9:00 Siang
DETEKTIF Howard dan Sarjan Boone masih berbual mengenai kejadian yang berlaku dua malam lepas. Satu lagi pembunuhan terjadi di satu kawasan kejiranan elit kota ini. Mangsanya seorang lelaki korporat yang terkenal, berbangsa kulit putih tetapi berkahwin dengan wanita Asia. Walaupun memeluk agama Islam, namun cara hidupnya masih tidak berubah. Dia tetap mengamalkan budaya hidup barat. Menurut sumber, dia memiliki seorang wanita simpanan yang berkulit hitam. Cita rasa lelaki itu memang pelik dan aneh.
Adakah kita perlu mengaitkan pembunuhan Martin dengan perempuan simpanannya tanya Sarjan Boone.
Ya, kenapa tidak. Kau dapatkan maklumat tentang perempuan simpanan dia, balas Detektif Howard.
Siapa saja boleh jadi suspek. Sama ada isterinya, wanita Asia tu ataupun perempuan simpanannya.
Sebenarnya aku sudah pun mendapatkan maklumat tu, Sarjan Boone membuka sampul surat di tangannya dan mengeluarkan gambar-gambar gadis kulit hitam bernama Bonie.
Walaupun berkulit hitam tetapi wajah gadis itu sempurna. Bonnie seorang model dan pelakon iklan. Gambar Bonnie yang mengenakan bikini biru muda itu direnung Detektif Howard dengan mata tidak berkelip. Terlalu cantik hingga matanya enggan lari daripada terus menatap wajah dan bentuk tubuhnya. Kulitnya tampak halus, wajahnya pula sensasi dan adia memiliki sepasang mata yang besar yang hitam.
Bagus! ucapnya tanpa melepaskan pandangan.
Matanya terus melekat pada gambar Bonie. Pelbagai fikiran nakal mula bermain dalam mindanya.
Bagaimana dengan partner dia, Jackson
Mata Sarjan Boone beralih mengawasi wajah Detektif Howard yang masih leka membelek-belek gambar Bonie. Ada lebih kurang lima keping gambar. Semuanya mencolok mata. Detektif Howard tersengih sendiri.
Jackson akan beri keterangan pagi ni. Aku dah pun hubungi dia semalam, jawab Detektif Howard sambil menyimpan gambar-gambar Bonie di dalam sampul surat besar dan melemparkannya ke atas meja.
Hubungi perempuan ni secepatnya. Minta dia datang jumpa aku. Kita harus menyoal siasat dia. Kenyataannya harus diambil. Kita perlu tahu ke mana dia pergi pada malam pembunuhan tu berlaku.
Motif pembunuhan Musa Martin Abdullah masih kabur. Pembunuhnya sangat licik, hilang tanpa meninggalkan sebarang jejak. Satu-satunya bukti adalah melalui kelongsong peluru yang terbenam di dahi lelaki itu. Namun pembunuh yang cekap pasti sudah pun membuang pistol yang digunakan. Pembunuhan sering terjadi di kota ini. Banyak kes yang tidak selesai.
Isteri lelaki itu kini dalam tahanan polis untuk soal siasat. Pihak polis mengesyaki isteri Martin adalah dalangnya. Kemungkinan besar dia yang mengupah pembunuh upahan untuk membunuh suaminya sendiri kerana wang. Menurut pembantu rumah mereka, pasangan suami isteri itu mengalami krisis rumah tangga dan hampir-hampir bercerai. Dengar khabar, isterinya cemburukan perempuan simpanan Martin.
Bonnie itu cantik rupawan dan seksi pula. Sedangkan wanita itu Asia itu sudah hampir mencecah usia empat puluhan. Pasti rupanya sudah tidak menarik lagi.
Tidak mustahil isteri mangsa ingin membolot semua harta milik suaminya dan hidup sebagai seorang janda kaya yang diselubungi kemewahan. Bukan sedikit wanita yang berhati jahat dan buruk seperti itu! Malah wanita begini sudah wujud sejak zaman dahulu lagi, fikir Detektif Howard sambil mengetuk jari-jemarinya di permukaan meja cermin.
Di satu sudut, sekotak donat sudah luak isinya. Begitu juga cawan kertas berisi kopi sudah hampir kering. Sarjan Boone sedang menghabiskan donat terakhir yang ada di dalam kotak tersebut.
Tiba-tiba pintu kamar bilik Detektif Howard diketuk. Muncul setiausahanya seorang wanita lingkungan 30-an dengan wajah serius. Rupanya langsung tidak cantik dan kurus tinggi bak jerangkung. Di wajahnya ada tetua yang berwarna coklat kemerahan.
Ada orang mahu jumpa tuan, beritahunya.
Siapa
Seorang lelaki Asia. Katanya ada kaitan dengan suspek pembunuhan Musa Martin.
Okey, suruh saja dia masuk, balas Detektif Howard.
Ayuh! Pura-pura sibuk! perintah Detektif Howard pada Sarjan Boone.
Namun Sarjan Boone hanya sibuk makan donat hingga bibirnya yang kecil dan tipis itu kelihatan sedikit comot dengan gula.
Good morning! seru seorang lelaki Asia yang baru muncul di hadapan pintu.
Lelaki itu segak, tinggi lampai dan berkulit cerah. Rambutnya tersisir rapi dan pakaiannya kemas.
Morning. Please come in, jemput Detektif Howard sambil bangun.
Lelaki itu segera memperkenalkan dirinya kepada Detektif Howard dan Sarjan Boone.
Saya Khairul Rasheed, dari Kuala Lumpur, Malaysia. Saya adik kepada Puan Linda Martin Abdullah, katanya sambil merenung lembut ke wajah Detektif Howard dan Sarjan Boone silih berganti.
Oh! Pewaris wanita Asia tu Kau datang dari jauh, nak beri maklumat tentang pembunuhan tu tanya Detektif Howard.
Khairul Rasheed menggeleng.
Tak, bukan itu tujuan saya datang, terang Khairul Rasheed dengan penuh hemah.
Khairul Rasheed bergegas terbang dari Kuala Lumpur ke New York sebaik sahaja mendapat panggilan daripada Linda. Panggilan ringkas namun padat dengan cerita sensasi itu membuat Khairul Rasheed tidak menangguhkan waktu untuk membantu kakaknya yang bernasib malang itu.
Biar saya berterus terang. Pihak tuan tidak boleh menahan Linda Martin sesuka hati. Dia perlu diberikan hak untuk mempertahankan diri daripada dituduh secara membabi buta. Tuduhan sebagai suspek dalam kes ini adalah mengarut sama sekali, Walaupun kata-kata Khairul Rasheed bernada lembut tetapi cukup sinis.
Kamu tak berhak mengganggu siasatan kami! tegas Detektif Howard sambil berdiri. Wajahnya merah padam, menahan marah. Dia tidak sangka lelaki Asia itu begitu berani menempelak tindakannya menahan Linda Martin. Siapa kau Kes ni berlaku di sini dan tak ada kaitannya dengan kau.
Geraham Khairul Rasheed berlaga-laga semasa sendiri. Dia cuba menahan marah dengan mengukir senyum sinis.
Saya tahu di sini Amerika. Tapi di Amerika ataupun Malaysia, kita semua dilindungi undang-undang. Linda Martin bukan suspek kes ni. Tak mungkin dia bunuh Martin. Saya mahu lihat testimoni dia. Saya datang dengan peguam, kata Khairul Rasheed tanpa rasa takut sambil menghentak tangannya ke meja Detektif Howard.
Nanti dulu! Jangan terlalu cepat membuat rumusan. Kami masih belum habis menyoal dia. Tak mungkin dia akan dilepaskan selagi soal siasat ke atasnya belum selesai. Sekurang-kurangnya untuk 36 jam, balas Detektif Howard.
Saya mahu jumpa dengan dia. Saya berhak untuk jumpa dia bukan Dia juga berhak untuk mendapat seorang peguam, kata Khairul Rasheed dengan tegas.
Dia risau memikirkan tentang diri Linda. Kejadian itu benar-benar tidak diduga. Selama ini Linda tidak pernah menceritakan sebarang krisis dalam rumah tangganya dengan Martin. Tiba-tiba sahaja Martin dibunuh dengan kejam lewat tengah malam di perpustakaan rumahnya. Kala itu Linda sedang tidur. Dan keesokan harinya Linda menemui Martin sudah pun mati. Dia juga yang menghubungi pihak berkuasa. Tetapi pihak polis kini menahan Linda sebagai suspek utama.
Okey, kau boleh jumpa dia. Tapi membawa dia keluar dari sini adalah perkara mustahil walaupun kau mampu untuk bayar berapa ribu dolar sekali pun, tegas Detektif Howard.
We will see, Khairul Rasheed membalas.
Detektif Howard diam sahaja. Dalam keterpaksaan, dia meneriak orang bawahannya supaya membawa Khairul Rasheed menemui kakaknya yang ditahan dilokap polis. K, tolong bebaskan kakak dari sini. Seksa rasanya duduk kat dalam ni, rintih Linda bersama esak tangis.
Sebaik sahaja dia melihat wajah adik lelaki itu, Linda terus meluru dan memeluknya dengan erat. Khairul Rasheed cuba menenangkan kakaknya itu dengan mengajak dia duduk. Dia memberitahu ibu bapa mereka, Dato Salihin dan Datin Zora sedang menunggu berita daripadanya di Hotel Sheraton, New York. Mereka turut datang memberikan sokongan kepada Linda. Cuma Khairul Rasheed tidak membenarkan ibunya mengikut dia ke pejabat polis itu tadi.
Kak, jangan bimbang. Saya akan berusaha untuk bebaskan kakak hari ni. Lepas tu bawa kakak balik ke Malaysia.
Ya, jangan bimbang apa-apa, Puan Linda, sampuk Peguam Tan yang turut ada bersama mereka.
Linda melemparkan senyuman pahit. Wajahnya muram dan rambutnya kusut masai. Hilang segala keterampilannya sebagai seorang wanita yang kaya dan elegen. Semuanya terjadi kerana pembunuhan tragis yang berlaku ke atas Martin. Linda masih belum dapat melupakan kejadian ngeri yang menimpa diri Martin. Namun, kenyataan tetap perlu diterima. Martin sudah tiada lagi. Kenapa terlalu cepat dia pergi Linda menyeka air matanya yang mula menitis.
Apakah yang akan berlaku padanya kelak
Menerima hukuman atas tuduhan yang tidak dilakukan Oh, Tuhan... Bantulah hambamu ini.
Kak, saya harap kakak banyakkan bersabar. Insya Allah kakak akan keluar dari sini selewat-lewatnya petang ni. Saya dan Mr. Tan akan berusaha untuk meyakinkan pihak berkuasa. Kami juga mohon pertolongan dengan kedutaan. Insya Allah, Tuhan akan tunjukkan jalan, dipermudahkan segalanya.
Siapa yang sanggup bunuh Martin Oh! Linda tersedu.
Kita semua pun mempunyai soalan yang sama. Siapa dan apa motif Martin dibunuh. Eh, bagaimana dengan rakan kongsi Martin Tiba-tiba Khairul Rasheed teringatkan rakan kongsi Martin.
Jackson
Dia... Errr... Dia tak ada. Masih di Eropah. Mungkin dia sudah tahu berita ni. Tentu staf di syarikat sudah beritahu dia. Tapi dia masih belum muncul di sini. Testimoni pun belum diberi. Kakak harap testimoni Jackson akan dapat tolong kakak bebas dari sini, beritahu Linda.
Ya, harap Jackson boleh membantu kakak. Saya akan cuba hubungi dia, jawab Khairul Rasheed.
Kakak tenang saja. Biar kami uruskan hal ni dengan sebaik-baiknya. Percayalah, semua ni akan cepat berakhir, Khairul Rasheed bangun daripada duduknya.
Khairul Rasheed dan Peguam Tan terserempak dengan Jackson yang baru keluar dari bilik Detektif Howard. Rupanya, dia juga baru tiba dari Eropah setelah mendengar berita menggemparkan itu. Dia yang waktu itu sedang bercuti bergegas pulang untuk memberikan keterangan. Maklumat dari Jackson amat berguna untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu diri Linda. Menghadapi tuduhan sebagai pembunuh, bukanlah satu perkara yang mudah dan boleh dipandang ringan.
Bagi Linda, ia sesuatu yang amat mengerikan! Menjadi mimpi dan igauan yang menakutkan. Sejak melihat Martin terbaring dengan dahi ditembusi peluru, Linda tidak dapat melupakannya baik dalam jaga atau tidur.
Saya tahu Linda Martin tak bersalah, kata Jackson sambil memegang bahu Khairul Rasheed.
Saya telah beri testimoni kepada pihak polis. Kenyataan ini benar dan tidak perlu disangkal lagi. Saya yakin pembunuhan Martin adalah disebabkan oleh balas dendam salah seorang pekerja kami yang dipecat Martin minggu lepas. Saya yakin sekali. Pekerja itu, George namanya. Dia memang marah dan pernah mengugut hendak membunuh Martin. Beberapa orang pekerja kami tahu mengenai ugutan itu. Dia bertengkar hebat dengan Martin sebelum meninggalkan syarikat. Pihak polis sedang mencari George sekarang. Dia dipercayai melarikan diri ke Hawaii dengan pesawat lewat malam tadi.
Apakah kesalahannya hingga dia dipecat
Menggelapkan duit syarikat. Hampir 2 juta US dolar. Martin mengugut hendak menyerahkan dia kepada pihak berkuasa. Lelaki itu terus melarikan diri namun sempat memberi amaran. Sekiranya Martin melaporkan kejadian itu kepada polis, dia akan dibunuh. Ugutan itu nampaknya benar-benar terjadi.
Wow! Khairul Rasheed jelas terkejut.
Namun, dia bersyukur. Dengan testimoni yang diberi oleh Jackson pasti Linda akan dibebaskan secepatnya. Linda akan segera dibawa pulang ke tanah air. Dia berharap pengalaman buruk itu tidak akan mematahkan semangat Linda untuk meneruskan hidup.
Terima kasih, ucap Khairul Rasheed sambil bersalaman dengan Jackson.
I am happy to help Linda. She is a wonderful, beautiful, wise woman, katanya sambil tersenyum mesra.
Ya, dia memang seorang wanita yang layak untuk dipuji. Bukan dikeji dan diberi penghinaan begini, kata Khairul Rasheed membendung rasa sedih.