SANG PENGUASA - 2
Semua negara dan pemerintahan yang memegang kekuasaan ke atas manusia adalah berbentuk Republik ataupun Kerajaan. Kerajaan adalah sistem warisan, iaitu penguasa berasal daripada keluarga pemerintah sebelumnya ataupun diperintah oleh keluarga yang baru. Kerajaan yang masih baru adalah seperti Milan yang diperintah oleh Francesco Sforza, ataupun kerajaan yang ditempatkan di sebuah wilayah milik sang Penguasa setelah ditawan seperti Kerajaan Naples yang diperintah oleh Raja Sepanyol.
Wilayah-wilayah itu tunduk di bawah undang-undang seorang Penguasa ataupun hidup bebas. Wilayah-wilayah itu juga diperoleh sama ada melalui ketenteraan Penguasa itu sendiri ataupun ketenteraan orang lain. Selain itu, wilayah-wilayah itu juga diperoleh melalui kekuatan sendiri ataupun kerana takdir yang menguntungkan Penguasa tersebut.