Ayu makin percaya pada kata-kata ibu. Dahulu dia menyangkakan ibu sekadar melafazkan kata-kata itu kerana hidup dilingkari kemusnahan dan kecelakaan. Atau mungkin dia berasa amat terhina dengan cinta. Begitu, cinta mengunyah diri. Kehancuran itulah yang orang kampong sorong bersama-sama jenazahnya ke tanah perkuburan.
Benar dia tidak tahu secara pasti apa yang berlaku antara ibu dan bapa. Sekarang, misteri kian terungkai. Semakin usai segala teka-teki. Surat ibu kepada bapa ditatap selalu, terutama pada perenggan pilu berbunyi:
Nilai sebuah cinta pada keabadian hidup yang direlakan oleh hari-hari rusuh. Cinta padamu kesungguhan; itu dahulu. Sedang aku terlontar ke sisi tanpa perisai, tanpa tirai dan tersedu mengenang pilu hakikat diri. Inilah keluhuran yang sudah kauinjak dan jadi kehancuran buatku. Nilai sebuah cinta pada keabadian hidup yang direlakan oleh hari-hari kacau ialah sebuah kesulitan. Aku insan murba di matamu kini, dan aku ialah selintas kilat di langit kelam disuguhi kemuraman rahsia-rahsia tidak terselongkar. Aku sedari aku tidak berniali lagi di matamu.
Suraso berjalan perlahan-lahan, merencah lopak-lopak air dan lecak berlumpur kotor. Dia merosok saku. Tidak putus-putus merogoh poket, memastikan cincin yang dikirimi Suhairan tidak ke mana-mana. Lega kerana cincin itu memang sentiasa ada. Dia tersenyum, mendengar dedaunan berkerisik. Rumah Ayu Prastika Nursidi di kiri timbunan sampah besar. Begitu pesan Suhairan. Dan, dia tidak mungkin terlupa, ia bercat kuning. Beberapa orang kanak-kanak berkejar-kejaran dengan basikal. Orang ramai berhimpun di sebuah kedai runcit, tidak langsung memberi perhatian padanya. Beberapa orang lain sedang menanti bas intrakota nombor 46. Seorang remaja membelekbelek majalah URTV, tenggelam asyik. Dia makin hampir. Tidak jauh dari rumah Ayu ada kedai runcit. Itu sudah pun dilepasi, dan dilihat timbunan sampah mendekat. Rumah bercat kuning segera dicam. Seorang gadis sengkil di jendela, melagu-lagukan irama Cinta Seratus Persen. Jerawat bertonjol-tonjol di kedua-dua belah pipi. Jelas berjendulan mencacatkan muka. Dia memberi salam. Salamnya bersahut.
Rumah Ayu Prastika Nursidi
Gadis tersenyum, pergi mendapatkan daun pintu, dibuka, dan dengan senyuman tambah manis mengajak Suraso masuk.
Mau bertemu Ayu
Suraso angguk. Dan kekok.
Ayu lagi mandi. Silakan masuk, mas.
Suraso teragak-agak pada mulanya, tetapi terus duduk penuh beradab. Belum kenal saya rasa.
Err, Surasodari Bandung.
Ada pertalian keluarga dengan Ayu
Enggak, Cuma duduk sebelah-menyebelah.
Suraso cuba bertutur lenggok Malaysia. Gadis itu memberingis. Sedikit meluat. Kapan Suraso tiba
Tanggal tiga sampai di sini.
Tinggal di mana
Universiti Malaya. Lagi belajar di Fakultas Kejuruteraan.
Uhh..hebat ya. Errsaya Amina. Suraso senyum. Gelisah di dalam.
Saya ini banyak bertanya barangkali Amina sedar tetamu agak terganggu.
Enggak, Nona Amina. Err, tak mengapa.
Ehh sebut Amina saja, tanpa nona.
Kawannya Ayu
Tinggal di sini juga. Serumah. Juga kerja di tempat yang sama.
Di Anggerik Dut Ohhini gadis Priangan Bandung itu ya
Amina ketawa lagi.
Biar saya ke dapur.
Oh terima kasih. Tak mau merepotkan nona. Err, Amina.
Oh, jangan begitu dong. Tetamu harus diberi minum, paling kurang air kopi.
Suraso ditinggal sendirian. Mata menggagau. Rumah sempit di kawasan setinggan itu ringkas. Isi ruang tamu pun tidak kelihatan terlalu sarat. Cuma ada tergantung dua tiga bingkai gambar. Bersih dan rapi. Susunan akhbar dan majalah hiburan elok bertingkat-tingkat.
Ayu keluar. Rambut masih basah. Sedikit berkerut ketika memandang Suraso, sebelum terus tersenyum jadi ketawa gila.
Lho, kau Suraso Aku pangling sekali. Rambutmu kaubiar panjang. Pakai kumis kau sekarang.
Suraso cerah. Senyum lebar. Rasa lebih selesa serta-merta. Segar. Ayu Prastika duduk di sisi. Tidak percaya, anak jiran yang banyak membantu selama ini sudah berada di Kuala Lumpur atau lebih tepat di rumahnya sendiri. Amina datang menatang dulang, seteko kopi dengan biskut kering. Minum ya, Suraso pelawa Amina lembut.
Sudah kenal-mengenal Ayu memindahkan teko dan piring biskut ke hadapan Suraso.
Sudah. Barusan, Ayu.
Cepat sekali Si Amina ini, usik Ayu. Gelak perlahan. Amina ikut ketawa kecil , mengenyitkan mata dan masuk ke kamar tidur. Tidak mahu campur.
Kau sombong ya Maklum sudah bergelar siswa.
Argh, jangan begitu, Ayu. Kalau aku sombong aku tidak ke sini. Suraso meneguk sedikit kopi pekat kurang gula. Ayu Prastika mengekori gerak itu. Suraso mengeluarkan sebentuk cincin dan sampul berisi surat dan perkhabaran daripada Suhairan Prastika.
Ayu Prastika riang. Lantas menatap surat, waktu itu tanpa menanti-nanti. Dia percaya engkau bekerja di kedai, Suraso bersuara halus. Ada getar.
Dia tidak akan tahu rahsiaku selagi engkau ikut menyimpannya.
Suraso tunduk. Geleng kesal. Hampir-hampir airmata menitik.
Aku ke Anggerik Dut dua tiga malam lalu, tauke memberitahu yang engkau bercuti. Ayu Prastika angguk. Off, sebetulnya.
Aku tidak dapat membayangkan engkau dalam seluar palarzo gelap dan blaus lengan panjang, solekan tebal dan bernombor 14, melayan lelaki tua muda, pelbagai bangsa semata-mata untuk RM23 satu jam.
Aku berdansa, aku minum-minum dengan mereka. Itu mudah, Suraso. Semalam aku boleh berhasil daripada booking, tip dank upon-hampir RM60. Wang itu aku hantar ke Bandung. Udah terlanjur engkau membuka cerita, aku ingin tegaskan, selama ini aku dapat pertahankan kegadisanku dengan kukuh. Aku tidak mudah terpengaruh. Suraso menggetap bibir.
Dalam lubuk penuh buaya, dalam kegilaan memburu wang Nada sindir keras.
Suraso, kalau aku tidak buat, gini, Suhairan tak bisa melangkah kaki ke universiti, dan adik-adik yang lain akan kandas persekolahan. Sedang ibu sudah meninggal. Segala tanggungjawab itu di atas bahu ini. Ayu Prastika hampir menitiskan air mata. Suraso tertunduk kehampaan.
Kaufikir itu omong kosong. Ini cerita licik bukan Percayalah, kegadisanku tetap utuh. Suraso membuang pandang. Pedih.
Ada kau mencari bapamu
Ayu Prastika tergamam seketika. Perlahan-lahan datang waras; diterjemahkan dengan anggukan lemah.
Ada maklumat tentang dirinya
Dahulu aku tidak mengerti. Ayu Prastika terhenti lama. Sebak ditelan. Suraso dapat merasakan luka.
Tidak keberatan toh
Ayu Prastika mengangkat muka, berlinangan air mata. Geleng.
Tidak keberatan untuk bercerita Ayu Prastika cuba tersenyum. Engkau bukan orang lain. Seperti keluarga juga.
Suraso menarik nafas dalam. Hatiku ini menginginimu jauh lebih dalam dari itu, jerit sukma berulang-ulang.
Bapak memang rapat dengan tokoh-tokoh pembangkang Tanah Melayu yang pro-Indonesia. Matlamat mereka satu-Nusantara. Berjuang dengan ideologi Melayu Raya. Dia akrab dengan Dr.Burhanuddin al-Helmi, Aziz Ishak, Ishak Haji Muhammaddua tiga orang lagi yang aku tidak begitu mengingati apabila diceritakan orang. Mereka tubuhkan National Front dan bercita-cita mengasaskan kerajaan buangan di Riau. Dalam tempoh itu dia berkenalan dengan ibu. Gadis Muar yang cantik, Ibu menikahi bapak. Sedang datukku orang kuat kerajaan Persekutuan, amat menentang impian seluruh Melayu satu negara Nusantara. Ibu disingkir pulang mengikut bapak ke Bandung. Ingat, kita ada konfrontasi yang memutuskan terus hubungan serumpun!
Suraso meneguk kopi hingga habis.
Aku dengar, bapak pembantu rapat Rais Anwar, ejen Indonesia di Singapura. Khabarnya mereka harus ke Karachi pada bulan Januari tahun 1965 untuk membincangkan soal kerajaan buangan itu. Tidak ada penghujung. Tokoh-tokoh pembangkang ditangkap kerana memperjuangkan Melayu Raya, disumbat ke penjara. Bapak pulang ke Bandung dan kembali ke Malaysia untuk menghadiri pengebumian Dr.Burhanuddin pada tahun 1969. Aku masih dalam kandungan ketika itu. Bapak pulang ke Bandung, bersamasama kami untuk beberapa lama. Pada tahun 1981, dia ke Riau dan terus ke Johor Bahru, tanpa memberi sebab. Ibu mendakwa, ada perjuangan yang belum selesai. Urusan Melayu Raya. Dia hilang tidak kembali-kembali lagi sejak
itu.
Ayu Prastika mengesat air mata yang berjujuhan.
Kata ibu, ayah atau bapak ialah pejuang. Dia pernah terlibat dalam pemberontakan A.M Azahari di Brunei pada akhir tahun 1962. Beberapa lama aku enggak ngerti mengapa ibu mengatakan bapak membeloti cintanya. Di Batu Pahat, aku temui isteri kedua bapak. Rupa-rupanya secara senyapsenyap dia menikahi anak gadis seorang rakan dalam tempoh itu. Bapak tinggalkan terus kami untuk bersamasama perempuan baru pada tahun 1981. Kata ibu tiriku, bapak terperangkap dalam tragedi terowong Muasseim di Makkah beberapa tahun lalu.
Suraso menelan air liur. Berdebar dan terharu.
Tapi aku fikir ibu mencintai dan membencinya serentak. Ibu mencintainya kerana cita-cita yang sama, dan membencinya kerana diduakan. Ibu tidak percaya pada
cinta lagi setelah itu. Tangis Ayu Prastika jadi berat.
Aku ini korban politik. Kalau kau mahu tahu, ibuku korban politik kerana konfrontasi dia dibuang keluarga. Om Marsan, pamanku korban politik. Perebutan kekuasaan di di Jakartaaku masih ingat pada Khamis malam menjelang pagi. Ya, Sukarno ditumbangkan, tapi Om Marsan terbunuh sia-sia. Sedu-sedan Ayu menyekatnyekat kata-katanya. Suraso menghela nafas lagi.
Kita semua korban politik. Orang tempatan di sini pun sedar tak sedar, menjadi korban politik hingga kita pun boleh melarat ke sini. Politik kan panglima kehidupan manusia. Dayus bacul panglima rosaklah kehidupan. Gagah berani panglimanya kita tidak akan sesat jalan.
Ayu Prastika menghembus hingus dengan tisu. Air mata dihapuskan.
Yang ada sekarang politikus. Dari dulu begitu. Mereka bukan negarawan. Kerana itu aku jadi korban.
Tengah hari panjang, sonder menunggu makan, Suraso mohon diri. Kertas cadangan ijazah sarjana masih belum disempurnakan dan beberapa urusan pendaftaran harus diberesi. Sepanjang-panjang perjalanan bas bernombor 46, dia terkenangkan Ayu Prastika. Gadis cantik dan montok. Dahulu lagi, dia menaruh hati. Usah dia menafikan. Lebih daripada itu dirinya amat sedih.
Suraso juga menahan tangisan. Sudah nasib mereka. Sudah nasib Ayu Prastika. Nursidi, bapanya, seorang pejuang. Soal cinta soal peribadi. Barangkali dia curang terhadap isteri, tetapi kekal bersemangat dengan impiannya. Dan Ayu Prastika, anak negarawan itu, tersadai di sini, makan hati oleh cemuhan orang-orang tempatan. Sedangkan sebenarnya, sebahagian diri Ayu dari Tanah Melayu. Dia anak Nusantara tulen. Dan lebih haru, anak Nusantara tulen ini kini seorang GRO, menderita berhempas-pulas mencari duit untuk meneruskan kehidupan dan memajukan adikadik. Simpati beragaman. Mengapa Ayu Prastika boleh jadi begini
Dalam huyung-hayang bas, deruman enjin, asakan penumpang, dia terpanggil semula kata-kata Ayu: Yang ada sekarang politikus. Dari dulu begitu. Mereka bukan negarawan. Kerana itu aku jadi korban.
Benarlah kata-katanya. Suraso memicit loceng bas. Turun. Dalam hati dia menyemat cermat: Ayu Prastika akan aku nikahi. Akan aku buktikan cinta keperluan hidup. Cinta bukan khayalan. Cintalah yang akan mengatasi kekejaman ini semua. Moga cinta juga akan mengubah sejarah.