P-JUN - 2
KUALA LUMPUR, Malaysia 2 Januari 2010

Sistem ini bakal menjadi pelopor kepada sistem ketenteraan pada masa hadapan! kata Rafiq penuh bersemangat.

Aflah sibuk menaip sesuatu pada komputernya. Ikin sibuk pula membaca laporan di sebelah meja komputer Aflah.

Hei, kenapa kamu semua buat tak tahu saja bila aku bercakap getus Rafiq. Ikin mengalihkan pandangan pada temannya.

Rafiq, kerja kita masih banyak lagi yang belum selesai. Kau pula dah berangan yang bukan-bukan. Berpijak pada bumi yang nyatalah sikit! sindir Ikin.

Rafiq berjalan ke arah Ikin. Dia menepuk belakang Aflah. Rakannya itu terkejut dan memalingkan muka ke belakang.

Kau ni kenapa Tiba-tiba tampar belakang aku! ujar Aflah marah.

Kau, Aflah! Langsung tak nak back up aku! Rafiq melepaskan geram kepada orang lain.

Betullah apa yang Ikin cakapkan tu! Kau yang terlalu over confident. Padahal, projek kita baru 50% siap. Banyak lagi yang kita perlu lakukan. Kau kena ingat, projek ni bukan projek ketenteraan tau! balas Aflah cuba mempertahankan dirinya dan Ikin. Gadis itu mencebik tanda bangga.

Aku bukan over confident, tapi optimis. Hanya ada beberapa perkara yang kita perlu selesaikan. Kau berdua kena ingat juga, pihak tentera negara kita dah memberi kebenaran kepada kita untuk membuat penyelidikan ini. Mereka juga dah berpesan projek kita mungkin boleh diguna pakai dalam misi ketenteraan mereka. Giliran Rafiq pula mempertahankan diri.

Aflah dilihat tidak mahu menyambung perang mulut sesama mereka. Ikin tampak bersemangat untuk menyambung hujah.

Kita kembali kepada tujuan asal projek kita. Kita sekarang membina teknologi baru sebagai robot pembantu di rumah. Kita cuba untuk meringankan beban suri rumah suri rumah di negara kita. Teknologi ini bukanlah yang pertama di dunia kerana negara Jepun sudah lama menghasilkan robot sebegitu. Kita cuma menambah apa yang patut. Dan kau juga dah tahu atau buat-buat tak tahu, projek kita dipantau oleh pihak tentera supaya nanti kita tak dikacau oleh pihak musuh. Ada faham

Rafiq diam, cuba mencari alasan untuk memberi respon kepada hujah rakannya. Sebelum dia hendak membuka mulut, Aflah sudah pun memotong cakapnya.

Hah, sebelum kamu berdua nak bertekak lagi, aku ada beberapa benda nak tanya. Hah, kau, Rafiq, pelajar kejuruteraan komputer, pengaturcaraan robot ni kau dah siap ke belum Kau pula, Ikin, budak kejuruteraan elektrik dalam pasukan kita ni, litar-litar kau dah boleh dimasukkan dalam robot kita tu Robot aku dah reka, sedikit lagi siaplah pemasangannya. Kerja kamu berdua apa cerita

Rafiq menggaru-garu kepala. Tinggal 60% lagi!

Ikin pula menjawab, Lagi 20%!

Aflah menggeleng-gelengkan kepala. Ada perasaan kesal sedikit dalam hatinya.

Lagi dua hari, profesor nak tengok perkembangan hasil kerja kita. Kita kena ingat, projek kita dibiayai oleh pihak universiti melalui Fakulti Kejuruteraan. Tarikh pertandingan tak berapa jauh lagi. Kita kena siapkan prototaip ni untuk kita pamerkan di Ekspo Teknologi dan Inovasi Kebangsaan bulan depan. Kita kena cepat. Kalau tak, kita tak sempat. Malu pihak universiti nanti!

Rafiq dan Ikin membisu. Mereka memandang sesama sendiri.

Sudahlah! Malas aku nak bertekak panjang. Jom kita selesaikan tugas kita sama-sama! ujar Aflah cuba menenangkan keadaan.

Baik, bos! kata Rafiq dan Ikin hampir serentak. Aflah menganggukangguk sahaja seperti seorang komander tentera memberikan arahan. Mereka kembali ke meja kerja masing-masing.

Aflah menghadap komputernya semula. Ikin yang berada di sebelah membisikkan sesuatu, wah, garang nampak!

Aflah tersenyum. Dalam kepalanya kini hanya tinggal robot. Robot yang akan mereka pamerkan pada bulan depan. Dia berharap hasil kerja mereka boleh diketengahkan lagi ke peringkat antarabangsa.