Masa zaman jahiliah dulu, selalu saya lakukan sesuatu tanpa niat yang betul. Hasilnya, semua perbuatan jadi sia-sia tanpa faedah atau pahala.
Tetapi, ramai di antara kita yang mengambil ringan atau buat tak endah betapa pentingnya niat. Pelajaran pahit yang saya pelajari, cukup menyedarkan bahawa sekiranya niat kita betul maka segala perkara akan menjadi mudah dan diberkati. Apabila perbuatan kita diberkati, kita akan menjadi manusia yang lebih baik dan bukannya setan yang lebih licik.
Sebagai contoh, cara kita berpakaian. Zaman dulu, saya juga seorang mangsa fesyen. Saya cuba untuk menjadi fashionista supaya popular di kalangan rakan-rakan. Saya akan menggayakan fesyen barat yang terbaru dan akan jauh sekali bergaya dengan baju kurung. Pada saya, baju kurung hanyalah untuk hari raya dan pergi kenduri. Itupun, kalau mak saya tak paksa, memanglah dah lama pakai skirt sahaja. Kerap juga ayah menyuruh saya kawad masuk ke dalam rumah semula. Dia menyuruh saya menukar pakaian kerana padanya, pakaian tersebut terlalu moden.
Ayah saya seorang yang berpelajaran tinggi dan graduan dari universiti luar negara tetapi dia masih berpegang teguh kepada nilai Melayu jati. Ayah saya seorang yang tegas dalam memastikan anak-anak perempuannya masih mempunyai ciriciri kewanitaan Melayu. Di antara adik-beradik, sayalah yang paling degil dan rebellious sekali. My dad had a hard time trying to turn me into a proper Malay girl!
Anyway, bukan saja pakaian menjadi obsesi saya tetapi juga gaya rambut dan the overall look. Saya kerap menukar stail rambut mengikut mood dan dipadankan dengan anting-anting yang funky untuk kelihatan lebih vogue, kononnya. Saya membazirkan wang untuk membeli berpuluh botol hair gel dan hair spray. Itu tak termasuk kos perm rambut lagi. Masa tu, stail rambut kerinting macam afro seperti Diana Ross menjadi kegilaan, tetapi terdapat hari perm tak menjadi, rambut saya sebijik macam karekter Hantu Kak Limah, mengerbang macam pontianak! Sigh!
Tetapi, semakin usia meningkat, saya mula rasa penat. Memang benarlah pepatah beauty is in the eye of the beholder. Cantik di mata kita tidak semestinya cantik di mata orang lain. Banyaklah suara-suara sumbang dan kritikan yang saya terima mengenai cara saya berpakaian. Memang susah nak memenuhi citarasa orang. Well if you cant please everyone then why bother
Lebih ketara lagi apabila saya mula belajar A-Levels di kolej. Saya rasa seperti objek yang ditonton dan diperagakan. Saya lebih dinilai berdasarkan keadaan luaran dan cara berpakaian daripada keperibadian.
Memang dari kecil, saya tahu memakai tudung itu wajib tetapi enggan bertudung kerana merasakan belum bersedia. Saya juga rasa memakai tudung pada ketika itu akan merosakkan pergerakan sosial. Malu untuk mengaku bahawa pada ketika itu, saya mengganggap bahawa memakai tudung itu kuno. Betapa jahilnya saya!
Bahkan, saya silap kerana yang wajib kita lakukan adalah menutup aurat dan bukannya hanya menutup rambut.
Semasa di kolej, saya mula rasa rimas dengan kritikan terhadap gaya pemakaian dan juga rambut. Saya mahu orang sekeliling menerima berdasarkan personaliti lalu membuat keputusan yang mengejut untuk memakai tudung.
Dalam sekelip mata, saya kehilangan kawankawan terutamanya kawan lelaki tetapi peliknya, saya rasa bebas. Buat pertama kalinya, saya jadi diri sendiri dan mempunyai identiti. Saya mempunyai suara tersendiri tanpa disekat dan tidak lagi menjadi mangsa fesyen.
Orang-orang yang mendekati selepas itu adalah kerana mereka ingin mengenali diri dan bukannya berdasarkan cara saya berpakaian.
Saya juga mula merasa aman kerana sebelum ini merasakan jiwa berkocak dan tidak tenteram. Of course, apabila ayah tahu, dia terkejut besar. Sungguh dia tidak menyangka bahawa anaknya yang macam setan ni akan berhijab.
Sejak itu saya mula menyelami Islam secara perlahan. Pengetahuan mengenai Islam saya amat cetek ketika itu dan sedar tak layak dipanggil seorang Muslim.
Saya juga sedar pada ketika itu, jiwa tak tenteram kerana cuba memenuhi citarasa orang dan bukannya Allah SWT. Its better to please God than people.
Sekarang, sebelum buat apa-apa, saya tanya diri dahulu kenapa dan untuk siapa buat perkara tersebut. Sekiranya jawapannya adalah untuk diperlihatkan kepada orang lain, saya akan terus berhenti dari melakukannya.
Memangnya bukan senang kerana kadangkadang perasaan bangga atau riak akan timbul tanpa kita sedari. Saya bagi satu contoh, kita baru membeli beg baru berjenama. Kita mengambil gambar beg tersebut dan uploadkan ke Facebook. Cuba tanya diri sendiri, kenapa kita buat demikian Sudah semestinya untuk menunjukkan kepada kawan-kawan Facebook tentang beg baru tersebut. Bukankah itu riak namanya Sayangnya, kebanyakan kita tak sedar perbuatan itu. Bahayanya riak dan sombong itu boleh menyelinap masuk ke dalam hati kita dan menjejaskan peluang ke jannah.
Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sifat sombong sebesar biji sawi. Dan tidak akan masuk neraka orang yang dalam hatinya beriman sebesar biji sawi.
Riwayat Muslim
Sama seperti jika kita ingin keluar dari rumah, terutamanya kaum wanita. Bila kita berpakaian, tanya diri sendiri, ia adalah untuk Allah SWT atau untuk menarik perhatian orang lain
Keberkatan atau barakah sesuatu perbuatan adalah bergantung kepada niat. Sekiranya kita mahukan keredhaan Allah SWT dan segala perbuatan dikira sebagai ibadah, maka jawapannya senang sahaja. Betulkan niat sebelum memulakan apa-apa perbuatan atau perkerjaan. Niat yang betul seperti koordinat GPS yang tepat. Kita akan sampai ke destinasi dengan mudah dan selamat. Tanpa GPS, sudah tentu kita akan tersesat dan silap haribulan masuk hutan belantara terus!
Tak ada faedahnya cuba please manusia kerana besar kemungkinan kita balik yang sakit hati nanti tetapi sekiranya kita cuba please Allah SWT, besar hikmahnya. Tak percaya
Cubalah sendiri.