DIAGNOSIS: DELUSI - 2
Tengok, dekat luar tingkap tu. Perempuan tu asyik ikut aku je. Razak memberitahu Aiman, pelajar perubatan tahun empat sambil memandang ke luar tingkap, tingkat dua bangunan lama Hospital Kuala Lumpur itu.

Aiman menoleh ke luar tingkap, namun apa yang diamatinya hanyalah deretan bangunan hospital.

Perempuan mana bang soal Aiman, mendapatkan kepastian.

Razak bangun dari tempat duduknya dan berjalan menuju ke arah jendela.

Tu ha. Dia asyik pandang dekat aku je. Razak melambaikan tangannya kepada Aiman sebagai isyarat memanggil Aiman datang ke arahnya. Aiman berjalan perlahan sambil menjenguk ke arah luar tingkap. Dia kelihatan agak terkejut apabila bahunya dipegang kemas oleh Razak.

Kan dah cakap perempuan tu ada dekat situ. Siap bawa anak dia dua orang lagi tu.

Aiman terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Razak. Belum sempat Razak menyambung ceritanya, seorang jururawat lelaki datang menghampiri Razak dan mengarahkannya kembali semula ke bangku meja makan. Hanya di ruang itu para pelajar dibenarkan untuk menemu bual pesakit bagi tujuan keselamatan.

Setelah mereka berdua kembali ke tempat itu, sesi temu bual bersambung semula.

Kau dah nampak tak tadi Perempuan tu dari dulu lagi ikut aku, masa dekat kampung lagi. Sampai aku masuk sini pun dia ikut juga.

Aiman hanya tersengih mendengar kata-kata Razak.

Abang tahu tak kenapa dia ikut abang soal Aiman.

Dia nak kahwin dengan aku, tapi aku tak nak. Razak melontarkan kata-katanya itu dengan bangga sambil membetulkan baju hijau hospitalnya.

Dia ada cakap nak kahwin dengan abang ke

Dia tak adalah cakap, tapi aku tahulah, jawab Razak, ringkas.

So, abang bukannya dengar suara la kan Abang just nampak apa yang orang biasa tak nampak la kan

Eh mana ada. Aku ada juga dengar suara. Kadang-kadang suara lelaki, kadang-kadang perempuan. Sebab dioranglah aku mengamuk, campak-campak barang. Siap suruh aku bunuh mak aku lagi. Last-last abang aku pun hantarlah aku dekat sini.

Oo... macam tu... tapi kan bang, dah lama ke abang kena semua ni Abang tahu abang sakit apa

Sebenarnya dah lama aku dengar suara-suara tu, masa umur aku 18 tahun. Tapi tak adalah aku rasa aku sakit ke apa masa tu. Enam tahun lepas tu baru aku masuk hospital ni, lepas aku mengamuk dekat ladang kelapa sawit. Orang kampung pun telefon polis. Doktor cakap aku ni schizophrenia. So, memang abang selalu masuk sini la kan Tapi kenapa ye

Sejak hari tu memang selalu jugalah masuk sini. Entahlah, mungkin sebab aku tak suka makan ubat kot. Tapi aku ni baik, tak adalah ambil dadah, minum arak semua tu. Eh abang ni, macam tahu-tahu je saya nak tanya soalan tu.

Biasalah tu, bukan kau seorang je yang pernah tanya soalan kat aku ni hah.

Jawapan Razak yang spontan itu menyebabkan Aiman tergelak. Belum sempat dia ingin menyambung pertanyaannya, Faris yang menganggap dirinya sebagai ketua di situ memanggil Razak dan rakan-rakannya yang lain untuk bersedia menunaikan solat.

Aiman melihat jam tangan Swatch nya. Jam baru menunjukkan pukul 11.30 pagi. Dia tergelak melihat gelagat mereka. Kelakuan mereka amat melucukan baginya. Solat duha mungkin, getus hatinya.

Dek kerana Faris dianggap sebagai big boss di situ, semua pesakit hanya menurut arahannya. Razak meminta diri untuk mengambil wuduk dan menyertai jemaah di ruangan kosong kubikal mereka. Aiman hanya melihat gelagat mereka. Setelah azan dikumandangkan oleh salah seorang pesakit di situ, seorang demi seorang pesakit menyertai jemaah.

Walaupun kelakuan mereka agak luar biasa, ada sesuatu mesej yang tersirat di sebaliknya. Aiman berfikir sejenak. Sesuatu menganggu fikirannya. Dia agak terkesan dengan kelakuan mereka kerana sekurang-kurangnya mereka masih mengingati Tuhan dalam keadaan mereka yang tidak stabil itu, getus hatinya. Dia berasa bersalah kerana dirinya sendiri jarang menunaikan solat. Solat Subuh pagi tadi juga terlepas akibat lambat tidur dek menonton perlawanan bola sepak antara Manchester United dengan Arsenal.

Aiman! Amboi, termenung jauh nampak!

Lamunan Aiman terhenti apabila dicuit oleh Karim, rakan sekelasnya.

Mana adalah, tu haa... aku tengok diorang solat tu. Lawaklah diorang. Nak tergelak pun ada. Kau apahal tercegat je, marilah duduk sini, Aiman mempelawa Karim untuk duduk di sebelahnya.

Tula pasal, patient aku pun join sekali. Tapi susah gila nak interview dia. Aku tanya lain, dia jawab lain. Ada ke aku tanya kenapa masuk sini dia cerita pulak pasal alien kawal dialah, ada superpower lah, lepas tu cerita jumpa bidadarilah. Naik pening aku. Kalau macam ni, tak tahulah bila nak habis.

Karim bercerita sambil mengeluarkan handphone daripada kocek kiri seluar hitam slack nya yang kemas digosok. Karim sememangnya seorang yang metroseksual. Mukanya ala-ala James Franco versi Melayu.

Hahahaha, okeylah tu. Tu kira info ape. Aku nasib baik patient aku tu jawab apa yang aku tanya. Maybe patient kau tu tak stabil lagi kot.

Perbualan mereka diteruskan dengan cerita perlawanan bola malam tadi sementara menunggu pesakit-pesakit itu selesai. Usai solat, hasrat mereka tergendala sekali lagi dek tiba pula waktu makan tengah hari. Selesai lunch, kelihatan Razak berjalan ke arah Aiman. Razak duduk di depannya. Karim berlalu pergi untuk meneruskan sesi temu ramahnya yang masih belum selesai.

Hah, nak tanya apa lagi Tanya cepat-cepat sikit. Aku bila dah kenyang ni nak tidurlah pulak, kata Razak kepada Aiman.

Rilek bang, sikit je lagi soalan ni haa.. ni, abang ada tak rasa macam ada orang nak bahayakan abang ke, jealous dengan abang ke

Memang adalah. Tu jiran aku tu. Tak faham apa yang dia tak puas hati sangat dengan aku ni. Sekeluarga tu sama je semua. Dia tutup paip air rumah akulah. Aku pergi buka, lepas tu dia tutup balik. Macam tulah. Last-last aku pun pergi baling batu dekat diorang. Padan muka, balas Razak.

La, kenapa abang buat macam tu Abang memang nampak ke diorang buat tu

Tak payah nampak pun aku tahulah! Memang diorang tu tak puas hati dengan keluarga aku!

Belum sempat Razak meneruskan pertanyaannya lagi, mereka tiba-tiba dikejutkan oleh suara jeritan seorang lelaki. Argh! Jangan kacau aku! Jangan ikut aku la!

Seorang pemuda dilihat menjerit-jerit sambil bercakap-cakap seorang diri di penjuru salah sebuah katil di situ. Dia menendang katil dan menumbuk-numbuk tilam seperti sedang menumbuk sesuatu.

Kenapa kau kacau aku! Kenapa! Aku nak hidup tenanglah! Sebab kaulah keluarga aku benci aku!

Dia kemudiannya bertindak dengan lebih agresif dengan cuba menghentakkan kepalanya di dinding. Jururawat-jururawat lelaki yang berada di situ bergegas berlari ke arahnya untuk meredakan situasi. Dia kemudiannya dibawa masuk ke dalam bilik rawatan sebelum diberi suntikan ubat penenang.

Haa, cuba kau tengok brother tu. Dia stress lah tu, kata Razak selepas melihat pintu bilik rawatan ditutup.

Kenapa dia stress bang

Ala, biasalah. Semalam macam tu juga. Tapi kau tak ada kan. Dia stress lah sebab dia cakap ada jembalang hitam ikut dia. Nak tidur pun tak boleh, sebab jembalang tu baring sekali juga. Tu yang dia tendang jembalang tu tadi.

Oo... macam tu ke....

Tulah, bila ajak solat sekali tak nak. Tu yang jembalang tu ikut je tu. Razak menyambung kata-katanya.

Aiman tergamam mendengar kata-kata Razak.