ASKAR BERJALAN KAKI - 2
Kalau hendak melihat generasi akan datang, maka lihatlah remaja pad ahari ini. Demikianlah kata-kata hikmah yang sering dilaungkan untuk mencabar generasi masa itu untuk memastikan agar pelapis masa depan yang ingin bakal bentuk memiliki segala kualiti yang diperlukan.

Terlalu ramai akan menjadi mangsa jika tanggungjawap tersebut diiambil ringan. Sanggupkah kita melihat generasi akan datang merupakan generasi yang rapuh dan tidak punya daya juang yang tinggi.

Segalanya bermula dari yang kecil dan ia pasti akan menjadi besar bila masa berubah. Zaman yang paling seronok dalam sejarah hidup seorang insan adalah zaman kanak-kanaknya. Ketika itulah kita merasa pengalaman demi pengalaman dan pahit getir menempuh cabaran hidup. Belum tahu erti bahaya dan belum tahu erti kesusahan. Segalanya diuruskan oleh penjaga kita.

Aku lalui zaman awal hidup dengan penuh keperitan dan kepayahan. Walaupun aku belum dapat terjemahkan dengan kata-kata dan ekspresi, namun aku tetap dapat merasakan hingga kini betapa sukarnya zaman awal kehidupanku.

Aku bukanlah dari keluarga berada. Malah aku tidak menikmati banyak keistimewaan sebagai saorang kanak-kanak kerana batas hidupku dibelengu oleh bencana kemiskinan.

Namun keluarku bangun atas landasan ilmu dan semuanya berjaya mencari hala tuju hidup yang cemerlang. Di kampung, pandangan masyarakat sudah pasti akan prejudis kepada keluargaku yang serba kekurangan.

Kematian ibuku pada tahun 1969 iaitu ketika aku berusia setahun setengah merupakan rentetan dari tekanan dan kepayahan yang perlu kami lalui. Pada masa yang sama ayah aku sentiasa tidak sihat dan agak panas baran.

Namun kami tidak diajar untuk meminta-minta serta mengharapkan belas ehsan dari orang lain. Setiap hari abang-abangku akan mengambil upah menebas, meracun atau mencari ulam atau jantung pisang untuk di jadikan makanan keluarga kami yang seramai 13 orang itu. Itu lah makanan istana kami rasakan.

Ada satu ketika abang aku yang sulung bernama Mejar (B) Sabir Ahmad bin Badaruddin yang juga mengambil alih tanggungjawap sebagai ketua keluarga telah di cadangkan agar kami adek beradek dipisahkan untuk meringankan beban keluarga. Mereka mencadangkan agar sebahagian dari kami diserahkan sebagai keluarga angkat.

Sudah tentu ini merupakan satu cadangan yang baik. Apa lagi ia boleh menjurus kepada ringannya beban keluarga sekaligus boleh menjamin masa depan kami bersama keluarga angkat.

Abang aku yang sulung itu telah memberi amaran kepada mereka agar jangan cuba-cuba memisahkan kami. Biar mati di dalam rumah ini, namun untuk memisahkan tidak sama sekali.

Inilah jasa yang paling besar yang pernah di lakukan oleh abang sulungku di samping banyak lagi jasanya yang juga sangat besar.

Menghantar adek beradek kepada keluarga angkat merupakan penyelesaian yang sangat singkat dan besar implikasinya.Hari ini aku bersyukur betapa kepayahan itu ada hikmahnya dan ianya merupakan satu tanda ujian dari Allah swt.Allah tidak akan menguji sesaorang itu melainkan apa yang termampu olehnya.

Dalam keluargaku yang seramai 6 perempuan dan tujuh lelaki itu aku merupakan anak jin, iaitu anak yang paling nakal. Aku dibesarkan dengan rotan berbagai hukuman untuk aku menjadi budak baik dan terkawal. Sebenarnya aku ini saorang yang hyper aktif, tetapi potensi aku terbelenggu kerana ia tidak disalurkan pada tempatnya.

Sebagai anak kampung aku suka melakukan banyak aktiviti dan aku memerlukan sedikit perhatian dan sokongan agar mereka memberi laluan kepadaku. Ketika aku memasuki alam persekolahan aku cukup gembira kerana skop duniaku bertambah luas.

Tahun 1975 aku memasuki darjah satu di sekolah rendah Khir Johari. Jarak sekolah adalah 4 batu dari rumahku. Setiap hari aku berbasikal dengan kakak yang juga bersekolah di sebelah sekolah tersebut.

Dalam nakal aku, kawan sekelas kakakku yang bernama Mazuin sering mencubit pipi aku yang comel dan gebu (pada masa itu lasekarangpun ok juga). Aku sering mendapat duit dari mereka.

Dapat 5 sen boleh beli sebatang aiskrim. Belanja sekolahku pun hanya 10 sen sehari. Sehingga aku darjah 5 aku di beri belanja sebanyak itu setiap hari. Cuaca panas setiap hari amat menyeksakan ketika pulang dari sekolah. Jadi bila dapat beli aiskrim memang seronok.

Ada masanya aku kehilangan duit belanja sekolah tu. Jadi tidak ada pilihan lain melainkan pergi ke tangki air rumah guru berdekatan dengan sekolah untuk menghirup air hujan yang bertakung. Risiko penyakit tolak tepi asalkan dapat hilang dahaga.

Pernah aku di rotan kerana pergi ke rumah guru. Tapi apakan daya, dah terlalu haus. Aku harap cikgu dapat menghalalkan air yang aku minum di tangki rumah mereka.

Aku melihat ramai anak-anak orang berada yang membawa duit sehingga RM10.00. Wow! Kalau aku dapat 20 sen pun dah mewah dah. Mereka tu tak kaya tapi keluarga mereka tu yang mampu. Tak apalah.. kan

Guru pertama aku adalah Cikgu Zaleha. Beliau sungguh dedikasi dan rajin. Tapi guru darjah dua aku yang bernama Cikgu Aziz sungguh garang dan pemarah. Kami jadi sangat takut dengannya. Kelebihan beliau adalah kemahiran mencabut gigi menggunakan tangan tanpa bius.

Pada cuti penggal persekolahan iaitu ketika aku berusia 8 tahun, abangku berusia 10 tahun, sementara adik aku berusia 7 tahun, kami telah disunatkan di kampung. Majlis itu merupakan peristiwa yang penting dalam hidup kami. Sakit juga, tapi yang menariknya ialah kami dapat banyak sumbangan duit.

Namun demikian banyak pantang yang kami perlu patuhi agar segera baik sebelum cuti sekolah tamat. Alhamdulliah segalanya berjalan baik kerana kami dijaga oleh abangku yang sangat garang.

Ketika aku berada di darjah 4, prestasi aku agak baik dan aku mendapat guru yang baru pulang melancung di Hawai bernama cikgu Kastama. Beliau mengajarkan kami satu lagu hawai;

Masa billi-billi-billi.. masa billi-billi-billi ukamba sarina puri. yukamba sarina pomm-pomm pomm!

Ikna dinna-dinna-dinna yukamba

sarina puri-yukamba sarina pomm-pomm-pomm.

Tiap-tiap kali sebelum kelasnya akan kami nyayikan lagu tersebut. Pada tahun ini aku sering bermain di luar kelas dan baju selalu kotor. Aku sering dimarahi oleh guruku kerana terlalu aktif. Satu hari aku terjumpa sebilah keris yang di buat dari kayu yang sangat cantik.

Aku pun mengacah-acah dengan kawan di sekeliling tiba-tiba kawan aku bernama Radhi telah melintas dari sebelah kiri. Mata keris itu telah terkena matanya.

Apa lagi, terus berdarah matanya. Aku menjadi panik di atas kejadian tersebut dan segera dipanggil oleh cikgu. Di atas kesalahan tersebut aku di rotan sebanyak 4 kali. Adush! Sakit Tuhan sahaja yang tahu.

Pada tahun tersebut (1978) juga terdapat seorang pelajar dari darjah 6 yang suka peras ugut dan mintak duit. Aku terpaksa bagi dia sebanyak 3 kali. Tetapi memandangkan dah banyak kali dia mintak aku terus mengadu kepada abangku (Sager Ahmad). Apabila perkara ini disampaikan kepada guru oleh abangku, perkara tersebut tidak berulang lagi.

Mulai aku menjejak ke tahun 5 pergerakan ke sekolah adalah dengan menaiki basikal. Aku punya basikal yang aku cat warna aluminium. Aku cukup sayang dengan basikal tersebut. Basikal itu bertambah laju dan mendapat perhatian ramai setelah aku ubah suai.

Namun basikal itu hanya aku miliki selama setahun sahaja kerana ia telah dicuri oleh malaun yang tidak berhati perut. Sejak hari itu aku terpaksa menunggang basikal besar dan buruk ke sekolah. Aku cukup malu menunggang basikal itu.

Aku juga sering berulang alik dari pecan kerumahku yang jaraknya sejauh tiga batu setengah untuk membeli tepung dan gula. Seguni tepung beratnya 25 kilogram dan gula pula beratnya sekitar 50 kilogram.ia adalah keperluan kedai runcit kami. Itu adalah aktiviti rutin kami.

Setiap hari aku terpaksa keluar jam 0630 pagi dan balik jam 3 petang. Itu semua adalah untuk mengelakkan dari dilihat oleh pelajar lain. Aku sebenarnya malu tunggang basikal besar tu yang juga dipanggil terayam atau lori.

Cikgu Purmal adalah antara guru yang paling dedikasi. Dia menggelarkan aku dengan panggilan cotta kerana aku terlalu ligat. Melekatlah nama itu sepanjang tahun itu.

Satu peristiwa yang tidak akan aku lupa ialah kejayaan aku mengumpul wang sebanyak RM1.20 dengan duit satu sen. Duit itu aku kumpul sekian lama sehingga cukup jumlah tersebut. Aku dengan penuh bangga telah mengayuh basikal sejauh tiga batu setengah untuk membeli dan makan roti canai

Aku singgah di pejabat pos untuk menukarkan dengan wang syiling. Kemudian aku singgah di kedai roti canai bernama restoran Mahsuri. Di sana aku meminta sekeping roti canai dan air sirap.

Begitu tinggi nikmat yang aku rasakan menjamah roti hasil simpanan aku sendiri. Apabila aku ceritakan dengan penuh bangga kepada rakan-rakan sekolahku, mereka mentertawakan aku, kerana mereka mampu makan lebih banyak roti canai tanpa bersusah payah seperti aku.

Aku diamkan diri sahaja kerana pada pendapat aku mereka tidak faham nilai duit satu sen seperti yang aku bayangkan.lagipun mereka anak orang berada dan jauh lebih mampu dari aku.

Satu hari ketika aku di tingkatan 2 aku terlibat dengan kumpulan samseng yang bergaduh dengan pelajar-pelajar cina. Kami hampir berparang untuk menyelesaikan konflik antara kami. Perkara ini dapat dihidu oleh guru kanan sekolah petang.apa lagi, kami kena rotan dan menandatangani satu borang kuning sebagai amaran terakhir.

Pelajaran aku juga merosaot kerana banyak terlibat dalam perkumpulan samseng sekolah. Cikgu Suhaimi, guru matematik aku bertanya Kayum. Bila kamu nak jadi orang pertanyaan itu benar-benar mencabar kewibawaan aku. Aku berazam untuk membuktikan padanya.

Kebetulan abang aku Shakor Ahmad, baru balik dari Abeden England setelah menamatkan pengajiannya di sana. Satu hari di bulan puasa, berlaku kebakaran kecil di dapur yang menyebabkan kakinya terbakar.

Sepanjang tempoh sebulan kaki beliau dalam rawatan, aku telah menjadi mangsa deranya. Aku dipaksa belajar matematik dengan apa cara sekalipun. Dari situlah aku mula meminati mata pelajaran tersebut.

Malah pada tahun 1983 aku adalah antara 3 pelajar yang paling cemerlang di sekolah dalam matapelajaran matematik. Hasil kesedaran dan usaha gigih, aku telah menunjukkan peningkatan di dalam pelajaran.

Walaupun aku masih lagi merupakan pelajar yang nakal di sekolah, pencapaian cemerlang di dalam akedemik telah menjadikan aku mendapat perhatian di sekolah.

Keputusan baik di dalam Sjil Rendah Pelajaran (SRP) sekarang ini adalah PMR telah membantu aku belajar di aliran sains. Tapi aku hanya satu penggal sahaja di sekolah tersebut (sekolah Tunku Abd Rahman).

Pada penggal ke dua aku telah telah ditukarkan ke Sekolah Menengah Abu Bakar (ABS) Temerluh Pahang. Di sekolah inilah aku meneruskan saki baki persekolahan untuk menghadapi SPM. Amat popular sekolah ini kerana ia merupakan bekas sekolah Juliza Azlizan saorang penyanyi, Datuk Sabaruddin Cik ( ahli politik) serta pelakun Razak Ahmad.

Pada tahun akhir iaitu di Tingkatan Lima, aku telah dipilih sebagai pengawas sekolah melalui satu pemilihan yang ketat. Cabarannya besar kerana aku adalah pelajar luar dan perlu menguatkuasakan peraturan sekolah.

Apa lagi kebanyakan pelajarnya adalah dari jenis suka melawan. Satu hari aku telah mengambil tindakan terhadap saorang pelajar yang telah dengan sengaja menghisap rokok di dalam sekolah. Akibatnya tayar basikal aku telah dipotong. Tapi aku anggap itu sebagai satu cabaran.

Pada tahun ini juga aku telah menerima kunjungan dari Datuk Sri Najib bin tun Abd Razak. Beliau yang merupakan menteri besar pahang pada masa itu telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar.

Aku memang tidak dapat memberi perhatian terhadap pelajaran kerana tekanan di rumah. Walau pun aku tinggal dengan abang yang merupakan saorang jurutera di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP), sikap isterinya yang sombong dan suka menyindir menyebabkan aku menjadi pendendam.

Setiap kali aku membaca buku, rasa marah akan timbul. Mentang-mentanglah aku ni saorang pelajar yang menumpang tinggal dan makan percuma pulak di rumahnya, aku di layan macam parasit. Hari ini mereka merasa kesan dari kesilapan yang di buat. Mereka lupa bahawa tidak selamanya aku akan menjadi pelajar. Akan tiba juga masanya di mana aku akan menjadi saorang yang berkerjaya. I shall be back!

Namun aku tidak tahu kepada siapa harus aku luahkan. Akhirnya aku makan hati berulam jantung. Dari situ pelajaran aku merosot dengan teruk yang mengakibatkan aku mendapat gred 3 di dalam peperiksaan SPM. Itulah harga yang perlu aku bayar.

Semasa aku bercuti menunggu keputusan SPM, banyak aktiviti aku lakukan termasuk membuat dan menjual arang dari tempurung dan mengutip koko yang di makan tupai. Dapatlah duit poket sikit.

Ada kalanya aku menambah berat koko tersebut dari koko abang aku yang elok. Dapat mahal sikit bayarannya. Ini kerja yang tak baik. Tapi aku berjanji untuk mintak halal darinya atau membayar jika ada keperluan..

Berbalik kepada kegagalan aku itu, tamparan hebat yang aku terima adalah dari keluarga dan sanak saudara kerana mereka melihat aku sebagai saorang yang lemah and kurang berguna. Walau apapun alasan yang aku bagi, yang pastinya aku telah gagal.

Ketika aku hadir dalam majlis perkahwinan abang saudara di Sitiawan, nampak sangat mereka kecewa dengan keputusan tersebut. Aku disisih. Aku memang berazam untuk mengambil semula peperiksaan tersebut. Pada minggu berikutnya aku mendaftar di Institut ASA iaitu sebuah institut swasta di Sabak bernam Selangor.

Di sinilah aku meletakkan azam dan tekad untuk bangun semula dari kegagalan. Sebenarnya taklah teruk sangat keputusan SPM aku, tetapi memandangkan adek beradekku tidak pernah dapat seteruk aku maka aku di lihat lemah sangatlah.

Di pendekkan cerita, Akhirnya aku mendapat keputusan yang baik sekali, hasil usaha gigih aku berjaga malam dan berulang alik 2 kali sehari dari rumah ku ke institut tersebut yang jaraknya 3 setengah batu.

Pada sebelah malam aku belajar di sana kerana di rumah ramai anak saudaraku. Setiap hari aku akan balik ke rumah pada jam 11 malam. Ancaman anjing merupakan ketakutan yang paling tidak dapat aku bayangkan. Namun aku tidak mengalah walaupun di kejar oleh anjng liar dari kawasan rumah peniaga Cina.

Aku mesti belajar kerana ini adalah cubaan kedua untuk aku menduduki peperiksaan, dan aku tidak mahu mengambil mudah. Apalah sangat dengan ancaman anjing, jika dibandingkan dengan azam aku yang menggunung untuk mencapai keputusan yang terbaik.

Semasa menunggu keputusan aku telah mengikuti rombongan ke Pulau Pinang. Banyak pengalaman aku perolehi. Di samping itu persepsi keluarga terhadap aku juga berubah. Selepas keluar keputusan SPM kali ke dua barulah aku di beri perhatian sedikit oleh mereka (keluarga).

Berita luar negara tentang bas terhumban dalam tangki najis dan menyebabkan 3 orang mati amat menginsafkan aku. Berbagai cara Allah memuliakan dan menghina umatnya.

Sementara menunggu keputusan untuk melanjutkan pelajaran aku membuat berbagai kerja-kerja sampingan termasuk kerja kebun di rumah abang iparku di Tanjung Karang. Aku tidak kisah kerana apa sahaja yang kita buat akan menyumbang pengalaman yang amat berharga.

Aku juga mengisi masa lapangku dengan menghadiri program motivasi anjuran belia 4B di daerah Sabak Bernam. Menarik kerana kita didedahkan dengan banyak kemahiran dan peluang untuk meningkatkan potensi diri.

Dalam masa aku menunggu untuk melanjutkan pelajaran, aku telah membuat berbagai kerja kebut termasuk mengambil upah meracun dan menanam pokok koko dan kelapa sawit di tanjungkarang, iaitu di kebun abang iparku.

Aku juga menghadiri program semarak anjuran kerajaan serta program bina insan di mesjid Shah Alam. Lawatan belia kami ke Kuala Langat merupakan satu pendedahan menarik bagaiman penduduk kampung berjaya menjadi johan kampung terbaik selama 3 tahun berturut-turut.