Pada satu petang yang lengang, aku duduk menunggu pesakit sambil minum secawan Nescafe di klinik. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang seolah-olah dalam ketakutan. Dia memang kelihatan sangat panik ketika menerjah kaunter depan klinikku. Tolong doktor. Kawan saya jatuh pengsan kat bilik air.
Dipendekkan cerita. Dia baru sahaja checked in kat hotel bajet selang dua pintu dari klinik aku. Girlfriendnya kata rasa sakit perut. Masuk ke bilik air dan langsung tak keluar-keluar. Bila dia cakap ada dengar suara baby menangis dia mula panik dah.
Aku terus bergegas ke bilik hotel yang dimaksudkan. Pergerakan jantung aku sepantas kaki aku berlari menaiki tangga hotel. Sampai di bilik hotel aku lihat seorang perempuan sekitar awal 20-an terbaring di depan pintu bilik air. Mukanya pucat lesi dan dah selamat melahirkan seorang bayi. Bayi lelaki dan urinya semua dah keluar. Lantai penuh dengan darah. Aku tengok muka bayi tu. Tengok memang dah cukup bulan. Kulit kemerahan dan bernafas macam biasa. Lega aku. Emaknya mula-mula tengok aku nampak blank semacam, lepas tu mata terus naik ke atas dan mula menggelupur. Panik aku dibuatnya. Cepat-cepat aku panggil dia dan alhamdulillah dia sedar semula. Cepat-cepat juga aku tarik dia keluar dari bilik air. Aku baringkan dia dan selimutkan tebal-tebal. Aku beri air masak dan suruh staf temankan dia berbual sementara aku pergi panggil ambulans.
Selepas 45 minit, barulah ambulans datang. Staff nurse yang datang tu aku kenal sangat. Pernah bekerja dengan aku di wad bersalin dahulu. Nampak muka dia saja aku dah bersyukur sebab aku tahu dia tahu apa nak buat. Bila ambulans sampai cepatcepat aku geledah ambulans untuk cari IV Drip set. Kalau ikut undang-undang, klinik aku memang kena ada benda tu semua. Tapi dah lebih 6 tahun aku buka klinik, baru ini pertama kali nak pakai. Tapi selepas kejadian ini barulah aku mula menyimpan peralatan tersebut di klinik.
Lepas masuk 2 pint Hartman barulah perempuan tu boleh jalan untuk turun ke ambulans. Masa aku pimpin perempuan tu nak masuk ambulans, aku rasa macam herolah pula. Kat bawah dah penuh dengan orang ramai mengerumun tengok apa sedang berlaku. Kalaulah ada cameraman masa tu alangkah glamornya aku.
Menurut lelaki yang menemani perempuan tu, dia kenal perempuan tu baru 3 bulan. Perempuan tu call dia kata sakit perut. Yang aku musykil sakit perut tapi kenapa check in kat hotel Kenapa tak check in hospital je Lelaki tu tak cakap apa dah. Aku pun hairan, dah cukup bulan mengandung takkanlah lelaki tu tak perasaan langsung Sementara menunggu ambulans datang, perempuan tu langsung tak nak tengok apatah lagi pegang bayi tersebut. Aku tanya soalan langsung tak nak jawab.
Staf aku yang menemaninya siap dah berkira-kira nak ambil bayi itu jadi anak angkatnya.
Keesokan harinya, aku tunggu-tunggu juga manalah tahu ada wartawan Harian Metro ke, KOSMO ke yang nak interview aku tapi habuk pun tarak. Staf aku cuti sekerat hari sebab perempuan tu janji nak beri anaknya pada dia. Malangnya nenek kepada perempuan tu tak beri. Dia yang nak jaga.
Dunia sekarang dah tak kisah sangat pasal anak-anak tak berbapak ni. Istilah anak luar nikah atau anak haram dah tukar jadi anak tidak sah taraf. Biar sedap sikit telinga mendengarnya. Tapi yang haram tetap haramlah. Walau macam mana pusing sekalipun takkan jadi halal punya. Kata staff nurse, kat hospital saban hari ada sahaja kes-kes macam tu. Ada yang dah masuk nombor lima tetapi surat nikah pun takda. Hai, beginilah dunia akhir zaman!