinya.
Masa makan tengahari bermula pada jam 12:45 dan saya terpaksa berpuasa kerana awak. Dr Rusdani tahu kata-katanya suatu pembohongan semata-mata. Dia memang sengaja mengelak makan tengahari kerana kadar kolestrolnya sudah di paras membimbangkan.
Osman berdiam saja. Kelambatannya menerukkan keadaan.
Awak tak menyedari betapa awak merugikan masa saya. Awak tahu atau tidak, betapa sukarnya manusia hendak mencipta waktu. Manusia zaman dahulu berbalahbalah kerana hanya hendak menetapkan waktu. Kita zaman sekarang senang-senang menikmatinya tanpa menghargainya.
Osman tidak bersuara. Seolah-olah tidak dapat menyerap apa yang diungkapkan oleh Dr Rusdani.
Bagaimana orang-orang dahulu menetukan masa dan waktu tanya Dr Rusdani.
Pakai matahari, doktor.
Itu saja.
Setahu saya itu saja, jawab Osman meyakinkan.
Siapa guru sejarah awak
Saya tak ambil sejarah.
Tapi tak bererti kita harus buta sejarah.
Melihat Osman tidak bereaksi lagi, Dr Rusdani terus bertanya.
Yang awak tahu hanya sun clock atau sindials. Pernah dengar water clock, pendulum clock, dan spring clock.
Tak pernah dengar, doktor.
Awak tahu betapa susah menggunakan jam air.
Walaupun Osman memperolehi A1 dalam fizik tapi ini kali pertama, dia tak dapat mengagak bagaimana air boleh mengukur waktu.
Awak tahu, orang-orang Roman terpaksa mengisi air dalam mangkuk yang berlubang di bawahnya. Setiap kali mangkuk itu kering, mereka terpaksa mengisinya lagi. Masanya hanya lebih kurang lebih kurang dua puluh minit saja. Pada zaman itu hanya orang-orang kaya sahaja yang memiliki jam air. Seorang hamba sahaya akan berdiri di samping jam air dan mengisi mangkuk itu. Jadi, agaknya apakah unit waktu yang dipakai tanya Dr Rusdani dengan tujuan merangsang pusat inteligensia di otak Osman.
Osman mengagak sesuatu tapi dia serik. Kepalanya memutuskan untuk menggeleng saja. Biarlah Dr Rusdani mabuk dengan kehebatannya.
Orang-orang Roman, bila membuat janji untuk bertemu, mereka akan mengatakan, jumpa saya pada 15 mangkuk air, pukul berapa kira-kira 15 mangkuk air itu
Osman yang malas hendak melayan pertanyaan Dr Rusdani sengaja tidak mahu menjawab congakan itu walaupun dia tahu jawapannya.
Manalah saya tahu. Saya tak pernah hidup di zaman itu.
Saya pun tidak hidup pada zaman itu. Katanya sedikit marah. Orang yang menghargai sejarah akan juga menghargai masa, tambahnya lagi, dan 15 mangkuk air itu dikira dari terbitnya matahari.
Osman menggaru-garu kepalanya walaupun dia tak berasa gatal.
Jadi, sambung Dr Rusdani, oleh kerana awak gagal menepati waktu, sebagai hukuman, awak diminta membuat tugasan mengenai jam pasir, jam pendulum dan jam spring.
Tugasan itu macam mana doktor Five Ws, jawabnya pendek lagi tegas.
Apa dia five W tu doktor.
What, who, when, where and why!
Riak muka Osman penuh kesal. Dia berasa macam kena ragging sahaja. Melihat kekesalan di wajah Osman, Dr Rusdani terus menyerangnya lagi.
Awak tahu, apakah sumbangan bangsa Melayu dalam penciptaan jam
Osman yang sudah muak dengan pertanyaan semacam itu menutup sebahagian muka dengan telapak tangan kanannya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Bangsa kita mencipta jam getah. Boleh ditarik-tarik. Boleh dipanjang-panjangkan sesuka hatinya. Tugasan awak itu harus disiapkan dalam masa seminggu. Itu adalah hukuman pertama. Saya belum tentukan hukuman apakah yang setimpal dengan perbuatan awak mempersendakan kemaluan mayat awak itu.
Sambil membuka laci mejanya, dia mengeluarkan fail tadi. Tersentak juga Osman dibuatnya sehingga fail peribadinya sudah di tangan pensyarah eksentrik ini.
Awak ingat bapak awak Tuan Hakim Yang Arif itu boleh membebaskan awak.
Saya mengaku bersalah doktor. Saya sudah pun meminta maaf. Tetapi bukan seratus peratus kesalahan saya.
Kesalahan tetap kesalahan. Peratusannya tidak menjadi hitungan.
Saya tidak meminta peguambela doktor, tetapi biarlah saya diberi peluang menjelaskan keadaan yang sebenar. Ya, boleh saja, kita hidup di negara demokratik, asal awak tidak membuang masa saya.
Begini doktor, Rosemary berdiri di dekat torak, Juriah dekat abdomen dan saya berdiri dekat kawasan pelvik mayat itu.
Mengapa harus melibatkan orang lain. Mata saya tidak rabun untuk menyaksikan apa yang terjadi.
Rosemary tanya saya, apakah punya saya sebesar itu Jadi saya hanya memegangnya dan saya katakan padanya If you are interested to know, you have to find it out. Itu saja jawapan saya kepadanya. Saya tak berkuasa menghalangi kawan-kawan saya dari ketawa. Lucuan itu tidak ditujukan kepada mayat. Malah kepada saya.
Karut! Awak belajar mereka alasan ini daripada bapak awak. Tuduh Dr Rusdani yang menganggap Osman cuba berdalih.
Betul doktor. Itulah yang sebenarnya terjadi. Bukan seluruhnya kesalahan saya.
Jadi, awak mahu saya menghukum Rosemary juga.
Tidak doktor tapi saya minta budi bicara doktor mempertimbangkan situasi di mana saya terperangkap dalam suatu perbualan.
Ini perlu masuk ke otak awak. Kita harus menghormati manusia, hidup ataupun mati.
Saya sudah sedar, saya sudah minta maaf.
Apakah pesalah-pesalah itu bila mengaku salah di hadapan bapa awak, bapa awak akan bebaskan mereka. Itu penjenayah, doktor. Takkan saya begitu juga.
Awak lebih teruk dari penjenayah pun. Mangsa jenayah tidak pernah berbakti kepada mereka. Tetapi mayat itu berbakti sepanjang umur awak sekiranya awak lulus jadi doktor, katanya lantang dan bernada marah. Dia masih belum puas hati lagi kerana Osman cuba menegak benang basah. Dia menambah.
Pada fikiran saya, melihat awak dari sudut kejiwaan, saya pasti awak ada kelainan.
Osman nampak masam. Tadi anggap penjenayah dan ini pula pesakit jiwa. Manusia apa yang sedang dia hadapi. Bujang lapuk yang ingin melepaskan kekecewaan kepada mahasiswa yang tak berdaya. Dr Rusdani sudah dikenali dalam kalangan mahasiswa sebagai pensyarah berhati batu. Satu kesilapan yang dibuat mahasiswanya, akan diingat sampai bila-bila. Rambut dengan beberapa helai uban di atas kedua-dua telinganya itu tidak membuat dia menjadi manusia bijaksana dan bertimbang rasa, fikir Osman.
Awak tahu, kalimat permulaan Dr Rusdani yang merupakan cirinya yang khas, atas dorongan apa awak memegang kemaluan mayat itu
Osman hanya mengangkat kedua-dua bahunya sahaja.
Pernah dengar phallic envy dari Freud.
Sigmund Freud pernah dengar tetapi tak faham apa yang doktor sebutkan sebelum itu. Jawabnya seolah-olah berminat.
Awak ada adik lelaki berumur 2 sampai 5 tahun
Tak ada doktor, anak saudara ramailah.
Bayi lahir dengan perkembangan psikoseksual pada fasa oral, bererti segala kepuasan dan tidak kepuasan disalurkan melalui mulut. Setelah melalui fasa falik di mana mereka menunjukkan kebanggaan terhadap kemaluan mereka dengan kelihatan selalu mempermainkannya. Sekiranya yang berumur 20 tahun atau lebih, tiba-tiba tanpa segan silu mempamerkan sifat-sifat penis envy ini di khalayak ramai maka awak mungkin menderita sakit jiwa. Ini adalah langkah regresi dari dewasa keanak-anakan atau awak seorang homoseksual.
Mendengar kata homoseksual, dia agak tersenyum sedikit kerana dia yakin, dia bukan demikian. Tetapi kalau Dr Rusdani yang tak kahwin-kahwin itu seorang homoseksual, dia tidak hairan. Homoseks tak perlu kelihatan seperti pondan. Homoseks aktif memang memperlihatkan machonya. Sedangkan homoseks yang pasif menonjolnonjolkan kewanitaannya.
Kerana itu awak ada tiga pilihan. Pertama, perkara ini saya bawa ke mesyuarat jabatan dan ketua jabatan akan membawa kes awak ke pengetahuan dekan dengan akibatakibatnya sekali. Kedua, awak saya rujuk ke pakar jiwa.
Ketiga, awak terima saja hukuman dari saya.
Walaupun Dr Rusdani sudah tahu dia tidak akan melaksanakan pilihan kedua kerana homoseksualiti menurut DSM III yang baru, tidak lagi dianggap suatu penyakit jiwa. Jadi mak nyah yang sering berkeliaran di sekitar Kelab Selangor adalah normal di sisi kejiwaan. Cuma di Malaysia tak pernah berkibar bendera pelbagai warna menghiasi pekarangan rumah homoseksual. Sewaktu beliau mengunjungi San Fransisco, begitu banyak rumahrumah, pangsapuri-pangsapuri yang mengibarkan bendera antarabangsa homoseksual sebagai lambang kebebasan mereka. Kota raya itu pernah dijuluki sebagai Mekah bagi kaum pondan.
Osman yang mengambil masa untuk menentukan pilihan hukumannya. Dia kemudiannya bertanya, hukuman dari doktor, bagaimana
Sesuatu yang akan memberi manfaat kepada awak, jabatan dan ilmu Anatomi itu sendiri.
Setelah berfikir sejenak, akhirnya Osman menyerahkan segala-galanya kepada kebijaksanaan Dr Rusdani.
Dr Rusdani pun bangun mendapat satu fail tebal dan diserahkan di hadapan Osman. Osman segera membaca tajuk fail itu. Protokol Osteometri, Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan, Universiti Nasional.
Baca protokol itu dengan teliti di asrama awak dan sekiranya ada apa-apa kemusykilan awak boleh datang bertanya kepada saya. Dalam banyak mata pelajaran yang awak ambil, statistik awak yang paling lemah. Jadi Osteometri ini akan berguna untuk awak.
Sudah pukul dua suku doktor, saya dah terlambat ke makmal fisiologi.
Tanpa mengucapkan apa-apa, Osman mengambil fail tebal itu lantas bangun dengan segera menuju ke pintu. Tidak terniat di hatinya untuk mengucapkan terima kasih. Hanya dentuman tutupan pintu itu membalas kegeraman yang menyala di hati Osman.