TUHAN, JAGAKAN DIA UNTUKKU - 2
Dari padang, terasa lapang. Hijau dari bawah, manakala langit membiru beralun dengan putih-putih awan. Beberapa hari lagi bulan Jun akan tiba. Dan di waktu itu, semua anak-anak yang bersekolah menanti seminggu penuh hari cuti penggal yang kedua. Manalah tahu ada rakan yang akan pulang dari asrama. Mana tahu juga waktu itu dapat berjumpa dengan mereka ini yang sudah berpisah sekian lama. Sekadar berharap.

Beberapa tahun berlalu, Nurul sudah memasuki sekolah berasrama di Jengka. Berkenalan dengan rakan baru dan memasuki alam remaja. Ibunya masih berada di Mentakab. Manakala ayahnya pula sudah bekerja di Kuala Lumpur. Sesekali emak Nurul akan pulang ke sana dan ada juga ayahnya akan datang ke Mentakab.

Ingatan Nurul ada sedikit ditambah dengan doa-doa supaya satu hari nanti Leman akan menghubungi kembali. Seperti kisah-kisah dongeng lama. Berjumpa saat sudah dewasa dan kembali menautkan cerita sahabat dan mengenali dalam dunia yang cukup berbeza-beza. Bersembang dan bercerita tentang pengalaman masing-masing dan sudah tentunya merindui wajah dan suka duka perkenalan di sekolah rendah dahulu.

Sambil meletakkan naskhah Dian keluaran Mei itu di tepi, Nurul perlahan menghempas badannya di padang sekolah yang menghijau cantik. Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Dua ini dijaga dengan rapi kerana saban tahun menjadi tuan rumah sukan sekolah-sekolah serta beberapa aktiviti Felda yang menggamit seluruh penduduk.

Ia terletak bersebelahan dengan sekolah rendah. Yang menjadikan dua-tiga padang bersatu dan sangat luas. Jika mahu buat pertandingan bola sepak, olah raga malah selalu sahaja dibuat konsert artis-artis yang kerap memasuki Felda. Sejak Nurul memasuki asrama sekolah ini, beliau kerap kali duduk di satu sudut padang bersama rakannya La dan Jaja.

La berasal dari Jengka 16, manakala Jaja pula dari Bandar Pusat Jengka. La seorang anak muda yang cukup suka dengan sukan olah raga, hampir setiap hari beliau akan berlari mengelilingi padang. Jaja pula rakan gossip yang paling agung di dunia. Dunianya hanya makan dan juga membaca segala cerita artis dalam dan luar negara. Semua jenis cerita daripada politik hinggalah ke dunia artis, ada di dalam tangannya. Hujung jari kata orang. Bayanglah, Ziana Zain yang bersuara lantang itu dikenalinya sampai ke tahap tahu warna apa yang disukainya, malah kenapa kening-keningnya bergerak semasa beliau menyanyi itu juga diberi maksud yang berbeza-beza. Contohnya jika menyanyi lagu Madah Berhelah, keningnya hanya diangkat sedikit sahaja. Ia memberi maksud bercinta dengan bersungguh-sungguh. Jika lagu Kemelut Di Muara Kasih, diangkat tinggi keningnya kerana lagu itu lagu sedih. Lain-lain. Nurul suka mengiakan sahaja. Jarang benar dapat mengikut dunia artis selepas pemergian Almarhum Sudirman Haji Arshad. Bayanglah, dari 1992 hinggalah ke hari ini, tiada galang gantinya lagi. Lebih lagi, orang Pahang sepertinya.

Hoi, teruklah kau ni. Nanti sakit mata baru tahu. Baring-baring membaca. Tak elok! Jaja membising di telinga Nurul. Dia turut baring bersama hingga menampakkan dua bujur badan itu dari jauh lagi. La memandang sahaja sambil berlari sudah lebih dari 5 pusingan.

Kenapa Kau dah tak ada cerita best ke sibuk nak kacau aku ni Nurul bingkas duduk. Disusun kakinya dan elok sahaja bersila. Kemudian diletakkan kakinya itu untuk tidak ada cara bagi sesiapa yang mahu melihat kakinya yang sudah pun berstoking litup. Tudungnya di sapu-sapu dua tiga kali supaya masih menjaga auratnya.

Malam tadi aku tengok Bintang Hiburan Minggu Ini, akhir. Lawa gila minah tu. Orang Pahang weh. Siti apa entah. Tapi serius, lawa dan suaranya sedap, kata Jaja.

Orang Pahang

Ha ah, kau kan fanatik dengan nama Pahang. Kau mesti suka punya. Kahkahkah. Lalu ditamparnya bahu Nurul. Bergerak sedikit badannya ke depan. Semua orang sudah tahu gurauan Jaja pasti akan menempa sama ada penampar atau penumbuk di bahu. Kadang-kadang boleh berasa sampai ke tulang dan sakitnya itu Tuhan sahaja yang tahu. Itu baru bergurau okey.

Kalau malam tadi, maknanya hari ni keluar surat khabar la kan tanya Nurul.

Ha ahlaaaa! Jom cari dekat dewan makan!

Dua-dua berlari menaiki 12 anak tangga dari padang menuju ke asrama mereka. Kemudian terus sahaja berjalan sedikit laju kerana bimbang Ustazah Nora dengar mereka bising-bising. La pun terus ikut berlari tanpa tahu apa yang akan berlaku.

Selipar dibuka, disusun elok di tepi pintu Muslimat Dewan Makan Habibah, Asrama SMKJ2 itu.

Siti Nurhaliza Siapa eh Nurul merungut. Tidak kenal dan tidak tahu langsung mengenai anak muda bernama Siti Nurhaliza Taruddin yang memenangi tempat pertama Bintang Hiburan Minggu Ini (HMI) malam minggu lalu. Terukir indah wajah penuh senyuman di semua dada akhbar. Baju rona merah dengan rambut ikal beralun serta berkasut hitam, beliau nyaman sekali dipandang, manis.

Walau itulah kali pertama Nurul menatapnya. Ditulis dengan hemah di situ, lagu Camar Yang Pulang dan Kemelut di Muara Kasih menjadi kekuatan beliau sedangkan dua-dua lagu itu sangat sukar dinyanyikan kerana bernada tinggi. Kemenangan Siti Nurhaliza mengalahkan penyanyi lain waktu itu bagaikan membawa satu arus baru di dalam industri hiburan tanah air. Hampir semua media berkerumun melihatnya sebagai seorang yang ada pakej lengkap. Cantik, suaranya merdu, dan cukup sopan sekali.

Daaah daaah, blaah! Kami nak baca! Anuar menjerit menghalau Jaja dan Nurul. La yang baru sampai memandang sahaja dan tercegat di tepi pintu, kemudian melambai-lambai mereka berdua dari jauh. Nurul lantas mengambil keratan wajah penyanyi itu kemudian dikeroyoknya di dalam penumbuk. Lalu berlalu berpegangan tangan kanan Jaja. Jaja juga memecut, tidak berlari, tidak juga berjalan. Ala penguin dikejar beruang polar agaknya.

Anuar memang terkenal dengan sikap suka membaca. Namun, kasar ya amat orangnya. Langsung tidak disukai oleh sesiapa di dalam sekolah. Mengikut kata Jaja, Anuar ini ada masalah berkomunikasi. Dia hanya suka bercakap dan berkawan dengan buku dan apa sahaja yang yang boleh dibuat untuk membaca. Lagu satu, beliau juga dikenali sebagai artis sekolah. Ego kerana suaranya yang sedap konon-kononnya. Nurul langsung tidak menjeling. Terus mendapatkan La dan berlari kecil menaiki tangga ke bilik.

Ke tiga-tiga menghempaskan badan ke tilam serentak, katil masing-masing. Menghembus nafas lega kerana sudah pun sampai ke bilik dengan tenang. Dorm seramai 18 orang itu riuh rendah tanpa sedikit pun terganggu dengan kelakuan tiga sahabat tersebut. Semuanya ada hal masing-masing. Ada yang baru selesai membasuh. Ada juga yang sedang mengemas beg. Ada yang masih ternganga tidur.

Kau tengok tak tadi Nuar pandang kau Nurul Macam crush je. Hahaha. Jaja mengusik lalu mereka ketawa berdekah-dekah apabila Nurul berlakon seolah-olah sedang muntah. Tidak mungkin Nurul akan jatuh cinta dengan lelaki sombong begitu. Tak mahu dan tak akan beliau terimanya dengan senang.

Azan maghrib berkumandang, Nurul bingkas bangun. Menukar tudung biasa dan mengambil tuala. Lekas beliau menyorok keratan akhbar yang diambilnya tadi di bawah timbunan baju-baju yang kemas dilipat di dalam lokar. Berharap benar tiada siapa yang dapat tahu apa yang beliau ambil sehinggalah apabila semuanya sudah bertenang.

Keratan tersebut betul-betul menjerat hatinya. Siapalah gadis cantik bernama Siti Nurhaliza tersebut. Mesti kena siasat!