BLACK WIDOW - 2
SAMBIL menghayun kerusi malas yang diperbuat daripada rotan, Pak Dek merenung jauh, melempar pandangan ke luar. Kenangan berpuput hadir, silih berganti bagaikan tayangan slaid. Adakala, wajah Agus menjelma, kemudian tiba pula wajah Aton, serta wajah Dollah.

Semua ini membuatkan Pak Dek senyum sendirian. Pak Dek terkenangkan betapa gembiranya pada malam ini, tidak sabar untuk menunggu kelahiran cucunya. Peristiwa bahagia berulang lagi dan hatinya bagai menanti bulan gugur ke riba.

Baru aku tahu rupa-rupanya menunggu kelahiran cucu itu, sama juga istimewanya seperti menunggu kelahiran anak. Pak Dek memejam mata, cuba mengilustrasi wajah cucu yang bakal lahir.

Kebetulan pada malam itu, bulan menyinar terang bagai mentari di pagi hari. Pak Dek melangut ke langit, cuba untuk menghitung bintang-bintang yang 10

berkerdip. Bintang terlalu banyak pada malam itu, bagaikan mengerti Pak Dek sedang menanti cucu.

Bintang-bintang itu juga bagaikan mengerti, Pak Dek gembira menunggu tangisan bayi. Dollah, akhirnya engkau tak sempat mengharung saat gembira ini. Pak Dek seolah berbisik. Kasihan anak itu lahir sebagai yatim. Ah... aku kan ada. Aku kan datuknya. Aku akan lakukan lebih baik daripada sepatutnya, naluri Pak Dek menambah.

Tangisan tiba-tiba memecah, menyentak Pak Dek sehingga dia bingkas dari kerusi malasnya. Dia berlari menuju ke arah bilik Aton, mengucap syukur kcpada Allah. Pak Dek tiba di bilik itu, segera menolak daun pintu tetapi hairan, dia tidak dibenarkan masuk.

Pak Dek cuba membantah sambil tertanya-tanya mengapa semua orang menjadi begitu kelam-ka-but. Pak Dek keluar semula dan kembali ke tempat duduknya tadi.

Pak Dek berdebar. Apa dah jadi, fikirnya sendiri. Ya Allah, jauhkanlah aku daripada segala keburukan. Peliharalah agar semuanya selamat. Namun cemas Pak Dek masih belum surut. Pelbagai gambaran dan persoalan buruk Cuba dilontarkan.

Sekuat itu dia melawan perasaan, sederas itu perasaan buruk menggulung pantai perasaannya. Ya Allah, kuatkanlah jiwaku. Belum pun sempat Pak Dek hilang cemas, kedengaran suara laungan memanggil namanya.

PAK DEK dihormati sebagai hulubalang istana dan sudah beberapa tahun bertugas sebagai temenggung. Pak Dek dan Neng Jenab, tidaklah semasyhur nama Romeo dan Juliet, tetapi percintaan mereka cukup menarik dan terbukti apabila sama- sama bersidai 11

di persada, menjalin ikatan suami isteri.

Dan Agus... anak muda yang membawa nostalgia.

Hei! Orang muda, apa kau buat dekat pokok tu Pak Dek menegur seorang lelaki yang sedang merayap seolah-olah sedang bercakap dengan pokok-pokok bunga di taman itu. Anak muda itu tersentak dan langsung memandang ke arah Pak Dek. Ternyata dia ketakukan seakan bersalah dan terketar-ketar.

Ampun patik, engku, patik tidak bermaksud apa-apa, cuma ingin bersapa dengan labah-labah yang berada di pohon ini.

Pak Dek menjadi bingung. Dia mengerut dahi, matanya dicerunkan sambil menikam biji mata lelaki itu. Dia cuba mentafsir air muka lelaki yang berkata-kata itu. Pak Dek terasa matanya redup, tiada tanda cemar pada wajah lelaki itu dan Pak Dek mula berlernbut.

Bangun orang muda. Kamu jangan terlalu merendahkan diri kamu, kita manusia semuanya sama. Namaku Andek, aku temenggung di istana ini, dan panggil saja aku Pak Dek. Tak payahlah berengku-engku!

Baik Pak Dek, maafkan saya. Anak muda itu mengangguk, bingkas dan mengibas-ngibas tubuh-nya.

Tak mengapa, tapi sekarang engkau beritahu aku, apa maksudmu bersapa dengan labah-labah tadi Pak Dek mengerut dahi.

Oh, saya cuma bercakap-cakap biasa saja, kerana mereka mengerti akan kata-kata saya.

Bagaimana kamu tahu mereka mengerti kata- kata kamu itu Pak Dek kebingungan.

Itulah saja teman yang saya ada di dunia ini. Sejak saya dilahirkan saya tidak pemah mengecapi kasih 12

sayang daripada sesiapa pun, ibu saya meninggal sejak saya dilahirkan.

Pak Dek terkedu. Ada kebeningan di dalam mata anak muda itu. Ada sesuatu yang tersembunyi, dan selebihnya ada sinar yang terlindung.

PAK DEK! Pak Dek! Agus jatuh terbaring di bawah pokok nona. Seman menjerit sambil men- jengukkan mukanya di pintu ruang tamu. Pak Dek sekali lagi bingkas dari kerusi malasnya. Belum sempat Pak Dek menyahut panggilan Seman, Neng Jenab pula menjerit-jerit memanggilnya dari bilik Aton. Pak Dek terasa kepalanya berpusing.

Bang! Mari sini sekejap. Cuba lihat ni, lekas! Pak Dek berlari menuju ke bilik Aton, sempat pula dia mengerling ke arah Seman sambil mengisyaratkan tangannya suruh tunggu.

Lihat ni Bang Dek, apa dah jadi dengan cucu kita.

Kenapa Jenab Kenapa Pak Dek bingung dan dia terpaku di sisi katil.

Tengoklah tu, cucu kita penuh dikerumuni dengan labah-labah. Besar-besar pulak tu, apa nak jadi ni, bang.

Astaghfirullah halazim, laillah haillallah, sabar... sabar dan bawa bertenang. Pak Dek mengarahkan tetapi dahinya pula yang merenik dibasahi peluh.

Tapi bang, yang hairan tu, cucu kita nangis pula bila kita halaukan labah-labah tu semua. Betul tu Pak Dek, tadi, apabila labah-labah tu dekat dengan budak tu langsung dia tak nangis. Mak bidan yang sedang mengurut Aton menyampuk.

Habis macam mana kita nak buat ni bang! sahut Neng Jenab lagi.13

Oh, kalau macam tu kita biarkan saja labah-labah tu, tapi biar ada yang tunggu Aton bersama-sama budak tu.

Pak Dek merenung labah-labah itu dengan teliti tetapi nuraninya tenang. Labah-labah itu kelihatan tulus dan dia ingat lagi kisah Agus. Malah, apabila teringatkan labah-labah pernah menolong Nabi Muhammad di gua, hatinya semakin tenang.

Biarlah, labah-labah dilindungi Allah, kerana Nabi Muhammad pernah ditolonginya!

Pak Dek, jenazah dah sampai! Kedengaran suara rambang di luar, sekaligus menyentak Pak Dek.

Jenazah Pak Dek meluru ke luar.

Beberapa orang kampung sudah pun berkerumun di halaman rumah Pak Dek.

Apa lagi yang direnungkan Angkatlah jenazah itu.

Mendengar kata Pak Dek itu, orang kampung pun beramai-ramai mula mengangkat jenazah Agus ke dalam rumah Pak Dek, yang memang dihormati di Kampung Sri Dang Wangi. Kata-katanya memang tidak pernah dibantah oleh orang kampung.

Tuk Alang, Seman mana Tadi, dia memberitahu saya, dia nampak Agus terbaring di luar tu. Pak Dek bersuara, dan di hatinya tertanya-tanya. Adakah jenazah ini bersangkut-paut dengan Agus

Entahlah, saya pun kurang pasti ke mana dia pergi.

Kalau gitu kita bincangkan perkara Seman kemudian nanti tapi sekarang kita selesaikan soal jenazah ini dulu. Siapa yang meninggal ni Semua orang kampung yang ada di rumah Pak Dek berpandangan sesama sendiri dan akhirnya Pak Dek membuka kain 14

yang menutupi wajah jenazah itu dan dia terpempan seperti tidak mempercayai matanya.

Agus! Pak Dek temganga. A... Agus! Pak Dek cuba menahan sebaknya, tapi tak upaya. Dia cuba menyembunyikan perasaan pilunya, namun segera Neng Jenab menghampirinya sambil menatang cucu yang masih merah.

Bang Dek, cuba tengok cucu kita ini. Azan atau iqamatkan.

Tanpa berlengah dia mengiqamatkan bayi itu dengan nada yang syahdu. Matanya bergenang. Neng Jenab masih terpinga, sambil menghulurkan tangan untuk mengambil bayi itu semula.

Kenapa Bang Dek

A... A... gus.

Kenapa Agus

Agus meninggal tiba-tiba.

Apa

Dahlah Jenab, balas Pak Dek lembut, namun tegas. Pergi awak bawa masuk budak ini. Biar saya uruskan yang lain. Sabar sajalah.

Lalu Neng Jenab tanpa berlengah mcnghilang ke dalam rumah. Pak Dek kini sudah kembali tenang. Hari ini dia mendapat dua berita, kelahiran dan kematian. Walaupun Agus sebagai tukang kebun, namun, Pak Dek tidak pernah menganggapnya sebagai orang asing.

Pak Dek, boleh kita segera uruskan pengkebu-mian. Tuk Alang tiba-tiba terjengul minta arahan.

Ya... segeralah kita uruskan pengkebumian, tak baik dilengahkan, nanti menyeksa mayat.

Pak Dek terkedu. Segera dia terbayangkan kehadiran labah-labah di sisi cucunya dan kehadiran Agus suatu ketika dulu ada kaitan dengan labah- labah.15

Pak Dek masih lagi memejamkan mata. Hatinya masih pilu, dan dia terbayang kebesaran Allah. Cucunya lahir hari ini diiringi labah-labah, dan Agus kembali ke rahmatullah, juga pada hari ini.

Pak Dek ingat lagi kisah silam. Ya, pada hari itu, masih segar di ingatan Pak Dek. Hari itu adalah hari hatinya berbunga. Pada hari itu juga dia berasa bertuah.

Dan detik itu Pak Dek tidak akan lupakan, perasaan seorang ayah kepada anak tunggalnya yang bakal dilamar oleh seekor kumbang.

Mak, tengok tu bunga-bunga ros di depan rumah kita semuanya sudah kembang, cantik betul warnanya. Pandai sungguh Bang Agus menguruskannya. Neng Jenab tersentak mendengar jeritan anak daranya yang satu itu, sambil tersenyum dia memandang ke arah suaminya.

Ha... jangan disibukkan sangat tentang bunga- bunga ros tu, sebentar lagi bunga jambangan yang di dalam rumah pula akan dipetik orang. Pak Dek menyampuk perbualan anak dan isterinya itu.

Apa maksud abang

Tengah hari tadi lepas selesai Sembahyang Jumaat, abang terdengar ura-ura, ada anak muda di kampung ini ingin meminang Si Aton.

Jadi! Abang setujulah

Eh... eh... yang awak ni suka sangat kenapa Pak Dek mencebik. Dah tak sabar nak timang cuculah tu!

Memanglah saya suka bang! Kalau cepat Si Aton tu kahwin cepatlah kita mendapat cucu, lagipun umur Aton tu dah menjangkau lapan belas tahun.

Pak Dek menarik nafas panjang sambil menyedut paip. Asap berkepul-kepul keluar dari mulut Pak Dek 16

lalu naik menghala siling rumah pusaka yang berusia hampir 55 tahun itu.

Di sinilah Pak Dek dilahirkan. Dan, di sinilah anaknya Aton membesar sehingga bergelar anak dara sunti. Esok lusa, anaknya itu akan dipinang, bakal bergelar isteri sebelum menjadi ibu. Pak Dek tersengih sendirian.

Beberapa hari kemudian, rombongan dari kampung seberang datang ke rumah Pak Dek untuk memetik bunga di taman. Pak Dek dan Neng Jenab adalah orang yang paling gembira pada hari itu. Pinangan segera diterima apatah lagi mendengar khabar si teruna berasal daripada keluarga yang baik-baik.

Aton bertunang dengan Dollah, anak ketua kampung dari kampung seberang. Detik masa berlalu sehingga tiba hari persandingan pula. Perkahwinan antara Aton dan Dollah berlangsung dengan meriah.

Selesai sahaja kenduri persandingan antara Aton dan Dollah, semua hadirin dan ahli keluarga menumpang ria, tanpa pengetahuan sesiapa, seke- ping hati sedang berduka lara. Masa terus berganti, dan tanpa disedari, pumama berganti tahun, dan tahun silih berganti.

Bang, dah lima tahun Si Aton tu berkahwin dengan Dollah, kenapa masih belum dikurniakan dengan cahaya mata

Manalah aku tahu, mungkin Allah masih belum ingin mengizinkan lagi.

Tapi bang, dah lima tahun, kita berdua pun dah makin tua, entah sempat entah tidak, dapat kita menimang cucu.

Bersabarlah, nanti ada rezeki dapatlah kita menimang cucu. Pak Dek kelihatan tenang tetapi di dalam hati berkecamuk seperti perasaan isterinya. 17

Segera wajah Dollah terbayang dan Pak Dek yakin, Dollah lebih tertekan.

Dollah adalah orang yang paling menderita sekali. Pasti dia berasa kecewa apatah lagi dia diharapkan menjadi penyambung generasi. Wajah-wajah kecewa membuai di birai mata, dan setiap kali Pak Dek berde-pan dengan Dollah, riak wajahnya bertukar menjadi keruh. Dan, Pak Dek mengerti perasaan yang bermain di hati menantunya itu.

ATON... kenapa belum tidur lagi

Oh... Aton tunggu abang, kenapa sekarang baru pulang Abang buat Aton bimbang saja! Dollah merenung jam di dinding, tanpa disedari jam melewati tengah malam.

Abang nak makan Biar Aton hidangkan. Tak apalah, tadi waktu di rumah teman, abang dah makan, maafkan abang kerana tak beritahu Aton awal-awal.

Tak apa, bang, kalau gitu Aton masuk tidur dulu ya!

Dollah angguk dan Aton dipandang dengan curiga. Isterinya sedang berbadan dua tetapi hatinya pula yang meragui. Dollah tidak dapat melelapkan matanya.

Sepanjang malam dia asyik mengelamun. Dia telah berbohong kepada seluruh keluarganya. Berbohong pada isteri, pada ibu dan bapanya dan terutama sekali kepada dirinya sendiri. Segala kata-kata Tuk Aki telah membuat Dollah berasa lebih bersalah.

Selama ini, Dollah memang meragui dirinya sendiri dan dia mungkin tidak dapat membuat isterinya hamil. Namun, dia tidak begitu yakin lalu membuat keputusan untuk berkahwin dengan Zaiton. Tetapi setelah hampir lima tahun mereka berkahwin, Zaiton tidak juga hamil. Dollah membuat keputusan untuk 18

bertemu dengan Tuk Aki sekali lagi.

Kali ini Dollah berjanji untuk berterus-terang. Akan diceritakan mengenai buah zakarnya yang membengkak selepas dia terjatuh dari pokok semasa kecil dahulu.

Dia ingat lagi saat silam itu. Kenakalan tidak pernah lekang daripada jiwa seorang kanak-kanak lelaki dan di atas dorongan itulah dia sama seperti kanak-kanak lain di kampung.

Pokok tidak pernah lepas daripada dipanjati dan dia dengan gah memanjat sebatang pokok. Di kampung, memanjat pokok adalah salah satu lambang kelelakian dan dirinya terbukti seorang lelaki kerana kecekapannya memanjat pokok.

Tetapi hari ini, kerana memanjat pokoklah, kelelakiannya tidak terbukti gara-gara zakarnya mem-bengkak selepas terjatuh dari sebatang pokok.

Dan, berkemungkinan juga dengan peristiwa itu telah menyebabkan dirinya mandul

Betul tuk, lepas tu saya menderita kesakitan sewaktu hendak buang air kecil, hampir sebulan baru sembuh.

Tak apalah, Dollah, nanti aku cuba usahakan lagi untuk mengubat engkau, mudah-mudahan jika diizinkan Allah, ada rezeki engkau.

Dollah sangat berharap agar Tuk Aki dapat mengubati dirinya. Tuk Aki memang masyhur di selu-ruh kampung Sri Dang Wangi, bomoh yang sering mengubat segala jenis penyakit.

Dollah masih belum melelapkan matanya. Dia merenung tubuh Aton yang berlingkar di atas katil. Sejak kebelakangan ini, Aton asyik mabuk-mabuk dan sering makan makanan yang masam-masam. Ini menandakan tabiat wanita di dalam peringkat 19

permulaan hamil. Aton juga sering muntah-muntah dan perangai aneh Aton sering menarik perhatian Dollah. Malah, Aton telah disahkan mengandung!

Adakah usaha Tuk Aki benar-benar berkesan Tetapi, tak mungkin terlalu cepat sedangkan dia baru sahaja berurut. Persoalan membengkak di benaknya.

PAK DEK, segala-galanya telah selesai. Jenazah Agus telah kami baringkan di katil. Hanya tunggu untuk dimandi dan dikafan saja. Selepas itu bolehlah kita sembahyangkan jenazahnya!

Pak Dek membuka mata. Dia hanya mengetap bibir dan hari ini dia menerima dua petanda daripada Allah. Ya, hari ini dia menerima kelahiran dan kematian.

Wajah arwah Dollah segera terbayang, wajah Aton dan wajah isterinya sebelum wajah arwah Agus menjelma.

Ya Allah, aku yakin ada sesuatu yang tak kena telah berlaku dan hanya Kau Yang Maha Mengetahui....