MAT DAN MEL - 2
Selama lebih seminggu aku terpaksa habiskan masa aku bersama Tamrin di perpustakaan menunggu gadis bisu yang dinyatakannya itu. Macam pungguk menyepi di dahan tinggi, menunggu bulan tak kunjung tiba lagaknya. Aku tak percaya aku sanggup melakukan ini semua semata-mata kerana aku ingin membuktikan sesuatu. Tapi aku memang pantang dicabar. Ketika aku berusia 12 tahun, kawan aku pernah cabar aku untuk panjat pokok kelapa di belakang sekolah aku. Aku panjat pokok kelapa itu untuk buktikan kepada semua aku anak jantan. Dan pada pandangan aku, anak jantan memang pantang dicabar. Pokok kelapa itu memang tinggi. Dalam sejarah sekolah aku hanya seorang budak sahaja yang pernah panjat pokok kelapa itu. Tapi menurut cerita, belum sempat budak tu dapat mencecah ke bahagian yang paling tinggi, dia terjatuh. Kami semua tak tahu apa yang terjadi kepadanya selepas itu. Ada cerita yang mengatakan budak tu mati, ada pula cerita yang mengatakan yang budak itu lumpuh. Aku pun tak tahu jika cerita ini cerita benar atau cerita yang dibuat-buat agar para pelajar takut untuk panjat pokok kelapa ini. Yang penting, selepas aku panjat pokok kelapa itu, budak-budak di sekolah aku mula pandang tinggi kepada aku. Mereka mula hormat aku. Mereka mula menganggap aku ini hero pejantan tangguh yang berani melakukan apa sahaja yang mereka sendiri takut untuk lakukan.

Hari ini aku akhirnya bersemuka dengan gadis yang disebutkan Tamrin. Budak perempuan itu memang cantik orangnya. Betullah seperti apa yang dikatakannya, budak itu memang ada tokoh untuk jadi model. Rambutnya dipotong pendek, tapi tak nampak pula macam pengkid. Tubuhnya tinggi lampai tapi berisi pada bahagian-bahagian yang patut berisi. Pendek kata, body dia memang cun habis. Tamrin nampak aku tengah stim bila aku pandang dia lama-lama dan buat video blue aku sendiri di dalam kepala aku. Aku tutup bonjolan aku dengan buku nota aku. Aku tekan butang stop untuk berhenti memainkan video blue aku di dalam kepala aku lalu aku simpan untuk stok tontonan malam ini.

Tamrin kata budak tu macam Twiggy, model terkenal tahun 60-an tu. Memang Tamrin cukup arif dalam hal macam ini semua. Dia dah hafal nama pereka fesyen dan supermodel yang terkenal seluruh dunia. Semua ini berkat si Raslan kawannya yang sama-sama belajar dengannya di Sekolah Alam Shah tu.

Mula-mula aku tak kenal siapa Twiggy tu, jadi Tamrin suruh aku guna internet untuk cari gambar Twiggy. Dia suruh aku Google nama Twiggy.

EH, MEMANG MACAM TWIGGY SIAL! Kataku kepadanya kemudian bila akhirnya gambar Twiggy terPapar di monitor. Dia suruh aku diam, sebab dia kata bila aku bersuara, satu perpustakaan boleh dengar suara aku.

Seperti yang aku katakan tadi, gadis bisu ini tinggi lampai. Sebelum ini aku tak pernah ada awek yang tinggi lampai. Mereka semuanya lebih rendah daripada aku. Dia tak pakai tudung sedangkan kebanyakan awek-awek aku dulu pakai tudung. Dia bisu sedangkan semua awek-awek aku dulu SEMUANYA boleh bercakap (dan membebel). PERFECT! Kau rasa macam mana aku nak usha dia Aku tanya soalan ini kepada Tamrin. Dia kemudian pandang aku macam aku sudah hilang akal. Bila aku fikir-fikirkan balik memang tak patut aku tanya soalan ini kepadanya. Dia bukannya ada pengalaman nak usha awek.

Tamrin kata aku pandai mengayat. Dia kata sesiapa pun boleh cair bila dengar aku mengayat. TAPI MASALAHNYA DIA PEKAK! Kataku kepadanya. Dia termenung buat beberapa saat sebelum dia tersenyum puas.

Anggap itu sebagai cabaran! Katanya lalu menolak tubuhku dari arah para buku tempat kami bersembunyi sejak tadi. Bila aku menoleh ke belakang aku dapat melihat dia mengambil sebuah buku tebal lalu cuba berpura-pura menelaah buku tersebut. Buku kamus Cina-Inggeris.

Hello. kataku kepada gadis tersebut. Aku dapati dia tidak menjawab. Matanya masih kepada sebuah buku rujukan tentang geografi. Sekali lagi aku memanggilnya, tapi dia tak menjawab. sahlah dia pekak.

Awak nak apa Tanya kawannya yang sedang duduk di sebelahnya. Dia memegang tangan kawannya yang pekak dan bisu itu untuk menarik perhatiannya -bahawa aku telah datang dengan hasrat untuk berbual dengannya. Kawannya itu memandang aku dengan wajah yang garang. Mungkin dia marah kerana aku telah datang lalu mengganggu ketenteramannya belajar.

Saya nak berkenalan dengan awak berdua, kataku dengan berbisik agar suaraku tidak dapat didengari orang lain. Nampak gaya budak perempuan bertudung yang menjadi rakan kepada budak bisu memang tak suka aku datang mengganggu. Mukanya nampak masam.

Dia diam tidak menjawab. Kalau lebih lama dia duduk diam membisu, mesti aku akan terlupa aku ada mendengar dia bercakap tadi lalu akan berfikir dia juga bisu. Ketika dia diam begitu aku cuba membayangkan keadaan dirinya jika dia tidak bertudung. Daripada pengalaman aku selama ini, aku boleh teka jika seorang awek bertudung itu berambut pendek atau panjang hanya dengan memandang wajahnya. Awek garang di hadapan aku ini berambut panjang. Aku pasti rambutnya itu lurus. Dia memakai cermin mata retro dengan bingkai hitam yang diperbuat daripada plastik. Aku rasa mesti dia minat dengan lagu-lagu alternatif.

Nama saya Amat, panggil sahaja Emmet, kataku. Bila selesai sahaja aku bercakap dia terus membuat isyarat tangan kepada kawannya. Kemudian di gadis bisu yang masih aku tidak kenali namanya ketika itu tersenyum ke arahku.

Macam Emmet dari kumpulan Butterfingers tu ke

Ya, jawabku pantas. Bukan aku dah agak budak ni suka dengar lagu-lagu alternatif

Nama kawan saya ini Melati, saya pula Hamiza.

Melati Sedap namanya, aku terus memandang ke arah Melati. Aku mula sedar dia sedang memakai baju serba hitam. Matanya nampak sedikit cengkung kerana dia memakai celak hitam yang menggelapkan lagi bahagian matanya. sahlah budak Melati ni, Puteri Goth. Jika aku boleh buat dia suka aku, lepas ini aku rasa aku boleh buat buku rujukan dengan tajuk: How to Seduce a Goth Princess.

Ya, namanya Melati, tapi panggil saja dia Mel. Alah, kalau awak panggil dia Jantan ke Senah ke Joyah ke, bukannya dia tahu. Dia pekak. Kan Joyah, kan

Melati hanya mengangguk sambil tersenyum. Aku tergamam, tak tahu nak cakap apa. Buat pertama kalinya aku mula sedar tentang rintangan komunikasi yang wujud di antara aku dengan dia. Tapi bayangkanlah; kalau aku jumpa awek cun depan aku dan puji-puji awek tu dia tidak akan marah atau membebel. PERFECT!

Melati membuat isyarat tangan kepada Hamiza. Kemudian Hamiza bertanya kepadaku apa tujuan aku mahu berkenalan dengannya.

Kata kepadanya saya mahu belajar bahasa isyarat.

Untuk apa

Supaya saya dapat berbual dengannya.

Gosh, that sounds so cheesy! Katanya dengan muka mencemik. Dia sengaja memanjangkan perkataan cheesy tu macam dia sengaja nak perli aku.

Aku menoleh ke belakang ke arah tempat Tamrin bersembunyi tadi. Aku dapati dia tidak ada di situ atau di manamana. Tamrin pasti tidak dapat bayangkan betapa sukarnya untuk aku tarik perhatian Melati.

Dia faham apa yang saya cakapkan kalau saya bercakap dengannya Tanyaku lalu memastikan dia dapat melihat pergerakan bibirku.

Hamiza bertanyakan soalan yang aku tujukan itu kepada Melati, lalu Melati memberikan jawapannya melalui Hamiza.

Tidak. Tapi dia kata bibir awak cantik.

Ke situ pula budak-budak ni. Kemudian aku melihat mereka berdua ketawa kecil sambil menutup mulut. Aku tak tahu apa yang membuat mereka ketawa. Aku rasa mereka sengaja nak buat lawak. Aku cukup pantang tengok budakbudak perempuan yang berderai ketawa di depan aku macam ni. Macam perempuan gedik pulak!

Jadi macam mana...

Macam mana apa... Emmet, nama awak Emmet kan

Ya, Emmet. Macam mana kalau saya nak berkenalan dengannya

Kalau awak nak berkenalan dengan Mel apa salahnya.

Saya boleh tolong.

Awak nak tolong ke

Pada ketika itu juga aku mula sedar tanpa Hamiza, aku tidak mungkin dapat berkomunikasi dengan Melati. Nak tak nak, aku terpaksa melayan kerenah Hamiza yang banyak songeh ini!

Ya, getusku sambil menggigit bibirku. Aku lihat sesekali mata Melati akan berpindah ke bibirku. Sampai sekarang aku tidak tahu mengapa budak-budak perempuan yang aku temui suka sangat melihat bibirku. Mungkin bibirku merah. Tamrin kata bibir aku nampak seksi. Kalau boleh dia nak ada bibir macam bibir aku. Dan kalau boleh dia nak ada mata macam mata aku, rambut macam rambut aku, dan hidung macam hidung aku dan tubuh seperti tubuh aku sebab dia kata dia nak jadi lelaki hensem macam aku. Dia kata kalau muka hensem, you can even get away with murder.

Aku menarik nafasku dalam-dalam. Kalau dia awek normal (maksud aku yang tak bisu lah!), aku dah bagi nombor telefon aku kepadanya. Aku hanya perlu tunggu paling lama empat jam sebelum mereka menelefon aku. Kawan-kawan aku selalunya akan menunjukkan rasa cemburu yang teramat sangat bila mereka mendapat tahu aku ada daya tarikan seperti ini apabila mereka melihat sendiri bagaimana awek-awek yang cun akan menelefon aku setelah nombor aku diberi kepada mereka.

Kalau awak ada handphone, dia boleh SMS awak, kata Hamiza akhirnya setelah dia lihat aku duduk terpingapinga seorang diri.

Ya, saya ada handphone, kataku dengan pantas. Aku mengambil pen Hamiza yang diletakkan di atas meja lalu menulis nomborku di atas buku nota kepunyaan Melati.

Mel ni bisu dan pekak, dia bukan terencat akal. So, awak boleh berkomunikasi dengannya dengan menggunakan SMS. Awak nak chat dengan dia pun boleh pakai Yahoo Messenger. Hamiza memberitahu.

Saya jarang chat. Tapi tak apa, ini ID saya, kataku lalu menulis nama yang aku gunakan: Emmet_kl di sebelah nombor handphone ku yang telah aku tulis tadi.

Aku menoleh ke tepi. Aku mendapati seorang budak perempuan Cina mula merenung ke arah aku kerana aku telah mengganggu konsentrasinya ketika sedang belajar. Aku menggaru-garu janggutku. Aku memandang ke luar tingkap. Hari sudah petang.

Beritahu kepada Mel jika dia sudi keluar makan malam dengan saya di Mid Valley Pintaku kepada Hamiza.

Aku lihat Melati termenung sebentar untuk berfikir setelah Hamiza selesai memberitahunya tentang hasratku ini. Mel kata boleh, tapi awak kena hantar dia pulang.

Ye ke

Awak nak ke sana dengan apa

Naik motor.

Mel rasa-rasanya tak pernah naik motor.

Saya tak bawa laju.

Sure

Sumpah!

Hamiza berpaling ke arah Melati. Aku nampak dia

beri isyarat yang menyerupai orang sedang menaiki motosikal kemudian jari telunjuknya diletakkan di tepi kepalanya lalu digerakkan dalam bentuk bulatan. Kemudian mereka ketawa berdekah-dekah.

Dia tak boleh pulang lewat. Tuan rumah kami tak suka jika kami pulang lewat ke bilik sewa kami.

Okay. Kamu berdua tinggal di mana

Kami tinggal di kawasan perumahan berdekatan dengan Stesen LRT Asia Jaya. Seksyen 14.

Dekat dengan Jaya

Ya.

Saya akan bawa dia pulang sebelum pukul 10. Okay tak Lagi pun esok hari Sabtu.

Boleh. Kami tidak boleh pulang selepas pukul 12 malam tanpa sebab-sebab yang munasabah. Satu lagi... Awak kena tanya dialah fasal hal ini semua. Saya kawan baik dia bukan penjaga dia. Dia bukan budak kecil. Bukan terencat akal. Dia dah dewasa. Dia macam kita semua, cuma dia pekak dan bisu sahaja.

Saya faham, sambutku serba salah. Aku menarik nafasku dalam-dalam. Aku tersenyum tawar. Buat kali ketujuh belas hari ini aku berfikir kembali mengapa aku sanggup melakukan kerja gila ini. Tapi bila aku pandang wajah Melati, entah mengapa aku rasa mungkin segala apa yang akan aku lakukan ini mungkin tidak sia-sia. Aku tidak tahu bagaimana untuk aku jelaskan dengan kata-kata. Tapi aku dapat melihat sesuatu di dalam matanya. Sesuatu yangkurang aku fahami yang perlu aku selami.