SAAT AKU BERPALING - 2
PUAN SRI ada di rumah Soal Tan Sri Malik sebaik sahaja dia disambut oleh bibik di

depan pintu. Bagasi yang dibawanya telah bertukar tangan. Kereta Puan Sri Munirah yang masih tersadai di ruang parkir menguatkan lagi telahannya

Ada, Tan Sri di studio lukisannya.

Dia tak ke galeri ke

Tidak. Katanya tidak sedap badan.

Awak dah sediakan ubat untuk Puan Sri

Pembantu rumahnya mengangguk. Tan Sri Malik mengeluh.

Kenapa awak tak suruh Puan Sri berehat sahaja Tiada jawapan yang diberikan oleh pembantu rumahnya, Tak apalah. Saya naik dulu.

Tan Sri mahu minum kopi

Tak perlu, saya dah minum tadi. Awak angkat sahaja beg saya naik atas.

Abang dah balik Kenapa tak suruh bibik panggil saya tadi Puan Sri Munirah yang mendengar perbualan antara suaminya dan pembantu rumah, keluar dari studio lukisannya.

Abang baru aja sampai. Jawab Tan Sri Malik.

Awalnya selalu kan abang balik malam

Sajalah. Hari ni saya balik awal sikit. Munirah, we need to talk.

Kenapa Intonasi serius yang keluar dari mulut Tan Sri Malik membuatkan Puan Sri Munirah berasa sedikit gusar.

Awak perlu berjumpa dengan seseorang.

Siapa Mana

Tangan Nadhirah yang berdiri sedikit jauh ditarik oleh Tan Sri Malik.

You need to meet her. Ujar Tan Sri Malik.

Siapa ni. Awak bawak anak siapa balik pulak ni Soal Puan Sri Munirah sambil mengerutkan dahi. Pelbagai persoalan mula wujud difikirannya saat memandang wajah suaminya yang kelihatan gundah.

Siapakah gerangan budak perempuan yang sedang memaut tangan suaminya itu Puan Sri Munirah langsung tidak mempunyai sebarang petunjuk. Setahunya, Tan Sri Malik berangkat ke Australia beberapa hari lepas atas urusan kerja. Di mana agaknya suaminya ini memungut budak ini.

Nadhirah, wait for me here okay I need to discuss something with your aunt. Tan Sri Malik berpesan.

Nadhirah hanya mengangguk perlahan tanda faham. Dia kemudiannya ditinggalkan seketika di sudut rumah.

Tan Sri Malik menatap lama wajah anak kecil yang baru sahaja dikenalinya ini sebelum berlalu pergi. Tangan Puan Sri Munirah ditarik masuk ke dalam studio lukisan isterinya dan daun pintu bilik berkenaan ditutup rapat oleh Tan Sri Malik.

Siapa dia abang Dont tell me that she is Puan Sri Munirah gagal menghabiskan kata-katanya.

Suaranya seakan-akan tersekat di kerongkong.

Ya memang itu yang saya nak beritahu. Tan Sri Malik seakan-akan sudah dapat membaca apa yang sedang bermain di fikiran Puan Sri Munirah.

No, tak mungkin lah tapi muka awak dengan dia nampak seiras. Oh, please.. tolong jangan beritahu saya apa-apa. Saya tak nak tahu. Awak hantar lah dia balik. Saya tak nak tahu apa-apa pun. Belum pun sempat Tan Sri Malik memberikan jawapan, Puan Sri Munirah sudah enggan mendengar.

Saya tak boleh bawa ke tempat lain. Dia akan tinggal disini.

Oh God. Puan Sri Munirah mengeluh perlahan.

Nama dia Nadhirah. Anak abang! Penjelasan yang cukup pendek namun itulah hakikat yang mahu disampaikan oleh Tan Sri Malik kepada isterinya.

Anak yang dia sendiri tidak tahu kewujudannya sehinggalah dia menerima panggilan telefon daripada Wisma Putra beberapa minggu lepas. Anak dari hasil perbuatan terkutuknya empat belas tahun yang lepas. Tan Sri Malik langsung tidak menyangka bahawa hubungan satu kali itu telah menyebabkan lahirnya seorang anak yang tidak bersalah ini.

Barulah kini dia tahu mengapa Natrah memilih untuk menghilang diri tanpa khabar walaupun dia telah berjanji untuk bertanggungjawab atas perbuatannya itu. Anak malang ini terpaksa juga dibawa ke sini apabila beliau diberitahu yang Natrah telah meninggal dunia.

Anak Anak awak dengan perempuan mana Seakan akan tidak percaya, Puan Sri Munirah pula menyoal dengan tegas.

Dia cuba untuk tidak memberikan tumpuan pada apa yang ingin disampaikan suaminya. Dia menyibukkan diri dengan menyusun semula peralatan lukisannya yang ditinggalkannya sebentar tadi. Wajah Tan Sri Malik langsung tidak dipandang.

Dia memang anak abang, Munirah. Enggan terus berselindung, Tan Sri Malik akhirnya memberikan jawapan pasti pada persoalan yang sedang bersarang dibenak isterinya.

Shut up, saya dengar yang abang dah cakap dia anak abang. Tak payah nak ulang banyak-banyak kali. Soalan saya sekarang ni, dia anak abang dengan siapa Dengan intonasi yang tinggi dan sedikit semangat yang masih tersisa, Puan Sri Munirah terus menyoal untuk kali kedua.

Dia anak abang dengan Natrah, Tan Sri Malik berterus terang, ada nada kesal pada suaranya.

A abang memang pandai melawak, kan Oh,

please dont do this to me, abang...

Abang tak melawak. Abang serius.

Jadi abang ingat abang boleh bawa budak tu datang ke rumah ni sesuka hati Sudahlah abang curang, siap ada anak, lepas tu abang nak bawa dia tinggal di sini. Senangnya! Bibir bawahnya diketap geram.

Tan Sri Malik tertunduk mendengar tuduhan Puan Sri Munirah.

Pandai betul abang simpan rahsia ya Selama ni bila saya tanya pasal Natrah, abang cakap hubungan abang dengan dia atas urusan kerja. Oh, jadi betullah apa yang orang sekeliling cakap pada saya, kan Mata Puan Sri Munirah berkaca jadinya.

Tak bukan macam tu

Puan Sri Munirah mengangkat tangannya menghalang Tan Sri Malik dari meneruskan bicaranya,

Berapa umur budak ni

Empat belas tahun.

Empat belas tahun! Kenapa baru sekarang abang berterus-terang!

Bukan macam tu Munirah, abang pun tak tahu macam mana nak berterus terang dengan awak. Seingat abang, abang mabuk pada malam tu. Semuanya berlaku terlalu cepat dan ianya satu kesilapan. Selama ni pun abang langsung tak tahu yang budak ni wujud sebab abang tak tahu yang Natrah mengandung. Natrah hanya diam dan melarikan diri selepas peristiwa itu.

Puan Sri Munirah terdiam. Fikirannya berkecamuk.

Ingat tak lagi 14 tahun yang lalu selepas kita bergaduh teruk, abang minum sampai mabuk dan abang tak sangka ini pula yang terjadi.

Sudahlah abang Bagi saya itu semua alasan untuk abang. Saya boleh terima kalau abang berterus terang dengan saya awal-awal lagi. Tapi, sekarang ini Abang sedar tak yang abang sekarang ni tengah lukakan hati saya Puan Sri Munirah mengalihkan pandangannya pada Tan Sri Malik. Kotak kayu berisi berus lukisan digenggam kemas. Terasa mahu dibaling sahaja bekas berkenaan.

Abang sedar, cuma satu malam tu je abang tersilap. Awak tak boleh tuduh abang macam-macam sebab selama ni pun kita bukannya bahagia sangat. Awak asyik sibuk dengan galeri seni awak tu, sibuk dengan kawan-kawan, sibuk dengan kerja-kerja persatuan. Awak bukan ada masa untuk abang pun.

Oh pandai, bila dah jadi begini abang nak salahkan saya pula Sebelum kita berkahwin, abang dah tahu macam mana cara hidup saya. Selama berpuluh tahun abang tak pernah merungut pun dan saya tak nampak mana salahnya.

Memang tak salah, abang kahwin dengan awak pun untuk dapatkan seorang isteri yang pandai bahagi masa untuk suami bukan seorang yang workaholic. Apa yang terpendam dihati diluahkan oleh Tan Sri Malik kini kerana marah.

Ohhhh..Akhirnya, selepas semua ini berlaku, abang salahkan saya juga. Saya pun berkahwin untuk dapatkan suami yang penyayang bukan workaholic macam abang! Tempelak Puan Sri Munirah juga dengan suara yang tinggi.

Marah benar Puan Sri Munirah apabila suaminya mula berdolak-dalik dan menyalahkannya. Bukan dia yang curang, bukan dia yang sedang membawa anak luar nikah ke dalam rumah ini, bukan juga dia yang membuat onar dalam rumah tangga mereka. Namun apabila nasi sudah menjadi bubur, dia pula yang dipersalahkan. Siapa yang tidak naik angin.

Saya tak pernah curang, saya tak pernah cari lelaki lain! Tapi, apa yang abang buat Abang pilih untuk khianati saya dan anak-anak.

Fine, memang itu yang abang buat, memang abang telah silap buat pertimbangan sebab abang yang jahat. Tapi, benda dah terjadi, abang dah ada anak pun. Tak ada apa yang boleh kita ubah sekarang ni.

Jadi, kenapa sekarang abang bawa dia datang sini Kenapa saya yang kena mengadap muka budak tu hari ni Kenapa tiba-tiba abang bangkitkan isu ni

Ibu dia baru sahaja meninggal dunia. Abang bawa dia untuk tinggal dengan kita mulai hari ni.

No way! Tak mungkin. Abang tak boleh nak senang-senang suruh saya dan anak-anak tinggal dengan dia dalam rumah ni macam tu aje

Ya, mulai hari ni dia akan tinggal dengan kita.

Abang dah gila ke apa Abang nak suruh saya jaga dia. Abang nak suruh saya hadap muka dia tiap-tiap hari Saya tak akan jaga dia!

Abang tak bawa dia kesini untuk dapatkan keizinan awak. Sama ada awak suka atau pun tidak Nadhirah akan tinggal di sini. Dia akan tinggal dengan kita bersama anak-anak abang yang lain. Keputusan abang adalah muktamad.

Pandai makan pandailah telan. Kenapa saya pula yang nak kena hadap budak tu Abang nak buat apa selepas ni, ikut suka hati abanglah. Tapi, jangan harap saya nak jaga budak tu! Hambur Puan Sri Munirah. Tiada langsung belasnya yang tersisa buat Nadhirah.

Habis tu awak nak suruh abang buat apa Nak tinggalkan dia di rumah kebajikan Nak biarkan macam tu aje Tali leher yang melilit tengkoknya dilonggarkan sedikit.

Awak sanggup ke kalau nanti semua orang tahu pasal dia. Awak nak ke kalau kawan-kawan awak tahu saya curang Awak sanggup ke berhadapan dengan wartawan kalau berita ni sampai pada media Tan Sri Malik menambah lagi.

Hei, semua tu salah abang! Abang yang sepatutnya fikir pasal semua ni. Abang pernah fikir ke mana saya nak letak muka saya ni kalau berita ni tersebar keluar Abang memang lelaki paling selfish pernah saya jumpa. Abang tahu tak Emosi Puan Sri Munirah kini sudah gagal dibendung lagi.

Nasi dah jadi bubur, abang dah tak boleh nak berpatah balik. Kita tak ada pilihan. Suka atau tidak, kita kena biarkan dia tinggal di sini. Abang juga tak nak hal ni tersebar ke luar. Maruah dan nama baik kita, semuanya akan hancur nanti, Munirah. Pujuk Tan Sri Malik lagi.

Macam selalu kan Perangai abang dari dulu sampai sekarang tidak pernah berubah. Semua benda abang buat ikut suka hati abang. Terus terang saya takkan terima dia. Sampai saya mati pun, saya takkan terima dia sampai bila-bila. Puan Sri Munirah memberi amaran.

Abang janji pada awak yang benda ni takkan tersebar keluar selagi Nadhirah kekal di dalam rumah ni, kewujudan dia dalam keluarga ni tak perlu kita hebahkan keluar. Biar kita saja yang tahu pasal hal ni okay Tan Sri Malik berbicara lagi.

Yakin betul abang ya Abang ingat senang ke nak sembunyikan kewujudan dia hah Matanya merah menahan marah. Cuba abang cakap, macam mana nak sembunyikan budak tu Cakaplah!!! Puan Sri Munirah memalingkan mukanya. Dia begitu menyampah memandang wajah suaminya sekarang.

Abang tahu lah kerja abang, awak tak payah nak peningkan kepala. Abang akan selesaikan semua nanti. Tan Sri Malik memberi respon positif.

Suka hati abang lah nak buat apa pun, saya dah malas nak ambil tahu. Selama ni pun apa saya cakap bukannya penting sangat pada abang. Langkah Puan Sri Munirah diatur untuk keluar dari ruangan yang menyesakkan dadanya. Dia sudah tidak betah lagi untuk berada di situ.

Kau jangan ingat aku akan jaga kau kat rumah ni. Aku takkan terima kau sampai bila-bila. Ingat tu. Tengking Puan Sri Munirah.

Tubuh kurus Nadhirah yang berdiri dihadapannya ditolak kasar sehingga tersungkur tanpa belas. Dia meluat dan menyampah mahu menatap wajah kecil ini.

Walaupun tersungkur dan dilayan kasar begitu, tiada tangisan yang kedengaran, tiada air mata yang mengalir, tiada langsung bunyi yang keluar dari mulut Nadhirah. Dia bangun sendiri dan dia masih lagi memegang sehelai sapu tangan berwarna biru laut milik Mamanya. Satu-satunya tinggalan arwah yang sempat digapai Nadhirah di dalam rumah lama mereka bagi mengingatkan dia pada Mamanya

Apa ni Munirah Dia budak lagilah. Tan Sri Malik yang melihat apa yang terjadi merasa sedikit tersentak.

Saya tak kira dia ni budak ke orang tua ke sebab pada saya, dia dengan mak dia sama je. Perampas, perempuan murah, perosak rumah tangga orang. Keji Puan Sri Munirah. Jangan expect saya akan jaga atau layan dia baik-baik. Kalau boleh bayang-bayang dia pun saya tak nak tengok ada dalam rumah ni abang faham tak

Awak suka atau tidak, kita dah tak ada pilihan lain. Dia akan tinggal dalam rumah ni dengan kita. Tegas Tan Sri Malik.

This is just too much for me to bear. Abang memang teruk.

Kita tak ada pilihan Munirah. Kita kena terima semua ni.

Ikut suka hati abanglah. Saya tak nak dengar lagi. Puan Sri Munirah berlalu keluar. Dia enggan lagi memasang telinga.

From now on, youll stay with us in this house. But there is a little condition to follow. You cannot utter any word about our relationship and I dont want other people to get involved with you. Understand Terang Tan Sri Malik. Dia benar-benar tidak mahu soal perhubungannya dengan Nadhirah tersebar ke luar.

Nadhirah yang mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut Papanya mengangguk perlahan. Dia mulai faham akan kedudukannya sekarang. Tiada yang berubah dalam hidupnya yang memang sejak mula telah huru-hara dan berantakan. Walaupun dia masih muda namun amaran Papanya bukanlah sesuatu yang sukar untuk difahami.

Sejak lahir dibenci Mama sendiri, dimaki hamun bapa tiri dan akhirnya dia tetap juga berdepan perkara yang sama apabila bersama papa kandungnya sendiri. Nadhirah sendiri tidak tahu kenapa dia dilayan sebegitu oleh Mamanya namun jauh di benaknya Nadhirah tetap bersyukur sekurang-kurang dia masih punya tempat berlindung di bumi Malaysia yang baru sahaja dijejaknya beberapa jam yang lepas.

M

AKAN malam keluarga Tan Sri Malik sedikit berbeza suasananya pada malam ini. Semua ahli keluarga yang ada diminta turun ke bawah untuk makan bersama. Tan Sri Malik mahu memaklumkan akan kehadiran ahli keluarga mereka yang baru. Anak-anaknya belum lagi diperkenalkan dengan Nadhirah. Pembantu rumah telah diminta untuk memanggil semua orang turun makan bersama.

Siapa budak ni Pa Soal Aidid tiba-tiba tatkala ke semua ahli keluarga Tan Sri Malik telah berkumpul di meja makan untuk makan malam.

Sebelum kehadiran Nadhirah terbongkar Tan Sri Malik hanya mempunyai tiga orang anak hasil perkongsian hidup dengan Puan Sri Munirah. Aidid merupakan anak sulung keluarga ini. Dia berumur 17 tahun dan mempunyai dua adik iaitu Ammar dan Adelia yang berumur 16 tahun dan 15 tahun.

Anak Papa. Jawab Tan Sri Malik berterus terang.

Woah, selambanya jawapan. Ujar Ammar dengan senyuman sinis sambil tangannya menyudu puding koktel yang terhidang di depan mata.

Apa Papa cakap ni Papa ada hubungan sulit ke Mama Adelia terkejut dengan apa yang singgah di telinganya.

Mama tak nak campur. Kamu semua dengarlah apa yang Papa kamu nak cakap. Puan Sri Munirah tidak mahu memberikan jawapan yang diminta sebaliknya membiarkan sahaja Tan Sri Malik menjawab semuanya.

Tunggu apa lagi, abang jawablah soalan dia orang. Sambung Puan Sri Munirah yang sengaja memerli Tan Sri Malik di depan anak-anak.

Keadaan di meja makan itu kelihatan tegang, tapi masih lagi tenang. Masing-masing menumpukan perhatian pada penjelasan yang ingin dibuat oleh Tan Sri Malik.

Aidid seorang yang dingin, serius, bercita-cita tinggi dan amat degil. Malah Aidid juga merupakan pelajar pintar yang paling pantang jika kedudukannya selaku pelajar harapan dicabar. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai apa yang dihajatinya.

Ammar pula seorang yang suka mengambil ringan semua benda, kadangkala perkara penting pun boleh dijadikan bahan jenaka. Dialah anak yang paling memeningkan kepala. Ponteng kelas, ambil dadah, bertumbuk merupakan sikap jelek Ammar yang amat sukar untuk diubah.

Adelia pula merupakan anak paling manja. Dia dimanja dan dilayan seperti tuan puteri oleh mamanya dek kerana dia merupakan anak perempuan tunggal. Segala yang dihajati wajib dipenuhi dan segala yang mahu dimiliki wajib diberi. Adelia bukanlah seorang yang pandai berkongsi, semua benda hanya mahu dimiliki oleh dirinya sendiri.

Ketiga-tiga anak Tan Sri Malik mempunyai sikap yang berbeza namun kesemua mereka mempunyai satu persamaan. Mereka jadi begitu kerana dibesarkan di atas taburan wang dan harta benda.

Ya, dia anak Papa dengan setiausaha Papa.

Wah, hebat Papa rupanya ada perempuan simpanan, siap ada anak luar nikah lagi, sindir Aidid. Jadi, dia buat apa di sini Aidid bertanya lagi, tapi kali ini dengan intonasi yang agak tinggi.

Mama dia dah meninggal dunia. Dia dah tak ada sesiapa lagi jadi mulai hari ini dia akan tinggal dengan kita.

Maksud Papa tinggal di sini Di rumah ni Adelia turut mahu tahu.

Ya. Dia akan tinggal dengan kita.

Aidid tak nak tinggal dengan dia. Macam mana Papa boleh buat keputusan macam ni What if semua kawan-kawan Aidid tahu Semua ni memalukan, Papa tahu tak Bantah Aidid.

My house, my rules. Jawab Tan Sri Malik tegas apabila menyedari niatnya untuk membiarkan Nadhirah membesar di rumah ini seolah-olah ditentang oleh semua orang.

Fine, ikutlah macam mana pun rancangan Papa tu, tapi Aidid ada permintaan. Aidid tak mahu dia satu sekolah dengan Aidid sebab Aidid tak nak orang tahu yang Aidid ada adik macam ni.

Okay, fine! Papa akan hire private tutor untuk dia dan dia akan ambil peperiksaan persendirian.

Dek kerana sikap pentingkan diri Aidid ini lah, awal-awal lagi Tan Sri Malik dah ada rancangan bagaimana mahu menyekolahkan Nadhirah. Dia tidak mahu status Nadhirah malah statusnya juga nanti akan dipersoal dan tercemar.

Since dia ni bukanlah anak yang diiktiraf, Aidid tak nak makan semeja dengan dia. Aidid juga tak nak tengok muka dia melilau di dalam rumah ni dan kalau boleh Aidid tak mahu duduk satu tingkat pun dengan dia. You either put her upstair di loteng atau letak je dalam stor or I think basement would be the best solution too. Cadang Aidid lagi tanpa berhati perut. Dia tidak mahu menyemakkan matanya dengan kehadiran Nadhirah yang Papanya kutip entah dari mana ini.

Adik sokong. Adik pun tak nak tengok muka dia juga. Adelia mengangkat tangan menunjukkan sokongan pada pendapat abang sulungnya.

Ammar buat muka selamba.

Eh, Abang Ammar tak ada komen langsung ke Soal Adelia pada Ammar.

Dia hairan apabila abangnya yang seorang ini langsung tidak memberikan sebarang pendapat malah masih kelihatan begitu senang menghabiskan sisasisa puding di dalam mangkuknya yang masih sedikit berbaki.

Tak ada. Ammar tak kisah. Kalau dia nak duduk dalam bilik abang pun boleh. Dahlah cantik, putih gebu pula tu... I dont mind at all. Mata Ammar melirik ke arah Nadhirah dari atas ke bawah. Peduli apa dia pada status Nadhirah. Bukannya dia nak kena dukung Nadhirah kehulu ke hilir pun.

Ammar, mind your own word. Tan Sri Malik memberi amaran.

Layak ke Papa nak nasihat Ammar sekarang ni Hal anak haram sorang ni pun Papa tak reti nak urus, sibuk nak ajar Ammar pula. Jawab Ammar dengan kurang ajar sekali.

Napkin yang dipegang untuk mengelap bibir dicampak ke atas meja. Meluat sungguh dia dengan Papanya sendiri. Hilang sudah hormatnya.

Keluarga kita pun dah sedia porak peranda. Sekarang Papa tambah lagi masalah baru. Baguslah tu, Papa dengan Mama pun dah lama tak bergaduh. Sekurang-kurangnya dah ada alasan baru untuk Mama dengan Papa berperang lagi. Ammar dah tak nak dengar apa-apa lagi. Lantaklah apa nak jadi pun dengan keluarga ni. Tutur Ammar lagi dengan sinis.

Ammar mengatur langkah memanjat tangga menuju ke biliknya. Tan Sri Malik dan semua yang berada di meja makan hanya mampu memandang sepi. Ammar memang begitu. Setiap patah perkataannya yang keluar dari mulutnya jarang berlapik.

Bibik, tolong bawa makanan masuk bilik saya. Saya makan di atas. Aidid bangun dari mejanya meninggalkan yang lain.

Saya pun sama. Tak lalu nak makan lah dengan budak ni. Bawa makanan ke bilik saya sekali. Adelia turut bangun dari kerusi.

Sebelum kamu semua naik ke atas Papa ada satu pesanan. Tegas Tan Sri Malik bersuara. Dia mahu anak-anaknya faham dengan situasi mereka sekarang.

Kehadiran Nadhirah dalam keluarga ini adalah rahsia. Papa tak nak sesiapa pun antara kamu membocorkan status Nadhirah pada sesiapa. Papa tak nak orang luar tahu pasal kewujudan dia. Faham

Adelia pun tak hingin nak kenalkan dia sebagai adik Adelia. Memalukan Adelia tahu tak Pantas Adelia memberi pandangan.

Apa-apa ajalah Papa. Dia bukan adik Aidid pun. Aidid terus berlalu masuk ke biliknya di tingkat satu.

Tengoklah apa yang awak dah buat Dinner kita malam ni berterabur lagi. Puan Sri Munirah membentak dan bangun meninggalkan Tan Sri Malik dan Nadhirah. Hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di meja makan.

Its okay. Makanlah. Tan Sri Malik memandang Nadhirah sepi. Dia sendiri kelu mahu berkata-kata. Keluarganya ini adalah salah satu contoh institusi yang gagal. Dia sendiri yang gagal membentuk keluarga ini.