Abriel merasa hidupnya saat itu sama seperti saat Ruben baru saja meninggalkannya. Back to square one, fikirnya. Wanita muda itu mengesat peluh yang membasahi mukanya dengan perasaan sebal. Macam mana nak move on kalau aku tak boleh lupakan apa yang dah terjadi Terbayang wajah sedih mama dan papa yang bersimpati dengan keadaannya sekarang. Bahkan ibu mertuanya juga kelihatan sangat sedih setiap kali bertemunya. Padahal bukan itu yang diharapkan oleh Abriel.
Entah mengapa, dia tidak mahu berkongsi kesedihan ini dengan orang lain. Sukar sekali rasanya membahaginya dengan orang lain, walaupun orang yang paling rapat dengannya. Dia memang mahu berubah untuk mereka, sungguh! Tapi bagaimana caranya
Abriel bangkit dengan amarah di dada. Dia menutup satu demi satu tingkap itu sekuat-kuat hatinya.
It is.. Tingkap pertama dan kedua bergegar.
All Tingkap ketiga dan keempat terhentak kuat.
Bullshit! Tingkap kelima menerima nasib yang sama.
Pada tingkap keenam, tangan Abriel bergegar. Its all bullshit Air matanya berguguran di pipu. Terasa kehangatan pelukan Ruben di tubuhnya. Terdengar-dengar bisikan lembut suaminya di telinganya. Terdengar suara mereka berdua ketawa. Ter..
BRAK!
Tingkap itu tertutup kuat. Mimpi, tidak kira betapa indah sekali pun, ianya tetap mimpi. Tidak ada yang datang malam tadi. Tidak ada yang memeluknya erat. Tidak ada yang berbisik di telinganya. Hanya mimpi semuanya. Abriel menghidupkan pemain cakera padat dan menguatkan bunyinya kepada yang paling maksmum sebelum dia masuk ke dalam bilik mandi. Suara Kelly Clarkson berkumandang nyaring memecah kesunyian rumah itu, menyanyikan lagi Since Youve Been Gone.
jjj
Kata orang, kenangan akan perlahan-lahan memudar seiring dengan waktu. Lama kelamaan kita akan lupa kenapa tangan kita terluka, misalnya. Walaupun dia tidak yakin perkara yang sama boleh terjadi pada luka hati yang paling dalam, namun dia berharap sekurang-kurangnya luka itu akan berkurangan.
Itulah yang mendorong Abriel mengambil keputusan untuk memudarkan kenangannya bersama Ruben. Belajar untuk hidup di luar lingkungan yang akan selalu mengingatkan dia pada gerak-geri, suara dan perasaan lelaki itu. Dia tidak mahu melukai perasaan orang yang masih hidup dan sayang padanya. Dia harus keluar daripada kesedihan yang dialaminya selama ini. Berhenti mengingati masa-masa yang dia telah lalui bersama lelaki yang masih dicintainya itu. Ya, dia masih cinta pada Ruben walaupun tempatnya di atas katil di sebelah Abriel sudah lama dingin.
Ma, aku ingat nak sambung belajar kat oversea lah.
Mama meletakkan buku yang dibacanya dan memandang Abriel yang sedang menyenduk nasi. Nak sambung belajar kat mana soalnya dengan kening berkerut.
Ada sekolah fesyen yang bagus di Seoul. Aku kan boleh cakap bahasa Korea jadi rasanya tak ada masalah komunikasi. Aku dah tengok website sekolah tu, dah cuba apply dan dua hari lepas dapat jawapan kata berjaya. Yurannya taklah mahal sangat. Asrama pun disediakan, tapi rasanya nak sewa rumah di luar kampus. Lagi selesa. Kamu kenapa, Abriel soal Mama perlahan sambil mengeluh.
Maksud mama soal Abriel pura-pura tidak mengerti walaupun dalam hati dia berbisik here we go again
Kamu kenapa Tiba-tiba nak belajar overseas. Kamu perempuan, nak tinggal sorang-sorang di luar negara Papa mesti tak setuju.
Aku dah bincang dengan Papa. Hes okay if youre okay.
Mama berfikir sejenak, mencari celah lain agar Abriel membatalkan niatnya. Kalau keluarga mertua kamu macam mana soalnya. Dia sebenarnya tidak suka membangkitkan soal itu tetapi dia merasa harus melakukan sesuatu. Puterinya itu mahu ke negara orang yang jauh sekali.
Abriel terdiam sejenak. Diorang okay je. What they want is for me to be happy. Ayah kata dia sanggup bayarkan yuran pengajian dan bagi duit belanja untuk aku di sana. Mamanya mengeluh lagi.
Aku tau Mama tak setuju aku pergi jauh-jauh. Tapi aku rasa ni je satu-satunya jalannya. Bagi aku peluang untuk bernafas, Ma. Supaya aku boleh jadi diri aku sendiri, bukannya hidup dalam masa lalu yang takkan berulang kembali.
Lama Mama terdiam sebelum akhirnya dia mengeluh berat. Baiklah sayang.