Tentang dijual dengan harga RM10 senaskhah dan kos printing pula RM5. Jualan dibuat secara online dan senyap-senyap melalui blog. Proses pos pula terpaksa menggunakan Pos Ekspres berharga RM3.50. Untung Cuma RM1.50 untuk setiap naskhah. Kalau orang beri alamat salah, aku dengan lurusnya akan buat posting Pos Ekspres semula tanpa minta bayaran baru. Betul kata Wani, kawan sejak sekolah. Aku memang bangang dalam berniaga. Singgit setengah tu beli milo ais bungkus pun tak lepas, kau tahu tak
Tak hairanlah, dia bijak berniaga, waktu belajar dan boleh pakai Marc Jacob, LV, Prada dan macammacam lagi bila cukup bulan. Aku Hanya satu beg
Topshop dipakai selama empat tahun.
Tak ada pilihan banyak. Mula-mula, sekadar print sepuluh-sepuluh mengikut sambutan dari pembaca blog. Social media works too fast. Aku mula buat CIMB Clicks untuk melihat transaksi setiap hari. Sampai satu hari, aku cuba buktikan pada dia yang aku mampu buat duit sendiri.
Masih pegang kunci rumah bujangnya, aku naik dan tinggalkan hadiah harijadi dia yang ke-22, dikumpul dari hasil jualan Tentang. Dalam paper bag yang sama, ada nota dan senaskhah Tentang di atas katil siap dengan cadar baru, langsir baru dan cat baru. Disebabkan gigih untuk cat bilik, aku hampir jatuh pitam tempoh hari.
Harapan masih tinggi, kalau-kalau dia singgah balik dari out station seperti diberitahu kawan-kawan serumah. Kali terakhir mereka melihat kelibatnya di sekitar pusat komersil. Kali terakhir dengarnya, dia berada di Korea. Its been few months since he left. Aku terima jemputan yang pertama ke Johor Bahru sempena tour Terfaktab Media. Itu kali pertama aku ke luar negeri setelah hampir setahun lebih terperuk dalam bilik. Tujuan hanya satu; rezeki halal. Aku beranikan diri membuat temu janji dengan orang yang tak dikenali untuk menumpang ke Johor Bahru. Dan bila sampai ke JB, aku berjumpa dengan penulis-penulis lain yang menetap dalam hotel sama. Aku tak kenal penulis lain, cuma kenal Elmi saja sebab pernah bekerja dengan dia untuk trailer filem Pesan Lisa sebagai hantu. Tak, aku tak casting. Hanyalah bidan terjun apabila talent Elmi menarik diri pada saat-saat akhir. Walaupun perlu menghayati watak hantu dengan penuh perasaan sampai demam tiga hari dan tak dibayar, ia salah satu pengalaman berguna yang mengisi waktu kelam aku.
Apa yang terjadi di Johor Bahru merupakan permulaan perspektif baru aku pada dunia penulisan. Independent atau tak, betapa cantiknya tulisan, ia tak menggambarkan perangai jelik manusia. I always thought independent scene is clean. Tapi, tak. mainstream dan indie sama saja dengan penuh penganiayaan oleh orang-orang dewasa berkuasa, selebriti model terkemuka dan pioneer underground ACAB scene. Chronism. Sexism. Stereotyping. Indie is the new business, not mentality.
Things changing so much. So much.
But not the ocean.
- Abdullah