tepis debu bangsa di pundak sendiri
mencarah rumput peradaban
meracun pohon bahasa yang dibela dijaga
sekian lama
di laman siasah penuh ceritera ini.
Maka di pundak
kirinya itu
telah terlukis
dosa-dosa bahasa
akan kerana telah ia menazak
meracun dan menguncup
bunga bahasa ini, akhirnya
layu dan kujur di laman ini
gugur di tanah nan merdeka ini.
Lalu masih lagi
di tangannya
ialah kezaliman dan kebinasaan
yang akan menghancur mudun
dan membunuh lughah
bangsa ini.
Berita Harian, 11 April 2009