Razief-XII sudah terlambat untuk ke tempat kerja. Ah, dia mana pernah mudik awal ke sana. Tetapi hari ini entah kenapa perisian yang terbina di dalam ruang Substansia Niagra dan cerebral cakera otaknya teraktif lebih lambat daripada biasa, dia hanya menguap apabila sudah 15 minit Deutemer berbunyi. Deutemer; robot pembantu peribadi miliknya tidak lagi berbunyi ketika ini. Melalui papan kekunci pada dada robotiknya ia mula mengaktifkan mesin pembancuh kopi dan menata-cara suhu air mandian RaziefXII.
XII merupakan simbol yang merujuk kepada angka 12. Maknanya Razief-XII merupakan generasi ke-12 keturunannya yang menggabungkan bongkah cip neo-Human ke dalam korteks otaknya. Cip neo-Human membantu manusia-manusia yang terpilih selepas Gempa Mega dan Tsunami Raya untuk beradaptasi dengan perubahan geologi dan alam sekitar, membolehkan neoHuman hidup dengan lebih makmur dan sejahtera dalam kepincangan udara zaman moden.
Tentu sahaja Razief-XII hidup dengan makmur dan sejahtera; dia tergolong dalam kalangan Kaum Tinggi, berbeza dengan tingkat Kaum Pekerja. Kebanyakan keturunan Kaum Pekerja merupakan manusia-manusia tanpa implan cip neo-Human, menghuni kawasan kampung dan pinggiran neo-Kuala Lumpur. Mereka digelar protoHuman kerana mereka kelihatan dan berfikir seperti manusia kuno di zaman 2016. Proto-Human juga selalu sakit dan menjadi tua, kadangkala itu meresahkan Tuan Pemerintah kerana tanpa Proto-Human, siapakah yang akan bercucuk tanam memberi makan kepadanya
Razief-XII kelihatan sungguh segak hari ini. Benar, hari ini sesiapa sahaja yang bekerja di bawah naungan InterGlobal Corporation akan berpakaian segak dan cantik-cantik belaka. Rombongan daripada Kementerian Perdagangan Domestik Tuan Pemerintah akan meninjau prospektus syarikat sebelum dibeli oleh Tuan Pemerintah. Semenjak kejatuhan nilai pasca-ringgit NKL di pasaran matawang dunia, Tuan Pemerintah telah mula melakukan saringan kepada syarikat-syarikat swasta sebelum menawarkan diri menjadi pemilik bersama disamping mencetak mata wang sesuka hatinya. Taktik kotor ini telah lama dipraktikkan oleh Tuan Pemerintah namun sering sahaja terlepas pandang memandangkan jemaah menteri pentadbiran Tuan Pemerintah itu terdiri daripada neo-Human yang mampu dikawal selia cip mindanya.
Memang Tuan Pemerintah, bijak orangnya.
Perjalanan ke Inter-Global Corporation akan melalui penempatan proto-Human yang busuk dan menjengkelkan. Selayaknya mereka umpama barah dalam sistem pentadbiran, namun mereka perlu ada kerana golongan busuk proto-Human inilah yang berkerja sampai mati sehari-hari untuk mengenyangkan tembolok aristokrat dan aparat neo-Kuala Lumpur. Kawasan itu dikenali sebagai Dataran Pembebasan, dahulunya digunakan sebagai tapak demokrasi (Dataran Merdeka) ketika pemerintahan kuno di zaman persekutuan Malaysia.
Deutemer, aktifkan kelajuan! Air-car itu terus meluncur laju membelah ruang udara Dataran Pembebasan. Kalaupun tiada lawatan daripada pihak Tuan Pemerintah, Razief-XII memang selalu sahaja memecut saat melalui dataran ini. Entah kenapa hatinya menyampah-benci melihat proto-Human. Rupa paras mereka yang dangkal, berkulit sawo matang dan selalu sahaja berpeluh. Proto-Human tidak layak hidup sebenarnya. Dulu proto-Human inilah yang menyebabkan persekutuan asal menjadi seperti apa adanya hari ini.
Pada zaman kuno dahulu, mereka selalu bergaduh; masing-masing obses dengan idea dan tokoh-tokoh yang mereka junjung. Mereka dipimpin oleh satu undang-undang yang diberi nama Perlembagaan Persekutuan dan hidup dengan kerencaman masyarakat majmuk. Tetapi protoHuman adalah golongan yang tamak dan pentingkan diri sendiri. Proto-Human saling menindas dan mengamalkan diskriminasi, menolak diversiti, serta saling berbunuhan atas nama Tuhan. Mujurlah Gempa Raya memusnahkan sebahagian besar proto-Human, kerana jika dibiar berleluasa, proto-Human yang tamak itu akan menjarah bumi dan berselindung di sebalik topeng ideologi masing-masing. Hari ini, dibiar proto-Human itu bertani dan memancing, cukup bagi mereka bekerja dan diam; tunduk lagikan patuh.
Seratus tahun dahulu, proto-Human ini malas bekerja dan tak reti memerintah!
Air-car itu dibiar terapung di kawasan parkir yang disediakan, lantas Razief-XII meluru ke lobi pejabatnya. Dahinya dicumbui peluh jantan, menuruni batang lehernya. Ucapan pembukaan dari Menteri Perdagangan; Tuan Stephen-XVI, dipancarkan memenuhi ruang perhimpunan Inter-Global Corporation. Kebanyakan saintis yang selalunya berkurung di dalam makmal masing-masing hari ini keluar menghadap Tuan Stephen-XVI seolah berjumpa Tuhan sahaja taatnya.
Sesungguhnya, saya Tuan Stephen-XVI.
Sesungguhnya, sayalah Menteri Perdagangan. Adapun ancaman ekonomi daripada negara Kesatuan Amerika dan Kesatuan Rusia sudah mula menghempap ekonomi negara Kesatuan Asia Timor. Sesungguhnya saya Tuan StephenXVI tidak redha akan penjajahan ekonomi sebegini. Moyang-moyang kita, golongan protoHuman telah melakukan dosa yang celaka.
Semua hadirin khusyuk mendengar. Tuan Stephen-XVI menyambung lagi;
Sesungguhnya saya, Tuan Stephen-XVI mencela sikap diskriminasi proto-Human dan kelemahan mereka, sehingga mereka melupakan apakah itu eksistensialisma dan tabula rasa. Mereka berpandangan sempit dan memandang sesuatu dengan sempit. Pemikiran mereka tidak terbuka dan tidak dapat dibuka lagi. Proto-Human yang sibuk bertempik gaduh seratus tahun dahulu, adalah golongan pencacai pada hari ini.
Sesungguhnya kita neo-Human, lebih patriotik daripada zaman kuno mereka. Bantulah Tuan Pemerintah menjadikan Neo-KL sebuah jajahan baru yang sempurna. Bantulah, wahai umat Inter-Global Corporation. Ya neo-Human, perdengarkanlah.
Imejan Tuan Stephen-XVI mula lenyap. Lobi utama tiba-tiba gelap.
Sebongkah drone mula memancarkan imej-imej penjajahan yang sedang dilakukan oleh Kesatuan Amerika dan Kesatuan Rusia. Mereka akan membiayai pertubuhan untuk menggulingkan kerajaan dengan membentuk ketidakstabilan serta meruntuhkan nilai ekonomi negara. Mereka tampil dengan tawaran pembiayaan melalui dana yang mereka sendiri tidak punya sebenarnya.
Sebagai sebuah syarikat gergasi di neo-KL, InterGlobal Corporation terlibat dalam projek Keabadian neoHuman (KNH). Inter-Global menawarkan pusat pemulihan cip neo-Human dan rawatan keabadian sel melalui pemanipulasian telomere pada kromosom. Syarikat nasional bertaraf antarabangsa ini bakal menyuntik dana yang tidak terhingga kepada Tuan Pemerintah, menjadikan neo-Kuala Lumpur masih lagi sebuah negara yang berdaulat tanpa pengaruh daripada anasir luar.
Zif, kamu ini lambat lagi hari ini ya Rakan sekerjanya, Lynn-X sekadar berbasa basi.
Bukan salah aku ...
Hai, takkan Deutemer yang buat salah, aku punya Kitto tu sempurna aje ...
Aku tak sedap badan sikit Lynn.
Ha Tak sedap badan Hahaha... macam protoHumanlah kamu ni.
Ish betul ni. Aku tak main-main. Aku selalu
bermimpi. Tu lah yang bangkit lewat selalu ...
Mimpi Whoa, kali pertama aku dengar neoHuman bermimpi. Mimpi apa
Bisik.
Bisik
Ya, bisik.
Bisik apa
Suatu hari nanti, manusia akan melupakan Tuhan.
Tuhan... hmmm...macam pernah dengar. Proto-
Human pernah sebut tentang tu...
Betul ke
Iya, tapi aku tak pasti, siapa tu Tuhan.
***
Tamat lima jam di Inter-Global Corporation, Razeif-XII mengimbas retina mata yang merakam waktu bekerja lalu terus mendapatkan Deutemer. Pembantu pintar itu membawa air-car nya, lalu terus sahaja dia memecut laju.
Location
Rumah. Open setting.
Opened.
Open language setting.
Language setting opened.
Select Bahasa Melayu
Sudah dipilih.
Razief-XII mendengus. Semenjak kepupusan
Bahasa Melayu asli pada zaman kuno dahulu, proto-Human masing-masing tidak mahu bertanggung jawab. NeoHuman membenci hipokrasi itu; seolah-olah manusia yang menggunakan Bahasa Inggeris, kastanya lebih tinggi.
Tengoklah pada zaman dahulu, sekitar tahu 2035, bila mana wujud pergerakan untuk memadamkan Bahasa Melayu dengan menukarkan segala formaliti bahasa negara (ketika itu persekutuan negeri-negeri ini dinamakan Malaysia) kepada Bahasa Inggeris demi kemajuan rakyat ketika itu. Apakah dengan menguasai banyak bahasa, itu bermakna kita menguasai banyak ilmu
Sedangkan kita boleh sahaja menterjemah karangan-karangan unggul untuk diguna pakai. Apakah kelalaian kita untuk tampil hebat mengaburi tujuan asal epistemologi Ah, biarkanlah sejarah proto-Human dijilat Gempa Mega dan Tsunami Raya.
Biarkan.
Beberapa saat selepas melalui Dataran Pembebasan, pecutan laju air-car nya membawa Razief-XII ke rumahnya. Mama Juwita sudah berada di depan pintu rumah, masih lagi anggun mengenakan baju kurung Pahang dengan cucuk sanggul berwarna emas. Sedikit olesan nuansa merah menyerikan wajah tuanya; tersenyum melihat kepulangan anak terunanya.
Zief anak mama, apa kamu sudah makan
Ya mama.
Tadi tu, kenapa
Tadi, kenapa dengan tadi
Mama perasan kamu tergopoh-gapah pagi tadi...
Terlewat bangun, mama.
Terlewat Cip anak mama tak kemaskini lagi
Bukan mama, ini versi terbaharu; cuma mungkin ada sedikit ralat.
Ralat
Iya mama. Zief selalu bermimpi!
Mama Juwita terkesima; kebolehan untuk bermimpi sebenarnya bukan lagi menjadi keupayaan kepada neo-Human. Mimpi tidak sepatutnya berlaku! Mimpi itu hanya dongengan milik kaum proto-Human yang tidak realis, hanya percaya kepada keajaiban yang tiba-tiba terjadi. Mimpi itu hanya imbasan otak yang kini sudah berjaya dipadam saat cakera otak manusia sudah boleh direhatkan di dalam makmal sahaja.
Padahal dunia ini semuanya bisa dijelaskan menggunakan sains dan teknologi. Kenapa masih perlu akan mimpi Hatinya berbisik, tidak puas hati barangkali.
Mimpi yang macam mana, Zief
Bisik.
Bisik
Ya, bisik.
Masih ingat bagaimana Cakaplah.
Suatu hari nanti, manusia akan melupakan Tuhan.
Mata Mama Juwita terbeliak saat lohong gegendang telinganya diterjah dengan perkataan Tuhan. Sudah lama dia tidak mendengar perkataan itu. Riwayatnya hampirhampir tertanggal bila ancaman itu mengganggu anak sulungnya.
Ah, ancaman apa pula yang mengganggu salasilah ku ini
Tuhan!
Tuhan... masih ada lagi kah
***
Satu suis pada dinding ditekan perlahan; bilik itu tiba-tiba menjadi gelap. Persekitaran sekeliling turut berubah saat punat berwarna merah ditekan sekali lagi. Imejan seorang lelaki tua di dalam bentuk hologram mula terbentuk di hadapan Mama Juwita; seorang lelaki berjubah putih dengan rambut ikal sehingga ke paras pinggang.
Laksamana Jaafar Al-Hussein, lembut Juwita menyebut bait-bait nama itu.
Sesungguhnya saya. Mama Juwita, sudah lama kita tidak berhubung. Apa ada kecemasan memanggil saya pada waktu sebegini Mahukah saya bangkit dari tidur sekarang ini
Tolonglah bangkit Jaafar, aku tak mahu bertangguh dengan perkara-perkara sebegini
Sekejap Mama Juwita, saya akan memasukkan
saya ke dalam tubuh fizikal ini.
Imej hologram itu berkelip-kelip sebelum menjelma kembali dengan rupa paras yang lebih terperinci, berwarna penuh kesemuanya.
Nyatakan padaku, Mama Juwita.
Razief. Beliau diserang mimpi! Juwita merenung tajam; barangkali jijik, barangkali terancam dengan perkataan mimpi.
Itu sudah biasa Juwita, mungkin...
Tidak. Cipnya itu aku sendiri yang kemaskini!
Apa tafsiran mu, tentang mimpi itu Juwita.
Aku tak tahu Jaafar, tetapi bisikan itu selalu mengganggunya.
Bisik
Suatu hari nanti, manusia akan melupakan Tuhan. Wajah Jaafar mulai berubah.
Ini... ini... apakah ini... tidak! Tidak Juwita, tidak! Demi galaksi tidak berpencipta ini, tidak!
Apakah ini sisa keturunanku, Jaafar! Sisa moyang aku, seorang ulama proto-Human dahulu!
Aku... aku... aku harus berbincang dengan Tuan Pemerintah.
Jaafar, sanggup kau melihat aku dalam ancaman Tuan!
Jangan risau Juwita, kamu itu saintis diraja. Tuan Pemerintah takkan mengapa-apakanmu.
Anak aku, Jaafar. Razief, bagaimana
Sembunyikan dia! Juwita, kita berjumpa di Kubah
Pengharapan esok. Kamu, aku dan Tinta Pujangga.
Baiklah. Agak lama juga kita bertiga tidak berjumpa.
Terima kasih, Juwita. Jaafar menyembunyikan frasa aku cintakan kau Juwita di dalam tekaknya, lantas frasa itu dikulum kembali untuk disimpan di dalam hati tuanya.
Ah, cinta itulah Tuhan. Tidak mengenal usia!
***
Habis tu kau nak buat apa Lynn sekadar berbasabasi, ah mungkin juga dia mengantuk saat dihubungi Razief, tetapi demi cinta. Demi cinta yang tidak berbalas.
Aku kena buat satu kajian Lynn, sebab ini kes pertama untuk neo-Human.
Mana kau tahu ini yang pertama
Mama Juwita. Mama kan ketua kumpulan saintis yang mencipta cip neo-Human ni. Tadi raut mukanya, tiba-tiba berubah saat dia terdengar perkataan Tuhan
Berubah Berubah yang sayang, atau berubah tanda benci
Benci. Berubah tanda benci!
Habis tu sekarang ni, kau nak buat apa
Dataran Pembebasan.
Kenapa dengan Dataran Pembebasan
Aku kena pergi ke Dataran Pembebasan!
Kau jangan buat kerja gila! Golongan protoHuman yang mendukung bebalisma takkan menerima kau, Razief!
Tapi hanya mereka yang tahu pasal Tuhan.
Kenapa kau berminat sangat ni, Zief
Kerana hampir setiap hari, Tuhan datang
menganggu tidur aku!
***
Entah-entah, dia itu, nabi, bukankah Lembut sahaja Tinta Pujangga menuturkan bait-bait perkataannya. Tinta pujangga sudah dua kali dihidupkan, cipnya acapkali dikemaskini. Sebagai sejarawan neo-KL, Tinta Pujangga terselamat daripada Gempa Mega dan Tsunami Raya kerana beliau berada di Boston ketika tragedi itu berlaku.
Nabi
Nabi, Juwita. Takkan kamu dah tak ingat
Aku tahu nabi tu apa, kak Pujangga. Cuma,
bukankah era nabi terakhir telah tamat
Benar, memang nabi terakhir telah tiada di dalam agama Islam, Juwita, Jaafar. Tetapi masih ada ajaran-ajaran yang diamalkan beribu tahun selepas itu.
Walau nabi dah tak ada Hairan.
Benar, Jaafar. Kalau tak silap kak Pujangga, itu dipanggil takwa.
Takwa Hurm... anak aku ni, ada takwa
Itu akak tak pasti, Juwita. Yang akak hairan kenapa unsur Tuhan boleh meresap ke dalam papan litar cerebral cortex-nya.
Apa yang kita perlu lakukan sekarang, Juwita, kak Pujangga Ini ancaman kepada Tuan Pemerintah dan neo-Kuala Lumpur!
Jaafar, kamu rahsiakan dahulu perkara ini daripada Tuan Pemerintah. Juwita, kamu ke Makmal Keabadian neo-Human untuk mengimbas komposisi neuron minda Razief. Akak akan cuba hubungi Buhaira.
Buhaira,
Ulama proto-Human di Dataran Pembebasan!