Aku dengan seluar Dockers bundle memang deep sejak dari masa aku sekolah menengah lagi. Keakraban dan kasih sayang aku kepada seluar Dockers bundle korang tak payah hairan. Betul punya minat, fanatik, obsessmemang tahap melampaulampau sampai aku sendiri kadang-kadang tak boleh nak handle.
Seluar Dockers aku yang pertama ialah pada 1998. Warna biru gelap. Lukman belikan kat Pengkalan Kubur. Aku ingat lagi terhegeh-hegeh aku menelefon Lukman pakai telefon awam sekolah. Lukman dapat cuti demam pelentong masa tu. Balik Kelantan, habis satu badan dia berbintat-bintat. Sehari sampai lima kali aku telefon, punyalah kucar-kacir emosi masa tu. Risau gila kalau-kalau si Lukman bantai lupa. Bukan calang-calang juga mandom si Lukman ni. Datang mandom dia, haram tak merasa la aku nak jadi orang pertama pekena Dockers bundle kat sekolah.
Mujur sangat dia tak lupa. Harga RM30, saiz besar sikit tapi takde hal. Kasih sayang punya pasal aku ikutkan saja. Made in Dominican Republic, korang dengar nama negara pengeluar pun dah best kan Aku yang pakai toksah cerita la. Langsung rasa tak mahu buka. Aku tau ramai kutu-kutu dengki; tengok aku panas hati. Tengok anak mata pun tahu ni semua dok tunggu masa saja nak rembat Dockers aku. Tak dapat jack...aku genggam takkan tiris punya!
Daripada sehelai, jadi 2 helai. Lepas tu tambah lagi 2 helai. Dalam tahun 1999 rasanya aku dah ada 5 helai seluar Dockers bundle pelbagai warna dan kain (duit tak berapa adabudak sekolah, dapat 5 helai tu pun megah gila!). Aku usaha sendiri menyelongkar kat Loken, Ipoh. Masa tu Dockers bundle tengah naik. Kawan pada ayah kawan aku, Shamim tu pula buka kedai bundle kat Taman Cempaka. Lagi naik tocang la aku! Pantang keluar bandar hari Sabtu, bekejar-kejar aku ke Ipoh takut-takut habis seluar-seluar tu semua orang balun.
Paling puas hati, masa aku dapat Dockers kepala kain (sama taraf dengan Levis kepala kain) kat bundle pasar malam Gopeng. Masa tu aku dah besar sikit belajar universiti di Tronoh. Jadi bila dapat duit biasiswa, benda pertama dalam kepala mesti nak memunggah gerai-gerai bundle cari Dockers sehelai dua. Zaman ni bermulanya kefanatikan bundle Dockers. Aku beli bukan lagi sebagai keperluan untuk pakai hari-hari, tapi lebih cenderung memenuhi tuntutan obsessi dan penuh berahi terhadap Dockers bundle. Memang takde agak-agak dah. Asal berkenan aku terus sambar tanpa belas kasihan.
Tauke-tauke bundle kat Loken sudah cam muka aku. Tauke-tauke bundle sepanjang Ipoh, Bota membawa ke Manjung palingpaling koman pernah sekali merasa duit aku. Sampai ke suatu tahap emosi, aku buat side step mendadak daripada seorang pengguna Dockers bundle kepada pembekal Dockers bundle. Masa ni aku dah ada empayar sendiri. Kutu-kutu universiti yang sealiran dengan aku sama-sama bersekongkol kongsi modal.
Nak jadi tauke beb, kena main modal!
Jos, Jono dan Tebat. 3 rakan kongsi. Kami dapat tangkap seorang pembekal utama. Mamat ni buat bundle sebagai perniagaan
Dockers Bundle Phewwittt!
keluarga. Tawar punya tawar akhirnya dapat la 50 helai dengan harga purata RM 27 sehelai. Sebab ni Dockers pilih yang jenis pecah guni, jadinya harga mahal sikit. Tapi risiko rugi amat rendah. Berbanding beli seguni set 100 helai, kena bayar RM 1,300. Sehelai jatuh RM 13, tapi risiko rugi agak tinggi sebab selalunya dalam 100 helai tu 60 helai je saiz abang-abang metroseksual. Yang lagi 40 helai tu sendiri mau ingat la. Bukan setakat balut buah nangka, balut pokok nangka tu pun rasanya boleh muat 2-3 pokok!
50 helai tu kami jual RM 45 sehelai ikut harga pasaran bundle. 3 hari habis semua. Untung bahagian aku tak meriah sangat. Mana taknya, aku sendiri beli untuk diri sendiri sudah 3-4 helai. Tak boleh tahan! Habis 1st round, bisnes terbantut. Pembekal sudah rasa tercabar. Standard perangai melayu la, tak boleh tengok melayu lain nak naik dalam bisnes. Cantas terus!
Bisnes kaput. Tapi jiwa aku untuk Dockers bundle tetap cool macam dulu-dulu juga. Pantang lintas kedai bundle, mesti aku berhenti jengah. Kalau kutu yang bawa kereta, aku paksa berhenti. Tak dapat beli takpe, asal dapat hirup udara kedai bundle yang nyaman lagi menyegarkan tu dah cukup puas hati.
Habis belajar universiti, aku mula pula zaman professional. Kejujuran dan ketaatan, sambil berpura-pura mendalami perubahan set minda, Pembangunan kepimpinan dan pembinaan tahap kemampuan (aku tak tau nak terangkan dalam bahasa melayu).
Pemikiran aku jadi huru-hara sekejap. Orang kata kerja pejabat kena kemas tak boleh selekeh-selekeh. Kena pakai seluar slack hitam supermarket. Nak pula aku dapat kerja kat Bangunan Berkembar. Takkan nak layan Dockers bundle lagi kot Argh! Masa tu aku betul-betul tak seimbang beb. Jenis kulit sensitif macam aku ni lagi la. Asal pakai fabrik berjenama bukan Dockers bundle, aku jadi gelisah tak tentu hala. Gatal-gatal, panas berkuap semua dia serang! Akhirnya aku buat keputusan. Apa nak jadi, jadilah. Akan aku bawak imej seluar Dockers bundle ke dalam kehidupan bekerja. Akan aku buat tak kisah dengan kutukan dan tohmahan. Jenis taksub macam aku ni gegar gunung nak runtuh pun aku tetap pertahankan seluar Dockers bundle aku. Sekarang dah 4 tahun setengah aku pergi kerja dengan seluar Dockers bundle pelbagai gaya. Aku amat bangga sebab keakraban bersama seluar Dockers bundle kekal utuh.
Dok saja-saja aku buat kira-kira:
1st Jan 1999 - 30th April 2009 = 10 tahun 90 hari (tahun lompat tu kita abaikan)
3650 hari + 90 hari = 3740 hari.
3600 hari rasanya aku dibaluti Dockers bundle, selebihnya 140 hari seluar slack yang aku terpaksa pakai demi menjaga kepentingan politik aku dalam meneladani hidup bekerjaya.
Minggu depan aku plan nak pegi beli dalam 3-4 helai lagi Dockers bundle kat kompleks Campbell.
Begitulah secebis kisah aku bersama seluar Dockers bundle.
*Kisah Suci Lagi Benar
Dockers Bundle Phewwittt!
Suatu petang dalam bulan Oktober tahun 2005:
Aku: Awak ambil ni nanti balut elok-elok, cun-cun, meriah. Masukkan dalam hantaran masa kahwin nanti.
Tunang aku: Apa benda ni abang
Aku: Seluar Dockers bundle!