Konvensyen itu secara keseluruhannya, dalam 140 orang anggota, telah menghabiskan masa di dalam penjara selama 138 tahun, dan 3 bulan setengah.
Konvensyen itu telah berada dalam buangan 148 tahun, dan 6 bulan setengah.
Melarikan diri dari penjara: Sekali, 18 anggota Konvensyen; dua kali, 4 anggota.
Melarikan diri daripada buangan: Sekali, 23 anggota; dua kali, 5 anggota; tiga kali, 1 anggota.
Tempoh masa Konvensyen secara keseluruhan telah aktif dalam kerja Social Democratic adalah 942 tahun. Ia bersetuju bahawa masa yang telah dihabiskan di dalam penjara dan buangan adalah sekitar satu pertiga daripada masa aktif Social Democratic. Akan tetapi, angka-angka ini terlalu optimistik. Konvensyen sudah aktif dalam kerja Social Democratic untuk 942 tahun ini bererti sematamata bahawa semua aktiviti individu-individu berkenaan telah berlangsung untuk banyak tahun. Tempoh waktu sebenar kerja mereka mesti lebih pendek. Mungkin semua orang itu telah bekerja secara sebenar dan secara langsung cuma satu per enam atau satu per sepuluh daripada masa di atas. Begitulah situasi aktiviti bawah tanah. Sebaliknya, waktu yang telah dihabiskan di dalam penjara dan buangan adalah waktu yang sebenar: Konvensyen tersebut telah menghabiskan 50000 hari dan malam di belakang jeriji besi, dan lebih dari itu dalam kekejaman negara.
Mungkin saya boleh memberikan beberapa fakta tentang diri saya sebagai tambahan kepada angka-angka tersebut. Orang yang sedang menulis ini telah ditangkap untuk kali pertama pada Januari 1898, selepas bekerja selama 10 bulan bersama-sama pekerjapekerja Nikolayev. Dia telah menghabiskan 2 tahun setengah di dalam penjara, dan telah melarikan diri dari Siberia selepas tinggal di sana selama 2 daripada 4 tahun buangannya. Dia telah ditangkap untuk kali kedua pada 3 Disember, (16hb) 1905, sebagai anggota Petersburg Soviet of Workmens Deputies. Soviet berkenaan telah wujud selama 50 hari. Anggota-anggota Soviet yang telah ditangkap telah menghabiskan 400 hari di dalam penjara, kemudian mereka dihantar ke Obdorsk selamanya. Setiap Russian Social Democrat yang telah bekerja untuk Parti mereka selama 10 tahun boleh memberikan statistik yang sama tentang dirinya.
Politik kucar-kacir yang telah wujud di Rusia sejak 17 Oktober (30hb) dan pada ketika Gotha Almanac telah dianggap sebagai jenaka Monarki Berperlembagaan dibawah kemutlakan Tsar. Dalam situasi kami, ia tidak mengubah apa-apa. Perintah politik tidak dapat disesuaikan dengan kami, walaupun buat sementara waktu, kerana ia secara organik tidak mampu untuk mengakui manamana kebebasan massa. Orang yang bodoh dan hipokrit yang menggesa kami untuk berada dalam batasan undang-undang telah mengingatkan kami kepada Marie Antoinette yang pernah menyarankan golongan petani yang kelaparan untuk memakan kek! Seseorang yang akan berfikir bahawa kami telah menderita satu jenis penyakit yang tidak dapat diubati! Seseorang yang akan berfikir bahawa kami harus dipenjarakan bersendirian di Fortress of Peter and Paul! Seseorang yang akan berfikir bahawa kami tidak berguna bagi masa-masa yang dirampas daripada kehidupan kami oleh orang yang memenjarakan kami!
Kami hanya mencintai sedikit dunia bawah tanah kami seperti orang lemas yang harus mencintai bahagian bawah laut. Namun demikian, kami mempunyai pilihan yang terbatas, biarlah dikatakan oleh kami secara langsung, iaitu pilihan tentang perintah mutlak.
Kami sedar sepenuhnya tentang ini dan kami boleh menjadi optimis meskipun apabila aktiviti bawah tanah telah menyesakkan kami dengan keperitan yang tidak henti-henti. Kami tahu ia tidak akan melemahkan kami! Kami harus bertahan! Apabila semua kebaikan yang sedang dilakukan sekarang oleh raja-raja di bumi, hamba-hamba mereka, dan hamba-hamba kepada hamba-hamba mereka telah bertukar menjadi debu-debu, apabila tidak ada orang yang akan tahu di mana kubur parti-parti sekarang dengan segala eksploitasi mereka sebab kami berkhidmat untuk memerintah dunia ini, dan Parti kami, dalam kelemahan dunia bawah tanah, akan mengorbankan dirinya kepada kemanusiaan, untuk kali pertama kepada tuannya sendiri.
Sejarah adalah mekanisme mengagumkan yang membantu idealisme kami. Kerja-kerjanya lambat, lambat secara kejam, berhabishabisan kejam, akan tetapi kerja tersebut tetap dijalankan. Kami percaya tentangnya. Hanya pada saat-saat apabila raksasa pelahap ini minum darah segar daripada hati kami untuk dijadikan sebagai makanan, kami berharap dapat berteriak dengan sekuat kami:
What thou doest, do quickly! (Apa yang anda buat, buat dengan segera!)
Paris, April 8 (21), 1907.