SEMBANG TEPI JALAN - 2
5 Januari 2007 Setiap tibanya iebaran baru, ada yang mahukan serba baru. Azam jutga baru. Aku manusia yang tidak punya azam. Azam aku tidak pernah menjadi nyata. Mungkin kerana aku rasa ingatan itu lebih baik daripada perancangan. Mungkin kerana apa yang dirancang tidak semuanya akan menjadi kenyataan. Kita cuba menduga apa yang hendak kita buat sedetik ke hadapan. Pada hakikatnya kita tidak akan tahu apa akan jadi pada masa hadapan. Aku ke Kuala Lumpur pada Hari Raya lepas. Pada kebiasaannya, aku akan berjumpa kawan-kawan yang sehaluan dan sealiran dalam muzik atau keagamaan. Jadi, tanpa sebarang perancangan, melainkan ingatan di masa dan ketika, maka berjumpalah dengan kawan dan guru di satu tempat. Kami bercerita dan bermuzakarah tentang ilmu yang hidup mahu pun mati. Kami sering merancang untuk berkumpul tetapi tidak pernah menjadi. Niat utama ialah untuk mempertemukan kawan baik aku dengan seorang yang boleh dianggap guru dan berilmu. Hanya saat yang menjadi kekangan. Setiap kali berkumpul, aku lebih suka subjekyang lebih praktikal dari sekadar teori - itu kenyataan. INGAT itu sangat bermakna sebenarnya. Ingatan maka tertulislah sebuah cerita. Dari ingatan maka hadir bayangan terus ke mata pena dan terbentuklah garis; alif, dari atas ke bawah. Ingatan kepada manusia, Tuhan, alam dan kehidupan itu sangat bermakna sebenarnya. Kita akan merasa lebih mesra alam. Lebih-lebih lagi jika ingatan kita pada Tuhan yang menjadikan.

Aku kenal dan berjumpa dengan seorang yang dianggap kawan baik. Anggapan aku meleset - kawan rupanya lawan. Itu tersilap percaturan. Hobinya suka menganiaya untuk kepentingan peribadi, memanipulasi apa yang dia dapat. Sewaktu di depan kita senyum, peluk, bercerita tentang agama, mengambil berat. Tetapi di belakang, pihak yang lain ditikamnya. Kalau boleh dia mahu kita mati - seolah mafia. Akhirnya kebenaran datang juga dalam waktu yang tidak pcrnah kita duga. Dia pun pergi dengan aib yang semuanya atas apa yang dia lakukan. Aku tidak pernah berjumpa manusia jenis sebegini. Walaupun aku tidaklah sebaik mana, namun aku cuba mengelak orang yang bermuka-muka seperti ini. Tetapi, perkara ini berlaku. Dia tidak mengaku kesilapan. Semua kawan- kawan sudah mengetahui. Dia masih menyembunyikannya. Dalam satu bahagian di dalam filem India, watak itu berkata, "Menasihati manusia jenis ini ibarat memberus gigi pada orang gila." Bagi mereka yang masih mempunyai sifat sebegini, aku harap mercka berubah sikap. Mungkin dia bahagia begitu. Kawan-kawan aku yang gelandangan lebih mulia dari jenis manusia munafik sebegini. Jadi akhir pertemuan aku nasihatkan dia apabila berjalan ke mana-mana, bawalah cermin satu, simpan dan selalulah bercermin. Kalau mulut terasa untuk memfitnah atau mengumpat, segeralah lihat muka di cermin, semoga wajah kita dalam cermin itu mampu menyedarkan kita kembali. Beginilah hidup. 1 idak semua dari kita dilahirkan sempurna. Perlu ada kemajuan. Belajarlah mengenal diri sendiri. Sudahlah dia salah faham, kemudian menjaja cerita ke sana-sini. Kita perlu bertanggungjawab atas setiap apa yang kita lakukan di dunia ini, itulah kebenaran qada dan qadar.