DIAGNOSIS 3: MORTUARI - 2
Pertama kali menyemat tag nama Doktor, perasaan berbaur. Gembira, takut, cemas, dan paling ketara : berkobar-kobar!

Tentu. Dua tahun di kolej persediaan, tambah lima tahun pengajian ijazah di Dublin- belum dihitung hempas pulas karam timbul semasa SPM untuk mendapat keputusan (baca: tajaan) yang baik - akhirnya terasa perjalanan itu seperti berbaloi. Terasa mimpi jadi kenyataan, muluk-muluk, ah, tanpa disedari cabaran sebenar baru saja memanaskan badan!

Sebagai graduan luar negara, kembali ke hospital tempatan membuatkan saya kaget. Posting pertama : Ortopedik!1

Memperkenalkan diri: Nama saya Doktor Fahd.

Hari pertama lagi saya diketawakan para doktor senior, MO dan registrar. Mulanya keliru, tidak tahu punca. Tetapi setelah mendengar kawan-kawan satu batch memperkenalkan diri dengan nama saja tanpa title doktor, saya mula faham.

Cerita saya memanggil diri sendiri doktor jadi viral (di kalangan doktor senior). Tiga hari pertama, para doktor senior tak putusputus memerli.

1 Bidang kepakaran berkaitan tulang, sendi, dan otot.

Oh, inikah Doktor Fahd, tu (sambil terkekek ketawa).

Doktor Fahd, mari sini. (Uh, sengaja dilantangkan kata doktor itu).

Mungkin budayanya berbeza. Di Dublin, dekan saya memarahi pelajar yang memperkenalkan diri tanpa menyebut Doctor, sampai saya pun terbawa-bawa pada hari pertama.

Even though you are still a medical student, you should be proud of it! Get used of it. Its a symbol of professionalism and responsibility. The sooner you realize that it is not just a title, the better youll cope with people expectation.

Hardcore truth, menjadi doktor tidaklah seindah esei semasa di sekolah, atau rancangan bersiri di televisyen: Saya mahu jadi doktor kerana ingin tolong orang() Begitukah Risikonya benar. Bebannya benar. Tanggungjawabnya benar.

****

Dia masih muda. Baru mencapai dua puluh lima. Kulit sawo matang, gelap dan kasar. Rambut hitam basah, lebat dan sedikit tak terurus. Bau minyak rambut campur peluh. Tubuhnya tinggi tegap. Tipikal citra anak muda yang rajin dan kuat bekerja. Dahinya berlapis. Seperti menangis kesakitan, tanpa air mata. Tanpa suara.

Doktor Fahd, kau clerk pesakit ini. Nanti present pada bos. Munirah, Ihfaz, tolong DOKTOR Fahd, arah registrar (masih menekankan perkataan doktor itu).

Hey, ini hari pertama saya! Dia adalah kes yang komplikated dan kritikal.

Mujur kes itu dibantu oleh ramai doktor senior dan doktor pelatih lain. Saya yang paling mentah ini diberi tugas menuliskan rekod. Juga nanti, melaporkan kepada pakar (ah, ini yang menggigil dan menakutkan untuk doktor baru- case presentation).

Dia tukang paip, Faisal namanya, terjatuh dari bumbung hampir lima meter tinggi ketika bekerja. Kayu reput tempat dia berpijak patah, cerita abangnya. Terhempas, menembusi bumbung, sebelum terlentang atas lantai simen yang padu.

Terus panggil ambulans, sepuluh minit dah sampai hospital, abangnya menutup cerita.

Registrar dan doktor pelatih senior membuat pemeriksaan fizikal. Perkara paling ditakuti dalam kemalangan seperti ini ialah kecederaan tulang belakang (spinal cord injury)- dan filem x-ray dari unit kecemasan mengesahkannya! Compression fracture T5 dan T6, kata registrar.

Kecederaan serius. Di dalam rongga tulang belakang terdapat saraf tunjang yang menghidupkan saraf motor (pergerakan) dan sensori (deria) manusia. Kecederaan pada tulang belakang akan mencederakan saraf tunjang dan akibatnya.

Lumpuh, bisik saya sendiri, tak berbunyi, penuh debaran. Ya. Ini baru hari pertama saya.

Unstable fracture. Highly likely untuk spinal cord injury, registrar merumuskan. Faisal! Cuba gerakkan kaki! Faisal tidak memberi respons. Dahi masih berkerut memandang siling. Emosinya sukar dibaca.

Rasa tak seorang doktor pelatih menyentuh betis Faisal dengan hujung patella hammer. Faisal geleng.

Sini menyentuh paha Faisal pula. Faisal geleng lagi. Doktor itu mengulang dan mengulang, kiri dan kanan, dan makin tinggi ke atas sehingga paras pusat. Registrar mencubit.

Sini

Faisal mengangguk.

Dia lumpuh, dari pusat ke bawah. Kakinya langsung tidak dapat digerakkan. Deria sentuhnya hilang. Refleks kosong. Paraplegic .

Bos, tekanan darah menurun, 98/60mmHg. Nadi 70 saja, lapor seorang doktor pelatih senior.

Neurogenic shock . Bagi IV drip dulu, kemudian periksa tekanan darah semula. Sediakan IV methylprednisolone juga. Saya nak telefon specialist, registrar memberi arahan.

Semua doktor pelatih dan jururawat cekap mengambil tempat masing-masing. Saya, terkial-kial dengan pen dan kertas, sambil memandang wajah Faisal yang kelat.

Err, apa aku nak tulis Apa aku nak tulis Apa aku nak tulis Pintu wad terbuka luas.

Dua orang pakar ortopedik berjalan masuk. Menuju ke arah acute cubicle . Ketika itu juga angin suam bertiup dari arah pantai. Ah!

Doktor Fahdsilakan present kes ini kepada specialist, registrar mengusik.

Saya tergamam, menjeling Faisal. Di juring matanya, ada air mata mengalir. Saya tergamam lagi. ****

Tempoh tagging selama dua minggu terlalu meletihkan. Setiap kali memulakan posting baru, doktor pelatih (houseman) wajib menjalaninya. Ia tempoh orientasi, memastikan houseman boleh menguasai perkara asas (atau setidak-tidaknya SELAMAT untuk dibiarkan berkeliaran di wad).

Enam setengah pagi, wajib tercongok di tepi katil pesakit melakukan pemeriksaan dan rancangan perawatan untuk hari itu: Rondaan pagi (morning round). Bermakna jam lima setengah perlu bangun dan enam pagi sudah keluar rumah. Pulang, secara rasminya jam 10 malam. Ah, tetapi hampir mustahil taggers dilepaskan awal. Biasanya jam hampir dua belas tengah malam, dan tak hairan jika santak sampai 2 pagi!

Tagging itu wajib, bahkan keperluan, tetapi sering kali disalah guna. Dua orang rakan perempuan telah menangis pada hari kelima. Entah kenapa. Terlalu penat Rindu kampung Rindu anak Kena buli (Walaupun suka mengheret kami sehingga larut malam, tapi doktor senior kami sebenarnya sangat cool!)

Saya sendiri, perasaan yang mulanya bercampur baur makin lama makin runcing dan jelas: Ah, kenapalah aku ambil jadi doktor dulu! Ia bukanlah kehidupan seindah yang diharapkan.

Semangat berkobar-kobar mula rekah.

****

Faisal terbaring. Patah tulang belakangnya tidak stabil. Tidak boleh duduk, apatah lagi berdiri. Dia tidak boleh buat apa-apa kecuali berbaring, menoleh ke kiri ke kanan. Terkebil-kebil ketika saya menghampirinya.

Wajahnya kian murung. Dari semalam tak berkata apa-apa.

Faisal baru membuka kedai hardware sendiri. Sedang naik, usahawan yang rajin dan dipercayai oleh pelanggan. Potensi besar. Dia juga baru bertunang, cerita abangnya. Bakal berkahwin dua bulan lagi.

Tapi tengok keadaan dia ni, tak tahulah jadi atau tidak nak kahwin 2 bulan lagi.

Faisal pesakit saya. Pesakit pertama saya sebagai doktor. Pagipagi lagi saya datang memeriksa. Carta tekanan darah stabil. Urine output seimbang. Cuma Faisal enggan bercakap dengan saya. Dia terlalu terkejut, mungkin. Pandangannya tajam menoreh siling wad.

Saya sendiri tak tahu apakah kata-kata yang sesuai untuk menenangkannya. Pengalaman saya masih sifar.

Pesakit spinal shock (spinal cord injury) seperti Faisal akan diberi steroid selama 48 jam. Dalam tempoh itu, sebarang perubahan kepada fungsi saraf, serta vital sign perlu diperiksa rapat.

Setiap hari isi ASIA chart ,registrar memberikan sehelai kertas bercetak. Setiap hari juga kena buat full CNS dan jangan lupa- periksa bulbacavernosus reflex! Ia indikasi awal yang spinal shock semakin pulih.

Saya angguk. Ujian bulbocavernosus reflex dilakukan dengan memeriksa contraction anal sphincter (ie: memasukkan jari ke dalam saluran najis) apabila tiub kencing ditarik. Ia ujian yang tidak menyenangkan. Tidak menyenangkan untuk pesakit, tidak menyenangkan juga untuk doktor.

Saya teragak-agak.

Negatif. Wajah Faisal tidak mempamerkan reaksi.

****

Saya tersandar dalam kereta. Mengeluh, jam sudah 1 pagi. Pagi semalam sampai rumah jam 3 pagi, hari pertama tagging. Tanpa mandi atau salin pakaian, terus terlelap.

Hari ini selesai clerk kes kesepuluh saya. Jam sembilan malam, MO10 bawa kami rehat dan makan malam, berbual santai dan kenal lanjut, sebelum sambung dengan dua pembedahan berturut-turut (wound debridement).

Dalam dewan bedah kaki saya menggigil menahan lenguh.

Seharian tidak banyak peluang untuk duduk. Rakan taggers saya perempuan, mengandung lalu saya sukarela mengambil alih tempatnya.

Faisal masih lagi tidak bercakap dengan saya.

Ah! Saya terjaga, rupanya lebih lima belas minit tertidur dalam kereta. Terus menghidupkan kereta, tak sabar untuk terhempas di atas katil.

****

Setiap hari, houseman berbeza memeriksa Faisal. Kami bertukar giliran. Sesetengah pemeriksaan amat tidak menyelesakan (terutama bulbocavernosus reflex!). Sekalipun deria rasanya hilang, saya tahu Faisal tidak menyukainya (sesiapa pun tak akan suka), tapi apa dayanya yang tinggal untuk membantah.

Saya akan cacat kah, doktor

Pertama kali Faisal bersuara. Mencegat saya.

Saya sudah lumpuh, kan Tubuhnya gigil, memaksa kaki untuk bergerak. Hampa.

Err saya pun tak pasti, bohong saya spontan.

Ah. Bukannya tidak tahu. Dua hari lepas kan abangnya bertanya soalan sama, panjang lebar pula saya bercerita. Tapi apabila Faisal sendiri yang bertanya, saya mati kata.

Saya kena tanya doktor pakar dulu, saya menyambung. Faisal memandang tajam, tahu saya sedang berdalih. Ah. Dan pagi itu (hari ketiga kami) Faisal menangis. Sungguh-sungguh.

Hati saya pecah.

****

Seperti seluruh kekuatan dikerah. Saya mahu jadi terbaik. Saya cuba yang terbaik. Tetapi seperti sumpahan, ia sentiasa tak pernah cukup.

Morning Round tidak pernah seronok untuk doktor baru. Terlupa kes, tup, kena sindir. Terlupa dos ubat, tup, kena sergah. Tercicir keputusan darah (kerana orang yang sepatutnya menghantar pergi minum di depan hospital), sepanjang hari diperli. Tentu. Sebagai ahli wad paling junior, perlu sedia dimarahi bukan sekadar oleh boss-boss atasan, tetapi juga nurse, atendan, akak kerani termasuk juga pesakit dan keluarga pesakit. Apabila menjadi sasaran, terasa diri mengecut. Macam semut. Sedia dipijak bila-bila masa.

Sebagai doktor, tetap perlu lakukan yang terbaik untuk pesakit. Bukankah ia jalan yang dipilih sendiri

Ah! Saya mahu berhenti jadi doktor! Saya merungut sendirian. Kalau tahu kerja teruk macam ni awal-awal saya tak ambil.

Tidak sedar, diam-diam Faisal yang berada di sisi memerhati.

****

Sejak perbualan pertama, Faisal sudah makin mesra. Selalu dia bertanya tentang saya. Berasal dari mana. Tinggal di mana. Anak ke berapa. Wajahnya yang selama ini tumpul makin ceria. Dia banyak bercerita tentang perniagaannya. Tentang komplikasi jantung arwah ayah. Tentang tunangnya yang cantik, baru habis belajar dan menunggu posting perguruan. Abangnya juga usahawan sepertinya yang sangat menggalakkan.

Apabila tidak sempat menjenguk di waktu pagi, petang pasti akan saya singgah untuk ambil darah (katilnya berada betulbetul di tengah wad, acute cubicle). Kecederaannya juga telah melepasi tempoh kritikal. Vital sign stabil. Tidak perlu lagi pemantauan rapi seperti sebelum ini.

Tenaga saya juga makin berkurangan. Belum sempat rehat, mengecas kekuatan (fizikal, emosi, dan spiritual), esok bermula lagi hari baru. Seperti lintah yang menyedutnya diam-diam. Syukur, kenalan kian ramai dan akrab. Pengalaman juga tambah meyakinkan. Gagap-gigil sewaktu morning round semakin kendur.

Tiru macam Fahd ni. Paling cepat belajar. Lepas ni ajar kawankawan tu buat boot slab pula, suara nyaring doktor pakar hari itu membuat saya tersenyum lebar. Sindiran Doktor itu juga makin surut sendiri.

Malam itu, sebelum pulang ke rumah, saya melewati katil Faisal. Wajahnya ditutup napkin kecil yang nipis.

Perlahan, tapi pasti, saya masih mendengar esakannya.

Tajam.

Seperti malam-malam yang lalu.

****

Esok saya tukar wad. Hari ini terakhir tagging!

Gembira tentunya bukan kepalang. Lebih bebas. Lebih independent. Paling penting, lebih masa rehat! Tak ada lagi pulang lewat malam (atau pagi) kecuali oncall.

Seronok betul doktor. Nanti siapa akan periksa saya pagi-pagi tanya Faisal.

Doktor lain, insya Allah. Mungkin yang lagi senior.

Ternyata dua minggu ini menjadikan kami begitu akrab. Kami saling berkongsi cerita, walaupun dalam hati masing-masing tahu ada pelbagai luka. Saya melihat Faisal sepintas. Anak muda bertubuh tegap. Masih terlantar, lumpuh separuh badan. Masa depannya hancur sekelip mata. Saya terdengar juga perbualan keluarga tunangnya yang datang melawat, tentang kemungkinan membatalkan perkahwinan.

Doktor, panggil Faisal. Jangan putus asa ya. Pesakit macam saya perlukan ramai orang macam doktor.

Ketika itu saya berasa malu. Apalah sangat beban saya tanggung, dibandingkan masa depan Faisal yang semakin mendung.

Terima kasih doktor. Wajahnya kelat.

****

Ketika dia masuk ke bilik, saya terkejut. Suara tergendala di kerongkong.

Kerusi rodanya diparkir tepat pada bucu meja. Cekap Faisal mengendalinya. Dia tak mengenali saya pada mulanya. Ya, sudah enam tahun berlalu, ini kali pertama kembali bertemu. Tubuh saya pun sudah berisi. Dan Faisal tetap tegap. Berkaca mata. Wajahnya bercahaya.

Saya sudah ada tiga orang pekerja. Mereka rajin, Faisal menceritakan hidupnya. Perniagaannya maju. Ketara, Faisal sendiri sudah membiasakan diri hidup tanpa kaki. Lenguh juga nak gelek tayar kerusi ni! Faisal berseloroh.

Ingatkan doktor dah pindah ke Selangor.

Saya di sini. Jaga klinik ni saja, sampai berjanggut agaknya.

Eh, dulu tak ada janggut ke Faisal garu kepala dan kami ketawa.

Maaf dan terima kasih Faisal, ujar saya.

Eh, kenapa

Saya hanya senyum.

Kerana menjadi pesakit pertama saya. Memberi keyakinan kepada saya sehingga hari ini, walaupun tak banyak yang dapat saya lakukan dulu, ujar saya dalam hati.