HAMPIR enam bulan lalu... Rohani sudah bersedia untuk ke kilang tempatnya mencari rezeki. Baju panjang yang diperbuat daripada kain kapas berwarna biru muda, sudah pun tersarung di tubuhnya yang tinggi lampai. Rambutnya yang panjang melepasi paras bahu, disisir kemas. Manakala telefon tangannya yang tidak pernah lekang, sudah pun dicas penuh baterinya.
Hari ni ada overtime
Ma Pah bertanya, perlahan.
Taklah... malaslah overtime hari-hari. Tapi rasarasanya Ani balik lewat sikit.
Kenapa pula
Ma Pah merenung satu-satunya anak gadis hasil perkongsian dengan gemulah lakinya yang meninggal dunia akibat dipatuk ular kapak tiga tahun lalu.
Ani nak ke pekan. Nak ke rumah kawan.
Buat apa
Ma Pah membayangkan kebimbangannya.
Nak tengok kerja lain pula.
Eh, kenapa pula Bukankah kerja sekarang dah elok
Rohani mendengus.
Orang lain dah sampai ke mana, Ani masih lagi pekerja kilang. Ani nak berubahlah, mak.
Berubah Apa maksud kau Kau nak tinggalkan mak
Kalau nak berjaya, kenalah berubah, mak. Tak ke mana perginya kalau asyik terperuk di kampung ini saja.
Tapi kerja di kilang tu pun, kerja juga. Pendapatan kau pun bukannya kecil lagi. Pendapatan tu cukup untuk kita berdua.
Ani pun nak tengok dunia luar juga, mak. Ani nak cari pengalaman baru. Dan yang paling penting, Ani nak tengok orang baru di luar sana.
Ma Pah bagaikan hilang nafas. Sudah bertahuntahun, semenjak Rohani habis sekolah, dia berusaha menahan Rohani daripada meninggalkan Kampung Sungai Teja. Suatu ketika, Rohani memang sudah benar-benar mengemaskan pakaiannya dan hendak ke bandar besar kerana kononnya mendapat kerja. Bagaimanapun, apabila kawannya yang dihubungi tidak membalas panggilan, Rohani membatalkan pemergian itu. Ditambah pula, permohonannya untuk bekerja di kilang pembuat tekstil di pekan berhampiran kampung diterima, menjadikan Rohani terlupa sekejap akan cita-cita yang tidak pernah disenangi oleh Ma Pah itu. Satu-satunya cara untuk memastikan Rohani terus berada di kampung dan di sisinya adalah dengan mengahwinkan Rohani. Bagaimanapun, Rohani terlalu memilih. Bukan tidak ada orang yang datang meminang Rohani tetapi semuanya ditolak. Bukan tidak ada yang mengalir liur apabila melihat Rohani, malah tidak mampu melarikan pandangan mereka dari tubuh Rohani tetapi semuanya tidak disukai oleh Rohani. Pernah juga Ma Pah cuba regukan Rohani dengan Affendi, anak saudara gemulah lakinya yang bekerja sebagai seorang guru di kampung sebelah.
Affendi cukup kacak. Ada kereta. Masih bujang. Pandai menghormati orang tua. Manis muka dan tidak berkira wang ringgit. Pendek kata apa sahaja kriteria yang diperlukan pada seorang bakal menantu, ada pada Affendi, namun Rohani tetap tidak berkenan. Telefon tangan Rohani selalu berbunyi. Ma Pah cuba juga menghendap dan mengintip. Setiap kali berbual, Rohani pasti akan tersenyum-senyum atau ketawa kecil laksana orang yang sedang hangat bercinta. Sesekali kedengaran juga Rohani dan kawan di dalam telefonnya itu bergaduh, sama macam orang sedang berkasih sayang. Sesekali, Rohani membiarkan telefon itu berbunyi sampai bunyinya menyakitkan hati dan telinga tanpa satu pun panggilan-panggilan tersebut dijawab, umpama orang yang sedang merajuk dengan buah hati selepas kehendaknya tidak dipenuhi. Namun seperkara yang sangat pasti ialah, Rohani tidak pernah mahu berterus-terang tentang orang yang sering menghubungi dan dilawan cakapnya itu. Permintaan Ma Pah agar Rohani membawa orang itu ke rumah untuk diperkenalkan kepadanya ditolak oleh Rohani dengan senyuman. Entah apa yang cuba disembunyikan oleh Rohani, Ma Pah tidak pernah dapat mengetahuinya.
Ani dah nak pergi ni. Mak ada apa-apa yang nak dipesankan
Pertanyaan Rohani mengejutkan Ma Pah daripada lamunan panjangnya.
Tak ada apa-apalah.
Ma Pah melemparkan pandangan ke luar. Rohani sempat merenung ibunya itu sambil menghela nafas panjang. Mungkin dia sedar keinginannya untuk mencari kerja di tempat lain, tidak menyenangkan hati ibunya.
Kalau tak ada apa-apa, Ani pergi dululah. Kejap lagi bas kilang tu sampai. Mat drebar tu bukannya tahu menunggu.
Ma Pah tidak memberikan sebarang ulasan lagi. Rohani menyarung kasutnya yang berada di muka pintu. Kemudian terus berjalan sambil mengelek sebuah beg plastik kecil yang entah apa isinya. Langkahnya agak panjang. Mungkin untuk mengelakkan daripada ditanya yang bukan-bukan oleh Ma Pah atau boleh jadi juga bimbang seandainya ditinggalkan oleh bas kilang yang dipandu oleh seorang pemuda bernama Mat. Sekali gus menyebabkan Ma Pah bersendirian di rumah limas peninggalan gemulah lakinya itu. Kesepian melanda hatinya. Kalau Rohani ada pun, kesepian tetap membungkus rumah itu, apatah lagi setelah Rohani pergi bekerja. Kalau tidak kerja, Rohani lebih senang terperuk di dalam biliknya dengan pintu bilik berkunci dari dalam. Dia hanya keluar untuk makan dan mandi. Selepas itu kembali berkubang di biliknya. Sudah lama sangat mereka berdua beranak tidak berbual panjang. Bukan Ma Pah tidak teringin bertanyakan khabar Rohani, tentang kerjanya, tentang kehidupannya, tentang segala-galanya namun Rohani bagaikan meletakkan hadangan antara mereka. Ma Pah merindukan suasana ketika gemulah lakinya masih hidup dahulu. Ma Pah rindukan suasana ketika Rohani masih belum bekerja dan saban waktu berada di rumah. Kalau diturut-turutkan hatinya, dia tidak membenarkan Rohani keluar bekerja. Biarlah Rohani berkulat di rumah, sementara menunggu orang masuk meminang. Namun, gemulah lakinya tidak meninggalkan harta yang banyak untuk mereka berdua.
Gemulah lakinya hanya mampu mengadakan sebuah rumah dengan tapak rumah yang luasnya tidak lebih dari seekar. Mahu tidak mahu, terpaksalah dia membenarkan Rohani bekerja sedangkan dia pula menguruskan kerja di rumah selain mengambil upah menjahit baju kurung. Itu sahajalah kemahiran yang Ma Pah miliki. Hendak bekerja di kilang, dia sudah tua dan tidak ada majikan yang mahu mengambilnya bekerja lagi. Manakala tanah kosong di belakang rumah, diusahakan penanaman cili api yang ada kala harganya melambung dan lebih banyak masanya harga cili api sangat rendah. Kadang-kadang Ma Pah cemburu melihat orang lain yang mempunyai anak ramai. Kalau seorang anak buat perangai, masih ada anak-anak lain yang akan menjaga kebajikan ibu bapa mereka. Atau paling tidak pun menghiburkan ibu bapa yang mengharapkan perhatian anak-anak. Sedangkan dia pula, hanya memiliki Rohani. Itu pun selepas berubat sana sini. Barangkali itulah kifarah yang perlu dibayar. Semasa muda dahulu, Ma Pah cuba mengelak daripada hamil dan beranak. Gemulah lakinya pun tidak pernah merungut walaupun kawan-kawan yang lain sudah mempunyai anak berderet-deret. Ma Pah tidak mahu bentuk badannya yang langsing dan menyebabkan ramai orang yang tergila-gilakannya, berubah bentuk. Ma Pah masih ingin mengenakan kebaya pendek berkain batik ketat ke sana ke sini. Ma Pah seronok bila ada orang puji punggungnya yang berisi dan tonggek. Ma Pah tahu, kerana punggungnya yang berisi dan tonggek itu jugalah gemulah lakinya dahulu cukup setia dan akur dengan apa-apa sahaja perintahnya.
Kalau kau tak boleh beranak, mak cadang nak kahwinkan Dollah dengan Esah, sepupunya yang baru menjanda tu!
Kata-kata ibu mertuanya itu bagaikan dentuman guruh di dalam telinga Ma Pah. Ibu mertuanya yang bersogek dan tidak lekang dengan bakul sirih sudah lama mengidamkan warisan daripada gemulah lakinya. Apatah lagi, gemulah lakinya adalah anak tunggal.
Siapa yang kata Pah tak boleh beranak. Masalahnya, Abang Dollah tu....
Ma Pah cuba mengalihkan kesalahan tersebut kepada lakinya. Sememangnya Dollah tidak akan menjawab atau membangkang sebarang kata-kata Ma Pah. Kata-kata Ma Pah akan ditelan bulat-bulat umpama ular sawa menelan anak ayam yang masih kuning bulunya. Namun ibu mertuanya tetap mendesak. Bertahuntahun dia menunggu kelahiran seorang cucu tetapi Ma Pah tidak bersedia untuk mengandung, bersalin dan membesarkan seorang anak. Bukan Dollah tidak pernah mengutarakan cadangan agar mereka mempunyai seorang anak, namun ada-ada sahaja helah Ma Pah untuk mengelak. Dan anehnya, dia sentiasa berjaya mengelak daripada mengandung biarpun acap kali juga Dollah berusaha agar benihnya melekat di rahim Ma Pah. Sehinggalah ibu mertuanya meninggal dunia, Ma Pah masih berjaya mengekalkan bentuk badannya. Bukan sedikit orang kampung yang mengatanya. Bukan sedikit juga bini-bini orang kampung yang cemburu dan hasad dengannya. Namun Ma Pah tidak sedikit pun peduli dengan perasaan mereka. Dollah pula sekadar menjadi burung kakatua yang akan mengajuk apa-apa sahaja cakap Ma Pah tanpa sedikit pun membantah, biarpun ketika melihat Ma Pah melayan laki orang bersembang di tepi jalan.
Agak lama sehinggalah suatu hari, Ma Pah melahirkan perasaan sunyinya kepada Dollah. Begitu tenang, Dollah memberitahunya bahawa kesunyian mereka akan terubat dengan kehadiran seorang cahaya mata. Biarpun Ma Pah cuba menangkis pujukan Dollah agar dia mengandung dan melahirkan seorang cahaya mata, namun akhirnya Ma Pah mengakui, rumah tangga mereka memerlukan seorang anak. Dia perlu membuktikan kepada semua orang bahawa dia tidak mandul. Ma Pah juga perlu menangkis tohmahan orang kampung yang galak mengatakan, dia tidak mahu beranak kerana tidak tahu siapa bapa anaknya nanti. Cerita tentang Ma Pah membuat hubungan sulit dengan lelaki di Kampung Sungai Teja, sememangnya sudah tidak asing lagi. Yang orang kampung tak tahu, Ma Pah sangat sedar tentang batasannya sebagai isteri yang perlu sentiasa dijunjungnya biarpun adakalanya dia tergoda juga dengan ajakan jantan-jantan miang dan tidak sedar diri itu. Apatah lagi dengan layanan yang jauh lebih baik berbanding dengan laki sendiri, membuatkan Ma Pah adakalanya hampir melepasi batas yang ditetapkannya sendiri. Sepanjang musim liarnya, Ma Pah tidak pernah menyerahkan kehormatan diri dan maruah Dollah kepada mana-mana lelaki pun. Paling-paling tidak pun, dia sekadar membenarkan mereka memegang tangan atau mencium pipinya. Lebih daripada itu, Ma Pah akan menolak dengan baik. Mungkin kerana itulah, ramai yang jatuh angau dengannya sehingga sanggup meminta Ma Pah menfasakhkan Dollah yang dianggap tidak berkelayakan dan gagal menjalankan tugas sebagai suami. Permintaan-permintaan itu sekadar disambut dengan senyuman oleh Ma Pah. Ma Pah tidak pernah berniat hendak bercerai dengan Dollah biarpun Dollah bukanlah suami pilihannya dan tidak berharta. Dollah adalah pilihan arwah ibu bapanya. Sememangnya perasaan sayangkan Dollah tidak wujud di hatinya pada mula mereka berkahwin. Malah, Ma Pah sentiasa cuba mengelak daripada disentuh atau bersentuhan dengan Dollah.
Apabila tidur, mereka akan tidur asing-asing. Ma Pah tidur di atas katil, sedangkan Dollah pula tidur di atas lantai. Selama berbulan-bulan keadaan itu berterusan sehinggalah suatu hari, Ma Pah demam panas dan Dollah menjaganya dengan penuh kasih sayang. Semenjak itu, Ma Pah cuba memupuk perasaan sayangnya kepada Dollah. Sedikit demi sedikit walaupun pada zahirnya, Ma Pah kelihatan lebih liar daripada zaman remajanya. Dia menyayangi Dollah kerana sikap Dollah yang sangat bersabar dengan kerenahnya. Walau apa pun yang dilakukannya, Dollah tetap tenang dan sesekali menasihatinya dengan cara yang sangat halus dan berkesan. Hampir tiga puluh tahun mereka hidup bersama. Sikap Dollah yang tidak pernah berputus asa untuk membentuknya menjadi seorang isteri yang baik dan seorang ibu, akhirnya membuahkan hasil. Kelahiran Rohani disambut gembira. Kasih sayang Dollah kepadanya semakin bertambah-tambah. Dollah bekerja kuat, mengambil upah dan sentiasa mengisi masa lapangnya dengan kerja. Balik dari bekerja sebagai kakitangan majlis perbandaran, dia akan mengambil upah menebas nebang tanah orang kampung. Dan setiap kali berada di rumah, Dollah tidak pernah meninggalkan kebun cili apinya di belakang rumah biarpun pada waktu malam dan hanya bertemankan lampu suluh serta lampu gasolin. Hanya selepas melihat-lihat barisan pokok cili apinya dan berpuas hati, barulah Dollah akan membersihkan diri dan masuk ke rumah untuk makan, berehat dan bergurau senda dengan Rohani mahupun Ma Pah sendiri. Orang kampung mengata dan mengejinya. Mereka tidak percaya, Rohani adalah anak Dollah. Mereka menfi tnah dan mengumpatnya. Mereka mencerca dan mencemuh. Namun wajah Rohani saling tidak ubah seperti wajah Dollah dalam bentuk perempuan, sekali gus menafi kan umpat keji tersebut. Pun begitu, ramai yang masih tidak percaya bahawa Rohani adalah anak halalnya dengan Dollah, bukannya dengan kawankawan lelakinya yang sentiasa mencari peluang untuk melakukan dosa besar bersama-samanya. Ma Pah mengharungi kehidupan harian bersamasama anak yang diberi nama sebagai Rohani dan Dollah dengan cara yang sangat berlainan dari sebelumnya. Ma Pah melupakan langsung dunia glamournya. Dia lebih menumpukan perhatian kepada anak dan suaminya. Kepandaiannya menjahit baju kurung digunakan untuk membantu Dollah menambah pendapatan keluarga mereka. Tiada lagi jantan yang dilayan, bahkan kalau ada yang berani cuba-cuba dengannya pun, mereka bukan sahaja hampa tetapi juga akan dimaki hamun. Walaupun pada mulanya orang kampung tidak mahu mengupahnya menjahit baju kurung mereka, namun rakan-rakannya dari pekan ramai yang datang mencarinya di kampung. Hanya apabila mendengar cerita rakan-rakannya yang berpuas hati dengan mutu jahitannya, barulah wanita-wanita di Kampung Sungai Teja menghantar kain untuk dijahit sebagai baju kurung. Pada masa yang sama, mereka turut menjalinkan hubungan yang lebih baik dengannya.
Pun begitu, Ma Pah berusaha sedaya mungkin untuk melindungi rahsia yang membelenggu rumah tangganya bersama-sama Dollah. Tidak mungkin Ma Pah akan bercerita tentang bagaimana dia berjaya mengandungkan Rohani dan seterusnya melahirkan darah dagingnya itu. Rahsia itu akan terus dipegang dan disimpannya biarpun dia sudah berada di liang lahad. Dollah sudah pun membuktikan kesetiaannya dengan membawa rahsia itu bersama-sama ke lubang kubur. Usahanya bertahun-tahun untuk mengelak daripada mengandung, akhirnya memberi masalah apabila dia sukar untuk hamil biarpun sudah dicuba dengan pelbagai cara. Dia sudah puas berurut dan mengambil ubat-ubatan bagi membolehkan dia hamil, namun gagal. Mak bidan-mak bidan yang ditemuinya menyatakan, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengandung. Rahimnya elok. Dia subur. Dollah juga tidak cacat celanya. Suatu hari, tatkala rembang, Ma Pah balik dari pekan setelah seharian suntuk membeli belah bagi keperluan hari raya. Dollah memang ikut sama tetapi Dollah balik dahulu membawa barangan yang telah dibelinya. Dollah kayuh basikal manakala Ma Pah naik bas. Berjalan masuk dari jalan besar ke kampung, bukanlah perkara sukar bagi Ma Pah. Dia sudah melakukannya bertahun-tahun. Malah pulang pada tengah malam dan berjalan kaki seorang diri pun, Ma Pah tidak gusar. Sekalipun ramai yang mengidamkan tubuhnya, Ma Pah sentiasa ada senjata yang boleh mencairkan seorang lelaki yang berniat jahat terhadapnya. Setidak-tidaknya itulah yang menyelamatkan Ma Pah daripada ditimpa sebarang kejahatan daripada niat seorang lelaki selama ini.
Baru balik, Pah
Teguran itu merenjatkan Ma Pah. Apabila dia berpaling, jelas sesusuk tubuh seorang wanita berambut serba putih sedang berdiri tidak jauh dari pokok jejawi tua. Wanita tua berwajah kedut seribu itu, memegang sebatang tongkat yang kelihatan aneh rupanya.
Siapa ni
Ma Pah tidak takut dengan kehadiran wanita tua itu.
Kau tak kenal aku
Ma Pah cuba mengecilkan kelopak mata dengan harapan, wajah berkedut dengan rambut serba putih itu dapat dikenalinya. Namun puas diingat-ingatinya, nama wanita tua itu tetap tidak tercatat dalam lipatan hatinya. Malah Ma Pah seperti tidak pernah melihat wanita tua itu di mana-mana dalam Kampung Sungai Teja.
Minta maafl ah. Pah tak kenal.
Lembut sahaja suara Ma Pah melayani wanita tua yang kelihatan ramah itu.
Barangkali dah lama sangat... tu yang kau tak kenal. Aku ni pangkat nenek saudara dengan kau. Kau boleh panggil aku Tok Tom.
Tok Tom Nenek saudara
Ma Pah mengerutkan keningnya.
Aku ni mak saudara tiga pupu dengan mak kau. Dua pupu nenek kau.
Ma Pah sekadar mengangguk. Malas dia hendak memikirkan pertalian tersebut. Kalau benar Tok Tom yang ada di hadapannya itu adalah nenek saudaranya, dia akui sahajalah. Bukannya rugi apa-apa pun. Namun begitu, sesuatu singgah di benaknya. Dia tidak pernah melihat Tok Tom. Dan seingatingatnya, tiada seorang pun penduduk di kampung itu yang bernama Tok Tom. Sekalipun dia kurang mengenali kebanyakan penduduk kampung, namun Ma Pah cukup yakin, wanita itu memang tidak pernah tinggal di Kampung Sungai Teja.
Aku baru sahaja sampai ke kampung ni. Aku nak tengok tanah aku di hujung kampung ni.
Tok Tom bagaikan dapat memahami apa yang sedang bermainmain di fikiran Ma Pah ketika itu.
Habis tu, Tok Tom duduk di mana
Ma Pah segera bertanya.
Aku duduk di pondok di tanah aku tu.
Sesuatu segera mengetuk tangkai hati Ma Pah.
Kalau macam tu, apa kata Tok Tom tinggal di rumah saya malam ni
Ternyata pelawaannya yang tidak bersungguhsungguh disambut oleh Tok Tom dengan gembira. Malam itu, Tok Tom berada di rumahnya. Tempat tidur Tok Tom adalah di serambi. Tok Tom sendiri yang meminta agar Ma Pah menyediakan tempat tidurnya di situ. Sesuatu yang aneh tentang wanita tua itu ialah, dia tidak banyak bercakap, sebaliknya lebih suka merenung dengan tajam tanpa sebarang garis senyuman terpancar pada bibirnya. Paling dia suka renung adalah Dollah. Apa sahaja yang dilakukan oleh Dollah akan menjadi perhatiannya. Makan minum, Tok Tom tidak banyak soal. Adakalanya dia makan, adakalanya dia langsung tidak menjamah makanan yang disediakan untuknya. Cuma seperkara yang kerap menarik perhatian Ma Pah ialah, setiap kali kedengaran azan dari arah masjid, Tok Tom kelihatan gelisah. Kalau ada yang membaca tarhim dan ayat-ayat suci, Tok Tom lagi gelisah. Hampir lima malam Tok Tom tinggal bersama-sama mereka. Sepanjang masa itulah juga Ma Pah langsung tidak berganjak daripada merenung Dollah. Renungan tajam Tok Tom kepada Dollah membuatkan Ma Pah tidak berani membiarkan Dollah bersendirian. Lagipun sebagai tuan rumah, dia perlu melayan Tok Tom yang merupakan nenek saudaranya dengan sebaik-baiknya.
Malam ni bulan mengambang penuh.
Tidak semena-mena Tok Tom bersuara sewaktu Ma Pah menghantar sepinggan pulut yang hendak dijadikan sarapan oleh Tok Tom.
Kenapa pula dengan bulan, tok
Ma Pah bertanya bagaikan orang tongong.
Kau nak anak, kan Dollah tu pun nak anak.
Ma Pah pandang muka Tok Tom dalam-dalam. Sememangnya baik dia mahupun Dollah tidak pernah bercerita tentang perkara itu kepada Tok Tom. Masakan mereka hendak membuka cerita tentang kekurangan rumah tangga mereka kepada seorang wanita tua yang baru sahaja dikenali sekalipun wanita tua itu mengaku dia adalah nenek saudara Ma Pah.
Kalau kau nak anak, malam ni kau dengan laki kau bersedia. Aku boleh tolong.
Tok Tom bersuara dengan tidak semena-mena. Ma Pah tidak tahu bagaimana harus dia menyambut kata-kata itu. Wajarkah dia bergembira atau sekadar mendengar cerita itu sebagaimana dia mendengar cerita yang lain-lain.
Apa persediaan yang nak kena buat
Kain kuning sehasta. Telur ayam tujuh biji. Kemenyan Arab tujuh belas biji. Ayam kampung jantan berbulu hitam seekor....
Ma Pah ketawa kecil.
Macam nak berancak pulak
Kata-kata Ma Pah menarik pandangan Tok Tom. Wajah Ma Pah direnungnya dengan tajam. Dari gerak bibirnya dan renungannya yang tajam, wanita tua itu tidak menyenangi kata-kata Ma Pah. Mungkin dia beranggapan, Ma Pah menganggap dia memperolokolokkan ketiadaan anak dalam rumah tangga Ma Pah dan Dollah. Mungkin juga Ma Pah menganggap, katakatanya dan tawaran bantuannya hanya satu gurauan daripada seorang wanita tua yang tidak mempunyai tempat tinggal.
Terpulang, Pah. Kalau kau nak anak, itulah usahanya. Kalau kau tak nak anak, tak payahlah menyusahkan diri kau buat benda-benda tu semua,
Tok Tom bersuara perlahan. Air muka Ma Pah berubah.
Err... saya kena tanya Abang Dollah dulu.
Pergilah tanya. Aku rasa, dia memang hendak sangat seorang anak.
Tok Tom kelihatan cukup bersemangat apabila Ma Pah menyebut tentang Dollah. Matanya kelihatan bernafsu. Dan tanpa dapat ditahan-tahan, buat pertama kalinya semenjak mereka berkahwin, Ma Pah didatangi perasaan cemburu. Bukan cemburu dengan seorang wanita yang menyaingi kejelitaannya tetapi seorang wanita tua yang baru sahaja dikenali beberapa hari sebelum itu. Mujurlah Dollah tidak mengendahkan Tok Tom. Tok Tom sekadar dilayan seperti selayaknya seorang tuan rumah lelaki melayan seorang wanita tua yang menjadi tamunya. Dollah tidak pula nampak hendak bermesra dengan Tok Tom walaupun Tok Tom sentiasa mencari jalan untuk menyentuh Dollah biarpun di hadapan mata Ma Pah sendiri. Tepat sebagaimana yang dikatakan oleh Tok Tom, Dollah begitu teruja apabila mendapat tahu kesudian Tok Tom untuk membantu mereka mendapatkan seorang anak. Sebaik-baik sahaja diberitahu apakah barang-barang yang perlu ada untuk upacara pada malam nanti, Dollah tidak bertangguh-tangguh mencari dan menyediakannya.
Kau tengok, Pah. Bukankah aku dah kata, laki kau memang hendakkan seorang anak.
Ma Pah memilih untuk tidak menjawab. Dia memang tahu semenjak lama dahulu yang Dollah mahukan anak. Dia sahaja yang tidak mahu mengandung dan beranak kerana bimbang bentuk tubuhnya akan berubah ketara selepas melahirkan anak. Dan apabila dia sudah bersedia, usahanya bersama-sama Dollah untuk mendapatkan seorang anak, tidak pula tercapai.
Apa yang aku buat, jangan sesekali kau tegur. Kau dan laki kau pergilah bersatu.
Arahan Tok Tom membuatkan Ma Pah terpingapinga. Namun Dollah yang mengerti maksud sebenar arahan Tok Tom terus menarik tangan Ma Pah masuk ke bilik. Hari itu memang hari yang istimewa. Ma Pah menyerah dengan hati yang rela. Malah diberikannya kasih sayang dan cinta kasih yang tidak pernah dihadirkan sepanjang dia bersama Dollah sepanjang usia perkahwinan mereka. Dan Dollah pula menjadi seorang pejuang hebat yang seakan-akan tidak mungkin terkulai ketika dalam perjuangan. Setiap pemberian Dollah, disambut dengan baik oleh Ma Pah. Dan ketika penghujung pertarungan berakhir dengan kedua-duanya terkapar lesu, Dollah dan Ma Pah saling berpandangan sambil bertukar-tukar senyuman membayangkan kelainan yang tidak pernah mereka miliki selama ini. Di luar, keadaan sunyi sepi. Kelibat Tok Tom tidak lagi kelihatan. Bekas tidurnya di serambi rumah, masih ada tidak terusik. Bantal yang digunakan untuk melapik kepalanya yang beruban penuh juga masih bersusun dan tidak ada tanda-tanda ada orang yang telah menggunakannya. Angin menyapa langsir jendela serambi. Tiupannya menyebabkan langsir terkuang-kuik dan berbuaibuai. Desir angin turut menggerakkan dedaunan yang menabiri persekitaran. Deru angin menghasilkan lagu alam. Daun-daun menari. Ranting-ranting saling berlaga. Pohon-pohon kecil terangguk-angguk.
Dah lama kita dalam bilik ni. Jom kita keluar,
ajak Dollah sambil membetulkan seluarnya. Ma Pah tersenyum sambil meraih tangan Dollah. Dia menggeliang-geliutkkan badannya laksana ikan belut di atas pasir. Dan Dollah merenung seluruh tubuh Ma Pah dengan pandangan yang cukup rakus sambil mengitari segala bentuk dan lekuk sebelum menerawang ke bahagian-bahagian sulit yang tersembunyi sebelum itu. Agak lama mereka bersama. Hanya setelah dehem Tok Tom kedengaran, barulah kedua-duanya bingkas bangun sambil berpelukan, lantas ke muka pintu bilik. Tombol pintu ditarik dan kedua-duanya mendapatkan Tok Tom dengan wajah berseri-seri.
Pah, siapkan diri... pergi ke pelantar. Aku dah siapkan bunga-bunga tujuh jenis. Air setempayan....
Buat apa
Ma Pah masih tidak faham.
Aku nak mandikan kau.
Buat apa mandi
Untuk bersihkan diri kau. Untuk kuatkan sendisendi dan otot-otot kau.
Dollah memberi isyarat kepada Ma Pah agar diturutkan sahaja kehendak Tok Tom.
Dollah... kau ke sungai... kau kena menyelam dalam satu nafas dan bersihkan seluruh tubuh kau. Bila kau bangun, jangan mandi lagi. Naik ke darat dan biarkan air di badan kau kering dengan sendirinya.
Tok Tom benar-benar bertindak seperti seorang bomoh perempuan yang masyhur. Ma Pah dimandikan dengan air tempayan yang diletakkan tujuh kuntum setiap satu dari tujuh jenis bunga. Sejuk airnya sampai ke tulang hitam. Malah ketika Tok Tom menceduk air dari tempayan itu dengan menggunakan batok, ada serapah yang dibacanya. Ada jampi yang diseru tetapi Ma Pah langsung tidak faham bahasa yang digunakan oleh Tok Tom. Namun setiap kali air yang dijirus oleh Tok Tom menyentuh ubun-ubunnya, Ma Pah dapat berasakan sesuatu yang menyengkang rahimnya. Ada pergerakan kecil pada bahagian saluran peranakannya. Seolah-olah ada seekor lintah besar sedang menyendat di dalam saluran berkenaan dan bergerak ke arah rahimnya. Kulit perutnya juga dirasakan berombak-ombak tetapi apabila disentuh, tiada apa-apa pula yang berlaku. Kulit perut yang terlindung di sebalik kain batik yang sudah lencun, tidak bergerak pun. Ma Pah tidak tahu apa yang telah ditemui oleh Dollah ketika berada di sungai. Namun ketika Dollah pulang dari arah sungai, wajahnya kelihatan pucat. Dollah juga jadi tidak tentu arah. Dollah ingin menceritakan sesuatu kepada Ma Pah tetapi kehadiran Tok Tom di sisi Ma Pah menghalang Dollah daripada memperkatakannya. Dollah yang tidak pernah berwajah kusut, menimbulkan perasaan simpati Ma Pah kepada suaminya itu. Kalau diturutturutkan mahu sahaja dia memeluk Dollah sambil mendendangkan lagu kasih agar hilang takut di hati Dollah.
Biarkan sahaja. Nanti, dia akan tenang.
Tok Tom seperti tahu apa yang telah berlaku di sungai. Ma Pah tidak dibenarkan menyentuh Dollah yang masih berdiri di penjuru serambi rumah dengan pakaian basah dan berwajah kusam. Dollah pula bagaikan telah ditukarkan menjadi patung bernyawa yang berdiri tegak di penjuru serambi tanpa dapat memikirkan apakah tindakan perlu yang wajar dilakukan. Upacara pada sebelah siang, tidaklah begitu menyakitkan dan membosankan seperti upacara pada malam hari. Wanita tua yang berambut mengerbang putih dan berpakaian laksana nenek kebayan dari hutan berpuaka, membaca-baca jampi serapahnya dalam bahasa yang cukup aneh dan nyaring. Tongkatnya yang aneh rupanyanya, diangkat-angkat ke udara. Bau kemenyan yang semerbak, berbaur dengan bau bunga tanjung menimbulkan satu macam suasana yang kurang menyenangkan. Suara orang berbisik keras dan lintang pukang bunyinya bersimpang siur. Malah pada masa yang sama, suara lolongan anjing liar dari arah jejawi tua dapat didengar bertingkah-tingkah. Dan tidak jauh dari serambi rumah, bunyi seperti orang memamah tulang, menceringkan bulu-bulu roma. Dan segala-galanya berubah selepas itu. Baik Ma Pah mahupun Dollah, kedua-duanya menjalani upacara yang diselenggarakan oleh Tok Tom dalam keadaan separuh sedar. Mereka melihat ramai orang yang datang meraikan mereka berdua. Mereka melihat orang ramai begitu menyanjungi Tok Tom dan seolah-olah Tok Tom adalah penguasa di tempat itu. Ma Pah dan Dollah tidak mengenali seorang pun daripada orang ramai yang mendatangi mereka beramai-ramai itu. Lebih daripada mereka, Dollah dan Ma Pah langsung tidak mampu bersuara, meskipun mereka telah berusaha sedaya mungkin untuk kekal berkomunikasi antara satu sama lain. Ma Pah dan Dollah dibawa ke sebuah pentas yang diperbuat daripada batang nibung yang dibelahbelah. Baik Ma Pah mahupun Dollah, tidak pasti lokasi sebenar pentas nibung itu didirikan. Ada banyak tempayan di situ. Ada pukulan gendang, ada paluan rebana, ada ketukan kompang menjadi latar di sekeliling pentas berbatang nibung. Hiasan di sekitar pentas berbatang nibung belah pula diperbuat daripada anyaman daun kelapa, daun nipah, daun rembia dan daun bertam. Jamung-jamung yang marak menyala, dipacakkan di sekitar pentas berbatang nibung. Ada suara anak-anak kecil yang turut bertingkah sama, bersela-sela dengan paluan gendang, rebana dan kompang. Sesekali kedengaran juga bunyi ketuk-ketuk yang diperbuat daripada batang nangka dan buluh, mengalunkan irama yang entah apa maksudnya. Dan tatkala di tengah-tengah keriuhan tersebut, suara Tok Tom melangsing, sekali gus menghentikan segala bunyi. Keadaan bertukar menjadi sunyi.
Sepi-sesepi sepinya. Unggas malam yang turut berlagu, turut terdiam bagaikan terkejut dengan bengkengan suara Tok Tom. Kesepian itu bersela. Tidak lama apabila suara Tok Tom mula berdengung bagaikan suara kumbang mengorek batang kemahang yang dijadikan alang lantai rumah. Jampi serapahnya begitu mengasyikkan, bahkan sehingga membuatkan badan Ma Pah dan Dollah turut berayun ke kiri dan kanan umpama orang yang sedang meratib berzikir.