DOC & ROLL - 2
Sometimes life is like a pathway along a tunnel with so many rooms of uncertainties. And its greatest risk is not to take the risk by not doing what you want, while assuming youll have the freedom to do it later.

*********************

Zaman Kecil-kecil

Zaman persekolahan awal saya adalah seperti kebanyakan kanak-kanak lain. Sekolah tadika dan kemudian ke sekolah rendah. Saya bersekolah tadika di Tadika Awam di dewan orang ramai Ampang Jaya. Anak kedua daripada 3 orang adikberadik yang semuanya lelaki, perjalanan persekolahan saya lebih mengikut kepada arus persekolahan abang saya yang cuma bezanya 2 tahun daripada saya.

Saya mula bersekolah tadika seawal umur 4 tahun tetapi tidak bersekolah pada umur 5 tahun kerana abang saya telah masuk ke darjah satu. Saya dimasukkan semula ke sekolah tadika yang sama ketika berumur 6 tahun dan tidak banyak yang saya ingat pada ketika itu kecuali satu insiden di mana kepala saya tersekat di kerusi kayu dan pihak sekolah tadika terpaksa memanggil penjaga keselamatan sekolah untuk melepaskan kepala saya yang tersekat.

Rutin harian bersekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan (1) Kuala Ampang memang menggamit memori. Dari darjah satu hingga enam, ada tahun yang sesi pagi dan ada tahun yang sesi petang. Jika sekolah pada sesi pagi, sesi petang diisi dengan kelas agama di surau Ampang Jaya. Jika sekolah pada sesi petang, kelas agama pula pada waktu paginya.

Daripada darjah satu sehingga darjah enam, saya duduk bersebelahan sahabat baik saya, Reezal Ishak. Cuma pada darjah lima sahaja kami dipisahkan dan dipaksa duduk bersebelahan budak perempuan. Tidak pasti apa sebabnya. Dr. Reezal kini adalah Dekan di Universiti Kuala Lumpur Institute Medical Science Technology (UniKL MESTECH). Semasa saya berkahwin dia menjadi pengapit saya dan semasa beliau berkahwin, saya menjadi pengapitnya.

Terpengaruh dengan buku cerita penyiasatan Enid Blyton versi Bahasa Melayu, 5 Sekawan yang sangat popular pada pertengahan tahun 1980an, saya menubuhkan kumpulan 5 penyiasat yang terdiri daripada saya, Reezal Ishak, Syahezran Basara, Azman Ahmad dan Mohd Shahrul Azmi. Bersama rakan-rakan saya yang lain, Yusmi dan Fairuz, kami sering masuk ke rumah-rumah kosong berbincang tentang perkaraperkara yang perlu disiasat dan juga mencari laluan short cut untuk pulang ke rumah masing-masing.

Sehingga kini, kami semua masih lagi berhubung dan kadang kala keluar minum bersama. Kini, ada di antara kami yang menjadi dekan, bekerja di bank, berniaga sendiri, doktor, tukang jahit dan sebagainya. Tetapi tiada apa yang berubah. Semuanya masih sama seperti dahulu cuma kami kini tidak lagi menjalankan siasatan bersama-sama.

*********************

Budak BOY

Budak BOY adalah gelaran bagi pelajar-pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD), sekolah menengah asrama dengan rutin kehidupan ala tentera untuk budak-budak lelaki. Saya diterima masuk ke tingkatan satu di MTD pada tahun 1991. Pada waktu itu, nak masuk ke MTD kena lalui 2 peringkat ujian.

Ujian peringkat pertama meliputi ujian am dan aptitude, diikuti dengan ujian kesihatan dan kecergasan fizikal. Pemilihan 3 fasa dalam peringkat pertama ini ibarat pertandingan realiti TV masa kini. Sekiranya gagal, keputusan akan diberikan terus selepas ujian dan candidate yang tidak berjaya dikehendaki meninggalkan pusat temuduga bersama barang-barang mereka. Ada yang menangis, marah dan ada juga yang tidak dapat menerima hakikat.

Peringkat kedua pula ialah temuduga bersama panel-panel yang terdiri daripada pegawai tentera dan guru-guru MTD. Memang mencabar dan boleh dikatakan yang dipilih untuk masuk sememangnya telah menjalani fasa pemilihan yang rapi. Saya ingat lagi yang saya hampir gagal ujian fizikal dalam sesi larian 400 meter. Larian saya memang cukup-cukup makan bagi masa yang ditetapkan iaitu 1 minit 28 saat.

Bagi saya, memasuki MTD pada mulanya dirasakan sesuatu pencapaian tetapi secara realitinya adalah waktu yang sangat sukar dan penuh dengan cabaran. Jika semasa saya di sekolah rendah saya adalah ketua pengawas dan aktif dalam segala jenis aktiviti sukan dan ko-kurikulum, tetapi di MTD saya adalah antara yang paling kecil dari segi fizikal dan lemah dari aspek stamina.

Tingkatan 1 sememangnya mencabar kerana expectation senior-senior dan sememangnya saya merasakan yang kehadiran saya lebih kepada menjadi liabiliti buat rakan-rakan saya. Kami dibahagikan ke dalam kompeni-kompeni (seperti rumah-rumah sukan) dan saya di masukkan ke kompeni Delta. Selain rakan-rakan satu batch, rakan-rakan skuad saya di dalam kompeni Delta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang tanpa mengira kaum dan agama telah menjadikan kami kini seperti adik-beradik.

Secara jujur, saya hampir-hampir keluar dari MTD kerana tidak tahan dengan tekanan terutamanya selepas saya menjalani pembedahan untuk membuang apendiks. Walaupun hukuman tentera memang menjadi kebiasaan bagi sebarang kesalahan disiplin tetapi yang uniknya, dengan konsep squadmate yang diterapkan, satu kesalahan individu akan menyebabkan keseluruhan skuad menerima hukuman. Kawad di tengah panas, hukuman fizikal dan pelbagai jenis parade dan hell menjadi makanan kami. Walaupun tidak fit, saya bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan skuad dan batch bloody super seniors yang sentiasa memberikan kata-kata semangat dan dorongan untuk saya terus mengharungi cabaran-cabaran di MTD sehingga tamat tingkatan 5.

Saya pernah 2 kali pengsan pada larian jarak jauh semasa latihan ketenteraan. Yang pertama di Hutan Lipur Lintang dan yang kedua semasa kem tahunan di Pulau Langkawi. Tetapi pada 2 kali inilah, rakan-rakan skuad yang saya sudah anggap seperti adik-beradik ini mengangkat, mengusung dan menjaga saya ketika saya tidak sedarkan diri.

Bila difikirkan semula, saya rasa saya adalah pelajar yang belowaverage saja. Akademik biasa-biasa saja, sukan pun tidaklah aktif mana dan saya jenis yang memang takut melanggar peraturan. Orang sekarang kata skema.

Adalah satu ketika pada tingkatan 5, buat pertama kalinya dalam sejarah saya di MTD saya telah melanggar peraturan pada malam sebelum kertas kimia untuk peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1995. Walaupun tidak ditangkap, pada pagi peperiksaan itu, saya memang sangat mengantuk. Jadi sejurus peperiksaan bermula saya cepat-cepat menjawab soalansoalan objektif subjek kimia dan terus tidur akibat terlalu penat.

Sedang nyenyak tidur di dalam Dewan Tun Templer itu, tibatiba saya tersedar suara dan ada orang mencuit bahu saya.

Firdaus, exam dah habis. Saya nak ambil kertas jawapan.

Saya pun membuka mata dan apa yang mengejutkan saya ialah akibat terlalu nyenyaknya saya tidur, air liur saya telah meleleh hingga membasahi kertas jawapan tersebut. Akibat terlalu takut, saya mengesat-ngesat air liur saya dengan lengan dan lebih malang lagi apabila kertas jawapan saya yang basah kuyup itu koyak akibat tindakan saya.

Ya Allah, apa ini kata Cikgu Fardiah ketika itu sambil mengangkat kertas jawapan saya tinggi dengan hujung jarinya memegang penjuru atas kertas tersebut.

Saya boleh terdengar gelak ketawa kawan-kawan di dalam dewan dan ya, saya gagal kertas ujian kimia peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 1995. Selain kertas kimia, saya juga gagal kertas biologi dalam peperiksaan yang sama.

*********************

World Brain Injury Congress, The Hague, Netherlands 2016

Sometimes you never know where lifes journey will lead you. Biology was never my best subject, an F during trial SPM, a C5 during SPM. Pre-university was also unremarkable, an average student amongst many bright minds. As many would know, I had to repeat my first year of dentistry, having failed anatomy. Upon graduation and being offered to further my studies, my first choice was Public Health, but was instead given the opportunity to pursue maxillofacial surgery. After maxillofacial surgery, came the medical degree. Again, something that I never thought to pursue, but was given the opportunity to do following encouragement by my mentor, Professor Dato Zainal Ariff.

I am indeed grateful for the opportunity to contribute back through my involvement in craniofacial field. I am proud to be part of the craniofacial clinic team in University of Malaya, a team that brings together many specialists from various field including neurosurgery, ENT, ophthalmology and pediatric, among others. But even then, never had I imagined I would be here today, at World Forum, The Hague, in an international brain injury event among established neurosurgeons and brain experts, not just as a participant, but also as a presenter, on brain injury. From a C5 in Biology to this A humbling thought indeed, and a significant personal milestone for me, Alhamdullilah.

You truly will never know where lifes journey will lead you. And equally important in the journey are the people who are with you, every single step of the way. For that I am thankful for the support and blessings of my parents, for the strength and sacrifices of my wife Hafizah Shariff, for the generosity of my teachers in sharing their knowledge, the encouragement from my patients and their parents, and for the gift of new friendship, Vigneswaran in particular, for the opportunity to broaden my horizon.