KARKUMA - 2
REDUP pagi seakan-akan menyelimuti Pulau Nabui. Matahari baharu mengintai-intai menyuluh bumi. Angin bertiup nyaman membawa kedinginan suara alam mengelilingi taman di sekitar kawasan Bangkir Ghadabi, sambil mendengarkan perbualan penghuninya.

Kenyang daku mandi akan dikau dengan air, rabuk untuk dimakan. Tapi apa kenanya hidup dikau masih sambil lewa

Mentak harinen adalah hari penghabisan hidup daku.

Usah cakap bagai utu, wahai kawan daku. Belum lama daku pelihara dikau. Agan nengar dikau pasrah pada nasib, minta untuk mati hendaknya

Nengar daku masih ingin hidup lagi, laksana kekawan lain yang ada di sekeliling, tapi percaya akanlah tempoh untuk daku hidup udah hampir tamat.

Dikau masih boleh hidup andainya dikau makan rabuk yang daku bagi utu.

Uuu...uuu...

Tolong usah mati. Belum puas daku mengecap kewangian bau dikau.

Dak mentak daku boleh hidup lagi, bau-bauan daku udah mati

Suara itu semakin jauh kedengaran di telinga Karkuma, justeru membimbangkannya.

Usah! Usah dikau cakap kalimat utu! Karkuma cemas memandang sekeliling, tanpa disedari air matanya mengalir. Disapu air matanya pantas sambil berkata dengan nada geram, Tengoklah tangisan daku inen, daku belum mau untuk berpisah dengan dikau.

Lama juga Karkuma menunggu suara itu datang lagi, tetapi tiada. Suasana beralih sunyi jadinya. Bunyi angin pun tidak kedengaran. Karkuma gelisah. Diragutnya dahan mawar yang baru disiram air dan diberi baja sebentar tadi.

Pokok sekitar empat kaki tinggi, dahulunya lebat berbunga segar, dengan wangi yang luar biasa. Itulah pokok mawar kesayangannya. Dijeritnya pada pokok itu.

Udah lama kami hidup bersama, tapi kini sekonyongnya dikau mati tinggal akan daku Cakap akanlah lagi pada ku! Bisik akanlah lagi!

Karkuma menggoncang dahan mawar berkali-kali, hingga dua-dua tapak tangannya luka berdarah terkena duri. Namun sedikit pun dia tidak berasa sakit kerana luka dihatinya lebih parah. Dia sedih melihat mawar kesayangannya layu mati di depan mata dengan tiba-tiba. Cara pokok mawar itu mati sangat mengganggu fikiran. Susah dia hendak terima kenyataan itu.

Karkuma bertafakur seketika, sambil mengharap pokok mawar itu masih hidup dan berbisik padanya semula. Tetapi tiada lagi apa-apa yang kedengaran. Begitu anggapan Karkuma yang sangat arif tentang jenis tanaman yang terdapat di Bangkir Ghadabi. Setiap hari dia berbual-bual dengan semua tanam-tanaman di sekeliling kawasan bangkir itu, seolah-olah mereka sahabat dan kaum keluarganya.

Tanaman-tanaman itu pula seakan-akan mendengar serta memahami perbicaraannya. Gelagat Karkuma itu sudah menjadi kebiasaan kepada pekerja di bangkir. Malah masyarakat umum ramai yang mengetahuinya dan tidak kisahkannya lagi.

Sejak berusia 18 tahun, Karkuma berkhidmat sebagai tukang kebun di Bangkir Ghadabi. Sepuluh tahun kemudian dia dilantik sebagai Ketua Kebun Bangkir Ghadabi dan di bawahnya ada tiga pembantu. Mereka ialah Balungga, Hakap dan Teggal. Balungga dan Hakap sudah lama bertugas di bangkir tetapi Teggal, anak muda Tuk Pagai, jiran Karkuma, baharu tiga tahun bekerja di situ.

Walaupun sebagai ketua, Karkuma tidak pernah ambil kesempatan terhadap pembantunya. Sekian lama, tiap-tiap hari dia sendiri turun ke taman bergelumang dengan pokok-pokok bunga. Hidup, mati, sakit, pening pokok-pokok bunga di situ segalanya dititik berat sepenuhnya.

Bukan sahaja tukang kebun tetapi kesemua pekerja dan kuli di bahagian lain di bangkir itu menyayangi Karkuma. Kebanyakan mereka adalah dari keturunan puak Anyer, Sulu dan Tuban, mereka menghormatinya kerana dia menghormati mereka. Tidak seperti golongan Nabui lain di bangkir itu, yang menganggap ketiga-tiga puak ini sebagai hamba abdi, dek kehodohan paras rupa dan fizikal. Kakitangan tiga puak ini dibezakan dengan panggilan `kuli bangkir tetapi kakitangan dari golongan orang Nabui dikenali sebagai `pekerja bangkir.

Kerajaan secara rasmi memaklumkan penduduk dari puak Anyer, Sulu dan Tuban dirumpunkan menjadi rakyat sebangsa Nabui dengan gelaran Nabui Hakir, di mana `hakir membawa maksud orang yang hina.

Begitulah hakikatnya nasib rakyat peribumi Pulau Nabui, mereka menjadi mangsa penindasan yang seolah-olah tanpa kesudahan. Namun mereka tetap tabah menerima nasib bak mentimun; dihiris luka, menghiris pun luka. Disejarahkan, bangsa Nabui Hakir yang menjadi hodoh akibat terkena sumpahan sihir yang dahsyat daripada Sitarta beratus tahun dahulu, hanya akan terhakis setelah lahirnya keturunan yang ketujuh. Kini kelahiran keturunan ketujuh telah berlalu, namun keadaan orang-orang puak Nabui Hakir masih tidak berubah.

Apa jua kenyataannya, Karkuma sangat disayangi pembantunya, terutama sekali Balungga yang sudah 10 tahun berkhidmat di bangkir. Balungga, anak sulung empat beradik datang dari keluarga miskin. Dialah sahaja tempat seluruh keluarga mengadu. Pernah pada satu ketika, dia kesempitan wang. Ketika itu isterinya hendak melahirkan anak sulung, dalam waktu yang sama ibu Balungga sakit tenat dan Balungga baharu seminggu bekerja di Bangkir Ghadabi dan baharu seminggu jugalah dia berkenalan dengan Karkuma. Merata tempat Balungga berusaha meminjam wang dari kawan dan saudara-mara, tetapi gagal. Akhirnya pada Karkuma tempat dia meminjam wang. Balungga terhutang budi dan nyawa pada Karkuma.

Karkuma yang baik budi dan peramah, bukan hanya pada tumbuh-tumbuhan tetapi juga sesama manusia. Orang awam yang datang bersembahyang di bangkir itu ramai menyukainya. Baik yang tua atau pun muda semuanya memanggil Karkuma, Aba Kuma. Aba bermaksud penjaga yang berhati mulia.

Umpama pantang bagi orang yang bertandang ke bangkir itu jika tidak menegur Karkuma, kerana dia pasti menegur mereka dengan penuh rendah diri, tidak kira mereka Nabui biasa atau Nabui Hakir. Kebanyakan masyarakat Nabui biasa tidak mahu bercampur dengan Nabui Hakir, tetapi Karkuma sentiasa membuat mereka dari golongan Nabui Hakir berasa diri mereka setara. Bagi masyarakat Nabui Hakir Karkuma adalah semangat mereka.

Aba Kuma, mulia hatinya. Kata-kata yang sering didengar dari bibir orang-orang Nabui Hakir. Bagaimanapun ada kalanya, Karkuma menjadi pendiam. Bersedih apabila memikirkan nasibnya belum dikurniakan cahaya mata sejak dia bernikah dengan isterinya, Sirehpani. Pernah pada tahun pertama pernikahan mereka dahulu, Sirehpani mengandung, tetapi selepas tiga bulan kandungan itu gugur. Dan sejak itu Sirehpani tidak pernah mengandung lagi, namun mereka terus mencuba dan berharap agar dikurniakan anak.

Usahlah awok sedu hati, dewata masih belum restui anak buat awok dengan yayi, Sirehpani memandang wajah suaminya dalam-dalam, yang dipanggilnya awok yang bermaksud abang. Karkuma menunduk lesu. Perlahan-lahan Sirehpani mendekati Karkuma untuk menenangkan hatinya yang sedang kesedihan. Sebagai isteri soleha, Sirehpani membahasakan dirinya yayi yang membawa maksud adinda. Sambil mengusap bahu Karkuma, Sirehpani meluahkan isi hatinya kepada Karkuma, Awok beri yayi tempoh lagi semusim, andai yayi idak juga mengandung, yayi rela awok kawin dengan yang lain puan.

Sejak kata-kata itu diluahkan isterinya dengan linangan air mata dan sejak hari itu Karkuma tidak pernah lagi menyebut pasal anak.

Sekarang sudah hampir 18 tahun mereka berkahwin. Sirehpani masih tidak mengandung. Karkuma tidak mahu bersedih lagi memikirkan perkara itu. Pokok-pokok bunga di halaman rumahnya adalah pengarang jantungnya, dipelihara seperti anak kandung. Pokok-pokok di taman bangkir pula seperti anak-anak yatim. Dan apabila melihat pokok jagaannya mati, seperti pokok mawar, itulah kesedihan baginya.

Matahari menghilang, senja mendatang. Setiap hari, sebelum pulang ke rumah, Karkuma masuk ke bangkir lebih dahulu, bertafakur pada Dewa Garuda Chandi. Kemudian dia ke taman menyiram air pada semua pokok-pokok bunga di sekeliling bangkir.

Wahai pepokok pengarang jantung hati, tidur akanlah mengkema dengan lunaknya tatkala malam, lalu sambut akanlah daku tatkala datangnya siang. Itulah kata-kata hikmat, sering Karkuma ucapkan pada pokok-pokok bunga di taman bangkir itu sebelum dia pulang. Tetapi pada petang itu, berat kakinya melangkah meninggalkan sebatang pokok bunga mawar yang baharu mati. Karkuma berjalan perlahan-lahan menuju pintu gerbang Bangkir Ghadabi.

Sesekali dia menoleh pada pokok mawar yang sudah mati itu. Dalam pada itu dia terpandang tiga ahli fikir agama iaitu Warak Jameng, Warak Langkus dan Warak Dongga melambai padanya. Karkuma membalas lambaian sambil menyembunyikan kepiluan di hati.

Semua warak-warak di bangkir itu sudah arif dengan tabiat Karkuma dan ada antara mereka menganggap Karkuma bodoh atau kurang siuman kerana taksub menyayangi tumbuh-tumbuhan. Tukang kebun bahlul saja yang mau berasmaradana dengan pokok. Warak Jameng menyindir, malah kata-kata sumbang ini sering diluahkannya tiap kali dia ternampak Karkuma.

Asal kisah Karkuma yang kami sembang, mengapa dikara nengar gusar nampaknya Tanya Warak Langkus kepada Warak Jameng. Katup mulut dikau! Tempik Jameng. Langkus terus ketakutan, malah Dongga turut kecut perut.

Maklumlah Warak Jameng baharu dilantik sebagai Pembantu Ketua Warak Bangkir Ghadabi. Ketua warak di Bangkir Ghadabi bererti ketua warak kepada semua warak di semua bangkir yang terdapat di Pulau Nabui.

Setiap bangkir ada tiga hingga lima orang Warak Huku. Di Bangkir Ghadabi ada tujuh warak, kerana ia bangkir terbesar di Pulau Nabui, yang diketuai oleh Ketua Warak Labot dan pembantunya, Warak Jameng.

Warak lain di situ ialah Warak Langkus, Warak Dongga, Warak Petawali, Warak Saldi dan Warak Gibang.

Warak Jameng bukan sahaja orang kedua berkuasa di semua bangkir, malah dia juga anak sulung kepada Datuan Besar negeri Tanah Nabui. Iaitu Datuan Besar Lukut. Bayangkan dia anak Perdana Menteri. Datuan Besar adalah orang kedua paling berkuasa dalam Kerajaan Negeri Tanah Nabui, selepas sultan.

Bagai enggang dengan pipit layaknya perbezaan darjat antara Warak Jameng dengan Karkuma. Akan tetapi mengapa pula Warak Jameng sering rasa tercabar dengan kemunculan Karkuma Hal ini menjadikan apa sahaja pandangan atau kata-kata yang keluar dari mulut Warak Jameng mengenai Karkuma, pasti berunsur negatif. Berbagai tomahan ditaburkan terhadap Karkuma di bangkir itu.

Namun, sebagai Ketua Warak Bangkir Ghadabi, Ketua Waral Labot dan beberapa warak-warak lain, langsung tidak ambil kisah dengan kata-kata tohmahan Warak Jameng, kecuali Warak Langkus dan Warak Dongga sahaja yang gemar mendengar segala dongengan Warak Jameng sehingga warak-warak lain menggelar mereka berdua sebagai kelikir Jameng iaitu orang suruhan Warak Jameng yang macam lembu.

Benarlah bisik hati daku inen, si Karkuma utu kalap orangnya! Bergumam bibir Warak Jameng sambil matanya tidak berkelip memandang Karkuma di hadapan mereka. Ketika itu, Warak Jameng bersama Warak Dongga dan Warak Langkus berjalan mengelilingi bangunan bangkir sebanyak lima pusingan kerana di waktu senja adalah salah satu praktikal amalan mantera yang wajib dilaksanakan setiap hari oleh warak-warak ajaran Huku, mengikut giliran yang ditentukan oleh ketua warak bangkir.

Ketika Warak Jameng, Warak Langkus dan Warak Dongga hampir selesai menunaikan mantera sambil mengupat Karkuma, tiba-tiba datang seorang tua berambut putih dan berjanggut putih. Orang tua berusia hampir 80 tahun itu tampak gagah dan cergas.

Aaa, Ketua Labot Warak Dongga terkejut. Sudah menjadi kebiasaan orang tua itu muncul mengejut begitu.

Tetapi yang membuatkan mereka bertiga sangat terkejut ialah cara kemunculan Ketua Labot agak berlainan sedikit pada waktu senja itu, seperti ada suatu kuasa magis.

Sebagai ketua berkhidmat di Bangkir Ghadabi, Ketua Labot ialah orang penting terhadap perkembangan semua bangkir di Pulau Nabui. Malahan, dia satu-satunya Ketua Warak yang dibenarkan membuat teguran dan menasihati sultan iaitu maharaja pemerintah Pulau Nabui, bergantung apabila diperlukan.

Ketua Labot bijaksana dan peka orangnya. Dia tahu Jameng menyimpan hasad terhadap Karkuma selama ini, tetapi beliau hanya biarkan sahaja. Namun berlainan pula di petang itu. Ketua Labot datang menghampiri Warak Jameng, Langkus dan Dongga. Tau dak apa kenanya hati Karkuma utu hiba sehari suntuk nen Kata Ketua Labot.

Aaatentunya hal kematian pokok, jawab Warak Dongga sambil ketawa kecil. Warak Langkus dan Warak Jameng pun ikut ketawa kecil.

Ya, pokok mawar. Kupak akannya si polan utu bersedu sedan atas kematian sebatang pokok, penaka anaknya yang mati, kata Warak Jameng menyindir, disulami gelak ketawa mereka seolah-olah lucu dengan kelakuan Karkuma. Ketua Labot amat prihatin terhadap semua kakitangan di bangkir, terutama sekali Karkuma. Menggelegak hatinya mendengar sindiran Jameng itu, namun dibiarkannya sahaja.

Tadi kami menyapa dengannya, tapi si polan biadap utu hanya diam, tambah Warak Jameng.

Ketua Labot tahu Jameng sebenarnya menokok tambah cerita, akan tetapi beliau pendamkan sakit di hatinya kerana ada lagi hendak diperkatakan oleh Jameng.

Karkuma memuja akan pepokok di taman inen penaka pokok utu manusia. Tapi kami nen yang manusia, idak pula dipuja akannya! Warak Jameng meninggi suara.

Cis! Celaka agaknya kami jadi manusia, disama akannya dengan pokok! Warak Langkus menyampuk, dan mereka bertiga tersengih seolah-olah puas dapat memperlekehkan Karkuma. Mereka sudah melampau, bisik hati Ketua Labot yang dari awal lagi sudah angin.

Usah dikopak akan diri mengkema utu atas rasa dengki mengkema terhadap Karkuma. Beliau punya gaya hidupnya yang sendiri, kata Ketua Labot, yang kemudian terhenti menarik nafas panjang.

Beliau hidup dak punya anak, ghair pepokok sajalah penglipurnya dikala sunyi. Karkuma idak kalap bagai yang mengkema cakap! Selaku warak, mengkema patut kasian akan beliau. Lega rasa hati Ketua Labot. Sekelip mata kemudian kedengaran bunyi dossh.

Erk Warak Jameng, Warak Dongga dan Warak Langkus terpinga-pinga apabila Ketua Labot tiba-tiba lesap begitu sahaja di hadapan mereka.

Si kawak utu punya ilmu hilang kikis, kata Jameng.

Mentak kabeh gerak geri kami beliau tau, sambung Warak Jameng sambil beriya-iya mengurut dada tanda lega, dan menyambung kata-katanya. Mujur belum daku cakap ada suatu rang baru buat mengkema tadi, kata Warak Jameng tenang, tetapi masih menoleh ke kiri dan kanan. Warak Dongga dengan penuh rasa ingin tahu datang mendekati Jameng.

Rang apa

Rang undang-undang baru buat warak-warak,

Nengar elok bunyinya. Kalak kejan kami ingin tau. Tanya Warak Langkus.

Hmm...serenta tiba kalanya nanti akan daku beritau mengkema. Kata Warak Jameng. Kemudiannya mereka pun bersurai dari situ.

Walaupun Karkuma terdengar sindiran mereka terhadapnya, tetapi dia tidak kisah. Dia sudah biasa dengan sikap angkuh di kalangan orang atasan kaum Nabui, terutama Warak Jameng dan konco-konconya di bangkir itu. Maka itu Karkuma merasakan beramah mesra dengan tumbuh-tumbuhan lebih menyenangkan. Pepokok pun patut ada roh...dema juga penghuni bumi. Itulah yang sering dia perkatakan dalam hatinya.

Senja itu, Karkuma mengambil masa lebih lama untuk sampai ke rumah. Dia murung di sepanjang jalan. Pelik sungguh, apa agaknya kelebihan pokok mawar yang satu itu, hingga melarat-larat kesedihannya Orang yang berselisihan dengannya sampai tidak berani menyapa. Mereka seakan-akan tahu Karkuma sedang bersedih.

Di muka pintu anjung rumah, kelihatan berdiri seorang isteri mithali dalam keadaan resah gelisah. Dia berusia 35 tahun, kulitnya putih gebu seperti kapas, hidungnya mancung, matanya galak bersinar bagaikan jelly, keningnya rapi dan bulu matanya lebat melentik. Bibir merah delima, berdagu runcing dan pipi pula seperti pauh dilayang, jika tersentuh pipinya akan mengenjal kemerah-merahan. Rambut diikal mayang sepadan dengan wajahnya yang bujur sirih dan sesuai benar dengan namanya, Sirehpani.

Sewaktu Sirehpani anak dara, dialah gadis paling cantik di kampungnya. Dia menjadi angan-angan si jejaka miskin dan rebutan setiap yang kaya. Bagaimanapun jejaka yang berjaya menambat hatinya ialah Karkuma. Antara Sirehpani dan Karkuma tidaklah seperti pinang di belah dua, tetapi cinta Sirehpani terhadap Karkuma tidak ternilai, sangat agung.

Petang itu, Sirehpani resah. Dia terjenguk-jenguk di muka pintu menunggu kepulangan suami yang belum muncul. Sebentar dia tercegat berdiri, sebentar duduk berteleku di tangga. Tiba-tiba wajahnya ceria apabila dia terpandang suaminya menyeberangi jalan menuju halaman rumah mereka.

Rumah mereka kecil sederhana tetapi memiliki halaman luas, cantik dipenuhi berbagai jenis pohon bunga di sekelilingnya. Sirehpani tersenyum lebar, bergegas turun tangga, berlari anak menuju halaman rumah menyambut kepulangan suaminya, Karkuma. Tangan Karkuma disambut dan dicium dengan penuh hormat, lantas mengiringnya masuk ke rumah.

Sirehpani dari kalangan bangsa Nabui sememangnya diasuh agar merajakan suami. Biar kematu tidak berlaki daripada hidup dibenci suami, itulah bidalan kata yang dipegang sejak turun-temurun oleh orang-orang perempuan bangsa Nabui.

Apa kena agaknya awok nampak hiba saja nen Tanya Sirehpani penuh kebimbangan. Bimbang mungkinkah dia penyebabnya, tetapi Karkuma hanya membisu. Tiadanya jawapan dari suami, si isteri tidak akan berani bertanya lagi untuk kedua kalinya. Itu membuatkan hati Sirehpani gelisah dengan seribu satu persoalan yang berlegar-legar di kepalanya. Apapun, sebagai isteri yang setia, Sirehpani tidak mahu melontarkan pertanyaan lagi apabila melihat Karkuma terus masuk ke dalam rumah.

Pintu rumah berukir halus dengan kuntuman bunga semarak, menyerikan reka bentuknya. Setiap tiang rumah diperbuat daripada kayu jati berukiran rajah dedaun, segak dipandang. Tetapi pada malam itu hilang kesegakan suasana rumah dek kepiluan yang melanda hati Karkuma. Ketika menikmati makan malam, Karkuma menceritakan segala kesedihannya pada Sirehpani.

Ada sedahan pokok mawar idak semena-mena mati, tadi.

Entah-entah pokok utu diserang kekudis Sirehpani cuba-cuba memberi pendapat.

Kendatipun kekudis yang serang, dak akanlah lekas nengar matinya Kata Karkuma, rimas memikirkan perihal pokok mawar yang sudah mati. Sirehpani juga turut berkerut dahi. Suasana dalam rumah menjadi suram dan kelam walaupun diterangi beberapa lampu pelita.

Sudah 18 tahun Karkuma dan Sirehpani hidup bersama di rumah pusaka peninggalan orang tua Karkuma itu dan pada malam itu rasa rindu terhadap kedua orang tuanya tiba-tiba melanda sanubarinya. Bertambah-tambah kedukaan melanda dirinya, bukan sahaja kisah kematian pokok mawar tetapi misteri kematian Gatha Uda dan Wanis, ayah ibunya juga bergelojak dalam fikirannya.

Kacau Karkuma memikirkan. Dia mengeluh panjang dan air matanya mengalir merentasi pipinya tanpa disedari. Sebak nafas Sirehpani memandang wajah suaminya yang diguris kedukaan teramat sangat,

Apa kenanya awok sampai gundah segini rupa Sirehpani bertanya perlahan dan lama dia menunggu jawapan Karkuma namun suaminya itu terus membisu. Terasa mulut Karkuma seperti terkunci untuk berkata-kata. Kalau diikutkan hati, hendak dia bertanya lagi soalan yang sama berkali-kali. Tetapi mengikut budaya bangsa Nabui, si isteri dianggap biadab jika bertanya soalan pada si suami lebih dari sekali.

Sirehpani yang sangat mencintai suaminya hanya menunggu dengan tenang. Dan dengan berkat kesabarannya itu, Karkuma membuka mulut bersuara.

Awok terkenang akan ayah dan emak yang udah mati. Latat mati dema utu. Mentak dibunuh atawa apa Tapi apa sebab! Luah Karkuma dengan penuh rasa kesal, sambil merenung wajah Sirehpani dalam-dalam. Tiba-tiba dia seperti teruja dan berkata lagi,

Pokok mawar tadi latat juga matinya, tentu ada sebab, ya dak Tergamam Sirehpani mendengar pengakuan Karkuma yang penuh kepiluan. Tiada lagi soalan hendak ditujukan kerana dia sudah mula memahami isi hati suaminya itu. Sirehpani mengajak Karkuma bertafakur seketika mengingati ayah dan ibunya. Selesai bertafakur, Karkuma teringatkan sesuatu lalu bertanya Sirehpani.

Yayi rasa, orang tua awok mati dibunuh Tanya Karkuma.

Minta maaf awok...dak mentak sejauh utu sangkaan yayi. Sirehpani menjawab tenang.

Pernah kala dulu, ayah bertanya akan awok...sanggup dak mika putus bertunang dengan si dara Sirehpani, kalu ada sanggahan daripada lain jejaka Karkuma berhenti menyuap nasi ke mulutnya, Sirehpani tunduk pasrah sambil menanti kisah selanjutnya yang hendak Karkuma ceritakan.

Awok jawabderita akanlah hidup daku buat selamanya, ayah. Lantas ayah pula cakapdak akan ayah izin sapa-sapa pun merampas Sirehpani daripada mika, wahai anak ku. Karkuma berhenti seketika. Dia meneguk air dari bekasnya kemudian menyambung kata-katanya, Dikala utu dak ada barang secebis rasa curiga, tapi harinen persetua utu kembali bercermin di dalam hati.

Persetua apa Sirehpani bertanya dengan penuh rasa serba-salah dan keliru.

Jangan-jangan, kala dulu ada si jejaka lain berhajat mau rampas yayi dari awok kata Karkuma. Sirehpani terdiam, mengapa pula kisah yang sudah lapuk itu menjadi tajuk perbualan Karkuma pada malam itu.

Tanpa dia menyangka ada lagi yang mahu Karkuma perkatakan. Mentak ada kerabat jejaka utu datang meminang yayi Tapi pinangan awok udah dulu diterima orang tua yayi.

Sesungguhnya pantang keturunan kaum Nabui jikalau keluarga di sebelah perempuan membatalkan pinangan yang telah diterima. Hanya pihak lelaki sahaja berhak membatalkan pertunangan itu jika perlu.

Awok... Tiba-tiba suara Sirehpani lembut kedengaran dan dengan penuh mesra dia menggenggam erat tangan suaminya, usah diungkit hal yang udah berlalu. Sirehpani seakan-akan tidak sanggup lagi mendengar keluh-kesah suaminya. Tetapi Karkuma terus menerus bercakap tidak henti-henti.

Entah-entah, jejaka utu nengar marah pada orang tua awok. Dan-dan...mm... Kata-kata Karkuma terhenti di situ, tetapi nadanya seperti satu beban yang harus dijawab oleh Sirehpani.

Sebaliknya Sirehpani pula semakin derita mendengar perkara yang tidak diduga keluar dari mulut Karkuma. Di dalam hatinya dia berdoa agar Karkuma berhenti bercakap. Tiba-tiba seekor kucing peliharaan melompat atas ribaan Karkuma, memeranjatkan mereka. Gelas air tumpah dan memercik pada kain sarung Karkuma.

Hish...lenjun! Perbualan Karkuma tergendala seketika dan Sirehpani segera membuat helah, mengambil bekas air yang tertumpah agar Karkuma berhenti bercerita kisah lamanya. Namun Karkuma terus mengomel, kali ini hal pokok bunga mawarnya pula.

Pilu nengar hati awok nen terkenang akan pokok mawar yang udah mati siang tadi. Esok, awok mau nuju gawai sebelum terbit matahari. Yayi sajikan makan, ya. Karkuma berkata sambil mengesat kain sarungnya yang basah. Kemudian dia menuju ke bilik tidur. Sirehpani mengangguk. Hatinya kini lega dan tenang selepas Karkuma berhenti mengomel. Selesai mengemas serba-serbi di dapur, Sirehpani pun turut ke bilik tidur.

Di bilik tidur, Sirehpani dapati Karkuma sedang menunggunya di tikar tidur. Hanya dengan isyarat tangan, Karkuma menjemput Sirehpani berbaring di sisinya. Dengan penuh kerelaan hati, Sirehpani mematuhi arahan. Kedinginan malam terasa dan Karkuma mendakap erat isterinya itu. Pelita padam, bilik peraduan gelap gelita namun kemesraan pasangan suami isteri itu memancar terang dalam keghairahan berkasih.

Dakapan demikian erat mencengkam cahaya cinta, geletekan demi geletekan, diikuti cumbuan demi cumbuan membangkitkan rasa kasih sayang sejati. Tiba-tiba Karkuma berhenti. Pelita dinyalakan semula. Sirehpani hairan, lekas-lekas ditarik semula kain sarung menutupi tubuhnya yang terdedah.

Awok kena gigit semut Sirehpani bertanya kerana peristiwa itu pernah berlaku di mana Karkuma digigit seekor kumbang tanduk ketika mereka sedang berasmaradana di tikar tidur hingga terhalang keenakan yang terjalin.

Yayi kenal idak jejaka yang pernah mau meminang akan yayi dulu Sirehpani tersentak dengan pertanyaan suaminya itu. Satu pertanyaan dari Karkuma yang tidak semena-mena membuatkan degupan jantungnya kencang.

Gementarnya dia kerana ada ketakutan dalam dirinya. Kenapa dengan tiba-tiba suaminya hendak mengungkit cerita lama Dia berusaha menenangkan perasaannya untuk mendengar dan mungkin menjawab soalan-soalan yang tidak terduga dari Karkuma.

Usahlah awok cakap akan lagi hal yang udah dak ada. Meskipun Sirehpani tidak suka soalan itu diajukan, dia mesti adakan jawapannya. Karkuma pula semakin mendesak.

Yayi kenal jejaka utu

Yayi lupa. jawab Sirehpani dengan hati yang berkecamuk.

Yayi kenal jejaka utu Karkuma mendesak. Pertanyaannya berbau cemburu. Jantung Sirehpani berdegup kencang menahan rasa hampa, marah dan terkejut. Tetapi Sirehpani bertahan. Dia mengawal perasaannya sebaik mungkin.

Tidak disangka-sangka wajah pemuda itu datang mengimbau kembali dalam ingatan Sirehpani. Sememangnya pemuda itu sangat dibencinya, maka tidak perlulah perkara ini dibangkitkan.

Jawab!!! Usah disorok! Tanya Karkuma memandang ke arah isterinya. Sirehpani tunduk berdiam diri, dan air matanya merembes. Api cemburu Karkuma mulai membara, dia makin mendesak dengan suara yang lebih tinggi.

Kenal atawa idak!

Maaf akan yayi, awok. Yayi idak kenal. Jawab Sirehpani sambil menangis, airmata makin mencurah membasahi pipinya yang gebu dengan hidungnya kemerah-merahan, membayangkan perasaan sedih yang amat sangat dengan desakan Karkuma.

Tidak semena-mena perasaan Karkuma menjadi begitu terharu. Direnungnya wajah Sirehpani dalam-dalam. Betul juga pepatah lama; air mata perempuan adalah penawar. Menyesal sungguh Karkuma berperasaan buruk sangka terhadap isterinya itu.

Karkuma menghembus padam api pelita. Dengan terpadamnya api pelita itu, maka terpadamlah jua api cemburu yang membara di dadanya. Tubuh Sirehpani kembali didakap dan dibelainya dengan penuh asmara.

Jari jemari Karkuma menjalari kelembutan tubuh Sirehpani yang kembali bertelanjangan. Bertelanjanganlah sepasang suami isteri itu di tikar tidur. Karkuma merangkul Sirehpani perlahan-lahan bagai tarian pergerakan tubuh, mereka menggauli tubuh masing-masing bersilih ganti.

Dua tangan Karkuma mengeluyur lembut rambut Sirehpani yang panjang mengurai, kemudian berlalu pula ke bahagian leher dan terus menjalar membelai kedua cuping telinga isterinya itu. Sirehpani senang dengan sentuhan asmara di cuping telinganya, tubuhnya dilentikkan sambil dia berpantun; Nengar leka pukas dibelai, tegak pelir bermain belalai... Gagah si jantan membuai-buai, membuat si puan terkulai-kulai.

Karkuma tersenyum, semakin gagah dia menghayun lentik tubuh isterinya dan kini kedua tangannya berlayar ke bahagian dada isterinya dan mengusap satu persatu payu dara yang gebu menggunung sambil berpantun; Ayuh yayi, sambutlah malam, kekal sebatang cekal diterkam...Kayuh yayi, sambil mencengkam, sedap anunya pabila menikam.

Itulah pula bunyi pantun balasan empat kerat dari Karkuma diiringi suara pasrah Sirehpani menahan nafas digomoli sang suami puas-puas. Angin malam bertiup damai, mengintai-intai di celah dinding bilik tidur pasangan suami isteri itu. Sesekali terdengar bunyi tubuh tegap menghempap tubuh nan gebu, disambut dengusan suara berahi dan kemudian disudahi dengan suatu jeritan lembut tanda kelegaan berasmaradana.

Perpaduan nutfah dua pihak bergabung menjadi satu. Menurut fitrah manusia atau haiwan, jantan atau lelaki mencari betina atau perempuan untuk dijadikan teman hidup, untuk berkasih-kasih kerana naluri ingin berketurunan. Sehingga burung-burung, binatang buas, binatang kecil seperti katak di sawah, itik di perlimbahan, ayam di lesung, lembu di padang, kambing di penggembalaan difitrahkan mengawan atau bersetubuh untuk beranak. Itulah dia batas yang ditentukan Tuhan tentang jantan dan betina, lelaki dan perempuan, Adam dan Hawa; Karkuma dan Sirehpani.

Keesokannya, awal-awal pagi, selesai bersarapan Karkuma menyiram air sambil berbual dengan pokok-pokok bunga di halaman rumahnya sebelum berangkat ke Bangkir Ghadabi. Dia kembali riang dan tidak lagi memikirkan perkara semalam.

Di bangkir, Karkuma memeriksa pokok mawar yang mati sebelum dia memulakan kerja-kerja kebun seperti biasa. Pokok mawar itu ternyata sudah mati, dan ia akan diganti dengan pokok baharu. Karkuma memanggil Balungga membantunya mencabut pokok mawar itu.

Balungga, tolong akan daku dengan pokok inen, tegas Karkuma pada Balungga yang buat pertama kali nampaknya berat menuruti arahan Karkuma.

Maaf, hamba idak daya, suruh Hakap atawa Teggal udahlah. Balungga mengelak dengan penuh rasa bersalah.

Dema sibuk di belah sana, mika tolong akan daku di belah sini. Karkuma hairan melihat gelagat Balungga, Apa kenanya dengan mika nen, Balungga

Err...ya. Balungga tiada alasan mengelak. Segala perkakas dan tunas pokok mawar yang baharu segera dibawa ke tempat pokok mawar yang mati. Tubuh Balungga mencurah-curah dibasahi peluh pada hal kerja mencabut pokok mati dan mengorek tanah belum bermula. Sekali lagi Karkuma bingung.

Balungga, tolong hulur akan perkakas utu pada ku. Gawai nen kabeh patut siap sebelum Ketua Labot datang jengok, kata Karkuma. Balungga terpaksa akur. Ketika mereka mengorek dan mencabut pokok mawar itu, Karkuma terhidu satu bau yang sangat busuk yang belum pernah dihidunya selama pengalamannya mencabut pokok mati. Balungga juga tidak tahan dengan bau busuk itu, pantas dia menutup hidungnya.

Hish, dugal baunya. Kelmarin idak pula segini! Kata Balungga, kemudian mengepit bibirnya umpama terlajak kata. Karkuma tercengang mendengar dan memandang Balungga. Patutlah dari tadi dia kelihatan gementar dan rasa bersalah. Karkuma pun mendesak dan menyoal Balungga dengan berbagai kesimpulan hingga tiada helah lagi buat Balungga.

Kesudahannya, Balungga mengaku dia menanam racun pada pokok mawar itu. Rupa-rupanya perbuatan itu dilakukannya atas desakan seorang warak atasan di bangkir itu, yang berjanji akan melantik Balungga bertugas bahagian pengurusan, yang mana upahnya lebih lumayan berbanding sebagai tukang kebun. Terguris perasaan Karkuma dengan penganiayaan dari budak asuhannya sendiri.

Mika tau, kalu mika zalimi pepokok di taman bangkir inen, penaka mika zalimi daku Karkuma menempelak. Marah betul dia pada Balungga.

Tolong Aba Kuma. Hamba rayu...usah dibagitau akan hal hamba inen kepada Ketua Labot. Hamba sembah Aba Kuma! Rayu Balungga sambil melutut hendak mencium kaki Karkuma tetapi dengan pantas Karkuma jauhkan kakinya.

Mati kejan daku idak menduga, mika agan danggi kepada ku! Tegas Karkuma dengan kesal dan kecewa.

Mengalir air mata Balungga mendengar kata-kata Karkuma, Maaf akanlah hamba. Untung dak boleh ditolak, malang dak usah dicari. Gara-gara jibun, maka terliurlah hamba dengan upah kurdi emas utu. Kara terkutuk nen kejan hamba perbuat, sebab nak bayar tebusan, Balungga teresak seketika, Duit Aba Kuma pun belum dapat hamba ganti. Sambung Balungga.

Bukan inen caranya! Dak pernah daku himpit mika untuk lekas bayar hutang utu! jawab Karkuma yang masih marah.

Tolong maaf akanlah hamba, Aba Kuma!! Serenta Aba Kuma maaf akan hamba, maka tertebuslah maruah hamba, Balungga merayu simpati dari Karkuma.

Karkuma berdiam diri seketika, dipandangnya mata Balungga dalam-dalam. Jika diikutkan hati yang marah, di saat itu juga hendak diadukan perbuatan Balungga pada Ketua Labot. Tetapi dia tidak sampai hati melakukannya.

Daku maaf akan mikausah dicakap lagi hal inen. Nuju habis akanlah gawai mika utu. kata Karkuma dengan tegas. Gembira Balungga mendengarnya dan terus bersujud hendak diciumnya sekali lagi kaki Karkuma.

Usah mika ampu-angkat daku. Rasa kesal mika utu yang patut mika angkat jadi teladan. Tegah Karkuma sambil berundur beberapa tapak. Dia tidak akan benarkan sesiapa pun mencium kakinya. Baginya itu satu peradaban yang melampau batas sesama manusia walaupun budaya itu telah diamalkan oleh orang-orang Nabui sejak berzaman. Sungguh terharu perasaan Balungga, dia bertekad tidak mengkhianati sesiapa lagi, terutama sekali Karkuma, orang yang banyak membantunya tiap kali dia dilanda kesusahan.

Balungga menceritakan segala masalah yang dihadapinya dan sama sekali di luar dugaan Balungga, ada manusia sebaik Karkuma sanggup menggadai harta peninggalan orang tua semata-mata untuk membantu keluarga Balungga yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran.

Balungga! Datang sini kejap! Teggal memanggil, mengejutkan Balungga dari lamunannya, terkenangkan jasa Karkuma padanya lebih dua tahun dahulu. Sambil berjalan ke arah Teggal, Balungga memandang Karkuma dengan penuh rasa terharu, dan berkata pada dirinya, Benarlah cakap orang...mulia sungguh hati Aba Kuma.

Karkuma membatalkan niatnya untuk segera menanam tunas baharu pokok mawar di tapak yang sama. Dia harus mencari penawar racun, supaya tanah yang telah diracun itu kembali subur. Bau yang teramat busuk tadi sudah mulai reda tetapi segala kebingungan di dalam kepala Karkuma masih menjadi tanda tanya. Pelbagai sangkaan buruk dan andaian datang mengganggu fikirannya. Siapakah orang atasan yang dengki dengannya

Karkuma yakin orang itu berpengaruh kerana mampu menjanjikan kenaikan pangkat pada Balungga. Selain tukang kebun, tukang bersih bangunan bangkir, tukang mandi berhala dewa-dewa dan tukang masak bangkir, tidak ada yang lebih tinggi pangkat dari warak-warak bangkir. Satu demi satu andaian datang bermain di fikiran Karkuma.

Entah-entah si gusut utunya sorang warak, bisik hatinya sambil memandang ke arah dua warak yang berjalan memasuki bangkir. Karkuma menyambung kerja sambil hatinya membebel, Sapalah daku inen, andai ada sorang warak berasa dengki pada ku

Untuk tidak terus dibelenggu kebingungan dan buruk sangka pada sesiapa, Karkuma buat andaian terakhir, bahawa kemungkinan Balungga sengaja mengada-adakan cerita. Segala rasa was-was ditolak ke tepi. Ada hikmah di sebalik segala kejadian dan dia sedar mulai sekarang, dia harus lebih berjaga-jaga menghadapi hari-hari mendatang.