KITAB XX - 30 Langkah Memikat Lelaki - 2
Anda mungkin bersetuju jika dikatakan banyak pasangan yang jatuh cinta pada pandangan pertama mereka. Seperti dalam Bahasa

Inggerisnya, love at the first sight. Bukan sedikit mereka yang mempunyai pengalaman jatuh cinta bermula dari pandang pertama ini.

Apa yang membuatkan anda terpesona melihatnya sehingga membuatkan jantung berdegup kencang Adakah kerana ketampanannya atau kerana sikap yang ditunjukkannya

Walau apa pun alasan yang anda berikan, cinta yang lahir pada pandangan pertama ini sangat kuat. Ia ibarat benih yang ditanam. Jika disiram dan dibajai, ia akan membesar dengan sihat dan pasti memberikan hasil yang positif.

Cinta pandang pertama adalah yang pasti akan diingati untuk satu waktu yang lama. Ia akan tersemat dalam ingatan anda cukup lama. Ada yang mengingatinya sehingga sudah bercucu sekali pun.

Indah, bukan Ia sememangnya manis dan mempesonakan. Ia juga mampu membuatkan seseorang menjadi tidak keruan atau sehingga hilang pertimbangan. Ia adalah seperti racun yang menular di dalam pembuluh darah. Ia boleh meracuni seseorang supaya terus berasa teruja dengannya.

Adakah anda juga begitu, wahai gadis Adakah anda juga pernah merasainya

Jika anda juga begitu, bersyukurlah. Kerana tidak semua orang seperti anda yang dapat merasai cinta pandang pertama ini.